Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
123Next
Return to list New
1209
View
58
Reply

Nota cinta semalam (part 10 update.)

[Copy link]

Author: Sigadiskidal    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-9-2017 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Sigadiskidal at 20-9-2017 11:26 AM

Disclaimer : Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup dan yang mati.Hanyalah imaginasi penulis semata-mata.

Part 1

     Jam menunjukkan hampir jam 12.40 pagi. Aku masih belum dapat melelapkan mata. Sesekali terdengar suara tua ayah batuk yang agak kuat membelah sunyi malam.

      Sesekali aku bangkit dari tempat tidur , mengintai dari pintu bilik ayah,melihat ayah dan ibu sedang lena tidur, aku kembali ke kamar tidur ku.

      Dalam sunyi malam, aku mengeluh kecil , teringat memori luka putus tunang yang menyebabkan hubungan aku dan kedua-dua orang tua ku menjadi tegang.Lama juga ibu ku hanya bercakap dengan ku bila perlu sahaja. Sepatah aku tanya sepatah ibu jawab . Ayah pula lebih tenang ;hanya berdiam diri  ,marah tidak, menyokong pun tidak.   

        Hanya selepas ayah terlantar 2 minggu di hospital, ibu mula bercakap dengan ku seperti biasa. Syukur ku panjatkan pada Allah saat itu.

  
      Handphone Huawei ku tiba tiba "vibrate " kuat menghentikan lamunan ku.

"Argh, siapalah yang text malam2 buta2 ni,  rugut hati kecilku.Ku capai hp dan tertera nama Amsyar.
"Selamat malam awak , "sweetdreams.

Aku tak rasa nak membalas mesej itu, ku off kan hp dan kembali cuba tidur.

Teringat saat Amsyar dan kawan-kawan sekerja ku datang melawat ayah tempoh hari. Ketika masing-masing sibuk menjamu selera di dapur , Amsyar cuba berkias-kias memberitahu ibu ingin berkawan rapat dengan ku, Aku dengan spontan mengangkat buku lima isyarat penumbuk kepadanya.

Amsyar hanya tersengih lalu menukar topik.

Aku dan Amsyar masing-masing ada sejarah cinta luka. Tapi dia cepat saja move on dan melupakan cinta lama.Sedang aku masih belum terbuka hati untuk menerima mana-mana lelaki.

Bersambung




Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-9-2017 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sigadiskidal at 3-9-2017 07:29 PM

Part 2

           Entah pukul berapa aku terlelap semalam. Aku terjaga dek sayup2 suara azan di hujung kampung.Usai solat subuh dan mandi ,aku bergegas ke dapur menolong ibu menyiapkan sarapan pagi.

            Bau harum nasi lemak membuat aku terasa lapar. Aku bersila atas kerusi siap sedia untuk makan. Ibu menggeleng kepala melihat aku duduk bersila.

"Cuba duduk macam perempuan"kata ibu lembut.

Aku gelak kecil sambil berkata "dah cukup  perempuan dah ni ibu"

"Ni lagi satu, Ibu tak pernah tengok Nia pakai kain batik,asyik seluar aladin je siang malam."

"Yela nanti Nia dah kawin Nia pakai kain sarung ye bu," jawab aku malas nak memanjangkan cerita .

"Nak kawin macamana tunang pun putus," sindir ibu tajam

           Aku tersenyum kelat dan menyambung makan pura-pura tidak kisah tentang kata-kata ibu.

Haih..sampai bila la nak di ungkit kisah putus tunang ni agaknya ,aku tertanya sendiri dalam hati.

"Lepas makan nanti pegi hantar nasi lemak yang ibu dah bungkus tu dekat umah Ciknab ye".,

"Baik ibu"

                Ciknab jiran sebelah dan juga kawan baik ibu aku.Kami dah berjiran seingat aku sejak aku masih kanak-kanak lagi.Ciknab sudah kematian suami sejak aku di bangku sekolah rendah. Namun semua anak-anak Ciknab semuanya berkerjaya hebat berkat didikan Ciknab.

           Aku bersiap-siap ke rumah Ciknab. Aku  menyarung  baju long sleeves bersize L menyembunyikan size badan ku yang kecil
Aku mengadap cermin membetulkan tudung instant Naelofar Hijab.

"Teruknya eyebag aku dah macam panda. Argh lantaklah bukan ada orang nak tengok pun"getus hati kecilku .

            Rumah Ciknab hanya terletak 500m dari rumah kami. Aku berjalan kaki sambil menikmati pemandangan pagi. Dari jauh aku nampak kelibat seorang lelaki tengah membasuh motosikal di halaman rumah Ciknab.

          Ala sapa pulak mamat ni.anak dia la tu ,bisik hati kecil aku. Jangan la si Aidan si sweet talker  tu balik.please jangan dia please. Aku mengomel kecil sambil berjalan-jalan.

        Aidan anak ke 3 Ciknab .Sama usia dengan ku. Dari kecil kami memang kawan sepermainan.Dan dari kecil juga ibu dan Ciknab cuba menjodohkan aku dan Aidan.Senang jodoh dekat-dekat kata ibu.

     
         Tapi aku menolak sebab memang aku tidak pernah menyimpan perasaan pada Aidan.
Tiada apa yang kurang dengan Aidan. Orangnya kacak,berkumis nipis berkulit kuning langsat dan tinggi lampai. Ditambah dengan lesung pipit di kedua-dua belah pipit menambahkan kekacakan nya.

           Namun sikap sweet talker dan acah acah gentleman nya membuatkan aku rimas berada berdekatan dengannya.


"Assalamualaikum.Ciknab ada?"tanya aku kepada mamat yang tengah sibuk membasuh motosikal tu

"Waa alaikum.. muslam "si mamat tu menoleh kepada ku.

(Alamak memang betul le si sweet talker tu.haih ....)

"Laa Nia .lama xjumpa. Mak ada. Jemputlah masuk "

"Takpalah ,Nia nak hantar nasi lemak ni je. Ibu kasi." Jawab aku sambil menghulurkan plastik nasi lemak itu.

"Lah yeke. Terima kasih. Nia apa khabar. Macam makin cantik je Aid tengok."

               Seram sejuk aku tengok si sweet talker ni tilik aku atas bawak.Kau dah kenapa, gila?aku merengus geram dalam hati.

"Nia ok. Biasa je .xde cantik pun .Comot je. Nia balik dulu ye."

"Jap .. Nia !"

"Nia still pakai no lama?"

"Aah still pakai ."

"Abes nape Aid mesej tak pernah balas ."rungut Aidan sambil mata tak lepas menilik aku atas bawah.

(Alamak .apa aku nak kelentong ni.Errrr...)


"Eh Nia ada ke..Meh masuk kita breakfast sama" Ciknab menjengah dari dalam menyelamatkan aku dari menjawab soalan maut si sweet talker. Aidan .

         Aku mengikut Ciknab masuk ke dalam meninggalkan Aidan termangu-mangu diluar.

"Duduk la Nia. Ayah kamu macam mana?"tanya Ciknab sambil menarik kerusi untuk aku duduk .

"Macam tu la Ciknab ,belum ada perubahan lagi. "

"Takpalah banyakkan bersabar Nia ,jangan susah hati sangat."

Aku mengangguk lemah.

"Lama ke kamu cuti ni.Kebetulan si Aid pun cuti juga tu"

"Lama juga Ciknab sampai ayah stabil ."

" Baguslah macam tu.anak yang baik kamu ni" Tunggu kejap ye Nia  ,Ciknab buat air.

Aku senyum tawar .(baik ke masalahnya)

          Si Aidan tiba-tiba masuk ke dapur dan menarik kerusi duduk di sebelah ku sambil menghulurkan nasi lemak yang aku bawa kepada Ciknab.

          Aku diam mengetuk meja perlahan-lahan sambil menunggu Ciknab kembali ke meja. Aku pura-pura tidak nampak si sweet talker ni tengah khusyuk memandang aku sambil tersenyum menampakkan lesung pipit nya di kedua-dua belah pipinya.

( Aku cungkil jugak lesung pipit mamat ni kang.monolog aku sendiri .)


        Naik geram aku melihat telatah  Aidan mengambil peluang menilik aku sementara Ciknab sibuk membuat air.


           Ciknab menghidangkan air kopi panas bersama nasi lemak yang ku bawa tadi.
Aku menolak untuk menjamah nasi lemak kerana masih kenyang.Aku meniup perlahan kopi yang masih panas itu.

"Nia, Ciknab dengar Nia putus tunang ye, boleh Ciknab tau kenapa?"

Tak de jodoh ,jawab ku ringkas ,malas nak memanjangkan bicara.

Aidan di sebelah ku menyampuk "
xpela ,jodoh Nia dengan Aid la tu.kan mak kan "

           Hampir tersembur kopi panas yang aku minum sempat aku jeling tajam pada si mamat sweet talker ni.

          Geramnya aku dalam hati dengan mamat sweet talker ni.nak je aku hempuk-hempuk je dia ni.aku berbisik dalam hati.

Ciknab ketawa kecil melihat telatah kami.

"Nia balik dulu ye Ciknab ",sian mak jaga ayah -sorang

"Haa,kamu la ni Aid,mengusik sangat si Nia ni.,kan dia dah merajuk "

Si Aidan terdiam melihat muka aku masam kelat.

           Aku hulur tangan bersalam dengan Ciknab dan meminta diri untuk pulang .


Bersambung











Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-9-2017 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke yang baca ni.ke ai syok sendiri menulis
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya baca!! Jgn gatal2 nak stop!!! Lepukkk kang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2017 10:45 PM | Show all posts
kita baca...
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2017 10:46 PM | Show all posts
tapi ada rasa boring sikit dgn tema sbb lately kat forom dah byk sgt  baca kes putus tunang...hehe..tapi penulisan tt menarik so  buat  kita tertunggu2 juga sambungannya...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-9-2017 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts

Part  3


Sampai di rumah aku terus ke bilik ibu. Kelihatan ayah sedang lena tidur.Ibu pula sedang mengurut-ngurut perlahan kaki ayah.
Sayang betul ibu dekat ayah,bisik hati kecilku.

Belum sempat aku membuka mulut, ibu terus bertanya ;

" Lama Nia kat umah Ciknab,sembang apa, yang muncung ni kenapa pulak?"

"Ciknab ajak minum sama. Geram dengan anak Ciknab tu la. Suka sangat sakat Nia" omelku geram.

Ibu memberi isyarat  tangan supaya aku memperlahankan volume suara takut mengganggu tidur ayah.

"Aidan ada balik ya ,kamu berdua ni dari kecik asyik bertekak,sesuai sangat la sorang andartu.sorang antertu."ejek ibu sambil ketawa kecil.

"Ish, Nia lagi sanggup jadi andartu sampai bila-bila tau ibu dari kawin dengan mamat sengal tu.",aku bersuara keras dan terus berlalu ke kamar tidur ku.

Aku membuka tudung lalu baring kepenatan di katil bujang ku.

Tak seronok nya pagi ni,getus hati kecil aku.

Tanganku mencari-cari handphone yang ku tinggalkan di bawah bantal.Wah banyaknya mesej.aku buka satu-persatu .

hmmm.rajin si Amsyar ni mesej bertanya khabar ku.
Seringkali aku abaikan mesejnya kerana tidak mahu memberikan dia apa-apa harapan..

Aku senang berkawan dengannya tapi untuk serius bercinta ,aku rasa tidak mungkin. Aku lebih tua berbanding dia 5 tahun.Sudah berkali-kali aku memberitahu yang aku tidak berminat untuk  punya hubungan istimewa dengan nya. Namun ,dia masih belum putus asa memikat hati ku.

Argh. Lelaki.sebelum dapat memanglah. Berjanji bersumpah apa sahaja pun sanggup demi merebut cinta ,bentak hati kecil ku.

Sedang aku mengelamun memikirkan Amsyar ,pintu bilik ku diketuk ibu.

"Nia, Aidan datang tu nak jumpa Nia ."

"Ala ,nak apa lagi dia tu ibu,ibu tipu sunat la cakap ,Nia tidur ke, keluar ke,apa-apa lah."

"Ibu dah cakap Nia ada ,pergilah jumpa dia kejap "

"Ibu niiii...  Tak boleh geng la "marah aku geram.

"Dah pegi cepat"ibu memujuk perlahan.

Aku menyarung kembali tudung dan berjalan malas-malas ke luar rumah.Kelihatan Aidan sedang duduk di tangga.

"Nak apa jumpa Nia ?"tanya ku keras sambil memeluk tubuh.

Aidan menoleh ke arah ku lantas segera bangun berkata " Aid minta maaf pasal tadi.Sorry la bukan sengaja nak cakap gitu ,mulut Aid ni tak boleh control",suaranya berbaur kesal seraya menampar-nampar perlahan mulutnya.

Aku hampir tertawa melihat kelakuan nya tapi aku sembunyikan dengan muka ketat ku.

"Yela la tu ,mintak maaf nanti ejek lagi." Rajuk ku masih tersisa .

"Sorry ok, Nia . Sumpah tak buat lagi.tangan nya diangkat ke paras telinga saat kata itu dituturkan.

"Jom kita keluar nak. Lama Aid tak balik kampung.Kita pergi makan sotong celup tepung nak?Nia kan suka.", pancing Aidan.

(Hmmm.Sedapnya sotong celup tepung.lama tak makan.Sejak balik belum sempat pergi makan lagi.aku berbicara dalam hati.)

"Taknak la Nia sibuk nak jaga ayah .Aid pegi la." Aku masih jual mahal walau pun sebenarnya aku teringin juga makan.Ego punya pasal.

"Ala hari ni je Nia off jaga ayah.please2.Kejap Aid tanya mak Nia eh, "Aidan belum putus asa memujuk ku.

"Kejap Nia tanya ibu dulu.tunggu sini diam-diam."

Aidan mengangguk sambil tersenyum manis seolah-olah dah berjaya memujuk ku.

Aku tinggalkan Aidan di luar rumah,dan masuk mencari ibu. ibu sedang beristirehat sambil menonton televisyen.

"Nia keluar kejap boleh bu?tanya aku perlahan.

"Dengan Aidan ke ?,nak ke mana ,?"

"Nak makan sotong celup tepung."

"Oh.pergilah ,jangan gaduh-gaduh nanti kena tinggal tepi jalan."sempat lagi ibu melawak dengan ku.

Aku mencebik bibir sambil mencium tangan ibu.

"Pergi dulu,bu."



         Dalam perjalanan ke Penarik,Setiu ,aku banyak mendiamkan diri.Sesekali Aidan bertanya itu ini ku jawab ringkas .Aku mengantuk sebenarnya.Mujurlah irama radio mengurangkan kebosanan aku.

"Nia okay?masih marah?"

"Tak marah pun.geram" jawab ku perlahan.

"Sorry" balas Aidan pendek.

         Setelah 45minit perjalanan kami sampai di Penarik, Setiu .Angin pantai membuatku terasa damai sekali.Rindu dengan suasana laut.Kami singgah di kedai Seri Menanti, salah satu kedai yang agak famous dikalangan orang tempatan dan pelancong.

      Aku tunggu di meja sementara Aidan pegi membuat pesanan makanan.Aku keluarkan handphone dan cuba membetulkan tudung dengan camera. Angin laut yang bertiup kuat membuatkan tudungku senget.Tanpa sedar Aidan muncul dari belakang dan masuk dalam gambar ku,terkejut beruk aku.hempuk baru tau mamat ni.getus hati aku geram.

         Aidan tertawa kecil melihat muka masam ku.lantas mengambil tempat duduk di depan ku.

"Nia,nia ,comel macam dulu juga,macam mana lah Aid nak move on"

Aku membetulkan posisi duduk.cuba bertanya dengan nada serius,

"Aid ni muka ada ,kerja hebat. Tak kan takde gf lagi.?"

"Dulu ada,tapi Aid tak boleh teruskan,rasa macam menipu dia dan menipu diri sendiri"

Aku terdiam.tak berani nak angkat muka memandang wajah serius si mamat sweet talker ni.

Tadaaa.makanan dah sampai . menyelamatkan aku dari suasana kekok itu.

Aku makan dengan berselera. Aku memang hantu seafood. Lagi lagi sotong celup tepung memang kegemaran ku dari kecil.

"Nia ni kecik aja orangnya tapi kuat makan juga ye.Ada bela saka ke?" Tanya Aid dengan nada bergurau.

"Aah .ada.saka harimau! " Jawabku malas nak melayan si Aidan ni.

"Oh patut lah garang."

Aku menjeling geram dengan usikan itu.

"Aid pun ada saka tau. Sakacak."

(Menatang apa pulak sakacak ni ,soal aku dalam hati)

melihat muka ku berkerut ,dia mengulangi kembali kata-kata nya.

"Ala, sakacak. Saka-Kacak"

"Uwekkkk" reaksi spontan aku  pura-pura muntah menarik perhatian pengunjung  di meja-meja lain.Malunya aku bukan kepalang rasa macam nak menyorok bawah meja je.

Aidan ketawa besar melihat reaksi aku.

(Haih. Rania Rania kan dah termalu sendiri ,hati kecilku berbisik.)



Bersambung













Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-9-2017 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 3-9-2017 07:56 PM
Saya baca!! Jgn gatal2 nak stop!!! Lepukkk kang!!!

Haha.bagi pendapat please.dah sambung part 3
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-9-2017 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 3-9-2017 10:46 PM
tapi ada rasa boring sikit dgn tema sbb lately kat forom dah byk sgt  baca kes putus tunang...hehe.. ...

Aah kan.alahai sorry.nt sy kurangkan cerita part putus tunang tu ya. Part 3 dah siap.sila baca n komen ye.hihi
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 3-9-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada yang baca komen please.kalau ada kekurangan saya sedia menerima teguran n improve kan.thanks..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 05:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sigadiskidal replied at 3-9-2017 11:31 PM
Haha.bagi pendapat please.dah sambung part 3

Penulisan menarik.. saya x kisah part putus tunang tu, maybe tt blh sentuh gak nape nia putus tunang dan sape tunang die tu.. so perwatakan nia tu akan lebih mendalam.. begitu gak dgn kisah aid dan amsyar..
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-9-2017 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sigadiskidal at 4-9-2017 09:52 AM

Part 4


Usai menjamu selera , Aidan mengajak ku ke pantai sebelum pulang.Aku mengikut saja.
Cuaca tengah hari itu agak mendung ,angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Ramai pengunjung sedang berkelah bersama-sama keluarga masing-masing.Maklumlah tengah cuti sekolah.

Aku dan Aidan duduk di atas pasir pantai mengadap ombak.

"Nia seronok balik kampung?"Aidan memulakan bicara.

"Biasa je.ayah tak sihat.jadi kurang happy"jawab ku sambil menguis-nguis pasir yang melekat di kaki ku.

"Ayah Aid dah 20 tahun meninggal.rindu ayah" perlahan suara Aidan menuturkan kata-kata itu.

Aku diam.Kelu lidah sekejap .
"doalah banyak kat arwah ayah kalau rindu,okay" ,aku cuba memujuk.

Suasana diam seketika.masing-masing melayan perasaan sendiri sambil mengadap ombak pantai yang menderu.

Sesekali aku mengerling ke arah Aidan.Angin pantai meniup rambut nya menutup sebahagian mukanya.

Kacak jugak mamat ni.detus hati aku.

"Waktu kita kecil-kecil dulu,Ayah Nia selalu bawa kita datang sini kan lepas arwah  ayah Aid meninggal kan.Kita picnic, mandi laut sama-sama,mancing sama-sama. Nia ingat lagi?"

"Mestilah ingat. Yang paling Nia ingat ada budak tu nangis macam perempuan sebab kena sepit dengan anak ketam. Terpaksa la Nia jadi hero selamatkan dia" tuturku sambil menahan ketawa.

"Bukan Aid yang macam perempuan .Nia tu yang macam jantan ", Aidan membela diri dari terus diketawakan aku.

Kami ketawa bersama teringat memori zaman kanak-kanak. Benar kata Aidan,aku dulu perangai jantan mengalahkan budak lelaki.

"Boleh Aid tahu kenapa Nia selalu elakkan diri dari Aid, tiap kali balik dari asrama, Aid selalu datang rumah Nia, tapi Nia takde takpun pura-pura tidur kan.Aid selalu kirim surat tapi Nia tak pernah balas."sugul wajah Aidan saat menuturkan kata-kata itu.

"Kenapa Nia berubah tak macam zaman kecil kita dulu. ?"

Bertalu-talu soalan dia lontarkan.Aku diam menyusun kata.

"Bukan tak suka .Rimas je" .jawab ku pendek.

"Rimas?, Aid ni merimaskan ye?,matanya tepat ke mataku saat soalan itu diajukan.Riak sedih wajahnya dapat aku baca.

Aku diam melarikan anak mata dari bertentangan.Terasa bagai ada arus elektrik mengalir saat mata kami bertentangan.

"Dah la jom balik."Aid bangun meninggalkan aku ,menuju ke kereta.

Haih.merajuk la ni.omel ku dalam hati.

Sepanjang perjalanan pulang, Aidan mendiamkan diri  menumpukan perhatian pada pemanduan nya sahaja.Aku sesekali mengerling ke arah nya .

Hmm.merajuk betul ni.bisik hatiku.

"marah ke?" tanya ku perlahan.

"Nak marah-marah buat apa,dah orang tak suka.rimas kan" perkataan rimas tu dsebut kuat seakan memerli ku.

"Nia mintak maaf. Maksud Nia tadi...",

Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia memotong kata-kata ku,

"You dont have to explain it,  it is okay." tutur nya laju.wajah masih kelat mencuka seperti tadi.

Aku diam termangu-mangu hilang bicara melihat reaksi Aidan.

         Sampai di di rumah,belum sempat ku ucapkan terima kasih ;dia memecut laju kereta Honda civic nya itu meninggalkan aku di laman rumah ku.

Ibu ku kebetulan ada di halaman rumah sedang menyiram bunga menyapa ku;

"Seronok keluar?kenapa dengan Aid tu?"

"Merajuk.lantak dia lah".ulas ku geram .   
"Nia masuk dulu lah  bu ,nak mandi. Nia ada tapau kan ibu sotong celup tepung ni,nanti makan ya"
"Ha iyalah, pergilah mandi.nanti tengok ayah kat bilik."

aku berlalu masuk ke dalam.Marah betul aidan pada ku.

(Haih.kau pun Nia kasar sangat bahasa nya. Kesian dia.
Tapi memang rimas pun.
Tapi dia baik kan.hensem pulak tu.
Argh diam la hati;
Hatiku bermonolog sendiri seolah-olah 2 watak yang berbeza)


Maaf pendek kejap lagi sambung part 5


Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-9-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
epis replied at 4-9-2017 05:02 AM
Penulisan menarik.. saya x kisah part putus tunang tu, maybe tt blh sentuh gak nape nia putus tuna ...

Thanks bagi ideas. Nanti sy tulis lagi.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-9-2017 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Part 5.

         Aidan memecut keretanya laju. Entah ke mana destinasi belum dapat dia fikirkan. Hatinya terasa sakit mengingati kata-kata Nia tadi.

"Rimas"

        Patutlah surat dan mesej aku tak pernah berbalas, dia rimas dengan aku rupanya". monolog Aidan sendiri. Hatinya bagai dicarik-carik mengenang betapa dia rindukan kenangan bersama Nia dulu.

          Lagu "Just A friend to You", nyanyian Meagan Trainor yang dimainkan di corong radio menambahkan luka di hati Aidan.Liriknya seakan kena dengan situasi Aidan sekarang .

~ I loved you from the start
    So it breaks my heart

~When you say I'm just a friend to you
'Cause friends don't do the things we do
Everybody knows you love me too
Tryna be careful with the words I use
I say it 'cause I'm dying to
I'm so much more than just a friend to you


" I want to be more than friend, Nia"..rintih hati kecil Aidan .

          Sedikit sebanyak pemilik nama Aidan Mikael itu rasa tercabar dengan sikap Nia.Belum pernah lagi mana-mana gadis menolak untuk bersamanya. Malah kalau diikutkan ramai gadis-gadis yang terhegeh-hegeh mengejar cintanya tapi hati nya hanya pada Nia.

         Dari zaman sekolah hinggalah ke zaman universiti, nama Aidan Mikael sentiasa menjadi sebutan dikalangan pelajar perempuan..Apa tidaknya, orang tinggi lampai,kacak dan ditambah faktor atlet sukan ragbi menyerlahkan sisi kelakian Aidan.

        Namun, Aidan bukanlah lelaki yang suka bermain dengan cintanya. Dia hanya sweet talker bila bersama Nia .Ramai menganggap Aidan sombong dek perwatakan nya yang suka bersendiri. Surat dan salam perkenalan yang dihulurkan gadis-gadis sentiasa ditolak . Hati nya sudah terikat pada Nia.

          Raniatul Aisya cinta pertama Aidan sejak di bangku sekolah rendah lagi. Waktu itu,mereka rapat seperti belangkas. Ke mana-mana mesti mereka bersama. Saat kemalangan langgar lari yang meragut nyawa ayah nya,Nia lah yang memujuknya saban hari waktu dia menangis teresak-esak mengingati ayahnya yang telah pergi itu.


          Setelah masing-masing mendapat 5A dalam UPSR tahun 2000, mereka terpisah ke sekolah berlainan.Sesekali balik dari asrama , mereka berjumpa. Masih Aidan ingat, setiap kali pulang ke rumah,mesti Rumah Nia yang dikunjungi dulu, namun jarang sekali dia dapat berjumpa dengan Nia . Kalau Nia ada pun, layanan Nia tak seperti dulu. Mungkin Nia malu fikirnya menyedapkan hati sendiri.

           Memasuki sekolah menengah, hubungan mereka makin hambar. Aidan tidak lagi menjadi pengunjung setia rumah Nia. Surat yang dia tulis pun,tak diposkan; hanya disimpan sendiri. Kadang-kadang mereka bertembung di majlis-majlis kenduri di kampung, Nia sering melarikan diri.

          Raniatul Aisya , orangnya manis sekali. Walau berpewatakan agak kasar dan tidak suka berdandan malah berpakaian seperti lelaki , sisi cantik Nia tetap terserlah walau dengan wajah polos nya.Wajah Nia yang ala-ala innocent itu sering mencairkan hati Aidan saat matanya memandang .

      Aidan mengimbau memori saat diberitahu emak Nia ,yang Nia sudah bertunang  dan bakal berkahwin tidak lama kemudian. Hatinya hancur berkecai. Bertahun-tahun menunggu cinta pertama nya itu membuka hati,akhirnya Nia memilih orang lain.

Aidan membawa diri hampir setahun tidak pulang ke kampung.

Ringing handphone nya mematikan lamunan nya.Nama kawan baiknya , Mustaqeem tertera di skrin.

"Hello Aid, Assalamualaikum, ado mano be? jom ngeteh. Aku ado kat Kuala Besut ni,"

"Waalaikumsalam,qeem.mung tunggu situ jap lagi aku sapa.wassap aku location" Aidan berbicara dalam dialek kelantan.


Mustaqeem kawannya sejak zaman universiti lagi. Banyak kenangan susah senang waktu belajar di Universiti Malaysia Terengganu dikongsi bersama.

Selang 10minit, Aidan sampai di lokasi.Dari jauh kelihatan seorang lelaki berbadan gempal memakai baju berkolar warna biru laut, melambai-lambai kan tangan ke arahnya.

Aidan berjalan ke arah sahabatnya itu.Lama tak jumpa,bisik hatinya.

"Assalamualaikum ." Aidan menyapa mesra lantas bersalaman.

"Waalaikumsalam. Mung apa khabar Aid. Smart sokmo mung ni."puji mustaqeem sambil menepuk-nepuk bahu Aidan.

Mereka berbual mesra sambil minum air kelapa muda. Banyak nak diceritakan , maklumlah lama tidak bersua.

"Mung bilo nok kawen. Aid?"Aku anak 3 dah ni." tanya Mustaqeem sambil menyalakan api rokok. Dia menawarkan rokok kepada Aidan namun Aidan hanya menggeleng kepala.

"Tok jumpo jodoh lagi qeem,nok wat rano."

"Tunggu nia lagi ko mung ni Aid?" Mustaqeem cuba meneka.

"Tau aja mung ni qeem."

"Buat apo tunggu orang tak sudi Aid, mung tu bukan tok hensem, ramai orang nok tapi mung nok jugok Nia tu., Mustaqeem menyedut dalam asap rokok nya seraya berkata begitu.

"Ni soal hati qeem. Aku tok buleh nak tipu diri sendiri. Tok adil untuk pasangan aku nanti"

"Apo guna hidup dalam kenangan Aid ,lepaskan la dia. "Mustaqeem bersuara tenang.

Aidan menyedut minuman dengan wajah yang kelat. Haih.kenapa lah susah aku nak move on ni.suaranya lemah hanya mampu didengar angin bayu.

Selesai minum, Mustaqeem minta diri untuk pulang.mereka bersalaman dan Aidan pun memecut laju pulang ke rumah.

Penat nya hari ni kata aidan sendiri sambil menguak rambutnya yang hitam berkilat.

Usai sampai di rumah, terlihat kelibat Nia sedang mundar mandir di halaman rumah Aidan .

Apa dia buat ni,hatinya bermonolog sendiri.

"Nia,buat apa ni? Nak jumpa mak ke?"sapa Aidan

"Nia nak jumpa Aid ." getar suara Nia saat mengucapkan ayat itu.


Bersambung







         











Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik citer TT. .TT ada bakat menulis.ke memang penulis?

Sambung la lagi plssss
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 10:01 PM | Show all posts
okay dah semakin syok baca......
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 10:02 PM | Show all posts
sakacak..hahaha...poyonya Aid tu...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-9-2017 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sigadiskidal at 6-9-2017 11:16 AM

Part 6

         Hati Aidan berlagu riang bila mendengar kata-kata Nia namun dia masih cuba menahan senyuman nya dari terukir.

"Ada apa nak jumpa Aid?" Kalau pasal tadi Aid dah maafkan dah."

            Aidan berjalan menuju ke bangsal kayu di bawah pohon jambu batu yang merimbun.
Dia melabuhkan punggungnya sambil memberi isyarat mengajak Nia duduk di sebelahnya .

            Nia membuntuti dari belakang dan duduk di sebelah Aid.Dia menjarakkan kedudukan bimbang tidak manis dipandang orang.

"Esok Nia nak balik KL kejap, nak uruskan pasal permohonan nak tranfer ke hospital sini."

"Oh Nia nak mintak pindah ?"

"Iya.senang nak tengok-tengok kan ayah ibu nanti tapi tak pastilah boleh dapat ke tak. "suara Nia kedengaran kurang yakin.

"Takpe cuba dulu", Aidan memberi semangat.

"Ibu tak bagi Nia drive balik KL sorang, nak naik bas leceh , kalau Nia ajak Aid temankan Nia boleh?" lembut bicara Nia membuat Aidan rasa terawang-awang.

(Haih Nia, Nia ,lembutnya suara Nia kali ni ,buat Aid tak keruan tau tak.,suara hati Aidan membisik sendiri )

"Oh begitu. Aid okay je tapi Aid kena tanya mak dulu takut mak perlukan Aid, maklumlah mak kan tinggal sorang."

"Berapa hari nak stay KL?"

"Esok kalau gerak pagi sampai petang ,dah tak sempat masuk ofis. 3hari kot. Okay ke?" Nia meminta pendapat Aidan.

" Nanti Aid nak stay mana? Ada hotel area rumah sewa Nia?"

"Ada banyak area situ. Tapi tak tau lah kalau penuh .sekarang kan cuti sekolah."

" Kalau penuh takpelah , Aid duduk dalam hati Nia je lah,muat kot, Aid kecik je", Aidan berkata  selamba sambil mengenyit mata kepada Nia .

"Tumbuk kang Aid ni", Nia meninggikan suara geram bercampur malu dengan usikan itu.

"Gurau je lah ,kang Aid merajuk taknak ikut baru tau", Aidan bersuara seakan cuba mengugut Nia .

"Yelah,duduk la nak dalam hati ke.,dalam bonet ke, Nia tak kisah .",

Aidan tersenyum mendengar jawapan Nia .

" Nia balik lah siap-siap. malam nanti Aid text Nia confirm kan ,okay."

" Okay , Nia balik dulu,bye.

Nia berjalan pulang ke rumah sambil mengomel sendirian;

(Kau biar betul Nia nak ajak mamat emo tu teman balik KL .Buat mood marah dia datang.,mau kau kena tinggal tepi highway, padan muka.)

"Takpalah lah hadap je lah emo pun emo lah. Asalkan tak payah nak bas." Nia memujuk hatinya sendiri.

           Pengalaman duduk di sebelah lelaki gila seks  ketika dalam perjalanan dari KL ke KB ketika balik raya tahun lalu membuatkan Nia trauma untuk naik bas lagi. Mujurlah waktu itu dia masih ingat  seni kuncian sendi yang dipelajarinya ketika aktif bersilat dulu. Ketika lelaki itu cuba meraba badannya, Nia pantas memulas pergelangan tangan lelaki itu sekuat hati sambil menjerit kuat.  Teruk juga lelaki tua tak sedar diri itu dibelasah oleh penumpang bas yang lain selepas itu.Itulah kali terakhir Nia menaiki bas .


       Malam itu, Usai mengurut kaki ayah yang sedang tidur,Nia meminta izin ibu untuk mengemas barang-barang untuk pulang ke KL esok hari.

"Aid confirm ikut ke?"tanya ibu .

"Ye kot ,bu. Katanya nak tanya Ciknab dulu ."

"Jaga adab kalau pergi berdua nanti. Kamu berdua tu darah muda.",ibu mengingatkan aku.

"Baik ibu ",ibu okay ke tinggal berdua je dengan ayah? takut-takut apa-apa je nanti." Nia bersuara bimbang.

"Takpe, Ciknab ada kalau apa-apa., Nia uruskan kerja Nia ok.," Ibu meyakinkan aku supaya tidak bimbang lagi.

         Nia berlalu ke kamar tidur dan merebahkan badannya di atas katil.

Hmm.. Malas nya nak mengemas.

          Tangannya mencapai handphone  sambil memusingkan badannya ke kiri membetulkan posisi .Banyak mesej yang belum dibaca terutamanya dari group wassap.Nia mencari-cari mesej dari Aidan.

Haa ,ada pun.

" Esok comfirm Aid ikut, pukul berapa nak gerak.?

Pukul 9 pagi okay? Nia membalas ringkas.

"Okay.naik kereta Aid la."

"Okay."

"Tidur awal ,mimpi Aid sakacak ok"

Nia mencebik bibir membaca mesej Aid itu.

Nia membalas dengan icon

Baru saja Nia meletakkan handphone di sisi. Handphone nya berbunyi lagi.Mesej dari Amsyar rupanya .

"Assalamualaikum.Ayah awak apa khabar ,Aisha?"

        Kawan-kawan ku di tempat kerja memanggil ku dengan dengan gelaran Aisha. Nia hanyalah panggilan untuk family dan orang yang rapat sahaja .

"Waalaikumsalam. Macam biasa .masih lemah .Esok aku balik KL  nak uruskan pasal tranfer sini."

"Confirm ke nak tranfer ? Alaaaa.saya macamana?Tak sedih ke nak tinggalkan saya?"

"Betul..okaylah nak mengemas.bye. "
Nia segera menamatkan perbualan itu malas melayan  lelaki muda itu.

        Siap berkemas ringkas Nia melabuhkan kepala ke bantal dan bersedia untuk tidur.Moga bangun awal esok.bisik hati Nia.




         Di rumah Aidan juga sedang sibuk mengemas pakaian. Gelagat nya yang tekun memilih baju menarik perhatian emaknya, Ciknab.

"Kamu ni Aid ,mak tengok pilih baju mengalahkan orang nak pergi temuduga kerja. Dah kenapa kamu ni?tanya Ciknab kehairanan.

"Ala mak ni, Aid kan temankan Nia, mestilah Aid nak nampak kacak, hensem dan bergaya depan dia.", Aidan menjawab jujur namun matanya langsung tidak menoleh pada emaknya, masih lagi matanya tertacap pada baju-baju itu.

"Kamu ni tak 'move out ' lagi ke Aid oi. Dari kecik sampai berjanggut duk meratip Nia, Nia.
'Move out' lah bro" Ciknab cuba berbahasa Inggeris dengan anak teruna nya itu.

"Move on le mak,Aid ketawa kecil"

"Oh move on ye." Ciknab tersengih bila tersedar yang dia tersalah cakap.

"Aid tak nak move on mak. Aid nak juga cuba pikat Nia ."yakin bicara Aid kali ni.

"Jangan main api ,Aid .nanti kamu juga yang sakit", nasihat Ciknab berbaur tegas.

Aid hanya diam membisu mendengar kata-kata emaknya itu.

"Takpelah aku nak cuba juga . At least kalau gagal pun aku dah cuba sebaik mungkin.",Aid memberi semangat pada diri sendiri.

Siap mengemas ,Aid bersedia untuk tidur. Dia berbaring  namun masih tersenyum memikirkan yang dia akan menemankan Nia ke KL esok.

"Nia, Nia, jangan jual mahal sangat please. Bisik hati kecilnya saat memejamkan mata.


Bersambung.







Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-9-2017 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sitisifir7 replied at 4-9-2017 08:52 PM
Menarik citer TT. .TT ada bakat menulis.ke memang penulis?

Sambung la lagi plssss

Haha.bukan penulis .saja cuba2 menulis. Tq sudi baca.mohon komen apa yang boleh di improve kan ye.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-9-2017 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 4-9-2017 10:01 PM
okay dah semakin syok baca......

Jemput baca part 6.hihi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka cara penulisan TT. Good job
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Move out ler bro
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Move out ler bro
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kuat_makan replied at 5-9-2017 12:20 AM
Suka cara penulisan TT. Good job

SAUDARA KUAT_MAKAN DAH MAKAN KE?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sitisifir7 replied at 5-9-2017 07:22 AM
SAUDARA KUAT_MAKAN DAH MAKAN KE?

Dah cik CTsipir,,.Sorry jarang bkk forum.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.063512s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list