CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: chacon

Cara nak kenal pelesit bertuan atau hanya belalang biasa

  [Copy link]
 Author| Post time 8-9-2017 03:33 PM | Show all posts
safieyah1984 replied at 8-9-2017 03:09 PM
iolss dulu asal mandi mesti pelesit masuk dlm bilik air, mmg iolss bunuh punya, tah2 ada yg hantar u ...



binatang boleh jadi macam drone ke?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 03:54 PM | Show all posts
chacon replied at 8-9-2017 03:33 PM
binatang boleh jadi macam drone ke?

xkot tp xtau lah mcm segan jek binatang ada dlm bilik air, siap mata pandang kita plak tu hahahaha

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 04:29 PM | Show all posts
Yg pasal tarik kepala ada rambut tu pernah dengar jugak sebelum ni. Tapi yg bontot macam sabit tu baru tau. Ilmu baru ni. Tengs
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
safieyah1984 replied at 8-9-2017 03:54 PM
xkot tp xtau lah mcm segan jek binatang ada dlm bilik air, siap mata pandang kita plak tu hahahaha ...

sama la mcm I..nmpak cicak ke lipas ke harus ku sembur dulu ngn air..halau keluar..malu plak rase mcm ada mata2 memandang walopun serangga..kehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Omeyya replied at 8-9-2017 10:10 PM
sama la mcm I..nmpak cicak ke lipas ke harus ku sembur dulu ngn air..halau keluar..malu plak rase  ...

tandas ialah antara tempat kegemaran jin, memang akan ada "mata" memandang cumanya kita taktahu kehadiran
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2017 05:39 PM | Show all posts
kat tmpt aku depa panggil belalang susu.. lagi satu jenis; belalang kacum (kepala dia renjong sikit, saiz lebih kurang sama).

Sejauh mana betul belalang pelesit ada hantu pelesit ni, aku skeptikal sikit. bukan nk discredit sesapa sebab aku yakin, jin&syaitan ni boleh ja possess any living things.

Dari penjelasan bergambar tu, yg aku faham kalau ada helaian rambut keluar bila dicabut kepala belalang ni, bermakna belalang ni adalah pelesit yang bertuan.

1. Kalau tak ada rambut adakah ia bermakna. belalang tu still ada hantu pelesit tp tak bertuan je? Ke semua belalang jenis ni memang tak wujud in nature as it is (entomology study), tapi semuanya memang berhantu pelesit menjelma jadi belalang?

2. Katakan tetiba belalang ni masuk dlm umah. Memang perlu dibunuh ka walaupun ia bukan spesis haiwan berbisa?

Setahu aku la, bunuh cicak atau halau/bunuh haiwan berbisa ni memang ada anjuran dalam agama. Tapi belalang....

3. Sejauh mana kepastian bahawa "rambut" yg ada dalam belalang tu adalah rambut tuan punya hantu pelesit.. Ke struktur organ dalaman belalang ni dah memang macam tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2017 06:16 PM | Show all posts
najib888 replied at 10-9-2017 05:39 PM
kat tmpt aku depa panggil belalang susu.. lagi satu jenis; belalang kacum (kepala dia renjong sikit, ...

Good question
Aku pun tertanya-tanya jugak


Zaman budak sekolah dulu, selalu la jugak main kat sawah dan tangkap belalang
bukan setakat tangkap, siap cucuk dengan lidi dan bakar
pastu ngap..

tapi bukan itu yang intipati cerita,
apa yang nak aku beritahu kat sini
masa aku siang belalang, cabut kepala memang ada satu urat..tak tahu la urat apa
macam siang udang tu..kat belakang tu kan ada urat tahi..haa macam tu la

tapi pasal pelesit ni, aku tak pasti plak
pernah jugak la nampak belalang masuk rumah dengan bunyi nyaring
aku halau je
mungkin ada yang pernah jumpa belalang pelesit ni
dan cabut kepala terjumpa rambut
persoalannya, tuan pelesit tu hantar belalang tu untuk apa?
nak pedajal tuan rumah ke?


Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2017 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Omeyya replied at 8-9-2017 10:10 PM
sama la mcm I..nmpak cicak ke lipas ke harus ku sembur dulu ngn air..halau keluar..malu plak rase  ...

Ms kat jumping,  Ms aku mandi katak dlm bilik Air... Aku pun segan jg dgn katak tu yg tgk aku mandi... Tp aku taktau mcm mn nak halau... Pastu tgh mandi aku blh terfikir lg yg katak tu putera raja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2017 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
anakkerengga replied at 10-9-2017 07:31 PM
Ms kat jumping,  Ms aku mandi katak dlm bilik Air... Aku pun segan jg dgn katak tu yg tgk aku mand ...

Silap eja.. Ms Kat kampung...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 07:57 PM | Show all posts
kalu ai, sebarang belalang yg tetiba masuk rumah pd waktu mlm, ai dh syak sesuatu lain mcm...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 11:40 AM | Show all posts
anakkerengga replied at 10-9-2017 07:31 PM
Ms kat jumping,  Ms aku mandi katak dlm bilik Air... Aku pun segan jg dgn katak tu yg tgk aku mand ...

" Pastu tgh mandi aku blh terfikir lg yg katak tu putera raja"




nape xkiss?
huntong2 mmg prince charming iras fatah amin
muncul dlm bilik air tanpa seurat benang







Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 11:41 AM | Show all posts
kt rmh baru ni malam dlm pkl 9 ke 10 camtu
tiba2 dgr bunyi mcm cengkerik

huhu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahu bntuk mcmana pelesit tu..dulu2 duk baca je..xleh byg..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 09:36 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 12-9-2017 11:40 AM
" Pastu tgh mandi aku blh terfikir lg yg katak tu putera raja"


lawaknya u punya reply  


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:20 AM | Show all posts
pelesit tu hanya jadikan belalang tu sbgai tunggangan dia sahaja...
lipas pun sama...kalau lipas hitam pekat tu mmg tunggangan pelesit...
ni apa yg aku tau dr pakar perubatan tradisional...
sblm ni ada org hntr pelesit kt aku...setiap hari bila waktu maghrib pelesit akan dtg hisap darah...

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, menurut kepercayan melayu ianya hantu yang dipelihara bagi tujuan sebagai pelaris dan pemanis. Hantu ini dikatakan secara cerita lisan bahawa sangat berusaha menjadikan tuannya disukai ramai.Ia dinamakan pelesit kerana ia melesetkan (menyesatkan) melalui tujuan melaris diri.

Orang Islam pula percaya ianya dari golongan jin / syaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita[1] bagi tujuan pelaris dan pemanis. Kononnya hantu ini boleh diwarisi kepada anak cucu ataui dikenali sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari tangan tuannya.

Hantu pelesit dikatakan suka menggunakan belalang sebagai medium penyamarannya atau rasukannya, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk kerumah mangsa[2]. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.

Penggunaan belalang adalah kerana ia binatang yang tidak ditakuti orang dan membuat mangsa tidak mengambil langkah berjaga-jaga atau membahayakan pelesit bagi tujuan menghantar racun / santau kepada mangsa. Ada dilaporkan secara pengalaman pengamal perubatan bahawa kadangkala pelesit ini menggunakan medium lalat, tikus dan lain-lain serangga bagi menghantar racun kepada mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:21 AM | Show all posts
Edited by mamapea at 13-9-2017 11:23 AM

Hantu Pelesit dikatakan biasanya akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan pemanis dan pelaris. Wanita yang berpotensi menjadi pemelihara pelesit ini ditakut-takutkan tentang dipermain-mainkan oleh lelaki kacak. Sehubungan dengan itu, ia menjadi alasan kuat untuk memiliki pelesit dan pada masa yang sama boleh memiliki lelaki idamannya. Tetapi malangnya, adakala mereka(pemelihara pelesit) lewat kahwin kerana menjadi rambang mata dalam membuat pilihan. Menurut cerita lisan dukun-dukun dan pakar perubatan tradisional,[nyatakan menurut siapa?] ciri-ciri perempuan yang berjaya ditipu pelesit supaya mengambil mereka sebagai pemeliharaan adalah nampak manis dan disukai ramai. Biasanya, perempuan-perempuan pemelihara pelesit ini membuat keputusan nekad membela pelesit kerana melihat penderitaan ibu-ibu mereka menjadi janda kerana ditinggalkan bapa.

Biasanya jika berkahwin susah hendak beranak atau tiada anak. Tabiat pembelanya suka melaga-lagakan orang atau menjadi pengadu domba, penampilan bergaya, sopan, bermuka-muka dan bermulut manis menyebabkan sukar untuk mereka disangka sebagai pembela hantu tersebut.[perlu rujukan] Ada juga pembelanya yang sudah ada anak sebelum mendapat pelesit sebagai belaan.

Pelesit sangat berusaha menjaga hati tuannya, dikatakan bahawa jika ada sesiapa didapati menyakitkan hati tuannya walaupun suami atau adik beradik tuannya sendiri, mangsa akan disuntik racun / santau / santet. Kadangkala serangan pelesit pada seseorang mangsa tanpa pengetahuan tuannya. Serangan pelesit akan meninggalkan tanda lebam tiga titik. di bahagian bawah peha, belakang bahu dan di betis. Ia akan mengulangi serangan di tempat yang sama sehingga titik itu akan bertambah kepada gandaan tiga seperti enam, sembilan sehingga duabelas.

Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Hantu pelesit akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsa.

Hantu pelesit biasanya dikatakan disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.

Status
Hantu pelesit adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.[3] Dengan itu hantu pelesit tersebut perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Hantu pelesit akan membuat tuannya susah nak mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.

Kesan Terhadap Mangsa dan Rawatan
Ada beberapa gejala awal kesan serangan apabila mangsa diracun atau dirasuk. Jika mangsa diracun, biasanya akan menyebabkan mangsa mengalami beberapa kesan yang dapat dirasai secara fizikal peringkat awal seperti;[perlu rujukan]

Rasa kaki kebas dan menyucuk-nyucuk.
Terdapat lebam dengan tiga titik
Rambut mula gugur atau berkelumumur
Mata mula rabun.
Gusi bengkak dan gigi reput atau luruh walaupun menjaga kebersihan mulut
Seri muka akan hilang
cepat penat
mudah lupa hilang barang
Menurut cerita lisan dukun-dukun perubatan tradisional[nyatakan menurut siapa?] sebagai pengetahuan am para dukun dan tidak direkodkan dalam mana-mana buku atau kebiasaan sumber lisan, sekiranya terdapat tanda-tanda awal seperti dinyatakan di atas. Mangsa hendaklah berpantang memakan makanan yang hangitnya menjadi arang seperti nasi putih, roti putih dan gula dari tebu atau jagung.[perlu rujukan] Ini kononnya adalah menyebabkan racun itu berkesan. Jika teringin makan nasi juga, bolehlah mengambil hanya segenggam nasi sehari dengan tiga ulas bawang putih mentah ditumbuk pecah terdedah angin selama lebih kurang 15 minit.

Sebagai langkah penyembuhan mangsa hendaklah mengamalkan sayuran rebusan kurang dari satu minit berbentuk seperti pedang, bergerutu dan panjang selama mana gejala awal masih ada seperti

kacang berlendir atau bendi
sayur peria katak
kacang panjang
petola
lain-lain sayuran sayuran yang berbentuk pedang, bergerutu dan panjang

Mangsa juga dikehendaki mandi air kisar daun dari pokok dahannya berduri yang buahnya bulat dan kecil samada daun pokok bidara atau daun dari pokok bulang atau pokok limau nipis. Malahan boleh juga sekali dengan buahnya. Selain mandi airnya juga boleh diminum.

Sekiranya tidak dirawat dan tidak memperdulikan pantangnya, kononnya dalam tempoh kurang dari 10 tahun, organ dalaman seperti buah pinggang, jantung, hati dan paru-paru berair dan rosak. Tanda-tanda itu dapat dilihat dengan luka mula sukar sembuh bermula dari kaki atau tangan. Kaki menjadi hitam dan bengkak air. perut mula lebih besar dari punggung. kencing jadi tersekat dan berdarah. Pada peringkat ini kesembuhan adalah sukar. [perlu rujukan]

Pelesit adalah jin yang diciptakan dari material hujung api, maka dengan mudah mereka boleh masuk ke saluran darah yang dipercayai oleh orang Islam sebagai mengalir dan menghantar isyarat sakit, suka duka dan sebagainya ke seluruh badan, maka bagi serangan pelesit bersarang atau berenang-renang dalam saluran darah. Ia akan mengganggu sistem perasaan dalam badan menyebabkan perasaan terganggu. Pelesit yang sudah menguasai sistem saraf otak dan perasaan ini akan membentuk bayangan dalam pemikiran meleset atau menyesatkan seperti ; [perlu rujukan]

Mangsa akan mengalami situasi beliau sentiasa diperhatikan.
Mangsa juga merasakan pendengaran yang seakan-akan semua orang sedang mengumpat atau memburukkan dirinya
Mangsa akan dilesetkan perasannya bahawa apa sahaja perbuatan orang lain megeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.[perlu rujukan]
Perasaan seperti ini boleh membuatkan mangsa menjauhkan diri daripada masyarakat.[perlu rujukan]
Mengadakan perasaan cinta atau suka pada kekasih ilusi yang biasanya artis yang kacak / cantik atau pemimpin negara
Mengadakan pelbagai identiti pada mangsa sehingga wujud pelbagai watak sehingga merasakan dirinya penting selalunya sebagai Imam mahdi, rasul atau ratu

Mangsa akan meracau dan mengganas
Mangsa akan benci dengan sebenci-bencinya kepada suami atau isteri nya
Kelemahan

Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. ia takut dengan tahi besi iaitu (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) Menurut pandangan pengamal perubatan,[nyatakan menurut siapa?] rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.[perlu rujukan] Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya. Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah. Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2017 11:33 AM | Show all posts
Ipo replied at 10-9-2017 06:16 PM
Good question
Aku pun tertanya-tanya jugak

Dulu, aku pernah temankn housemate pergi berubat dgn salah seorg pengamal perubatan (PP) Islam yg telah ditauliahkn oleh Darussyifa'. mmg kawan aku tu ada gangguan. bila disoal siasat dlm acara perubatan tu, dia boleh bertukar corak suara, dan menjawab ape yg disoal oleh PP. sepanjg proses perubatan tu, mmg ade belalang yg follow. time tu dia ada betenggek kat dinding atas pintu masuk rumah PP tu. so, PP tu cakap tu belalang pelesit. tujuannya, tuan yg menghantar utk melihat apa yg sedang berlaku. bleh dikatakn sbg drone lah. memantau & akn beritahu tuannya apa yg telah berlaku. Wallahualam.

Tiada yg lebih berkuasa hanyalah Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:42 AM | Show all posts
time housemate (HM) saya kena gangguan tu mmg teruk lah. HM saya ni bukan la calang2 org. lepasan Local Uni dan grad dlm pengajian Islam syariah & usuluddin. time dia period lagilah parah. benda tu akan ganggu dia masa tidur even dia sorang2 tu pun dia mcm berangan..hilang dlm dunia dia. bila time dia kena tu, klau bersembang dgn dia mmg lambat nk pickup..kena 2 3 kali ulang cakap baru dia boleh hadam & jawab soalan. mcm dia dlm dunia dia sendiri. lps tu time dia boleh solat pun, benda tu (pelesit) akan dating & bunyi yg amat nyaring lebih2 lg time maghrib. makin kuat kitorang solat dan mengaji makin kuat bunyinya..seolah2 mcm melawan. setiap kali bunyi tu, mesti meremang bulu roma..& selalu bunyi tu dtg dari arah bilik stor dkt dgn dapur. bila berubat dgn PP tu, dia ada bagi limau tujuan mandi & air yg dibacakn. lps tu, PP jgk arahkn saya (walaupun saya ni nak kata berani sgt tak jugak, takut tu confirmlah ada) renjis air tadi keliling rumah sambil baca ayat setiap kali nk maghrib. bayangkn la saya yg kena buat. tak ke haru!!! nak tak nak kena buat jugak lah..selebihnya serah pd Allah Taala.
Wallahualam.  
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 4690 Replies : 28
Penyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut Hak’ – Kenyataan Watak Imani Dalam ‘Lelaki Itu’ Mula Dibenci Netizen
YgBenarPenyondol Tetap Isteri Sah, Boleh Tuntut
Views : 12926 Replies : 165
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8797 Replies : 61
Sheriff kutip RM16 juta 5 hari
maklukpenggodaSheriff kutip RM16 juta 5 hari
Views : 7111 Replies : 98
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281056 Replies : 9523
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21515 Replies : 165
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54933 Replies : 2750
Gambar Hantu Zaman Kodak
tumpanglalu74Gambar Hantu Zaman Kodak
Views : 10082 Replies : 1
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 101294 Replies : 1536

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.076932 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list