CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7193|Reply: 29

5 Rumah Paling 'Rare', No5 Paling 'Busuk'!

[Copy link]
Post time 7-9-2017 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Rumahku, syurgaku. Walaupun sesetengah orang mungkin merasakan rumah mereka tidak sehebat mana dan serba kekurangan, namun rumah itulah yang menjadi tempat dirasakan paling selamat, kan?


Pun begitu, rumah macam mana yang menjadi idaman anda? Mesti macam-macam jenis rumah anda bayangkan, bukan? Dari ciri-ciri reka bentuknya sampailah hiasan dalaman yang beramain di kepala anda.


Jom tengok sama ada  rumah berikut berjaya menambat hati anda. Paling kurang, bagi idea untuk anda buat ubah suai rumah kelak pun jadi lah. Siapa tahu kan?




1. Heliodome, Perancis






Siapa yang nak berjimat dan suka mencatu penggunaan elektrik di rumah tu, rumah ini sesuai untuk anda! Panel solar rumah ini membantu anda kekal nyaman dan selesa walaupun dalam cuaca di musim sejuk.






2. Habitat 67, Montreal, Kanada






Ha, apartment ini pula macam susunan lego yang tak berapa nak kena. Tetapi, seni bina itulah yang membuatkan setiap apartment ini sangat unik dan mengagumkan!


Foto: Habitat67





3. Futuro, Sweden





Futuro adalah rumah pasang siap berbentuk kapal angkasa ciptaan Matti Suuronen. Kebanyakan rumah ini boleh ditemui di Finland, iaitu kampung halaman arkitek itu sendiri.


Foto: Futuro




Siapa yang suka ciri-ciri futuristik dan sci-fi memang sesuai sangat tinggal dalam rumah macam ni!




4. Rumah Cermin, Bolzano, Itali






Rumah ini terlindung sedikit dari pandangan orang ramai kerana rekaan 'cermin' uniknya itu membuatkan ia 'hilang' dari permukaan kawasan sekeliling.






Siapa yang suka privasi boleh cuba bina rumah macam ni. Mudah-mudahan, perompak tak akan terperasan dengan rumah ini.


Oh, rumah cermin ini boleh disewa kalau anda berminat, tau!







5. Rumah Mangkuk Tandas, Korea

Foto: [url=http://pictures.reuters.com/C.aspx?VP3=SearchResult&VBID=2C0BXZNKF93QF&SMLS=1&RW=1512&RH=727&OPUPPN=30&OPUPIID=2C0BF1R3C71]Reuters[/url]




Ya, anda tak salah baca dan lihat! Rumah ini diberi nama Mr Toilet House dan ia terletak di Bandar Suwon, Korea Selatan. Rumah yang sebiji macam 'mangkuk jamban' ini terbuka untuk lawatan sepanjang tahun, malah ia digunakan untuk menganjurkan pameran dan konsert.




Macam mana? Ada mana-mana rumah yang berjaya menambat hati anda tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2017 01:45 PM | Show all posts
bestnyeee

kt msia nape xde rumah2 mcmni ye

padahal arkitek2 msia kretif2 jugak

yg paling kretif pnh ada dulu rumah ayah pin ada cerek gergasi je

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 01:49 PM | Show all posts
wah menarik................................... yg last tu erk?.........
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 02:32 PM | Show all posts
vote for no 2...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RatuDunia94 at 7-9-2017 03:26 PM
idakamaruddin: bestnyeeekt msia nape xde rumah2 mcmni yepadahal arkitek2 msia kretif2 jugak yg paling kretif pnh ada dulu rumah ayah pin ada cerek gergasi je


Rasanya ada kaitan dgn keselamatan bomba, CFO bagai kot.. Kt sini rumit sikit nk buat benda2 kratif ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
No. 4 Menarik! {:love
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2017 04:00 PM | Show all posts
Wah kreatif dan unik setiap satunya
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 04:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2017 05:08 PM | Show all posts
comelnya rumah no. 3..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2017 09:38 PM | Show all posts

no 3 unik dan menarik
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 12:39 AM | Show all posts
nak rumah cermin!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:49 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 7-9-2017 01:45 PM
bestnyeee

kt msia nape xde rumah2 mcmni ye

Arkitek msia ramai je kreatif boleh buat tapi nak buat nanti azab sbb bahan binaan dah tentu design lain dan kos akan menjadi amat2 tinggi...

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:50 AM | Show all posts
nak rumah cermin apa susah, rumah sekarang ni pasang je cermin. Tp lulus ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 08:51 AM | Show all posts
ada tak rumah yg dilekat fake grass keseluruhannya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 09:09 AM | Show all posts
yg rumah cermin tu nmpk tenang halaman sekitarnya
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 01:19 PM | Show all posts
yg habitat 67 tu mmg aku nampak dari old port ingatkan bangunan hapa...rupanya rumah...cool
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2017 01:34 PM | Show all posts
rumah cermin
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2017 02:35 PM | Show all posts
Tak dapat tengok interiornya hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:18 PM | Show all posts
kat mesia sape nk wat deco cantik2 mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 06:06 PM | Show all posts
Rumah cermin di Malaysia? Silau la oiiii.......

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082923 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list