Seorang putera raja yang menjadi atlet mewakili Brunei untuk acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) telah mencuri tumpuan ramai.
Beliau adalah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, iaitu anak kesepuluh Sultan Brunei, Sultan Hassan Bolkiah dan bekas isteri Hajjah Mariam.
Ketampanan, karisma dan personalitinya menjadi kegilaan ramai terutamanya para gadis hingga ramai yang berebut-rebut untuk swafoto bersama pewaris takhta keenam kesultanan Brunei itu. Popularitinya di media sosial mencipta fenomena luar biasa dengan jumlah pengikut seramai hampir 400 ribu orang di Instagram.
Nampaknya "fenomena Putera Mateen" masih belum reda apabila tular pula gambar seorang gadis yang dikatakan mirip wajah putera kacak ini. Hah! Bukan Fattah Amin saja ada kembar seiras tau.
Tidak diketahui pula indentiti sebenar gadis ini namun wajahnya yang dikatakan seiras Putera Mateen telah mencuri tumpuan netizen.
Apa pandangan anda, nampak seiras tak? - CARI
|