Wah! Meriah betul rupa burger baharu dari Cabin Steak House ini!
Foto: FB Viral Media Johor
Nampaknya 'kedai burger' berlumba-lumba mencipta burger baharu sempena menyambut Hari Kebangsaan.
Jika sebelum ini myBurgerLab menghasilkan Burger Nasi Lemak Rendang Ayam, kini Cabin Steak House menampilkan burger baharunya iaitu Burger Hipster Edisi Negaraku! Ha, hantu burger dan kaki hipster sudah pasti tak sabar untuk mencuba burger ini, kan?
myBurgerLab
Bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan, warna rotinya diinspirasikan dari warna jalur gemilang iaitu Merah,Putih,Biru dan Kuning. Unik, lain dari yang lain!
Memang teruja nak rasa burger ini. Dengar cerita, burgernya memang lembut dan sangat lazat. Tak rugi mencuba sebab burgernya jauh lebih murah berbanding Burger Nasi Lemak Rendang Ayam tau! Hanya RM6.50 sahaja.
Restoran ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Ahad.
Foto: FB Cabin Steak House
Sesiapa dah mencuba burger ini, jangan lupa kongsikan pendapat anda okey? - CARI |