CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gabanistur

Kisah Anak Aku Yang Ada 6th Sense

  [Copy link]
 Author| Post time 12-9-2017 05:24 PM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 12-9-2017 07:51 PM

Alang2 dah terbukak cerita pasal kerja kan...aku nak cerita pasal opis lama aku yang angker. Kompleks opis aku ni sebenarnya berdekatan dengan kawasan hutan simpan. Idak le besar mana pun hutannya. Sekangkang kingkong je. Di keliling hutan tu ada jalan raya yang sibuk..ada sekolah, ada perumahan elit. Cuma kawasan opih aku ni je bangunan lama. Asalnya bangunan ni ialah tempat training sebuah jabatan kerajaan yg dirahsiakan namanye la... bila diorang dah tak pakai lagi, syarikat aku keje ni pajak bangunan tersebut.

Rata2 kawasan opis kat sini ialah rumah kuarters pekerja yang telah diubahsuai. Dari luar nampak cam rumah...tapi dalam mmg opislah. Ada partition, komputer, printer, mesin fotostet bagai. Masa mula2 aku masuk keje dulu, aku ditempatkan kat sebuah opis yang terletak kat atas bukit. Tinggi la tempat tu..boleh nampak kawasan sekitar tu dari atas. Kalau datang keje pagi2 time berkabus feeling dia seperti di country side negara mat saleh. Siap kabus dan pokok2 rhu yang tinggi menghijau menjadikan view dia mmg superb la. Aku selalu gak jogging kalau time boring2 ke aku stress keje ke..mmg release tension. Hilly route dia boleh pancit gak tp enjoy gitu..

Mula2 aku kena dok depan dekat reception. Ada meja dan partition je. Tak dapat bilik. Tapi bila dah lama keje, bila ada staff benti atau tukar cawangan, aku akhirnya dapat satu spot kat dalam bilik. Bilik kuarters lama..ada almari bulit-in, tanam dalam dinding lagi dalam bilik aku tu. Masa tu aku share bilik dgn 2 orang lagi member aku.

Dalam masa setahun dua tu aku selalu gak kena kacau tapi dia mengusik tu ala2 manja je. Setakat kita kat reception, kat pantry bunyik mcm ada orang tu kira biasa dah. Aku bercakap sorang2 pun banyak kali. Sebab ingat ada member kat meja bertentangan, rupanya takde orang. Partition tu tinggi siap ada bookshelf, mmg tak nampak pun kwn depan kita tu. Selalunya berborak2 tak nampak muka pun. Tapi gelak mcm nak gile jugak..hahah.  

Banyak kali la aku macam nampak dia masuk opis. Lepas tu aku dengar bunyik kertas disusun, diselak. Alat tulis jatuh atas meja bagai. Aku ingat member aku tu ada duk kat work station dia kan...sekali bila berborak takde org balas pun apa aku cakap. Bila kita tgk belah sana mmg takde orang uols! Tapi yang ni tak seram lagi...

Di saat2 aku terima diagnosis Ucop dan doktor declare dia OKU, aku depressed. Masa ni aku dah dapat work station dalam bilik belakang. Bilik belakang ni ada 3. Bilik aku berhadapan dgn 2 bilik lagi. Salah satunya bilik bos aku pada masa tu. Bilik lagi satu dihuni oleh 3 orang staf yg lain. Sebelah bilik aku tu ialah toilet dan bilik mandi - kan asalnya rumah kuarters, so mmg ada la bilik mandi. Tapi bilik mandi ni dah jadi bilik ambik wudhu'. Boleh je nak mandi tapi takde keperluan pun kan..

Aku masa tu melayan sedih sampai setahun lebih. Nak cari kekuatan nak menerima yg anak aku yg lahir sempurna tu rupanya OKU. Nak dapatkan kekuatan tak tau dari mana. Dekat opis aku menyendiri dan mengelak berbual dgn orang. Aku dengar orang gelak ketawa aku rasa dunia ni tak adil..kenapa dorang happy je sedangkan aku idup merana.  Masa ni aku selalu mengaji dan buat research psl autism dalam bilik aku tu. member aku yg sama2 share bilik jenis pendiam..mmg sesuai la pun sbb aku maleh nak bercakap dgn orang.

Aku selalu la mengaji. Bila mengaji tu aku rasa tenang la sikit. Bila aku selalu mengaji tu, member bilik aku yg sorang ni, aku bagi nama Lina la (bukan nama sebenar), dia pun terasa nak ngikut aku mengaji. Ada satu masa tu mmg kitorang selalu bertaddarus. Pantang ada masa terluang je, mmg masing2 duduk bukak Quran. Rupanya bila kitorang selalu mengaji, benda alah yg duduk dlm opis tu panas la gamaknyer. Dia marah weyy... Kitorang mengaji je, dia tutup lampu. Aku bukak balik, dia tutup lagi. Setakat lampu berkelip2 diikuti bulu roma meremang mcm dalam scene citer hantu kat TV tu boleh kata hampir tiap2 hari. Tapi aku dgn Lina buat tak tau je... Member aku yg lagi sorang Sue jarang ada kat opis sbb dia sejenis sibuk. So banyak encounter ni dia tak kena la...

Pernah satu kali tu ada benda muntah dalam opis aku. Abih kena kerusi dekat meja komputer. Dekat kain telekung pulak di dapati terdapat bulu2 berwarna perang. Tak tau bulu apa. Macam bulu binatang pun ada. Tp dekat opis tu takde pulak binatang apa2 yg pernah masuk. Basuh kat dobi je sbb takut nak pegang. Nak bawak balik basuh kat rumah pun takut.  Memang misteri nusantara masa tu.

Pernah juga pintu bilik mandi yg dah convert jadi tempat ambik wudhu' tu dikunci dari dalam. Memang pelik macamana pintu tu diselak dari dalam sebab pintunya satu aje. Kalau ko dah kunci camana pulak ko bleh keluar tanpa membuka kunci itu kan? ada tinggap nako je dalam bilik air tu. itu pun jenis yang tak boleh tutup. Masa tu kitorang terpaksa panggil maintainance pulak gi bukakkan. Budak2 maintainance pun pelik..siap tanya camana korang buat ni? Masalahnya bukan kitorang buat, benda tu yang buat. Gamaknyer dia tanak bagi kami ambik wudhu' dan selalu solat dalam opis tu.

Eh..dah sampai waktu nak balik..nanti aku sambung k... tungguuuu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2017 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Oke sistur.. Kite tunggu citer awak
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 08:28 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 11-9-2017 11:51 AM
Yg ni cm anak anak aku yg bongsu. Anak aku ni dok di atas garisan..hendak kata normal pun tidak, ...

haha biasa lah hero, kena la cabut dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2017 10:38 AM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 13-9-2017 11:08 AM

Sambungan...

Selepas kejadian pintu bilik air terkunci dari dalam secara misteri tu, terdapat beberapa kejadian lagi. Ada sorang pekerja baru nampak seorang perempuan berada dekat tingkap semasa beliau menghantar barang2 exhibition ke opis. Mat ni baru je masuk keje dan dia dok bangunan lain. So, dia tak tau la pasal opis tu yg ada kejadian2 misteri nusantara. Pada hari kejadian selepas habih exhibition, beliau pun pergi menghantar barang tu masuk ke opis sbb opis kami je yg ada bilik stor.

Masa tu dah senja.Dia menghantar barang tu bersama lagi 2 orang. Tapi yg dua orang lagi tu naik motor. Dia hanya beberapa minit je di belakang budak2 naik motor tu, tetapi ditakdirkan dia yg nampak penampakan berupa wanita berambut panjang tersebut. Sebab nak reverse kereta keluar parking, dia pun menoleh kiri kanan, tgk belakang semua...di saat tgh memutar2 stereng dan nak keluar parking tu la dia nampak seorang pompuan berdiri dekat dinding kaca (dekat pintu nak ke reception area ada dinding kaca) dan pompuan tu nampaknya sedang memerhatikan Mat nak keluar parking. Mat cakap dia tak la concentrate sgt nengok rupa paras pompuan tu sebab hati sudah goyang.. tapi dia kata pompuan tu rambut panjang dan bergerak mcm angin..lemah gemalai dan tak nampak pun badan dia berhinggut waktu berjalan. "Macam bendera Malaysia kat tiang tu"..kata Mat. Memula aku konpius mcmana pulak dari citer seram tetiba masuk bab patriotik, tapi rupanya Mat maksudkan yang pompuan tu bergerak mcm kain ditiup angin... seolah2 tak berjisim.

Pada waktu malam pulak pak guard cerita dia nampak seekor babi hutan yang amat besar duduk di area blkg opis dekat port staf lelaki hisap rokok. Pak guard tu kata dia biasa tengok babi hutan sebab rumah dia dekat dalam kampung. Mata babi waktu malam selalunya bercahaya kuning bila disuluh dgn torchlight. Yang dia nampak kat belakang opis tu dah la besor anak lembu, matanya pulak bercahaya merah bila pak guard tu suluh dari jauh. Disebabkan pak guard tu tak berani ambik risiko takut kalau2 diserang, dia tak halau pun babi tu. Dia blah cepat2 naik motor.

Kemuncak kes misteri nusantara opis ni ialah sebelum kami pindah sbb opis lama tu nak dijadikan laboratory. Sebelum kami pindah tu,  berlaku panahan petir di tengah hari rembang hingga menyebabkan sebatang pokok besar dekat area parking terkopak. Mujur time tu aku park kereta tempat lain sbb selalunya aku suka park bawah pokok tu. Masa tu sapa yg tengah pegang komputer semua turut sama terkena renjatan, termasuk aku. Tangan aku tgh pegang mouse, sebelah lagi tgh pegang mug nescafe. Mug berisi nescafe tu tercampak dan air nescafe berselerakan atas keyboard. Mujur tak jahanam laptop aku masa tu. 2-3 hari gak bisa2 dan lenguh tangan kanan aku. Paling kesian, ada member aku tgh buat video editing, dia pakai headphone..sampai kebas telinga weh, kena arus elektrik tu. Panahan petir yg super duper hebat tu, telah menyebabkan 2 CPU jahanam, satu printer dan semua telefon hangit. Mujur kitorang yg kena short circuit tak mati weh... lps tu mmg aku fobia dah nak guna barang phone dan pegang barang elektrik waktu ribut petir.

Post-morterm tak bertauliah dari pengkaji paranormal opis masa tu telah membuat kesimpulan bahawa petir tu sebenarnya mensasarkan setan2 yg terdapat di opis masa tu. Sebab mmg pelik guruh kuat gile masa tenghari rembang dalam pukul 1. Super-duper kuat pulak tu sampai menyambar ke opis dan menyebabkan kemusnahan yg boleh tahan banyak jugak la. Tak lama lepas tu kami pindah ke opis baru dan bangunan tu kekal jadi lab sampai sekarang.  Tak tau la kak ponti dalam opis tu stay situ lagi ke idok sbb tak pernah ambik tau dah psl lab tu sejak kami pindah.. sekian cerita opis yg angker.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2017 10:46 AM | Show all posts
manismanisan replied at 13-9-2017 08:28 AM
haha biasa lah hero, kena la cabut dulu

hahaha... masa dia blah tu aku tak sedor masa bila. Sedor2 dia dah duk diam2 kat hall.. Laju maknanye dia lari tuh..kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:06 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 13-9-2017 10:38 AM
Sambungan...

Selepas kejadian pintu bilik air terkunci dari dalam secara misteri tu, terdapat beb ...

TT ko dok diam2 la opis baru jangan nak mengelinjang ambik tau masalah dunia kak ponti kat lab tu. Aku yg baca ni pun tetiba cabut heaphone kat telinga padahal tak de kilat takde guruh pun kat luar hahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2017 01:01 PM | Show all posts
manismanisan replied at 13-9-2017 11:06 AM
TT ko dok diam2 la opis baru jangan nak mengelinjang ambik tau masalah dunia kak ponti kat lab tu. ...

haha... terkuat lak aku gelak dalam opis nih..
Lepas tu masa lab nak bukak dah, mmg management panggil ostad azan 7x, doa selamat dan baca Yaasin dalam tu. Aku pun pergi jugak majlis tu..sebab depa offer makanan sedap ooo...demi makan free ku lupakan segala sejarah seram ku kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 08:12 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 13-9-2017 01:01 PM
haha... terkuat lak aku gelak dalam opis nih..
Lepas tu masa lab nak bukak dah, mmg management pa ...

kalau aku pun harus pegi la kalau makan pree. takat sejarah langsuir langsuyar ponta ponti tak terjejas mana la selera makan perut besar aku ni!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 10:59 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 11-9-2017 11:51 AM
Yg ni cm anak anak aku yg bongsu. Anak aku ni dok di atas garisan..hendak kata normal pun tidak, ...

hye tt , i nie ada masalah yg sama dgn anak tt nie. and masa kecik2 pun kena sawan tangis jugak . i nie jenis lone ranger jugak same as @Anggun sophea . my sedara mara pun suka hina2 i jugak . i nie really love reading esp stephen king novel, kalau dah start membaca tu mmg tak kisah dgn sekeliling . i nie jenis kadang2 boleh nampak insan2 halus nie, kadang tak boleh . i ingat masa i kecik sekolah rendah masa tu, , masa tu i tido kat hall near by dapur kat kampung . tah  mcm mana tiba2 i terjaga and guess what ,i nampak ada budak kecik kat dapur tu mcm tengah dok tenung pintu bilik air kat dapur tu. lama jugak i tengok budak tu. bila azan subuh budak tu hilang .  budak tu putih satu badan dia . bila nampak dia i diam je .

sometimes i tak paham lah why darah daging sendiri tak boleh terima ORG SPECIAL mcm ur anak . sedih tau bila kena hina ngan darah daging sendiri  i really not good at akademik esp maths ( i akan jadi pening bila tengok too much numbers and formulas) . and so called org PANDAI  akan kutuk i lah ckp mcm2 tak de otak lah . lama2 i dh lali .  i sangat minat bidang muzik and arts .  ur anak bongsu tu minat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 12:06 PM | Show all posts
best citer tt, mcm2 perasaan ada masa baca
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:46 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 12-9-2017 09:36 AM
Jap ye sayam.. nak cari masa menulis tu. Busy si kakak tgh upsr ni haa..

good luck kakak for upsr! yukenduittt
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zu_nia at 15-9-2017 05:14 PM
d_alighieri replied at 8-9-2017 07:21 PM
Best baca kisah anak TT, hampir mirip dengan anak kedua saya sulung lelaki juga. Tumpang share kisah ...


Nice story la awak.
Btw anak saya x de pulak macam nie tapi nak cite pasal experience pregnant kan anak saya.. masa pregnant kan dia alahan yg sangat teruk..sampai ari nak pegi convo tue lembik tapi gagahkan jugak sebab nak celebrate.
Masuk 3-4bulan dia dh start gerak2 ke ape dalam perut and MIL pelik cakap awal dh rasa yea sebab pregnant kan anak sulung..and yes banyak dugaan pregnant kan dia..bleeding,alahan semua la..lepas tue masa mula2 pregnant mimpi tengah baring dalam keadaan mengangkang which position nak bersalin tue,ada lembaga hitam macam nak kuar kan baby kat celah kangkang ala2 bidan tue. Balik kg terus berubat tapi pakcik tue x de cakap pape just suruh pantang sikit.time tue yes nak makan ape semua dpt..alhamdulillah.
Cite pulak masa bersalin betoi on due date dia..semua mudah..tak rasa sakit yg teruk tau2  bersalin dah and x kene jahit pun..masa tue nurse and doc puji2 yg kunun nya pandai beranak. Masa anak bersalin ramai betoi suka and kerumun dia..and yes dia bersalin asyik menangis...non stop..tido kejap lepas tue melalak macam kene cubit..berubat 3-4 org finally kat darul syifa settle dia dh bole senyum..masa tue umur dia 4 bulan. Dh beso nie umur 4 tahun tapi still pelat and ramai jugak yg perli2 sebab dia pelat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:29 PM | Show all posts
zu_nia replied at 15-9-2017 12:15 PM
Nice story la awak.
Btw anak saya x de pulak macam nie tapi nak cite pasal experience pregnant ka ...

for me umur 4 thn ckp pelat
xde mende lah
infact cute je

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:31 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 13-9-2017 10:38 AM
Sambungan...

Selepas kejadian pintu bilik air terkunci dari dalam secara misteri tu, terdapat beb ...

angker nye opis tusbb lm tinggal ke
atau ada menumpang

opis baru ok?

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:49 PM | Show all posts
TT so ucop ni bg tak sambung cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 13-9-2017 01:01 PM
haha... terkuat lak aku gelak dalam opis nih..
Lepas tu masa lab nak bukak dah, mmg management pa ...

Mayday maydayyyy

Sis..ucop ada komen pape x psl kes pusat tahfiz tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 11-9-2017 05:25 PM
Sementara tunggu waktu balik ni meh aku share satu story psl kakak Ucop. Kakak ni anak sulung dan an ...

byk btl nk besarkan anak2 kan
mcmtu la kita ni mak2 kan
tp mcm x sedar tgk2 anak2 dh besar kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:25 AM | Show all posts
kaka gaban mohon update cpt sikit yach!!

rindu kt ucop

btw mak saya dulu jaga anak jiran nama dia yusof until skg dia dh 8 thn pn still dia menempek ngn mak

bijak sgt budaknyeee

sy igt lg masa blm kawen ngn hb, hb sllu dtg umah ms tu br tunang, budak ni mak jaga, hb sy selalu bw dia g minum teh tarik haha..masa tu br setahun lebih

n now dia pggl hb saya abg long hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
manismanisan replied at 14-9-2017 08:12 AM
kalau aku pun harus pegi la kalau makan pree. takat sejarah langsuir langsuyar ponta ponti tak ter ...

Hahah..hi 5 sikit
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 10:47 AM | Show all posts

Ko bz eh TT? lama weols tunggu ko hapdet nih. Sapa tu ada tanya Ucop takde komen ke psl kes sekolah tahfiz tuh? dia tengok tak berita kat tv pasal tu? Boleh imagine la kalau dia ada bagi se das dua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.205645 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list