CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gabanistur

Kisah Anak Aku Yang Ada 6th Sense

  [Copy link]
 Author| Post time 20-9-2017 11:48 AM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 20-9-2017 03:00 PM

haha..sori korang...aku busy byk presentation pastu sedih la pulak hari2 bukak portal berita kes tahfiz tu. Terencat emosi aku jap.. Ekceli sebelum kejadian tahfiz terbakor tu Ucop cool je tp tangan aku asyik melecur pulak. Kena kuali panas, kena iron, kena percik minyak, kena air panas... Aku ingat keseimbangan ion2 di dalam badan aku terjejas sebab anak nak UPSR masa tu, so aku ignore je. Hari Khamis tu anak aku UPSR paper Sains yg last lps tu aku cuti so tak bukak henpon sangat. Sekali bukak segala socmed, portal berita segalanya cerita pasal tu...baru la aku tau tahfiz tu terbako. Lepas tu ntah mangkok mana pegi masuk video yg viral budak2 tu menjerit aku sampai takleh tido weh... Dalam pikiran aku merasakan meninggal dunia akibat kebakaran sgt ngeri tak tau nak explain camana tp mmg fobia la.

Ada la pernah satu ketika dulu masa aku bujang, agak2 dlm tahun 2002 kot. Aku kerja line industri kat tanah kelahiran sendiri. Aku masa tu seorang yg minat permotoran. Masa tu pompuan pakai moto 2 lejang tak ramai so aku salah sorang la yg pakai moto ni. Masa tu suka nau bawak motor, suka boots, suka jeans, suka jaket dan lain2 yg seangkatan. Masa tu aku suka la merayau sorang2 time tak keje. Ride pegi Cameron sorang2 pun penah. Gamble je.

Masa tu aku suka la pergi satu kedai jual barang2 murah ni. Cari glove, cari bandana. Ada sorang pekerja kedai tu seorang lelaki lembut. Budak ni dia peramah.Lama2 dia pun kenal aku sbb regular customer khennn.. Masa tu aku pikir dia lembut dari aku lagi. Mesti dia takut tgk aku ganas sgt.

Nak dijadikan citer satu hari tu masa tu aku tgh keje, member opih aku bwk masuk satu salinan suicide note, nak dijadikan modal pergossipan sementara nak tggu balik. Kertas potostet je, katanya dapat dari kwn sekampung yg dapat notes tu dari simpanan polis. Maklum zaman tu takde wassap lagi tp maklumat bocor ni dah terjadi dah sebenarnya. Budak ni tulis nota bunuh diri ni dengan ayat2 yg sangat sedih. Dia cerita la gaji dia kerja terlalu kecik, tapi dia terpaksa habiskan bagi mak ayah, bagi girlfriend, bagi adik beradik. Dia tak berani melawan walaupun dia rasa org lain selain mak bapak dia tak patut dapat bahagian dari gaji dia. Dia jugak tulis nama orang2 yg buli dia kerana dia lembut. Dia ada tulis sebenarnya dia tau awek tu cuma ambik kesempatan dari dia..bukan sbb sayang sgt tp nak duit gaji dia je. Tp walau macam tu dia masih sgt sayang awek ni dan tak sanggup dititnggalkan. So dengan ini dia nak bunuh diri je kerana ini je jalannya dia akan terlepas dari semua tekanan ni...

Masa tu bulan puasa. Budak ini bunuh diri dengan cara bakar diri. Dia pakai tayar buruk kat badan, curah petrol dan nyalakan api. Dia bakar diri dalam rumah..agaknya sebab terlalu sakit dia lari sampai ke satu kawasan lapang dalam keadaan terbakar dan meninggal kat situ. Masa orang datang nak bantu dia dah tak bergerak lagi. Lolongan dan raungan kesakitan dia terdengar sampai masjid masa org tengah solat tarawih. Walaupun masjid pakai speaker still takleh beat raungan dia yg sedang bertarung dgn maut. Last sekali aku dapat tau budak ni ialah pekerja kedai barang murah tu....budak lembut tu, yang peramah dan murah dengan senyuman. Aku nangis tak boleh tahan kerana aku rasa budak tu baik, dia ambik tindakan nekad mcm tu kerana keadaan. Dan terfikir macamana azabnya dia meninggal dengan keadaan terbakar mcm tu.

Jenazah dia dikebumikan dekat tanah wakaf juga tapi terasing dari pusara yg lain. Aku rasa sangat sedih utk budak ni. 2 hari jugak tak tido sbb terbayang2.

Kes tahfiz tu kind of mengingatkan aku pada cerita ni. Lebih menyayat hati yang terlibat teraniaya dan masih kanak2. Lagi down mental aku...

Maaf admin..cerita ni out of topic. Ekceli aku ada story gak nak citer tp petang2 sikitlah kalau sempat ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 12:17 PM | Show all posts
menarik dan kelakar penceritaan tt. bertuah tt dapat anak mcm ucop.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 01:26 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 20-9-2017 11:48 AM
haha..sori korang...aku busy byk presentation pastu sedih la pulak hari2 bukak portal berita kes tah ...

tak sabar tunggu u update cerita...

siannya budak lembut tu, mungkin itu yang dia rasa jalan keluar bagi masalah dia..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:29 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 20-9-2017 11:48 AM
haha..sori korang...aku busy byk presentation pastu sedih la pulak hari2 bukak portal berita kes tah ...

TT, i pun nak tnya kes kebakaran di pusat tahfiz ni
ucop ade cakap2 tak pasal kes ni?
jgn ckp tt aku pun lps kejadian kebakaran tu asal terjaga malam je terbayang2 budak2 dalam hostel
tak mampu rasanya aku, lebih2 lg kt fb pun selalu siar berkenaan hal diaorg
tunjuk video saat terakhir menbaca al-quran bersama
wajah2 diaorg bersama artis yg melawat diaorg
sedih sangat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 03:37 PM | Show all posts
Sapa ada anak kecik2 mesti tau sekarang lagu apa yang tgh 'in' di kalangan kanak2 kan? Tak lain tak bukan BABY SHARK Doo Doo Doo tu khennnn... Hahaha! Kalau ko dgr banyak2 kali dia mcm terngiang2 weh...takleh nak padamkan. Mula2 masa ko tgh drive,  anak dengar lagu tu dalam kereta, diorang pun paksa ko nyanyi sekali. lepas dah hantar diorang pergi sekolah pun ko dok nyanyi lagi lagu tu dalam kereta sbb mmg melekat irama dan lirik dia dalam kepala kann.. Kahkah...tu la yg berlaku kat aku...Dulu aku selalu terngiang2 lagu Didi & Friends. Kepala lutut kaki, lutut kaki..dok ulang2 la selagi tak sampai opih

Nak cerita pasal Ucop la ni. Sejak start kempen sambutan hari merdeka dia suka sangat la lagu patriotik. Gamaknye cikgu2 sekolah ajar. Macam2 lagu patriotik dia cari dan dengar kat Youtube. Lagu Melayu, Cina, Tamil...semua dia suka la. So, ok la bagi aku. Tetiba si Adik telah membawa satu irama baru yang lebih catchy iaitu BABY SHARK Doo Doo Doo tu!

Ucop pun tersangkut menyanyi lagu tu pulak. Version English, Version Indon..semua dia hafal. Masa memula hari tu aku idak le hafal liriknya, lps baby shark, mommy shark, lps tu daddy shark and so on.. Pada suatu hari tu, masa on the way nak hantar pergi pusat transit dorang, bateri henpon yg Ucop selalu main tu habis. Telefon aku mmg budak2 takleh nak bukak sbb kena bukak pakai finger print. Kalau aku tgh memandu depa sedia maklum mmg aku tak layan depa nak suruh unlock phone aku tu. Jadinya Adik ajak Ucop nyanyi jelah lagu Baby Shark tu sendiri. Maka menyanyi la dua beradik tu sampai la tetiba senyap sbb si Adik dah tertido.

Kan aku cakap lagu ni jenis terngiang2 dalam kepala? Masa tu walaupun bebudak tu dah stop nyanyi, dalam hati aku masih dok nyanyi lagi lagu baby shark ni. Tp dalam hati je. Mulut aku senyap. Sampai dekat Grandpa Shark, aku dah lost dah..tak tau lirik lps tu apa. Tengah kepala otak menerawang cuba mengingatkan lirik seterusnya, tetiba aku dengar suara dari seat belakang

Let's go hunt, doo doo doo doo doo doo.
Let's go hunt, doo doo doo doo doo doo.
Let's go hunt, doo doo doo doo doo doo.
Let's go hunt!

Rupanya Mat Ucop ni yang sambung apa lirik yg aku dah lupa tu!

Maksudnya dia memang dengar la aku nyanyi lagu Baby Shark dalam hati walalupun mulut aku tak sebut apa2 waktu tu. So lps ni kalau sorok Twisties ke, Kit Kat ke, aku akan pastikan dia tak de kat rumah. Kalau tak konfem kantoi kat mana aku sembunyikkan makanan tu sume
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 04:28 PM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 20-9-2017 05:14 PM

Ok tu tadi selingan je...nak cerita psl kisah mistik tahun 70an... ni kisah yang diceritakan oleh mak aku, arwah opah haji dan arwah abah aku masa aku budak2 dulu. Tapi sebab extravaganza sangat aku masih boleh ingat dengan baik. Kalau ada lupa pun maybe details yg tidak menjejaskan plot cerita la.

Mak dengan abah masa mula2 kawen depa dok asing2. Abah jadi pelatih di pusat latihan Perlop. Mak pulak tinggal bersama arwah opah kat kampung. 1 malam kat rumah opah,  1 malam kat rumah opah haji. Macam tulah bergilir2. Rumah opah (mak kepada mak aku) dan rumah opah haji dekat je. Aku masa kecik2 dulu lari je dari satu rumah opah ke opah yg lagi satu.

Dekat kampung, abah dah bina sebuah rumahsejak dia bujang lagi. Rumah ni dia tak duduk tapi sbg persediaan untuk dia sekiranya nanti dia berkeluarga. Rumah ni sebelah je dari rumah opah haji.

Masa aku kecik2, rumah ni antara tempat yg aku sangat excited nak pergi. Sebab dalam rumah tu ada barang-barang abah dan mak masa diorang muda. Semua barang2 tu best2 pada pikiran aku yg masih kanak2 masa tu. Abah ada pemain piring hitam, ada clarinet (sejenis alat muzik tiupan), ada meja kerja dengan laci yg ada byk barang2 best mcm compass, goggle motosikal (abah ada motor Norton dulu), lps tu ada lampu meja yg cool, ada jam meja yg antik. Kat rumah tu ada boots keje abah - ye..aku mmg suka boots.  Aku selalu main2 pakai boot dia dulu. Ada pinggan mangkuk cawan gelas yg cantik2. Rumah tu kosong aje. Sebab masa aku kecik aku dok kuarters bersebelahan dengan bengkel jabatan tempat abah kerja. Agaknya abah dan mak sayang rumah tu dan barang2 yang ada di dalamnya, jadi diorang tak sewakan, sebaliknya dibiarkan kosong je dan dijenguk apabila hujung minggu.

OK..berbalik kpd kisah mak dan abah masa muda. Setelah sekian lama, abah dapat tukar ke opis yg dekat sikit dengan kampung. Kebetulan pula tahun tu opah haji dapat pergi haji. Masa tu pergi haji naik kapal. kalau tak salah setengah tahun baru sampai balik ke tanah air. Bila abah dapat tukar, opah haji lega la. Kalau opah pergi haji nanti ada orang jagakan rumahnya, tebang pisang yang dah masak, kutip kelapa2 dan bagi ayam itiknya makan.

Maka duduklah mak dan abah di rumah diorang sendiri -rumah abah yg bersebelahan rumah opah haji tu. Masa diorang pindah masuk tu opah haji belum pergi haji lagi tapi dah dalam persediaan untuk berangkat. Pada suatu hari masa mak kat rumah opah haji, mak tetiba tak sihat. Mak pening-pening. Mak cakap tak tau nak describe rasa badan mak masa tu, sejuk panas bersilih ganti. Opah haji dah perasan muka mak pucat, jadi dia suruh mak balik rehat kat rumah. Nanti dia menyusul utk tengok2kan mak.

Masa dia datang tengokkan mak dah masuk waktu Asar. Mak terkaku tak sedarkan diri walaupun cuba digerakkan. Opah haji ni pandai juga mengubat sebab dia bidan kampung. Jadi dibawanya sekali air tawar untuk redakan sikit sakit mak sebelum abah balik utk bawak ke klinik. Masa opah haji masuk bilik di mana mak terbaring, dia ternampak ada satu bayangan perempuan berpakaian serba hijau di sebalik kelambu kat katil. Katil mak ni yg pesen dulu2 jenis besi bertiang yg ada kelambu tu. Jadinya bayangan perempuan tu berdiri di samping katil mak tetapi tidaklah jelas wajah beliau kerana terhadang oleh kelambu yg tipis itu.

Opah haji terus membaca ayat2 suci utk menghalau sekiranya benda itu berniat tak baik pada mak. Sementara tunggu abah balik dari kerja tu opah haji tak biarkan mak berseorangan sebaliknya dia menunggu sambil mengaji dalam bilik tu.

Bila abah sampai, opah haji terus bagitau kat abah yg mak tak sihat. Mak pening2 dan nak pitam. Opah suruh abah bawak mak jumpa doktor kat bandar esok pagi (zaman tu klinik tak buka malam2). Opah haji jugak ceritakan penampakan wanita serba hijau tersebut.

Surprisingly, abah tidak memperlihatkan muka yang terkejut pun. Macam dah expect je pulak. Opah haji tanya la "Kamu tau ke sapa dia?" Masa tu la abah bukak cerita, sebenarnya perempuan tu bukanlah manusia biasa mcm kita ni. Boleh kategorikan sbg orang halus la..spesis jin. orang melayu selalu cakap orang bunian. Dia selalu bercakap dgn abah di dalam mimpi. Kalau nampak dekat alam nyata selalunya dia nampak sekilas gitu aje. Tapi cantik dan wanginya mmg takde tandingan kat dunia ni. Dia selalu ikut abah dengan harapan abah sudi menerimanya sebagai isteri. Abah kata, perempuan tu mula ikut abah semasa abah buat penerangan pasal peralatan pertanian kpd para petani kat sebuah kampung. Abah kan technician. Dulu kalau kerajaan nak perkenalkan apa2 jentera pertanian, beberapa pekerja bahagian teknikal akan dihantar berkursus dgn manufacturer di luar negeri. Bila dah balik kena buat penerangan di daerah2 yg terlibat dgn pertanian.
Masa tu , abah pergi kampung tu berdua dengan kawannya. Kawannya tu pun 'berisi' juga orangnya tapi perempuan tu sukakan abah. Ada cerita best juga psl kawan dia ni, tp aku ingat2 lupa. Kalau aku ingat aku cerita. Berbalik pada perempuan serba hijau tu...Abah kata dia buat tak tau je dengan harapan perempuan tu paham sendiri dan angkat kaki. Lama dah abah tak nampak dia kat mana2, ingatkan dia dah balik ke tempat asal dia. Ada kemungkinan selama ini dia tak pergi mana2 tetapi menunggu abah di rumah abah yg kosong tu.

Atas nasihat opah haji, abah akhirnya berterus-terang dengan perempuan tu bahawa abah dah bernikah dan dah ada isteri. Yang proses berdialog ni aku tak tau macamana. Mungkin juga abah panggil dia atau pun abah berdialog dengannya secara makrifat. Abah mintak maaf tak dapat ambik perempuan tu sebagai isterinya kerana perbezaan keturunan yang tak memungkinkan mereka hidup bersama. Abah juga minta maaf tak berterus-terang dari awal dan mintak jasa baiknya supaya tak ganggu isterinya (mak). Abah kata perempuan tu menangis2 tak nak berpisah, kerana dia dah lar tinggalkan keluarganya dan tempat asal dia kerana abah. kalau abah buang dia, dia tak tau nak pergi mana. Tak tau abah buat camana, akhirnya perempuan tu setuju untuk pergi. Ada la barang-barang yg abah guna utk mengikat janji dengan perempuan tu yg aku pun dah tak ingat apa bendanya.

Lepas daripada tu mak sedar dari pengsan. Bila tanya mak, dia kata dia tak tau apa2..tapi masa dia tido tu dia mimpi ada orang marah-marah dia. Dia kata sebelum dia pengsan tu dia rasa badannya letih sangat. Telinga dia mcm bengang dan berdengung. Badan dia berpeluh sejuk. Dia dengar suara2 opah haji dan abah bercakap2 dalam bilik tu dia betul2 tak larat nak buka mata. Tak lama lepas tu dapat tau yang mak mengandung abang sulung aku... agaknya tulah yg triggered pompuan baju hijau tu marah dan kacau mak, sebab mak dah duduk di rumah kekasihnya (abah) dah tu mengandung pulak anak abah.. Perempuan tu cemburu.

Tak lama lepas tu, abah dapat arahan bertukar ke daerah lain. Kiranya masa abang aku lahir tu, dia tak sempat la duduk rumah tu. Rumah tu masih ada sekarang, mak aku sewakan kat orang. Dah berubah dah bentuknya sbb dah ada bilik air dalam rumah. Sekian...




Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-9-2017 04:44 PM | Show all posts
intan_smsb replied at 20-9-2017 03:29 PM
TT, i pun nak tnya kes kebakaran di pusat tahfiz ni
ucop ade cakap2 tak pasal kes ni?
jgn ckp tt ...

Korang...kes pusat tahfiz tu terlalu extreme. Menyedihkan sangat bagi aku lagi2 aku mak ada anak sebaya budak2 tu. Aku sebenarnya tak bukak berita TV kat rumah, FB ucop aku log off kan..-dia tak reti log in sendiri. Aku risau jugak dia terbaca dan got carried away macam kes MH370. Kalau dia taksub nanti susah. Emosi dia bercelaru. Nanti dekat sekolah tantrum, kesian kat cikgu2. So sebenarnya sepanjang yg aku tau, Ucop tak tau pasal pusat tahfiz tu. Kalau dia dapat berita dengan cara lain aku tak pastilah..tapi baru2 ni tengok cerekerama kat TV3 cerita psl ayah tu pun dia dah melalak non-stop aku tak tau la camana reaksi dia kalau dia follow berita pusat tahfiz tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 04:46 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 15-9-2017 03:29 PM
for me umur 4 thn ckp pelat
xde mende lah
infact cute je

Ni aku setuju. Kalau pelat tp ada komunikasi 2 hala oklah tu. kalau dia tak bercakap atau bercakap hanya sehala je..tak pandai jawab soalan dan tak pandai tanya tu yg kena ambik perhatian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 11:11 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 20-9-2017 04:44 PM
Korang...kes pusat tahfiz tu terlalu extreme. Menyedihkan sangat bagi aku lagi2 aku mak ada anak s ...

kalau begitu seeloknye uols jangan dedahkan berkenaan kes ni
takut gangu emosi anak uols plk nnti
kite yg tua ni pun masih x leh move on dan masih terkesan dgn kes ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2017 11:12 AM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 21-9-2017 11:19 AM

Sapa pernah jumpa encik cong? (pocong) Encik cong ni kalau dia mai sekali dengan bau kapur barus tau..

KISAH ENCIK CONG 1

Cerita dia mcm ni... aku suka la jugak jogging lps abis waktu keje. Ada satu park dekat dgn opis, dalam bandar je pun tapi dekat one side tu ada kebun getah dan kawasan yang dah gazet sbg hutan, so mmg meriah la pokok 2 yang besar2 dan tinggi kat situ. dekat lantai hutan pulak terdapat mountain bike trail. Kdg2 ada orang main beskal situ, but most of the time mmg kosong dan sunyi je. Sunyi tak sunyi kalau petang2 ramai orang jogging dekat jogging track bersebelahan hutan kecik tu. Dekat tengah2 jogging tRack tu ada tasik seketoi. Tak le besor sangat tapi ada aktiviti sukan air jugak..yg paling selalu tengok ialah kayak la.  

Ada satu hari tu aku jogging cam biasa. Waktu petang tau.. dalam pukul 6.15 gamaknye camtulah. Telinga aku dah sumbat dengan earphone sbb mmg aku suka jogging sambil dengar lagu. Lepas dah 2 round, aku pun kena lalu lagi sekali dekat track jogging dekat side yg ada hutan kecik tu sebab selalunya aku pusing 4 round baru aku balik. Tetiba aku terbau kapur barus..kapur barus ni mmg sejenis bau yg kuat dan sangat la familiar. Tak mungkin aku tersilap bau ketiak joggers lain sebagai bau kapur barus kan..

Aku pun toleh kiri kanan. Aku pause kejap mp3 dan perhatikan ada aunty cina 2 orang yg berjalan di depan tak jauh dari aku. Kat belakang aku ada budak2 muda yg tgh jogging jugak tp jauh la.. Aku tengok aunty 2 orang tu dok berborak mcm biasa je. Takde plak nampak diorang mcm terbau2 jugak. Mcm takde apa2 pun..rancak je berbualnya dalam bahasa cina. So aku pun ignore jelah...agaknye perasaan aje kot.

Lepas tu macam ada bunyi2 daun2 bergesel dekat trail orang main mountain bike tu. Aku ni masalahnya ghajinnnn la pulak pegi jenguk2 ke arah tu utk tengok kat mana bunyik tu. Dah la
masa tu bau kapur barus tu kekadang kuat, kekadang hilang dibawak angin. Patutnya masa tu aku blah je la..yg pegi sibuk mencari tu buat apa. Tapi jiwa yg curious mcm aku ni mmg susah nak dibawak berbincang. Tetap juga nak tau apa benda yg berbau dan berbunyik2 tu.


Sekali masa aku tgh terjenguk2 tu, aku nampak mcm ada benda dekat sebalik pokok getah tua di tepi area orang buat senaman bergayut dekat rantai yg ada gelung tuh..haih apa namanya tah. Tengok lagi skali betoi2..dan cuba fokus kat objek tu sampai kecik2 mata. Ingatkan kot ada geng mountain bike tgh repair rantai beskal terjatuh ke apa... Sekali bila mata dah fokus bebetoi tak lain tak bukan benda tu encik cong rupanya weyyyy...punnnn tengah terintai2 jugak. Nampak la kain balut dia yg lusuh dan bunjut ataih kepala dia tu berbuai2 ditiup angin. Muka dia aku tak berapa nampak sbb bukaan dekat bahagian muka tu kecik je...tapi nampak gelap la disebalik kain kapannye yg lusuh tu.

Ya Allah..terus dada rasa mcm kena hempuk. Takleh bernapas. Aku pun bukak langkah seribu terus pecut. Tak pernah aku jogging camtu punya laju. Dari pace 8 terus pace 4 gamaknye. Sampai dekat parking kereta dada aku rasa mcm nak pecah. Tak dan nak cooling down ke minum air ke aku terus drive balik. Otw nak sampai rumah baru aku singgah kedai..beli ikan. Baca apa2 yg patut baru masuk rumah.. Tu la pengalaman aku terskodeng encik cong tanpa sengaja. Dia pun terskodeng aku jugak dan agaknya hampa sbb aku hanya seorang makcik..bukan awek seksi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2017 11:45 AM | Show all posts
KISAH ENCIK CONG 2

Ni cerita bukan aku yg mengalami tapi mak dan makcik aku masa diorang budak2 dulu. Makcik aku ni aku panggil Yan. Dekat Perak mmg lain sikit panggilan utk mak2 dan pak2 sedare. Ni yg kuno dan pesen lama sikitlah. Ada Ayah Yeop, Ayah Lope, Chor, Yan,Mak Enche', Ayah Nyah, Andak dan banyak lagi la.

Yan ni adik Mak aku. Yan aku ni orangnya lawak2 juga..dan blur2 gittew. Lurus pun  ada jugak. Kadang2 kita ngusik je sebenornya, atau kita sakat tapi dia percaya bersungguh2. Memang selalu dia ni jadi mangsa usikan adik beradik dan anak2 buahnya terutama yang buas sikit la..macam aku.

Cerita ni masa diorang kecik2 dan masa tu diorang memang suka sangatlah makan buah kuini atau bacang dalam bahasa tempatan. Dekat kampung tu ada satu pokok bacang yang tinggi dan berbuah lebat. Pokok tu pulak tidak bertuan dan kiranya sesapa pun boleh ambiklah buah bacang tu sebanyak mana yang diorang suka. Masalahnya lokasi pokok bacang tu. Dekat dalam kawasan perkuburan wey... Gulp!

Tapi kerana makan punya pasal (nampak tak perangai mak ni sama dengan aku ), mak dengan Yan nekad nak pegi ambik jugak buah bacang tu. Masa tu musim bacang pulak dan mak dengan Yan ni dah berangan nak buat serawa dengan bacang yang masak ranum tu. (serawa: Bacang dicincang dan dimakan bersama gula dan santan. paling best makan kalau disejukkan dalam peti ais). Kalau tak pun buat sambal bacang, makan dengan nasik panas. Aduu..aku tulis aku pulak merembes air liur ni weh...

Hari pertama:- Siap2 dari rumah dengan membawak sebiji bakul, diorang pergi ambik buah bacang pukul 8 pagi. Jeng jeng jenggg...dah habis. Tinggal bau bacang je yang harum dan buah yg masih masak ranum bergayutan di dahan2. Maka kecewalah budak 2 orang tu. "Dah, jom balik. Esok kita pergi awal sikit." Kata mak kepada Yan.

Hari kedua: Sampai di tanah kubur pukul 7 pagi (alhamdulillah....ala2 tok adi), Dapat!! Tapi 2 bijik je??? Sebab..tengok2 geng budak2 kampung dah kutip buah masak yang luruh dan penuh bakul masing2. Tu tak campur yang kambing pun join makan buah yang banyak kat atas rumput tu.. Grr &%#R%^!! Mak dengan Yan dah mula nak hangen dah...

Demi mencapai wawasan dan cita2 nak kutip sebanyak2 mungkin buah bacang free tu keesokan harinya, mereka pun membuat rancangan lebih drastik. "KITA MESTI SAMPAI SANA SEBELUM SUBUH!  Kita pinjam pelita menoreh apak. Kita bawak 2bakul sorang satu. Kita kutip sampai habis biar orang lain datang semua dah habis.. YEAHHH!!" Dengan konpiden kejayaan akan berpihak kepada mereka, maka masuk tidur awallah kedua2 orang budak ni pada malam tu dengan semangat membara nak bangun awal pergi kutip buah bacang.

Aisehh...kena sambung lak. Nak menyupir ambik kekanak riang kat sekolah...tata. Satgi aku sambung naaa...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2017 04:15 PM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 21-9-2017 04:46 PM

ok sambung...

Esok pagi tu bila dengor bunyi ayam berkokok je, Mak dengan Yan bingkas bangun dengan misi yang jelas - nak kutip buah bacang sebanyak2nya. Diorang gunakan pelita menoreh arwah atuk yang boleh diikat kat kepala tu. Mak bawah golok kecik utk perlindungan, dan masing2 pegang bakul sorang satu. Dalam kegelapa awal pagi tu diorang pun turun dari rumah dan menuju ke kawasan kubur.

Aku ada la tanya jugak "Nape mak berani sangat? Tak takut ke gelap2 macam tu nak pergi kubur pulak?" Mak cakap, tak takut sebab sebelum subuh masa tu rata2 orang dewasa dah bangun sebab nak pergi menoreh. Yang nak ke sawah dah bangun sbb perjalanan ke kawasan bendang agak jauh juga so kalau naik beskal kena awal2 keluar dari rumah. Kubur tu pulak memang dalam kawasan kampung, dah biasa main2 di kawasan tu. Dan tak jauh dari kubur tu pun ada rumah kawan baik mak.  Mak cakap keadaan mmg sunyi dan gelap sbb kampung takde lampu jalan...tapi dari celah2 papan rumah orang kampung boleh nampak api pelita dan bunyik orang mula buat sarapan, menumbuk sambal dan menanak nasi dah kedengaran.

Jalan pun tak lama sebab kawasan kubur tu dekat je. Tau-tau dah sampai...bila mak tengok kat bawah pokok bacang, mak tengok banyak la buah bacang yang dah masak luruh. Baunya jangan cakap memang wangi dan sedap. Dengan hati yg happy, mak dan Yan cepat2 mengutip buah2 bacang tu sebelum orang lain datang. kutip punya kutip, lepas sebijik, sebijik masuk dalam bakul. Sampai tak sedar apa sebenarnya yang tercegat tak jauh dari diorang. Mula2 Yan yang nampak dulu. Lepas tu slow2 dia panggil mak. "Yong..apa benda tu?" Mak masih sibuk terbongkok2 mengutip buah bacang. "Cepatlah Mie..kutip bacang ni. Karang orang lain datang, rugilah kita."

"Yong...tu ape bendanya?" Kata Yan lagi. Disebabkan geram, mak pun angkat muka dan tengok ke arah yang Yan tunjuk. Benda yang Mak nampak tu membuatkan dia 2 beradik terus terkaku.

Tak jauh dari diorang ada satu benda tengah tegak berdiri. Mak kata benda tu kecik je..macam saiz kanak2 8-9 tahun. Tapi rupa dia macam Encik Cong la, cuma kecik. Yang ni mungkin Adik Cong kot. Berbalut kain kapan lusuh. Benda tu terlompat2 kecil.. Masa dia melompat tu, tali yang mengikat bunjut di kaki dia tersangkut pada ranting pokok2 besar yang jatuh ke atas tanah. Benda tu terus jugak melompat-lompat kecil walalupun akibat tersangkut tu, dia tak dapat bergerak ke depan. Lama2 dek kerana tertarik, ikatan itu mulai longgar dan akhirnya terlucut. Bila ikatan tu terbuka je, kain yang membungkus Adik Cong mula terbuka secara slow motion dan mula terkembang di bahagian bawah. Lama-lama makin besar pulak kain tu terbukak. Bau kapur barus pun makin lama makin kuat.

Bila tengok macam tu pun mak pun tak tunggu lama terus jerit, "Mie, lari Mie!!" Lariiiii!!" Dia dua orang pun terus lari sekuat-kuat hati. Bakul sarat berisi buah2 bacang, golok serta pelita terpelanting entah ke mana. Selipar pun entah bila masa terlucut sbb bila sampai rumah tengok2 dah berkaki ayam. Mak cakap diorang siap susup-sasap lalu bawah rumah orang sbb nak sampai cepat kat rumah. Sampai je rumah, arwah opah yg tengah siapkan bekal arwah atuk nak pergi menoreh terus bertanya, "Kenapa dengan kome ni? Pelita apak kamu mana? Dia nak pergi menoreh tu."

Mak cakap dalam tercungap2 tu diorang hanya mampu sebut "Pocong mak..hantu. Hantu pocong." Apa lagi memang kena basuh la dengan arwah opah sebab terlalu mengikutkan sangat hati tamak nak sangat buah bacang tu banyak2. Orang dulu2 kalau terjadi kemalangan kecik kat anak2 dia selalunya akan cakap "haaa...biar tau rasa. Nak sangat bacang tu banyak2, ambik kome. Mujur pocong tu tak sorok kamu kalo idak tak dapat balik le. Haa..lain kali pergi le lagi. Biar tengah malam pulak" kata arwah opah. Orang dulu2 diorang mmg pakai reverse psikologi ke apa aku tak taulah. Tapi memang kalau kena gini sahlah kena marah walaupun ak tu sebenarnya kesian juga kat anak2 yg ketakutan. Tp mak cakap mmg logik la kena marah pun, tak pasal2 arwah atuk pergi menoreh bawak pelita ayan (pelita berkaki) je hari tu, angkara pelita menorehnya dihilangkan oleh diorang berdua.

Pagi tu bila dah cerah, tak tahan kena bebel, mak dengan Yan pergi menyusur balik jalan diorang balik dalam keadaan lari pecut tu mencari barang2 yg dah tercampak tu semua. Selipar sebelah dalam lopak, sebelah lagi kat bawah rumah orang. Yang penting golok kecik atuk dan pelita menoreh dia dapat jumpa balik...kalau tak, balik rumah dah puas kena marah, dah tentu kena sesah pulak, kata mak. Sekian....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2017 04:35 PM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 21-9-2017 04:52 PM
intan_smsb replied at 21-9-2017 11:11 AM
kalau begitu seeloknye uols jangan dedahkan berkenaan kes ni
takut gangu emosi anak uols plk nnti ...

Haah..memang tak bagi. Bagi dia dengar lagu Baby Shark je.
Nak tau tak, tadi dia hilang dalam 10 minit kat area opis aku nih. Aku transitkan dia jap kat opis sini sebelum hantar ke pusat transit sampai petang. Ambik dari sekolah, selalunya bg makan dan tukar baju kat sini..lepas tu baru gerak ke pusat transit. Masa dia keluar pintu opis nak masuk kereta, dia boleh bantainya lari. Aku ada je blkg dia waktu dia keluar tu. Ingat dia dah masuk rupanya masa tgh sibuk2 nak simpan baju apa semua dalam boot keta tu dia celuih pegi lari. Tgk dalam keta ada adik dia je... Huhuuuu..Panik weh. Sampai kawan opis semua keluar gi cari. Laju betul dia lari walaupun lemak tetel dia banyak. Jauh lak tu..dalam 800 meter kot. Allahu..10 minit mcm sejam rasanya dengan risau dia lari ke hiway depan opis lagi. Yerlah..dia bukannya reti bahaya. Main redah je. Kawan opis yang pegi cari dengan motor terjumpa dia elok tengah try nak beli air gedegang (walalupun tak bawak duit). Masa jumpa dia tu rasa nak nangis ada, rasa nak lempang dia 100 kali pun ada, rasa fed up sbb masih kena kejar dia dah 9 tahunpun ada, dah boring kejar, rasa nak buang diri sendiri kat pulau tak berpenghuni, rasa gagal..semua ada la. Haih.. Lepas hantar dia lepak depan kedai runcit dekat pusat transit to cool down. Duk diam2 tarik napas, tengok kereta lalu-lalang dekat setengah jam baru drive balik opis. Mental aku jem. Tak tau sampai bila kena kejar dia...harap2 taklah sampai umur 60 pun kena lari kejar dia lagi. Dah tak larat..serius. Nak nangis pun dah takde air mata dah ni...

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:49 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 21-9-2017 04:15 PM
ok sambung...

Esok pagi tu bila dengor bunyi ayam berkokok je, Mak dengan Yan bingkas bangun deng ...

wah.. kiranya memang betullah cik cong ni wujud.. sebelum ni memang lah ada baca cerita pasal cik cong ni.. tapi macam nak percaya tak percaya.. iols antara banyak2 jenis hantu, memang anti sikit dengan cik cong ni dari kecik.. sampaikan bila tengok mayat yang dikafankan pun iols dok teringat-ingat.. gara2 dok tengok cerita momok masa kecik2 dulu..

Tapi peliklah.. hantu iblis ni memang suka menjelma ikut budaya kan? hantu mat saleh lain.. hantu cina lain..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 05:24 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 21-9-2017 04:35 PM
Haah..memang tak bagi. Bagi dia dengar lagu Baby Shark je.
Nak tau tak, tadi dia hilang dalam 10 ...

Allahu....
maksudnya anak tt ni kalau ada peluang mmg die cuba utk teroka i rasalah
die jenis yang aktif ke tt? memang kerap lari2 ke?

sebab anak i dulu pun penah hilang jugak dalam mall tapi masa tu umor 2-3 tahun
memang risau walau hilang kejup ms tu rasa da gelap ms depan i, nasib jumpa jgk
i bukan apa dalam otak dok pikir ade org jaat je tarik anak kan
tapi mcm kes tt ni special skt

i harap tt kuatkan semangat, bersabar dengan ujian ini
bukan semua org dapat dugaan dan ujian sebegini hanya insan2 yang kuat dan terpilih
dan tt antara seorang darinya dan i amat berharap tt tak putus asa

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 01:45 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 21-9-2017 04:35 PM
Haah..memang tak bagi. Bagi dia dengar lagu Baby Shark je.
Nak tau tak, tadi dia hilang dalam 10 ...

Ya Allah aku yg baca pun alahai.. Semangat ko dah naik balik tak tu? Tak leh down lama2 lah kan. La yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Ko kuat TT.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2017 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 21-9-2017 04:35 PM
Haah..memang tak bagi. Bagi dia dengar lagu Baby Shark je.
Nak tau tak, tadi dia hilang dalam 10 ...

Sabar TT.... meollls plk rase nk nanges... tabah yee... TT kne kuat demi ucop...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2017 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Eiii tt, bdebar baca kesah cong tu..

dalam bnyk2 bende.. cong tu la aku bharap xkan jmp.. mintak jauh la..aku mmg takot gile.. sampai bantal golek pon xblh ada kat uma aku, uma mak mahupon uma mak mentua.. punya la tahap takot dia tu tinggi..
Punca tahun 2000 tak silap yang ada muzium d shah alam bawak geng hantu jenglot cong apa semua tu.. org kata, org btuah jek blh nmpk cong time tu.. bg aku bln tuah! Malang adala.. mungkin aku nsb malang blh tnampak plak.. balik uma sampai demam2, smpi kne amek air pulih semangat.. 3-4 bulan aku demam meracau2 sampai tak kesekolah hah.. akhir bawak ke kg.berembang ke apa nama nama ntah kat ampang tu.. arwah ayah bawak berubat ke sana.. kg tu pon da xdop dah la ni.. huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 03:08 PM | Show all posts
LostStar replied at 22-9-2017 08:32 PM
Eiii tt, bdebar baca kesah cong tu..

dalam bnyk2 bende.. cong tu la aku bharap xkan jmp.. mintak  ...

rindunya kampung berembang. Tak tau pulak ada orang pandai berubat dekat situ. Sekarang dah tak de dah kg berembang

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 03:12 PM | Show all posts
kzamam replied at 25-9-2017 03:08 PM
rindunya kampung berembang. Tak tau pulak ada orang pandai berubat dekat situ. Sekarang dah tak de ...

betul la ejaan dia berembang kan?
ada la, kami semua panggil tok haji.. slalu pakai jubah.. dlu2 adek bradek sakit ka apa ka ambil air penawar kat sana la.. dah tak ada pon dah kampung tu kan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.152292 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list