CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gabanistur

Kisah Anak Aku Yang Ada 6th Sense

  [Copy link]
Post time 13-9-2017 08:28 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 11-9-2017 11:51 AM
Yg ni cm anak anak aku yg bongsu. Anak aku ni dok di atas garisan..hendak kata normal pun tidak, ...

haha biasa lah hero, kena la cabut dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2017 10:38 AM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 13-9-2017 11:08 AM

Sambungan...

Selepas kejadian pintu bilik air terkunci dari dalam secara misteri tu, terdapat beberapa kejadian lagi. Ada sorang pekerja baru nampak seorang perempuan berada dekat tingkap semasa beliau menghantar barang2 exhibition ke opis. Mat ni baru je masuk keje dan dia dok bangunan lain. So, dia tak tau la pasal opis tu yg ada kejadian2 misteri nusantara. Pada hari kejadian selepas habih exhibition, beliau pun pergi menghantar barang tu masuk ke opis sbb opis kami je yg ada bilik stor.

Masa tu dah senja.Dia menghantar barang tu bersama lagi 2 orang. Tapi yg dua orang lagi tu naik motor. Dia hanya beberapa minit je di belakang budak2 naik motor tu, tetapi ditakdirkan dia yg nampak penampakan berupa wanita berambut panjang tersebut. Sebab nak reverse kereta keluar parking, dia pun menoleh kiri kanan, tgk belakang semua...di saat tgh memutar2 stereng dan nak keluar parking tu la dia nampak seorang pompuan berdiri dekat dinding kaca (dekat pintu nak ke reception area ada dinding kaca) dan pompuan tu nampaknya sedang memerhatikan Mat nak keluar parking. Mat cakap dia tak la concentrate sgt nengok rupa paras pompuan tu sebab hati sudah goyang.. tapi dia kata pompuan tu rambut panjang dan bergerak mcm angin..lemah gemalai dan tak nampak pun badan dia berhinggut waktu berjalan. "Macam bendera Malaysia kat tiang tu"..kata Mat. Memula aku konpius mcmana pulak dari citer seram tetiba masuk bab patriotik, tapi rupanya Mat maksudkan yang pompuan tu bergerak mcm kain ditiup angin... seolah2 tak berjisim.

Pada waktu malam pulak pak guard cerita dia nampak seekor babi hutan yang amat besar duduk di area blkg opis dekat port staf lelaki hisap rokok. Pak guard tu kata dia biasa tengok babi hutan sebab rumah dia dekat dalam kampung. Mata babi waktu malam selalunya bercahaya kuning bila disuluh dgn torchlight. Yang dia nampak kat belakang opis tu dah la besor anak lembu, matanya pulak bercahaya merah bila pak guard tu suluh dari jauh. Disebabkan pak guard tu tak berani ambik risiko takut kalau2 diserang, dia tak halau pun babi tu. Dia blah cepat2 naik motor.

Kemuncak kes misteri nusantara opis ni ialah sebelum kami pindah sbb opis lama tu nak dijadikan laboratory. Sebelum kami pindah tu,  berlaku panahan petir di tengah hari rembang hingga menyebabkan sebatang pokok besar dekat area parking terkopak. Mujur time tu aku park kereta tempat lain sbb selalunya aku suka park bawah pokok tu. Masa tu sapa yg tengah pegang komputer semua turut sama terkena renjatan, termasuk aku. Tangan aku tgh pegang mouse, sebelah lagi tgh pegang mug nescafe. Mug berisi nescafe tu tercampak dan air nescafe berselerakan atas keyboard. Mujur tak jahanam laptop aku masa tu. 2-3 hari gak bisa2 dan lenguh tangan kanan aku. Paling kesian, ada member aku tgh buat video editing, dia pakai headphone..sampai kebas telinga weh, kena arus elektrik tu. Panahan petir yg super duper hebat tu, telah menyebabkan 2 CPU jahanam, satu printer dan semua telefon hangit. Mujur kitorang yg kena short circuit tak mati weh... lps tu mmg aku fobia dah nak guna barang phone dan pegang barang elektrik waktu ribut petir.

Post-morterm tak bertauliah dari pengkaji paranormal opis masa tu telah membuat kesimpulan bahawa petir tu sebenarnya mensasarkan setan2 yg terdapat di opis masa tu. Sebab mmg pelik guruh kuat gile masa tenghari rembang dalam pukul 1. Super-duper kuat pulak tu sampai menyambar ke opis dan menyebabkan kemusnahan yg boleh tahan banyak jugak la. Tak lama lepas tu kami pindah ke opis baru dan bangunan tu kekal jadi lab sampai sekarang.  Tak tau la kak ponti dalam opis tu stay situ lagi ke idok sbb tak pernah ambik tau dah psl lab tu sejak kami pindah.. sekian cerita opis yg angker.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2017 10:46 AM | Show all posts
manismanisan replied at 13-9-2017 08:28 AM
haha biasa lah hero, kena la cabut dulu

hahaha... masa dia blah tu aku tak sedor masa bila. Sedor2 dia dah duk diam2 kat hall.. Laju maknanye dia lari tuh..kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:06 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 13-9-2017 10:38 AM
Sambungan...

Selepas kejadian pintu bilik air terkunci dari dalam secara misteri tu, terdapat beb ...

TT ko dok diam2 la opis baru jangan nak mengelinjang ambik tau masalah dunia kak ponti kat lab tu. Aku yg baca ni pun tetiba cabut heaphone kat telinga padahal tak de kilat takde guruh pun kat luar hahahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2017 01:01 PM | Show all posts
manismanisan replied at 13-9-2017 11:06 AM
TT ko dok diam2 la opis baru jangan nak mengelinjang ambik tau masalah dunia kak ponti kat lab tu. ...

haha... terkuat lak aku gelak dalam opis nih..
Lepas tu masa lab nak bukak dah, mmg management panggil ostad azan 7x, doa selamat dan baca Yaasin dalam tu. Aku pun pergi jugak majlis tu..sebab depa offer makanan sedap ooo...demi makan free ku lupakan segala sejarah seram ku kat situ..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 08:12 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 13-9-2017 01:01 PM
haha... terkuat lak aku gelak dalam opis nih..
Lepas tu masa lab nak bukak dah, mmg management pa ...

kalau aku pun harus pegi la kalau makan pree. takat sejarah langsuir langsuyar ponta ponti tak terjejas mana la selera makan perut besar aku ni!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2017 10:59 AM | Show all posts
Gabanistur replied at 11-9-2017 11:51 AM
Yg ni cm anak anak aku yg bongsu. Anak aku ni dok di atas garisan..hendak kata normal pun tidak, ...

hye tt , i nie ada masalah yg sama dgn anak tt nie. and masa kecik2 pun kena sawan tangis jugak . i nie jenis lone ranger jugak same as @Anggun sophea . my sedara mara pun suka hina2 i jugak . i nie really love reading esp stephen king novel, kalau dah start membaca tu mmg tak kisah dgn sekeliling . i nie jenis kadang2 boleh nampak insan2 halus nie, kadang tak boleh . i ingat masa i kecik sekolah rendah masa tu, , masa tu i tido kat hall near by dapur kat kampung . tah  mcm mana tiba2 i terjaga and guess what ,i nampak ada budak kecik kat dapur tu mcm tengah dok tenung pintu bilik air kat dapur tu. lama jugak i tengok budak tu. bila azan subuh budak tu hilang .  budak tu putih satu badan dia . bila nampak dia i diam je .

sometimes i tak paham lah why darah daging sendiri tak boleh terima ORG SPECIAL mcm ur anak . sedih tau bila kena hina ngan darah daging sendiri  i really not good at akademik esp maths ( i akan jadi pening bila tengok too much numbers and formulas) . and so called org PANDAI  akan kutuk i lah ckp mcm2 tak de otak lah . lama2 i dh lali .  i sangat minat bidang muzik and arts .  ur anak bongsu tu minat apa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 12:06 PM | Show all posts
best citer tt, mcm2 perasaan ada masa baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 03:46 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 12-9-2017 09:36 AM
Jap ye sayam.. nak cari masa menulis tu. Busy si kakak tgh upsr ni haa..

good luck kakak for upsr! yukenduittt
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by zu_nia at 15-9-2017 05:14 PM
d_alighieri replied at 8-9-2017 07:21 PM
Best baca kisah anak TT, hampir mirip dengan anak kedua saya sulung lelaki juga. Tumpang share kisah ...


Nice story la awak.
Btw anak saya x de pulak macam nie tapi nak cite pasal experience pregnant kan anak saya.. masa pregnant kan dia alahan yg sangat teruk..sampai ari nak pegi convo tue lembik tapi gagahkan jugak sebab nak celebrate.
Masuk 3-4bulan dia dh start gerak2 ke ape dalam perut and MIL pelik cakap awal dh rasa yea sebab pregnant kan anak sulung..and yes banyak dugaan pregnant kan dia..bleeding,alahan semua la..lepas tue masa mula2 pregnant mimpi tengah baring dalam keadaan mengangkang which position nak bersalin tue,ada lembaga hitam macam nak kuar kan baby kat celah kangkang ala2 bidan tue. Balik kg terus berubat tapi pakcik tue x de cakap pape just suruh pantang sikit.time tue yes nak makan ape semua dpt..alhamdulillah.
Cite pulak masa bersalin betoi on due date dia..semua mudah..tak rasa sakit yg teruk tau2  bersalin dah and x kene jahit pun..masa tue nurse and doc puji2 yg kunun nya pandai beranak. Masa anak bersalin ramai betoi suka and kerumun dia..and yes dia bersalin asyik menangis...non stop..tido kejap lepas tue melalak macam kene cubit..berubat 3-4 org finally kat darul syifa settle dia dh bole senyum..masa tue umur dia 4 bulan. Dh beso nie umur 4 tahun tapi still pelat and ramai jugak yg perli2 sebab dia pelat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:29 PM | Show all posts
zu_nia replied at 15-9-2017 12:15 PM
Nice story la awak.
Btw anak saya x de pulak macam nie tapi nak cite pasal experience pregnant ka ...

for me umur 4 thn ckp pelat
xde mende lah
infact cute je

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:31 PM | Show all posts
Gabanistur replied at 13-9-2017 10:38 AM
Sambungan...

Selepas kejadian pintu bilik air terkunci dari dalam secara misteri tu, terdapat beb ...

angker nye opis tusbb lm tinggal ke
atau ada menumpang

opis baru ok?

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:49 PM | Show all posts
TT so ucop ni bg tak sambung cerita?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 13-9-2017 01:01 PM
haha... terkuat lak aku gelak dalam opis nih..
Lepas tu masa lab nak bukak dah, mmg management pa ...

Mayday maydayyyy

Sis..ucop ada komen pape x psl kes pusat tahfiz tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Gabanistur replied at 11-9-2017 05:25 PM
Sementara tunggu waktu balik ni meh aku share satu story psl kakak Ucop. Kakak ni anak sulung dan an ...

byk btl nk besarkan anak2 kan
mcmtu la kita ni mak2 kan
tp mcm x sedar tgk2 anak2 dh besar kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:25 AM | Show all posts
kaka gaban mohon update cpt sikit yach!!

rindu kt ucop

btw mak saya dulu jaga anak jiran nama dia yusof until skg dia dh 8 thn pn still dia menempek ngn mak

bijak sgt budaknyeee

sy igt lg masa blm kawen ngn hb, hb sllu dtg umah ms tu br tunang, budak ni mak jaga, hb sy selalu bw dia g minum teh tarik haha..masa tu br setahun lebih

n now dia pggl hb saya abg long hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2017 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
manismanisan replied at 14-9-2017 08:12 AM
kalau aku pun harus pegi la kalau makan pree. takat sejarah langsuir langsuyar ponta ponti tak ter ...

Hahah..hi 5 sikit
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 10:47 AM | Show all posts

Ko bz eh TT? lama weols tunggu ko hapdet nih. Sapa tu ada tanya Ucop takde komen ke psl kes sekolah tahfiz tuh? dia tengok tak berita kat tv pasal tu? Boleh imagine la kalau dia ada bagi se das dua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2017 11:48 AM | Show all posts
Edited by Gabanistur at 20-9-2017 03:00 PM

haha..sori korang...aku busy byk presentation pastu sedih la pulak hari2 bukak portal berita kes tahfiz tu. Terencat emosi aku jap.. Ekceli sebelum kejadian tahfiz terbakor tu Ucop cool je tp tangan aku asyik melecur pulak. Kena kuali panas, kena iron, kena percik minyak, kena air panas... Aku ingat keseimbangan ion2 di dalam badan aku terjejas sebab anak nak UPSR masa tu, so aku ignore je. Hari Khamis tu anak aku UPSR paper Sains yg last lps tu aku cuti so tak bukak henpon sangat. Sekali bukak segala socmed, portal berita segalanya cerita pasal tu...baru la aku tau tahfiz tu terbako. Lepas tu ntah mangkok mana pegi masuk video yg viral budak2 tu menjerit aku sampai takleh tido weh... Dalam pikiran aku merasakan meninggal dunia akibat kebakaran sgt ngeri tak tau nak explain camana tp mmg fobia la.

Ada la pernah satu ketika dulu masa aku bujang, agak2 dlm tahun 2002 kot. Aku kerja line industri kat tanah kelahiran sendiri. Aku masa tu seorang yg minat permotoran. Masa tu pompuan pakai moto 2 lejang tak ramai so aku salah sorang la yg pakai moto ni. Masa tu suka nau bawak motor, suka boots, suka jeans, suka jaket dan lain2 yg seangkatan. Masa tu aku suka la merayau sorang2 time tak keje. Ride pegi Cameron sorang2 pun penah. Gamble je.

Masa tu aku suka la pergi satu kedai jual barang2 murah ni. Cari glove, cari bandana. Ada sorang pekerja kedai tu seorang lelaki lembut. Budak ni dia peramah.Lama2 dia pun kenal aku sbb regular customer khennn.. Masa tu aku pikir dia lembut dari aku lagi. Mesti dia takut tgk aku ganas sgt.

Nak dijadikan citer satu hari tu masa tu aku tgh keje, member opih aku bwk masuk satu salinan suicide note, nak dijadikan modal pergossipan sementara nak tggu balik. Kertas potostet je, katanya dapat dari kwn sekampung yg dapat notes tu dari simpanan polis. Maklum zaman tu takde wassap lagi tp maklumat bocor ni dah terjadi dah sebenarnya. Budak ni tulis nota bunuh diri ni dengan ayat2 yg sangat sedih. Dia cerita la gaji dia kerja terlalu kecik, tapi dia terpaksa habiskan bagi mak ayah, bagi girlfriend, bagi adik beradik. Dia tak berani melawan walaupun dia rasa org lain selain mak bapak dia tak patut dapat bahagian dari gaji dia. Dia jugak tulis nama orang2 yg buli dia kerana dia lembut. Dia ada tulis sebenarnya dia tau awek tu cuma ambik kesempatan dari dia..bukan sbb sayang sgt tp nak duit gaji dia je. Tp walau macam tu dia masih sgt sayang awek ni dan tak sanggup dititnggalkan. So dengan ini dia nak bunuh diri je kerana ini je jalannya dia akan terlepas dari semua tekanan ni...

Masa tu bulan puasa. Budak ini bunuh diri dengan cara bakar diri. Dia pakai tayar buruk kat badan, curah petrol dan nyalakan api. Dia bakar diri dalam rumah..agaknya sebab terlalu sakit dia lari sampai ke satu kawasan lapang dalam keadaan terbakar dan meninggal kat situ. Masa orang datang nak bantu dia dah tak bergerak lagi. Lolongan dan raungan kesakitan dia terdengar sampai masjid masa org tengah solat tarawih. Walaupun masjid pakai speaker still takleh beat raungan dia yg sedang bertarung dgn maut. Last sekali aku dapat tau budak ni ialah pekerja kedai barang murah tu....budak lembut tu, yang peramah dan murah dengan senyuman. Aku nangis tak boleh tahan kerana aku rasa budak tu baik, dia ambik tindakan nekad mcm tu kerana keadaan. Dan terfikir macamana azabnya dia meninggal dengan keadaan terbakar mcm tu.

Jenazah dia dikebumikan dekat tanah wakaf juga tapi terasing dari pusara yg lain. Aku rasa sangat sedih utk budak ni. 2 hari jugak tak tido sbb terbayang2.

Kes tahfiz tu kind of mengingatkan aku pada cerita ni. Lebih menyayat hati yang terlibat teraniaya dan masih kanak2. Lagi down mental aku...

Maaf admin..cerita ni out of topic. Ekceli aku ada story gak nak citer tp petang2 sikitlah kalau sempat ye...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 12:17 PM | Show all posts
menarik dan kelakar penceritaan tt. bertuah tt dapat anak mcm ucop.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.103170 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list