Sebut sahaja buah oren, pasti terbayang rasanya yang masam-masam manis, namun menyegarkan!
Foto: Alibaba
Pun begitu, ada segelintir daripada kita tidak begitu menggemarkan buah berkenaan kerana 'takut' dapat yang terlalu masam. Memang buruk rupa kita masa tu menahan masamnya, kan?
https://bm.cari.com.my/file:///C:/Users/user/Downloads/ezgif.com-resize.gif
https://bm.cari.com.my/file:///C:/Users/user/Downloads/ezgif.com-resize.gif
Hm, macam mana nak pilih buah oren sunkist yang manis dan sedap ya?
Mudah sahaja! Carilah yang ada lubang di bahagian bawahnya seperti dalam rajah di bawah ini.
Petua ini dikongsi seorang pengguna Facebook bernama Erna Nadia yang menjamin oren yang berlubang di bahagian bawahnya mengandungi lebih banyak jus dan Vitamin C.
Foto: FB Erna Nadia
Tambah Erna, anda juga boleh mencuba untuk menghidu baunya. Jika ada bau manis, kemungkinannya untuk berasa manis juga sangat tinggi tau!
Lepas ni, bolehlah belek bahagian bawah oren sunkist ketika nak membelinya ya. Semoga berjaya! - CARI |