Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
897
View
7
Reply

Sejarah Pulau Bidong Sebagai Penempatan Pelarian Vietnam Yang Ramai Orang Tidak

[Copy link]

Author: jiwarasa       Show all posts   Read mode

Author
Post time 6-9-2017 11:23 AM | Show all posts |Read mode



Pulau Bidong pada zaman dahulu pernah dijadikan penempatan pelarian Vietnam sekitar awal 70-an.


Pulau Bidong merupakan sebuah pulau yang dimiliki oleh Terengganu walaupun Pulau ini sudah tidak berpenghuni namun pada suatu masa dahulu sekitar awal 70an pulau ini pernah menjadi kawasan penempatan sementara bagi pelarian Vietnam kesan daripada perang saudara disana.


Pulau Bidong telah mengangkat nama Malaysia di mata dunia sebagai sebuah negara yang menghargai kemanusiaan sejagat. Walau bagaimanapun Pulau ini telah menyaksikan kerasukan para pendatang ini membumi hangus dan menggondolkan kawasan tersebut demi memenuhi keperluan dan kehendak mereka untuk hidup.


Para Vietnam pelarian ini telah lari dari kampung halaman mereka tanpa hala tuju dan akhirnya tersadai di pulau tersebut. Kerajaan Malaysia pada waktu itu menggelarkan mereka sebagai Orang Hanyut Vietnam (OHV).


pulau bidong



Akibat daripada peperangan diantara pihak Vietnam Utara (KKVU) yang di sokong oleh China dan Selatan (KDVS) yang disokong Amerika menyaksikan ratusan bot-bot dari Vietnam sampai ke pulau ini. Pendaratan pertama OHV ini berlaku pada awal Mei 1975 dan menyaksikan jumlah keseluruhan mereka adalah sebanyak 1400 orang pada akhir tahun.


Negara-negara dunia termasuk Amerika turut memberikan sokongan moral agar Malaysia melayani pelarian ini dengan sebaik mungkin.

Kedatangan OHV ini berlarutan sehingga tahun 1977 namun tiada satu pun negara asing yang datang membantu Malaysia bagi menguruskan mereka. Manakala di Thailand terdapat berita mengatakan para OHV ini dihalau dan diseksa oleh penduduk Thai dan pasukan keselamatan Thai.


Selain Thai, Singapura dan Indonesia tidak menghadapi masalah kebanjiran penduduk kerana mereka bertindak menurut kepada kepentingan negara masing-masing walaupun tindakan mereka di kritik dan dikecam oleh negara-negara lain.


Pada 1/8/78 Pulau Bidong diwartakan sebagai kawasan larangan oleh kerajaan Terengganu bagi mengelak sebarang kemungkinan yang akan menyebabkan OHV ini datang ke kawasan tanah besar. Pada Oktober 1978 seramai 60 ribu telah ditempatkan di pulau ini dan menyaksikan pulau yang indah ini akhirnya menjadi gondol akibat daripada pembinaan rumah-rumah sementara oleh OHV ini.


Orang Hanyut Vietnam Ingkar Arahan

Lebih mengejutkan ketika PBB cuba memikirkan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini sebuah kapal bernama Hai Hong telah membawa sejumlah 2400 OHV ke Pelabuhan Kelang. Kehadiran mereka telah mencetuskan suasana panic di kalangan penduduk Malaysia yang bimbang akan berlakunya penghijrahan beramai-ramai oleh orang Vietnam yang seterusnya akan menimbulkan pelbagai masalah di dalam negara.


Pada Disember 1978, Kerajaan pusat teleh menubuhkan Pasukan Petugas Persekutuan dibawah kelolaan MKN bagi menguruskan para pelarian ini. Fungsi utama pasukan ini ialah menyediakan asas kemahiran bagi OHV sebelum dipindahkan ke negara dunia ketiga. Kuasa-kuasa besar dunia telah member pelbagai bantuan dan bekalan kepada negara bagi mempercepatkan proses ini dan akhirnya seramai 20 ribu OHV telah Berjaya dipindahkan.


Sehingga tahun 1985 masalah OHV masih lagi tidak menemui noktah dan akhirnya kerajaan Malaysia terpaksa mengambil tindakan agar warga Vietnam ini di tapis dahulu sebelum diberi suaka politik. (Admin dapat info dulu ada pasukan Komunis Vietnam dalam PKM).


Akhirnya pada 30/11/1991 Pulau Bidong telah diserahkan semula kepada Kerajaan Terengganu dan sejumlah 221 orang OHV terakhir dari 252,390 OHV yang berada di pulau tersebut telah dihantar semula ke negara asal mereka.


Tragedi Kem Pelarian Sungai Besi

Selain Pulau Bidong, terdapat satu lagi kem pelarian yang menempatkan ribuan pelarian Vietnam ketika itu di Sungai Besi.


Bagaimanapun, kehadiran mereka di Kem Sungai Besi memberi masalah lebih besar kepada anggota keselamatan. Di dalam kem ini, mereka telah menunjukkan perangai mereka yang sebenar, mereka telah mewujudkan puak2 samseng di kalangan mereka dan menindas rakan sepelarian mereka sendiri. Mereka juga tidak menghormati undang2 dengan mewujudkan pelbagai pusat hiburan dan pelacuran haram di dalam kem berkenaan, selain melakukan penyalahgunaan dadah.


Justeru, disebabkan sikap mereka yang kurang ajar, pihak keselamatan telah mengambil keputusan melakukan pemeriksaan menyeluruh ke dalam kem mereka untuk membanteras gejala yang tidak bermoral yang dilakukan mereka.


Mereka membantah tindakan anggota keselamatan, hingga mencetuskan rusuhan besar pada Jun 1995 yang hampir menggugat kedaulatan dan keselamatan negara Malaysia yang telah memberi perlindungan kepada mereka selama ini.


Tindakan ganas kumpulan perusuh pada pagi 5 Jun 1995 menyebabkan tiga blok kediaman di Kem Transit Sementara Sungai Besi yang menempatkan lebih 4,500 pelarian Vietnam musnah sama sekali.


Rusuhan ini mengorbankan seorang pelarian dan mencederakan lebih 10 anggota yang terlibat dalam operasi mengawal keselamatan iaitu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), bomba dan polis hutan (PPH).


Selain drama rusuhan yang berlangsung selama lebih 16 jam, kebakaran besar itu turut menggemparkan warga kota khususnya mereka yang tinggal di sekitar Sungai Besi dan Bukit Jalil. Kepulan asap yang menjulang tinggi dikatakan dapat disaksikan dari jarak puluhan kilometer.


kem pelarian sungai besi

Kredit : Utusan


Dalam operasi mengawal rusuhan itu, seramai 1,200 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada anggota polis, FRU, PPH, bomba, unit pengesan bom dan unit anjing pengesan dikerahkan ke tempat kejadian.


Polis Menemui Senjata Tajam

Serbuan awal polis ketika itu berjaya menemui pelbagai senjata tajam seperti lembing, parang, senapang panah dan pedang yang dihasilkan oleh kumpulan perusuh. Berdasarkan kenyataan rasmi Dewan Negara yang dibaca oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri (ketika itu), Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz berhubung insiden ini, kekecohan dipercayai berpunca daripada sikap tidak puas hati pelarian terhadap keputusan kerajaan yang mahu menghantar mereka pulang ke negara asal.


Menurut beliau dalam kenyataan itu, pelarian Vietnam cuba menunjukkan bantahan dan mendapatkan simpati dunia terhadap rancangan kerajaan menghantar mereka pulang ke Vietnam yang sudah dipersetujui oleh Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).


Mereka juga masih menaruh harapan untuk dihantar menetap ke negara ketiga yang mereka anggap dapat memberikan perlindungan walaupun permohonan mereka ditolak oleh negara berkenaan.


Pilihan kumpulan pelarian ketika itu adalah untuk mendapatkan tempoh perlindungan lebih lama di negara ini sementara menunggu giliran dihantar ke negara-negara ketiga seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis, Kanada dan Eropah yang dikelola oleh UNHCR.


Bagaimanapun, atas syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh badan antarabangsa itu, keutamaan mengikuti program pemindahan ke negara ketiga itu hanya melibatkan pelarian yang mempunyai kelayakan profesional.


Tersepit dalam keadaan itu, sebahagian daripada pelarian turut berusaha meraih simpati antarabangsa sehingga mendapat perhatian dari negara luar. Kenyataan yang sama juga menyatakan pemberontakan berpunca daripada tindakan kerajaan membina pagar berangkai di kem berkenaan bagi mengasingkan kumpulan pelarian yang bermati-matian enggan dihantar pulang dengan puak yang lebih bertimbang rasa.

Ia merupakan sebahagian daripada langkah kerajaan untuk menghalang kumpulan hardcore daripada menghasut kumpulan pelarian yang lain. Dalam rundingan itu, kumpulan pelarian mendesak kerajaan supaya tempoh perlindungan dilanjutkan kerana mereka takut pulang ke negara asal.


Mereka tidak berani pulang kerana takut dikenakan hukuman mati oleh pemerintah komunis negara itu. Rundingan menemui jalan buntu sehingga tercetusnya rusuhan. Selepas tewas dalam pertempuran dengan pihak berkuasa, beratus-ratus kepala samseng ditahan dan dihantar ke kem tahanan sementara pelarian di Kerayong, Pahang


Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhla... Tlg salah, tak tolong kesian pulak.. Ni lah padahnya.. Buat baik biarlah berpada. Buat jahat jgn sesekali..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhla... Tlg salah, tak tolong kesian pulak.. Ni lah padahnya.. Buat baik biarlah berpada. Buat jahat jgn sesekali..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2017 12:23 PM | Show all posts
kt malaysia rohing ya ada 150 000 orang

negara kedua terbesar selepas arab saudi..  bangla nepal indonesia mnyamar tak de statistik jelas?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:08 PM | Show all posts
Keadaan diorg sama la mcm Rohingya skrg ni. dtg penuh bot sampai ada yg karam. .  pernah dgr video wawancara dgn  bekas MB Terengganu psl Pulau Bidong ni. Kita bg bantuan kat diorg tp  dia bw masalah sosial plak kat sana.. ada yg siap bg khidmat pelacuran bagai.  
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:00 AM | Show all posts
bagi artikel ni kat mereka yang bermati-matian sokong kita tolong rohingya.

belajar dari kesilapan ni. jangan perjudikan masa depan anak cucu cicit kita sebab nak kejar nama... please...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 21-9-2017 11:03 AM | Show all posts
AznieBunnie replied at 21-9-2017 11:00 AM
bagi artikel ni kat mereka yang bermati-matian sokong kita tolong rohingya.

belajar dari kesilapa ...



boleh tolong tapi tak perlu la bawa masuk malaysia. negera kita dah sesak dengan pendatang asing


Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 11:30 AM | Show all posts
jiwarasa replied at 21-9-2017 11:03 AM
boleh tolong tapi tak perlu la bawa masuk malaysia. negera kita dah sesak dengan pendatang asi ...

hm... betul betul betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.046558s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list