CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gabanistur

Kisah Anak Aku Yang Ada 6th Sense

  [Copy link]
Post time 12-9-2017 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Omeyya replied at 8-9-2017 04:15 PM
kisah arwah Abah tt dlm toilet tu mengonfemkn kisah I years ago la..uwaaa..trus rase seram balik..ki ...

Rmh awk tu kt mne.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2017 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Gabanistur at 12-9-2017 12:49 AM

Ok..sambung balik

Malam tu bila anak aku nengok Pakcu dia ada, dia happy la sikit. Pakcu dia suka melayan walaupun ada banyak unsur2 buli anak buah di situ. Haha... aku pun happy tak la rasa berseorangan sgt mengadap mcm2 hal.

Malam tu aku tido kat bilik mainan tu lagi..adik aku tido bilik sebelah bilik tu. Tp aku dah bgtau dia jgnlah tido awal sgt..dan jgn tido mati. Apa2 hal susah lak nak mintak tlg. Last2nye adik aku lepak bilik aku layan TV..situ ada TV kecik sebijik.  

Anak aku tido atas toto. Aku dok borak dgn adik aku lg. Tetiba tengah budak tu sedap tido, dia start meracau menangis2.. dia sembunyikan muka dia bwh bantal. Lps tu dia dtg kat aku sembam muka atas riba. Gaya tu mcm takmo nengok sesuatu la..adik aku saspen sudah. Aku bgtau dia..dah masuk mlm ke4 mcm gini..aku pegi keje mata panda dah. Tak cukup tido. Adik aku suggest bgtau jelah laki aku. Ni dah kira desperado punya kes dah ni. Esok paginye aku call dan bgtau laki aku semuanya. Laki aku bising gak kenapa tak bgtau awal2.. konon kontrol macho nak handle sorang2, lps tu...nah ambik! Dah jadi camnih last sekali kena bgtau jgk kan? Lps tu dia call dan bgtau mertua aku sekali..laki aku ckp nanti dia ambik EL esoknya dan petang tu jgk dia ahoot balik lps abis keje. Petang tu semua sampai. Meriah la rumah dgn laki aku, pak dan mak mentua serta adik aku sekali.

Aku ingat bila dah ramai2 cenggitu anak aku ok la..sekali mlm tu jadi lagi skali. Mlm tu aku suh mertua aku tido kat master bedroom sbb ada toilet dlm bilik. Senang dorang nak ke bilik air tgh2 mlm. Adik aku tido bilik sebelah..laki aku lak  tido dlm bilik mainan tu.

Bila anak aku start nangis je, semua org terbangun sambil cuba pujuk. Dukung  berganti2. Tapi walau pun berapa kali servis bertukar tangan, anak aku still melalak2. Masa tu aku tgh duduk bersila sambil dukung dia..tetiba anak aku tunjuk ke arah pintu cakap "Nenek'".."Nenek". Apak mentua aku dgn konpiden ingat dia nak dukung dgn nenek dia a.k.a mak mentua aku, maka dipanggil la mak mentua aku suh pujuk cucu. Sekali anak aku tolak2..tak mo dukung dgn nenek, tp tangannya tetap menunjuk ke arah pintu.. sambil menyebut Nenek dgn pelat2 tu..

Itu jam aku dah saspek ni benda lain ni..bukan nenek sebenar beliau yg dimaksudkan di sini. Aku pun terus sound direct laki aku..suh dia carikan org yg pandai temas (temas ni mengubat budak menangis dlm bhs perak). Kitorang kan baru pindah dan dikategorikan nubis kubis lagi kat tempat tu, jadi nak mencari org yg pandai mengubat mmg tak reti.

Laki aku contact kengkawan dia..mujurlah ada kwn yg menetap kat daerah tersebut dan kwn dia telah memberikan satu nombor telefon dan alamat seorang pakcik bernama Tok Mat. Beliau jgk sudi nak jd usherer tlg bwk kami berjumpa pakcik tu esoknya.

Sambung esok lak..aku dah ngantuk gile ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 01:14 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 11-9-2017 04:31 PM
Ok..sambung balik

Malam tu bila anak aku nengok Pakcu dia ada, dia happy la sikit. Pakcu dia suka ...

Suka betul gaya penulisan you. Kemas dan tersusun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 08:17 AM | Show all posts
SR je dari first day akak tt bkak thread..hari2 masuk tgk ada update ke tak..seronok baca experience akak tt..because tak semua orang ada pengalaman macam tu including me..hope akak tt terus menulis..kita ada duk baca nii walaupun tak komen ppe..
Thank you akak tt sbb sudi menulis dan berkongsi cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 08:44 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 11-9-2017 05:25 PM
Sementara tunggu waktu balik ni meh aku share satu story psl kakak Ucop. Kakak ni anak sulung dan an ...

banyaknya dugaan u sis...okey sambung citer best sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 09:04 AM | Show all posts
yeay finally tt muncul. hari2 tau scroll tengok tt ade update ke tak. huhu.. tak sabar tunggu next. im waitingggg
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-9-2017 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pinkypetal replied at 12-9-2017 01:14 AM
Suka betul gaya penulisan you. Kemas dan tersusun.

Tq sudi baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
CikLeoPrincess replied at 12-9-2017 08:17 AM
SR je dari first day akak tt bkak thread..hari2 masuk tgk ada update ke tak..seronok baca experience ...

Tq for reading..cerita flashback ambik masa sikit nak tulis. Sbb dah lama.. kena ingat balik step by step tu. Stay tuned ok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2017 09:35 AM | Show all posts
bru nk check in
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
MYviHaZz replied at 12-9-2017 08:44 AM
banyaknya dugaan u sis...okey sambung citer best sangat..

Haa..tu laaa.. dunia ni mmg tempat ujian kan. Bertabah jelaa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
xscore_angelz replied at 12-9-2017 09:04 AM
yeay finally tt muncul. hari2 tau scroll tengok tt ade update ke tak. huhu.. tak sabar tunggu next.  ...

Jap ye sayam.. nak cari masa menulis tu. Busy si kakak tgh upsr ni haa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Gabanistur at 12-9-2017 10:40 AM

Esok tu Cikgu Botak, member laki aku tu call katanye dah call Tok Mat, dan Tok Mat suruh datang lepas maghrib. Cikgu Botak tggu dekat simpang nak masuk kampung tu lepas tu kitorang konvoi la ke rumah Tok Mat. Katanye Tok Mat ni pernah ngubat arwah mak dia masa sakit dulu, dan guna kaedah rawatan Islam.

Masa kami sampai Tok Mat atas sejadah lagi. Dia solat hajat lps solat maghrib. Kata Cikgu Amir tu amalan biasa dia kalau mengubat orang. Dia akan solat hajat dulu.

Aku masuk sambil riba Kakak. Laki aku duk sebelah aku dan Cikgu Botak. Kiranya position laki aku di tengah la. Kami duduk kat ruang tamu tak jauh dari pintu. Bila Tok Mat keluar dari bilik, bersalam dan bertanya lebih kurang, dia duduk bersila di ruang lapang sebelah kawasan sofa2 di ruang tamu tu. Dia duduk mengadap pintu tp agak jauh ke dalam. Dia minta kami semua alih tempat duduk dan datang bersila dekat dia.

Kami pun duk dekat la dengan dia dgn posisi ala2 membuat bulatan gitu kan. Aku masih duduk membelakangkan arah pintu masuk tetapi dah jauh sikit dari pintu tempat aku mula2 duduk tadi. Nak tau Tok Mat cakap apa..?

Tok Mat cakap dia suruh alih tempat duduk sebab dia nak tengok sapa yang duduk dekat pintu di belakang kami tadi. Kalau 'orang' tu Islam dia akan masuk sekali dan duduk dekat kami bila diarahkan. Tapi nampaknya beliau hanya duduk di bibir pintu aje..nampaknya 'orang' tu bukan Islam la tu. Sebabnya rumah Tok Mat ni dia tak boleh masuk, panas katanya.

Berderau darah weyyy... aku nak toleh tengok tp tak berani. Tok Mat cakap tak payah la toleh tengok dia. Kamu tak nampak katanya.

Aku mmg tak tanya la sapa 'orang' tu. Kang aku kena tinggal berdua semula dengan Kakak kat rumah bila semua orang dah balik. Aku malas la nak mentakutkan diri yang dah sedia takut ni.

Yang laki aku ni pulak tetiba gi tanya sapa 'orang' tu.. Koasam betei! Rasa aku nak cubit2 je!

Tok Mat cakap "Ada orang tua ikut kamu. Dia ikut je ke mana budak (Kakak) ni pergi. Biasalah orang tua..suka budak2", katanye. Mak aii..itu jam meremang toksah citer la. Kembang segala bulu roma sampai aku rasa rambut aku dalam tudung pun kembang berdiri. Dah mcm afro gamaknyer dalam tudung tu. Mujur effect  rambut afro tu bukan permanent, kalau tak terpaksa aku join Alleycats

Laki aku yg mulut tak insuran tu tanya lagi "Orang tua pompuan ke lelaki Tok?" Tok Mat bgtau orang tu pompuan. Ooo...itu jam baru la tau kenapa malam tu kakak nangis sambil tunjuk pintu cakap "Nenek" kan... Ingatkan dia panggil nenek dia, rupanya  'nenek' lain la pulak..aduhhh

Laki aku tanya lagi, ada lagi ke orang tua tu kat muka pintu? Tok Mat cakap "Ada. Nanti Tok suruh dia balik."

Lepas tu, Tok Mat baca ayat2 ruqyah, dan berdoa. Lepas tu dia baca sesuatu dekat kain serban yg terselempang kat bahu dia dan dia kibaskan kat badan anak aku, badan aku dan suami aku. Dia juga bagi air, garam kasar dan lada hitam. Dia suruh mandikan anak aku setiap senja dengan air tu yg kena campurkan dgn sebaldi air lain dan tabur keliling rumah dgn garam dan lada hitam. Dia jugak suruh cari bekas kecik dan masukkan lada hitam dan garam dalamnya dan simpan bekas tu dlm kereta.

Dah setel2 semua, anak aku pun sengih2. Baru nampak ramah nak salam2 dgn Tok Mat. Sebelum tu takut je mukanya. Mmg karektor dia beza sbb anak aku ni masa kecik2, sejenis terover peramah sebenarnya.

Laki aku tanya la..macamana benda tu buleh ngikut anak aku. Adakah benda tu ada kat rumah sewa baru tu? Tok Mat cakap bukan. Benda tu sebenarnya ikut aku balik. Bila dia ikut aku balik, tgk2 kat rumah ada budak kecik. Terus dia pegi kat anak aku. Dia tanya, ada ke aku demam atau tak sihat baru2 ni? Aku ckp mmg ada. Aku demam dlm 3 hari tp taklah kuat benor. Aku keje jugak sbb baru masuk keje kot..takkan nak MC kan.

Tok Mat cakap ada ke dalam keadaan tak sihat tu aku pergi ke mana2 yg sunyi spt hutan ke, kebun ke, sungai ke.. Aku ingat2 balik mmg ada. Aku pergi hutan lipur ikut kawan2 opis pergi 'photo hunting'. Masa tu aku ni tgh gile photography. Kerja pulak mmg bidang kreatif so mmg trip photo hunting tu salah satu cabang bidang kerja yang aku amat suka la sangat nak join. Sanggup pergi jugak dalam keadaan badan tgh tak sihat.

Tok Mat ckp masa bdn tak sihat kita ni dlm keadaan sgt vulnerable. Sgt berisiko dan mudah dijangkiti benda2 halus ni sbb protection kita lemah. Dia suruh bwk garam dan lada hitam tu dlm kereta just in case keadaan sama berulang, at least benda mcm tu tak boleh ikut naik kereta aku balik rumah.

Lepas kejadian tu mmg aku beringat2 kalau nak ke mana2. Selalu pagar diri dgn doa dan ayat suci. Kalau balik dari mana2 yg agak2 berisiko aku singgah la pegi petronas solat asar dulu ke, pegi pasar beli ikan dulu dan tak terus balik sentuh anak2.

Bila kakak makin besar dia dah tak boleh dah nampak benda2 tu. Tapi "nenek tiga segi" (ni apa yg dia describe psl rupa nenek tu, tak sure apa maksudnya sbb masa tu dia kecik), tetap dia ingat sampai sekarang. Hari tu Astro ada tayang cerita nenek kebayan, terus dia tukar food channel. Fobia gamaknyer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 11:33 AM | Show all posts
hehe...tq
habis pun kesah kakak

adalah hikmahnya bila dh besar xnmpk dh benda2 tu

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 11:39 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 12-9-2017 10:22 AM
Esok tu Cikgu Botak, member laki aku tu call katanye dah call Tok Mat, dan Tok Mat suruh datang lepa ...

tok mat speaking london??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 12-9-2017 11:33 AM
hehe...tq
habis pun kesah kakak


Tu la dianye.mujur mata dia hanya nampak yg kasar2 je sekarang. Yg haluih tak nampak dah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 12-9-2017 11:39 AM
tok mat speaking london??

Hahahah..idok lerr... tu aku yg interpret..kira maksud lebih kurang camtu la.. Tok Mat cakap dialek pahang pekat..aku nak tulis balik pun tak reti. Hahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-9-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 12-9-2017 09:35 AM
bru nk check in

Meh2..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 12:53 PM | Show all posts
Edited by palmolive at 12-9-2017 12:58 PM
Gabanistur replied at 12-9-2017 12:35 PM
Hahahah..idok lerr... tu aku yg interpret..kira maksud lebih kurang camtu la.. Tok Mat cakap diale ...

aku ingat tetiba tok mat cakap "vulnerable"...
hehehehe..

kalo betul la..mesti mulut melopong..
pahtu spontan sebut wow
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 12-9-2017 12:53 PM
aku ingat tetiba tok mat cakap "vulnerable"...
hehehehe

Haha..mana tau kan..tetiba.keh3
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 01:04 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 12-9-2017 09:35 AM
Haa..tu laaa.. dunia ni mmg tempat ujian kan. Bertabah jelaa..

betul la tu, hanya yang terpilih je dapat ujian istimewa mcm ni..
sama mcm u dpt ucop..seronok baca kisah budak2 ni kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.065891 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list