SUDAH 14 lagu dirakamkan, satu pun tidak dimainkan stesen radio swasta. Itulah nasib yang menimpa penyanyi istimewa, Azmir Arif, 34, sepanjang lapan tahun menceburi dunia seni.
Ia diluahkan Azmir di laman sosial Facebook (FB) miliknya, semalam selepas tidak dapat membendung lagi perasaan kesal dan kecewanya terhadap kerjasama diharapkan daripada stesen radio swasta selama ini.
Azmir atau Mohd Azmira Mohamad Arif ketika dihubungi berkata, sepanjang lapan tahun dia aktif menyanyi, sebanyak 14 lagu pelbagai genre muzik sudah dirakamkannnya.
Malangnya tiada satu pun lagu yang dirakamkan itu berjaya mendapat peluang berkumandang di radio swasta tanah air.
"Kalau lapan tahun lalu, barangkali saya boleh terima alasan diberikan iaitu kemungkinan genre lagu yang saya rakam tidak sesuai untuk diperdengarkan kepada sasaran kelompok pendengar mereka.
"Bagaimanapun, kini sudah 14 lagu pelbagai genre yang saya rakam, kenapa masih tiada satu pun boleh dinilai untuk diberikan peluang?," katanya.
Kata Azmir, dia ada merakamkan genre lagu pop,balada, irama Malaysia, dangdut termasuk K-pop supaya boleh mendapat peluang disiarkan untuk penilaian pendengar.
"Sudah lapan tahun lamanya saya pendam perasaan marah, kesal, geram dan kecewa yang bercampur-baur dalam hati ini apabila mengenangkan kenapa sukar untuk lagu saya mendapat peluang seperti penyanyi lain.
"Saya sedar kekurangan diri yang sengau bila bercakap tetapi untuk menyanyi, Alhamdulillah Allah SWT memberikan saya anugerah boleh menyanyi dan merakamkan lagu dengan baik.
"Terus-terang, bukan populariti yang saya kejar dalam karier nyanyian ini, cuma apa yang saya harapkan ialah lagu saya mendapat peluang untuk disiarkan di radio swasta," katanya.
Azmir berkata dia tiada masalah dari segi mendapat tawaran undangan menyanyi kerana sering diundang membuat persembahan di negara jiran seperti Brunei Darussalam, Singapura dan Indonesia.
"Namun, saya sedih, kesal dan kecewa apabila lagu-lagu saya tidak mendapat peluang berkumandang di radio swasta.
"Kini, saya tahu dan dapati kebanyakan pendengar muzik memang tertumpu mendengar rangkaian lagu yang disiarkan di radio swasta. Jadi, harapan saya tolonglah beri peluang," katanya.
Azmir yang bergerak sendiri menguruskan karier nyanyiannya, sanggup menceburi bidang seni kerana minat yang mendalam.
Antara lagu yang pernah dirakam ialah Flaming To Moon, Nombor Satu, Single dan terbaru, Cinta Kita Berdua.
kredit to HM online..
walaupun heols sengau tapi nyanyi sedap.. simpati pada heols.. berbakat tapi dipinggirkan..
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 8-9-2017 02:46 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by aqua_marine at 8-9-2017 02:49 AM
Cuba guna socmed mcm Youtube ke, IG ke.. mcm Najwa Latip dulu2 jgk. She pun bukan hantar lagu kat radio. Bila dah viral, baru radio main (correct me if ai wrong).
Zaman skrg ni tak boleh bergantung kat radio je. Kena pandai market diri dulu, nanti bila dah femes/viral, automatik radio and segala mcm media cari ko sendiri.
Post time 8-9-2017 07:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
buang imej gayahrina tu dulu
kalau boleh focus kt lagu2 tradisional, dangdut dan pop melayu..tu kekuatan heshe... providing that heshe buat quality recording la..ni meols ada dgr lagu heshe, mcm rakaman cincai jah
Artis tersohor negara pun kena merayu kt stesen radio dik... apatah lagi artis2 sendu lain. Btol la tu yg dorg cakap tak boleh terlalu bergantung kt stesen radio utk permulaan. Tp bila lagu dh pemes kt socmed, nnti radio akan start mainkan.
Post time 8-9-2017 09:11 AMFrom the mobile phone|Show all posts
aleesyasofia replied at 8-9-2017 08:28 AM
maaf la kak teh.. smlm iols dh upload xlps.. skrg dh upload sudh..
Oh mamat ni...dulu bukan pernah try masuk oiam ke? Dah lebih sedekad dah Cuba nasib, masih sendu. Kesian sheols...
Ada lagi sorang bff sheols yg ala ala gayah tu....tapi senyap jah skrg...anak didik kak hazami