Hi chuols sis kembali lg. dgn review siri-siri menarik kt netflix yg sis suke layan
12. The Last Kingdom (Sea1 = 8, Sea2 = 8 eps, Sea3=10eps)
The Last Kingdom ni mengisahkan perjalanan kisah seorang Saxon Warrior yg dikenali sbg Dane Killer, iaitu Uthred Ragnarson of Bebbanburg. waktu itu, England pun tak wujud lg, dan kt England cuma wujud negeri-negeri kecil dgn pemerintah masing. waktu tu org England dikenali sbg Saxon yg beragama Kristian, dan selalu menerima ancaman dr org Denmark atau dipggl Dane yg kejenye memuja tuhan-tuhan pagan. Uthred ni asalnye org Saxon, setelah rumahnye di Bebbanburg di tawan oleh org Dane semasa beliau berumur 12thn, die diamek sebagai anak angkat oleh keluarga Dane tersebut iaitu Ragnar. jadi bermulalah perjalanan hidup heols sbg org Saxon yg berjiwa Dane
Season 1, pada malam perkahwinan Thyra, adik angkat Uthred, keluarga Uthred telah diserang dan dibakar oleh musuh lama diorg, org Dane jugak iaitu Kjartan dan anaknye Sven. Uthred sempat melarikan diri, dan Kjartan buat fitnah yg org yg bertanggungjawab melakukan serangan tersebut adalah Uthred. Uthred yg masa tu sebatang kara, akhirnya melarikan diri ke Wessex bersama kekasihnye Brida. Di sana dia bertemu dgn Father Beocca, Father Beocca ni adalah paderi keluarga die ms die kecik2 dulu. dia diperkenalkan dgn King Alfred dan sejak itu Uthred jadi pahlawan kpd Alfred.
Sea2, Uthred berusaha nk carik dan selamatkan Thyra, adik perempuan angkat heols yg rupe2nye belum mati lg dan dijadikan tawanan Kjartan dan Sven. pd ms yg sama juga, Uthred kene selamatkan King Guthbred, iaitu hamba abdi yg dipercayai dilantik oleh Tuhan sbg raja. malangnye King Guthbred ni rasa tergugat dgn Uthred, lalu die pun jual la Uthred ni jadi hamba pulak. jadi berjayakah Uthred
Sea3, King Alfred diambang kematian. anaknye Edward, terlalu muda utk jadi pengganti beliau. Puak Dane bila dpt tau yg Alfred dh nak mati, mula bergabung dan bersedia nk serang Wessex. kirenye kalau Wessex dpt ditawan, seluruh England akan jadi milik Dane. tp malangnye Uthred dicop sebagai pengkhianat kerana beliau enggan nk ikut permintaan Alfred utk jadi org kanan Edward. Uthred pun tersepit antara 2 dunia, darah Saxon beliau atau jiwa Dane die.
citer ni underrated. for me, citer ni mmg best. kalau korg suke Games of Thrones, mesti korg suke citer ni. and for me, this is way better than GoT sbb GoT tu ko kene tunggu bertahun, pastu ada elemen magik. tp citer ni berlatarbelakangkan sejarah sebelum England wujud lg. sis tertarik ngan Uthred ni, dia adalah seorang yg sangat berpegang pada janji, dan walaupun die dibenci oleh org Saxon sbb enggan menganut Kristian, tp heols tak kisah dan tetap berpegang dgn prinsip hidup heols. dan hubungan hate-love relationship antara Uthred dan Raja Alfred pun menarik jugak
Citer ni citer spy sbnrnye. Citer ni mengisahkan tentang seorang veteran perang, Jonathan Pine yg bekerja sbg pengurus hotel shift malam di Cairo. Suatu malam, die telah membantu tetamu hotel dia, iaitu Sophie Alekan, yg merupakan pompuan simpanan Freddie Hamid, org kaya Mesir. rupe2nye Freddie Hamid ni beli senjata banyak2 yg cukup utk memulakan sebuah peperangan. Jonathan akhirnye jatuh cinta dgn Sophie, tp Sophie akhirnya mati dibunuh oleh Freddie Hamid. dlm masa tu, Sophie sempat citer kt Jonathan tentang orang kaya Richard Roper, yg berselindung di sebalik kekayaan beliau tp rupe2nye Richard Roper ni penjual senjata pd pengganas dunia. Jonathan Pine pun menyimpan dendam pd Richard Roper n Freddie Hamid, dan merelakan dirinye direkrut oleh British Intelligent iaitu Angela Burr utk menyelinap masuk dlm organisasi Richard Roper dan mendedahkan sindiket jenayah diorg
citer ni dpt banyak award termasuk performance terbaik oleh abg Tom Hiddleston . beliau berjaya membawa watak utama seorang yg charming tp dlm ms yg sama mysterious. tp citer ni slow skit, jd pd yg harapkan movie spy ala-ala mission impossible tu sila lupakan saje.
warning, ada nudity dlm citer ni. tp abg tom mmg lazat yaamat dlm citer nih. walaupun heols tak muscular badan berketul-ketul, but just nice. #JanganCakapSisTakWarning
Post time 5-1-2019 12:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Update diari utk tahun 2019.
5/1/2019, sabtu.
1. Bangun pkol 5.30 pg. Buat kerja sekolah, masak breakfast.
2. 8.20 pg pergi sekolah. Hari sabtu minggu ni ada gotong royong.
3. 10.30 makan breakfast. Iols buat IF+Atkins. Dah makan breakfast boleh balik sbb kerja part iols dah setel. Gi bandar beli barang dapur dan mendobi baju.
4. Dah setel sume nak balik dan tido. Dah banyak malam tido tak lena. Hujung minggu ni nak qada' tido yg tak cukup.
Post time 18-1-2019 08:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mengikut range ifan, I dah dikira andartu Junior tahun ni.
Hari2 bekerja shift starts in the afternoon. Kerja dengan org oversea gitu lah.
Pagi - lepas subuh, do laundry, thaw bahan mentah for lunch and sambung tido. At 10.30 bangun, iron tudung and masak. After that baru lah siap nak gi kerja.
Tengah hari - kita baru masuk ofis. Ikut lah kadang2 lepas zohor baru bertolak. Kdg2 zohor kat ofis. Time kerja I nerd. Phone pun tak tgk.
Midnight - shift ends. Lepas bersih kan diri baru tidur.
Kalau morning shift, sebelum subuh dah kena gi ofis. Tengah hari dah sampai rumah. Sbb working shift ni, I susah nak jumpa orang. I will be too tired to meet people.
lama hakak tak update... busy sgt laif setahun dua ni
akak nk share, satu kejadian 2 hari lps..
otw balik kl, akak naik ets lps hentian Ipoh, tetiba ada cina pompuan berlari ke pintu sambil jerit, "bukak pintu, nk turun!!!!"
akak musykil dgn minah tu, apa jadahnya nk bukak pintu, kat mana dia nk terjun turun? dah lepas hentian.. almost 10 mins dia ketuk pintu sambil keriau situ...
kebodohan apakah minah ni? agaknya dia meroyan mcm tu gak ker kalo dlm flight?
manusia ni mcm2...
last week i baru balik dr phuket. actually, i cover 2 tempat, krabi and phuket. weols pegi 5 hari 4 malam. itinerary mcm ni je
day 1 - sampai phuket international airport pkl 10.30 mlm. bermalam kt phuket
day 2 - amek van sapu pegi ao nang beach, krabi
day 3 - island hopping. i amek pakej 7 islands je, tp tak pegi pun island yg famous mcm phi phi island and james bond island. tp still wow cantik kot pulau-pulau kt sini
day 4 - pegi naik bas gi patong beach pulak. yg ni weols just jalan-jalan je kt patong beach, pegi bangla road
day 5 - balik malaysia
weols gi sini mmg backpackers habeh la. krabi ke phuket tu kalau naik kereta makan masa 3 jam so bygkan la kalau naik public transport. tp so far alhamdulillah kami selamat jugak takde la kejadian kene rompak ke ape ke. cuma sis nak rant skit psl pengalaman sis kt sana
so day 3 kan kitorg gi island hoping tu. amekla pakej yg memerlukan kitorg naik feri besar. sbb ms weols pegi ni bukan musim cuti, so memang kureng la org malaysia, tp mat salleh especially russian mmg ramai giler. weols gi ber4 all girls, so sah sahla atas feri tu kitorg ber4 je yg pakai tudung, siap handsock lg. tp i tak sangka plak, dlm i bertudung bawal litup mcm ni, pakcik feri org thailand tu bleh plak main-main grab lengan i. bkn sekali, 2 kali plak tu. kali pertama tu memang i tepis tangan die. tp rupenye die repeat lg. kawan-kawan i pun nampak.
mmg i rasa kecewa la ngan org thailand ni. tp bknla majority. i tau tak semua org thailand mcm tu. tp fikirla, aku islam kot, terang-terang dah islam, nk pegang2 tu apehal. even the Caucasians and org yg sah sah bkn islam pun diorg reti nk hormat kitorg. i teringat kawan i ckp, ape yg pakcik thailand tu buat dah dicop sexual harassment. cer die buat kt org putih tetiba nak pegang orang, mampus kene tumbuk kot. and so far i pegi melancong oversea pun, ni la first time org buat mcm ni kt i. nasib baik i tak trauma
so girls i rasa kalau uols nk bercuti kt thailand tu, bkn i tak galakkan. tp better be careful la. i sikit nyesal tak tumbuk muka pakcik tu