CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gabanistur

Kisah Anak Aku Yang Ada 6th Sense

  [Copy link]
 Author| Post time 3-10-2017 10:13 AM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 3-10-2017 10:30 AM

Nak sambung kisah JERITAN DI KEBUN GETAH. Pergh..ala2 telefilem lak kan tajuknya.. kahhh!

ok..citer dia camni..

Masa tu aku belajar kat sem 2 kot. Aku ni budak AD ITM..masa tu ITM belum jadi Uni lagi. Masa tu budak2 1st Year ni (sem 1 dan sem2) belajar foundation. Belum masuk department lagi. Beza dengan sekarang budak2 dapat offer letter terus tau dah diorang dapat kursus dan jabatan apa. Citer ni ketika aku balik kampung beraya. Tak lama lepas raya tu ada assessment dan tak lama lps tu pulak ada interview untuk masuk jabatan. So memang balik raya tu aku bwk beg folio yg penuh dengan drawing yang belum siap. Aku raya hari raya pertama je..tu pun sekejap je. Lps mak dengan adik beradik aku keluar beraya rumah sedare-mare, aku kunci pintu pagar, kunci pintu rumah (konon2 berlakon orang takde kat rumah la pasal malas nak layan budak2 datang beraya ), bancuh sirap dan beraya sorang2 kat rumah dengan drawing yang besor2 tu. Misi aku masa tu selain dari nak markah tinggi masa final assessment ialah nak impress lecturer2 fine art pasal aku nak masuk fine art department.

Satu hari suntuk aku dok hadap drawing tu. Analitical drawing masa tu aku lukis halia lengkuas sbb dia banyak line. Aku mmg strong sikit la dgn line drawing so aku mmg tackle drawing tu ikut style aku la. Lukis punya lukis dah malam. Tak lama lps tu mak dan abang2 aku sampai rumah. Adik aku dah tertido pun. Gedebak-gedebuk dah habis  hari raya pertama.

Untuk beberapa hari berikutnya mmg itu je keje aku. Kira mcm beraya dengan drawing la tahun tu. Aku ada 12 drawing saiz separuh box board nak kena setel. Aje giler kan... So aku tak pedulik dah raya ke apa ke..setiap hari aku spend masa dari siang sampai kul 3 pg buat drawing. Pada hari raya ke-3, aku dah exhausted dah sebenarnya. Masa tu aku tgh  buat sequence punya drawing. Subjek dia sama tp kena olah dan kena ada 6 posisi. Lukis benda sama 6 kali mmg rasa nak muntah la kan..cemuih tak tau nak kata. Jam menunjukkan pukul 2 pagi..suasana dah sunyi. Cuma tinggal lagu2 dari tape Innuendo je dari cassete player aku yg aku pasang slow2 sbb semua orang dah tido.


Tiba2... "AAAAAAAARGHHHHHHHH!!" Suara pompuan menjerit punya la nyaring. TAP! terus aku off cassette player aku.

"AAAAAARGHHHHHHHHH!!!"

Dia jerit lagi sekali. Kali ni lagi panjang. Bunyi dia datang dari kebun getah depan rumah aku ni. Kebun getah ni atas bukit. Bwh kebun getah tu ada lot rumah banglo. Lereng kebun tu betul belakang dapur rumah 2 banglo2 tu. Rumah aku plak berhadapan dengan rumah2 banglo tu sekaligus menghadap bukit kebun getah.

Lepas tu.."DUMMM!" Bunyik benda berdentum atas bumbung rumah. Rumah aku ni jenis bumbung tinggi tau. Ala...pesen rumah teres lama tu. Dekat hujung siling tu ekceli ada tingkap nako utk bg udara masuk. Mata aku automatik pandang situ, tapi tak nampak apa2 pulak.

Aku pun bangun, ketuk pintu bilik mak aku dan terus masuk. Aku kejut mak aku. "Mak. Ada orang jerit la mak. Kuat bunyinya. Macam kat kebun getah atas bukit depan ni je."

Mak tanya, "Dah pukul berapa ni?" Aku cakap la dah pukul 2 pagi. Mak jawab apa tau "Tu nyonya kebun tu gaduh dengan laki dia agaknya. Biarlah.".... Hamaigadddd..mak ni! Saden betul muka dengan jawapan dia ni...aku ni dah meremang bulu roma boleh dia kata laki bini gaduh.

"Tapi mak...lepas suara orang menjerit tu, ada benda berdentum atas bumbung rumah kita." Mak terus buat muka tak senyum dia tu dan cakap "Dahlah! Pegi tido! Dah nak subuh ni. Nanti tido lambat mula la tak solat subuh!"...mmm.. Memang kena aku kali ni. Mak aku ni kalau dia malas layan mmg dia suruh pegi tido la, macam selalu.

"Mak. Orang nak tido sini boleh? Takutlah."

"Tido le. Ambik toto dalam almari bilik sebelah." Haah la sangat..mmg aku tak berani dah nak pegi ambik toto kat bilik sebelah. Atas karpet bilik mak tu je aku tido sampai pagi. Dengan lampu bilik aku tak tutup sampai pagi dan drawing bersepah dalam bilik. Pagi tu apa lagi, mmg kena leter la dengan mak.

Masa makan pagi tu aku sembang2 la pasal kejadian malam tu dengan adik beradik aku. Abang2 aku yg dah kawen masa tu dah balik rumah masing2 sbb cuti raya dah habis. Tinggal adik dengan abang aku yg bujang je lagi kat rumah mak. Adik aku cakap bunyi berdentum tu mmg selalu ada.  Selalunya kalau ada orang nak meninggal lagi kemain dia berjoget sakan atas bumbung tu.

Mak cakap orang taman tu heboh la masa mula2 dulu, kata hantu raya ada sorang pakcik ni dah tak bertuan sejak tuannya dah meninggal. Tu yg dia menyakat orang malam2. Masa pakcik tu meninggal aku kat ITM jadi aku pun tak tau la citer ni. Selalu je orang dalam taman tu dengar bunyik lompat2 atas bumbung tapi setakat ni takde lagi yg cerita pasal suara orang menjerit. Kira macam yg aku dengar malam tu kes jeritan yg pertama la. Rupanya malam tadi mak pun takut jugak sebab tu dia suruh aku tido. Dia cakap lps tu dia pulak yang tak boleh tido . Kemain geram dia tgk aku sedap tido mengerekot atas lantai tu. Hahah..
"Dah tu yang mak cakap nyonya kebun tu gaduh dengan laki dia tu?"
"Dah tu kamu nak suruh mak jawab apa? Nak jawab pontianak yang jerit? Tu pun kamu dah takut!" Hahaha! Kena lagi aku pagi tu.

Sampai sekarang ekceli bunyi2 berdentum atas bumbung tu ada jugak dengar sekali sekala tapi mak dah biasa dah so dia buat donno je. Aku pernah jugak dengar bila balik kampung sekali sekala tp mak suruh buat tak dengar. Dan paling best, akhirnya aku dapt masuk department Fine Art masa interview dengan membawak drawing2 yg aku lukis masa raya tu la. Tak sia2 la kiranya melukis sampai kena kacau hantu..Haha! Ok..dah habis citer dah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2017 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik dia x tunjuk diri..bagi dgr suara je..kalo x pengsan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2017 02:48 PM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 3-10-2017 02:50 PM
deana0211 replied at 3-10-2017 02:04 PM
Nasib baik dia x tunjuk diri..bagi dgr suara je..kalo x pengsan

Haah..mujur tak nampak bendanya. Aku masa kecik dulu selalu la jugak nampak benda2 gini. Bila dah besor tu jarang gile la nampak, tapi telinga aku ni jenis boleh dengar dan perasaan tu boleh rasa la kalau ada benda2 halus. Selalunya aku ignore je sbb aku ni sejenis logikal gituh..aku akan pikir semua kemungkinan logik dulu baru la last skali kalau dah takde kemungkinan lain baru aku terpikir benda2 halus ni. Lagi satu aku rasa kita manusia mmg duduk skali dgn dorang.. cuma sbb alam kita dengan dia tak sama, kita tak nampak each other kecuali certain2 masa tu kita akan bertembung secara tak sengaja dalam satu dimensi yg sama..tu yg kdg2 ternampak. Kalau nak ikut encounter aku dgn benda gini masing2 pun mcm tanjat tgk masing2 bila terserempak...baik dia, baik aku. Mcm citer aku nampak encik cong masa jogging tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2017 04:23 PM | Show all posts
sis tt, sis tt duduk pahang ye?

Perlok tu nama tempat rasanya, ayah tt duduk Perlok kot. sebuah nama kampung di daerah jerantut. kat perlok ada institut latihan perikanan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2017 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt.. ucop macamne keadaannya? okay ke x? nanti story lgi ye psl ucop.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
I check in...baca mukadimah pun dh rasa excited nak terus membaca..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2017 09:41 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 29-8-2017 11:51 PM
Ok..dah kalah dah bola.  Sambung balik cerita..

Sebelum aku sambung aku nak disclaimer s ...


cerita di tandas masjid itu memang lawak sampai terkekeh2 aku ketawa. nasib baikla manusia ni tak nampak makhluk halus kalau namapk mau huru-hara

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 04:40 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 2-10-2017 05:04 PM
Salam korang sume..sorry lama tak menyampuk. Demam siap dgn selesema batuk lelah complete... Penat t ...

yeay ade cete lagi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2017 05:20 PM | Show all posts
satu hari masa tgh baring2 dlm bilik..tetiba bunyi pasir ditabur atas atap..prappp...
apa dia tu? hantu raya ker?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 05:09 AM | Show all posts
punyalah lama tak singgah board paranormal, terjumpa pulak thread TT
mixed feelings betul. rasa sebak ada,rasa seronok ,kagum baca psl Usop , rasa penat pon ada baca pengalaman TT & forummers yg besarkan anak istimewa

sabarlah parents yg terpilih ada anak istimewa.ganjaran pahala jaga amanah Allah itu ada,Insyaallah.
TT take all the time in the world ok..i setia menunggu cerita psl Usop
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Seronok bace kisah2 dlm nie.. ingatan anda mmg kuat
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2017 04:55 PM | Show all posts
Allahu, beruntung nya TT ada anak istimewa macam ucop.
best cerita tt, follow jugak ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kudos to you TT. Berat ujian ada anak seistimewa ini, namun who knows dia yang menarik TT sekeluarga ke syurga. Aamiin.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2017 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Assalam TT,
Terima kasih ler sebab TT luangkan masa cerite kat kami semua di forum ni.
Menarik sangat kesah hidup u dan anak u yg sangat-sangat  istimewa dari pandangan mata kami-kami yg dok mengikut cerite dari mula sampai la ni.
Eh TT dak AD Shah Alam ye  Grad taun berape?
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 03:23 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 7-9-2017 04:24 PM
Rezeki dan dugaan jugak. Bukan senang nak jaga anak istimewa macam Ucop ni...masa dia kecik dan ak ...

ye la sis..Ucop tu rezeki yg besar..sebab2 yang akan membawa you kesyurga kerna ikhlas redha dapat anak syurga..(cuba cium Ucop selalu..walaupun berpeluh..bau badan dia tidak sehangit budka biasa..I pun ada anak buah severe autism..berpeluh sakan pun tp bau maintain je)..tapi tu lah..besar rezeki besarlah jugak ujiannya
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2017 04:18 PM | Show all posts
wah..lama nya xmasuk sini..
anyway suka dengan crita2 tt..
budak2 ada sixth sense ni memang lain cket..gifted..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2017 02:42 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 26-9-2017 02:56 PM
Alhamdulillah dah ok. Tq for asking. Hari minggu lepas aku pegi hiking sensorang tp tak tinggi man ...

meh la..we all sedia mendengar..hugs***
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 30-8-2017 11:14 AM
OK..nak cerita pasal Ucop punya intuition atau pun gerak hati..instinct bak kata ongkampung aku.

...

Alohhhh sedey plak si bambam kene maghah
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2017 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 7-9-2017 04:34 PM
Dia tak komen pulak. Ada isu semasa yg dia minat ada yg dia tak minat. Sekarang ni dia sangat peka ...

Sambil bace...dok berimaginasi...pehtu tergelak plak pikirkan ucop ni...tahniah sis & family...smoga dipermudahkan urusan dgn ucop..aminn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.283284 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list