CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1200|Reply: 3

Peniaga Trauma Kebakaran Pasar Seremban Berulang Selepas 30 Tahun

[Copy link]
Post time 10-9-2017 09:03 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi kebakaran yang memusnahkan 358 premis perniagaan di Pasar Besar Seremban sekitar jam 7.30 petang semalam bukan sahaja mengejutkan ramai pihak, malah ia turut membuatkan para peniaga berhadapan trauma.


Astro Awani melaporkan situasi yang sama pernah melanda para peniaga ini kira-kira 30 tahun yang lalu.

“Semua barang habis terbakar. Kedai ini berusia dekat 25 hingga 30 tahun. Semua barang habis, satu barang pun tidak boleh angkat, perkara yang sama (30 tahun dahulu) berulang,” ujar seorang peniaga, A. Merimena, 57.


Katanya, ibarat masih segar di ingatan, tragedi 30 tahun lalu dahulu yang memusnahkan segala barangan jualan di dalam kedainya itu kembali menghantui keluarganya.


Kerugian yang dialami juga bukan calang-calang. Seorang peniaga kain, Mohd Isa Osman berkata kerugian yang diamali mencecah RM30,000 serang.

“Lagipun baru masuk barang, ramai akan sambut Deepavali tak lama lagi dengan harapan hendak berniaga Deepavali. Rugi lebih RM20 ribu, dalam RM30 ribu,” katanya.


Dalam kejadian sekitar 7.30 malam tadi, Pasar Besar Seremban yang mempunyai dua tingkat dilaporkan terbakar lebih 80 peratus.


Punca kebakaran kini dalam siasatan, manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - CARI


Foto: Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2017 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahuakbar..moga dipermudahkan urusan mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2017 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tingkat bawah tempat jual ikan sayur daging ayam tu tak terlibat kot...
Patut bina pasar basah baru pun...
Dah lama sangat pasar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 07:55 AM | Show all posts
sian depa..tp pasar ni memang da lama pun..tukar lokasi lain la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056578 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list