Kongsi Tular
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
ADVERTISEMENT

CARI-HBZ Lv.24

Fav
Editor CARI | Credits 69796   






Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA KL2017 antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Shah Alam.


Nasib tidak menyebelahi Malaysia apabila Thailand berjaya merangkul emas dengan jaringan 1-0. Namun kemenangan Thailand telah menimbulkan kemarahan penyokong Malaysia kerana jaringan itu terhasil dari penjaga gol negara, Haziq Nadzli.






Kredit video - Sukan Star TV - sstv.my





Penjaga gol negara tersilap langkah apabila bertindak menumbuk bola ketika Thailand membuat sepakan penjuru. Walaupun Haziq mungkin menjangkakan bola yang ditumbuk olehnya itu akan menidakkan jaringan gol lawan, namun jangkaannya ternyata silap apabila bola tersebut laju menerjah gol sendiri.


Kredit foto - Berita Harian Online




Merasa kesal dan bersalah, Haziq tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Dia juga memberi penjelasan mengenai kesilapan yang telah dilakukannya itu.


"Bola itu melencong ke dalam, saya nak tumbuk tetapi keadaan hujan menyebabkan saya tersilap ketika menumbuk keluar. Apa boleh buat, itu bukan rezeki saya, bukan saya sengaja. Kalau saya sengaja, tidak perlulah saya bermain".

Tambah Haziq lagi, dia merasa terkilan kerana hanya disebabkan satu kesilapan yang tidak disengajakan, ramai yang mengecam dan menyalahkan beliau.







"10 kali saya selamatkan gol, orang takkan ingat tetapi orang akan ingat sekali sahaja kesilapan saya. Siapa yang memberikan semangat kepada saya, terima kasih diucapkan. Siapa yang cakap macam-macam, itu hak mereka, saya tidak kisah".


Pada pandangan penulis, Haziq tidak harus dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Memang sudah menjadi adat permainan, ada yang menang dan ada yang kalah. Jadi terimalah kekalahan Malaysia sebagai suatu ketentuan.


Apa pun, tahniah diucapkan kepada pasukan Harimau Muda kerana telah berjuang sebaik mungkin ketika perlawanan malam tadi. Teruskan menyokong pasukan bola sepak kebangsaan kita!


"Jika Tidak Mampu Menyokong Ketika Kalah, Jangan Bersorak Ketika Menang". - CARI



6695 Views
52 Reply Reverse order

ADVERTISEMENT


merrissa Lv.14 2#

Fighter | Credits 21821   
alololo siannya dia.....takpe la.....byk pahala hang kene cerca....

tapi lawak laaa...kalo dia tak tepis apakah yg akan terjadi? mcm pemain thailand jauhh jah sumer dari bola.......wakakakakkakaa

what past is past....

Jorja Lv.9 3#

Adventurer | Credits 3323   
"Being a good person is like being a goal keeper; no matter how many goals you save some people will remember only the one that you missed" - anon

moonbug Lv.15 4#

Gladiator | Credits 33602   
Edited by moonbug at 30-8-2017 07:42 PM

Bertabahlah dik. 10 benda baik ko buat org takkan ingat tp sekali ko buat salah sampai mati kena ungkit. Lumrah hidup {:cryrun
Follow Us

ReginaGeorge Lv.12 5#

Defender | Credits 12291   
Takpa,  takda rezeki.  Yang marah tu sila meninggal.  Gali and masuk liang lahad sendir.  Jangan harap orang lain.  {:cryrun

tembikai Lv.7 6#

Revolutioner | Credits 1447   
takper...biar pun ramai yg marah ..ramaiiii lagi yg memuji....tahniah HM team....
yg penting semangat berjuang dan kesukanan....

RatuDunia94 Lv.15 7#

Gladiator | Credits 37681   
Ala kalo heols berjaya selamatkan gol tu pon apakah malaysia ada peluang utk tidak kalah? {:smile

ADVERTISEMENT


CiliPadiSedap Lv.16 8#

Conqueror | Credits 47829   
Quote: Jorja: "Being a good person is like being a goal keeper; no matter how many goals you save some people will remember only the one that you missed" - anon ...


tinggi betul bahasa poem adik.. mesti banyak baca literature in english jibby shakespear

kechikchomel Lv.12 9#

Defender | Credits 11550   
ko buat 'mistake' tu masa final dikkk...masa tgh rebut gold medal. dah tu gold medal bola sepak tu ibu segala emas. lagiiii org akan ingat.

sabar je lah ye..n terima kasih atas jasa2 ko.
ohhh...lagi satu. Dunia ni mmg kejam dik!
{:cryrun

CiliPadiSedap Lv.16 10#

Conqueror | Credits 47829   
Dik dulu main bola jaring lg pulak score gol sendiri. Biasalah tu gol keeper pun nak score juga..


Hand adk nak tumbuk ke luar. Cuma bola tu licin sampai lewat jadi terkena ke dalam..

Elle_mujigae Lv.18 11#

Master | Credits 65330   
alolo kesian dia..okie dokie iols tak kutuk dah....

LavaMuahhhh 12#

Troublemaker | Credits -106   
OK lahh tu

kami bangga kemenangan Thai tomyam malam itu ko yg masukkan


nak harapkan Thai tomyam satu biji gol pun xmampu score


sngguhpun perbuatan xdisengajakan ko  memberi kemenangan emas buat Thai tomyam tp  kemenangan seperti itu adalah satu  naseeb semata2...


xde salahkan ko

asalkan bukan Indon ..................................xde kisah siapa yg menang .

armin Lv.12 13#

Defender | Credits 12599   
Kesian dia weh.. he did his best dah jgnla salahkn dia

boobam Lv.9 14#

Adventurer | Credits 3347   
Bertabah la nakk biasa la dorg x tau penat lelah ko

Carcosa Lv.12 15#

Defender | Credits 12517   
Tak pelah dik. Yg penting badan kau sedap

ADVERTISEMENT


Orix Lv.15 16#

Gladiator | Credits 35416   
Belanja tumblr dulu bru tak kutuk... eh ?

diss69 Lv.11 17#

Highlander | Credits 9588   
dh xda rezki kemenangan buat kita....xpe teruskan berjuang adk masih muda,Insyaallah masih ada masa utk tebus rasa bersalah..

pensil82 Lv.4 18#

Keeper | Credits 513   
keep it on haziq...
there will be future..
let by gone be by gone..
#bangkitbersama
#kitasamahero

should 19#

Troublemaker | Credits -13   
kuat drama sungguh,ngaku je la memang tak reti jadi keeper

HoneyManjer Lv.12 20#

Defender | Credits 12832   
Hahaha..was thinking the same thing...hes saves few goals tp org x nampak tu...sian awak dik
123Next