CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2034|Reply: 6

Risiko Melancong Tanpa Insurans Perjalanan

[Copy link]
Post time 11-9-2017 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by easicircle at 11-9-2017 03:13 PM

Masih ramai rakyat Malaysia kurang kesedaran tentang kepentingan insurans. Rata-rata mereka yang pergi melancong ke luar negara tidak melengkapkan diri dengan perlindungan insurans. Menurut laporan Berita Harian, hanya 34.6 peratus rakyat Malaysia membeli insurans perjalanan ketika ke luar negara dan lokasi mencabar.   

Ternyata hal ini menggambarkan bahawa kesedaran pengambilan insurans yang rendah di negara ini. Musibah boleh berlaku pada bila-bila masa. Mungkin sebelum perjalanan anda dalam keadaan sihat, namun bagaimana sesudah sampai keluar negara anda ditakdirkan jatuh sakit atau berlaku kemalangan?

Adakah anda pernah terfikir dan sudah bersedia berdepan dengan keadaan tak dijangka? Adakah sumber kewangan anda sudah mencukupi? Jika hal ini berlaku ternyata ia akan memberi kesan kepada percutian anda. Semestinya anda perlu tinggal lebih lama di sana, di mana anda perlu mengeluarkan kos untuk tempat tinggal, makan dan sebagainya tentu memerlukan sumber kewangan yang mencukupi.

Halini, juga dibuktikan apabila menurut laporan berita melaporkan kejadian rakyat Malaysia yang tidak lindungi oleh insurans perjalanan terkandas di luar negara kerana terlantar akibat sakit kronik. Mereka mengalami kesukaran untuk pulang akibat kekurangan sumber kewangan serta tidak mampu menanggung kos perubatan mencecah ratusan ribu ringgit sehingga terpaksa meminta bantuan orang ramai.

Beban yang ditanggung mungkin akan berkurangan sekiranya setiap individu yang ingin ke luar negara melindungi diri sewajarnya dengan insurans perjalanan. Sekurang-kurangnya, pihak insurans dapat membantu menanggung kos rawatan.

Pembelian insurans perjalanan juga disokong oleh kerajaan, di mana baru-baru ini Kementerian Pengakutan telah mengeluarkan kenyataan sedia mengkaji keperluan penumpang pesawat dari kalangan rakyat Malaysia yang mahu ke luar negara mengambil insurans perjalanan menerusi syarikat penerbangan.

Setiap individu seharusnya sudah perlu tahu kepentingan melengkapkan diri dengan insurans perjalanan. Jangan terlalu berkira  untuk melindungi diri pada waktu tak terjangka. Apa yang lebih penting risiko yang mungkin berlaku dengan melihat kepada situasi yang tak dijangka iaitu disaat apabila secara tiba-tiba berlakunya musibah. Seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku salah seorang yg x pernah beli travel insurans. Cuma bulan lepas ke nepal, tergerak hati utk beli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2017 02:22 PM | Show all posts
drivethru replied at 11-9-2017 12:11 PM
Aku salah seorang yg x pernah beli travel insurans. Cuma bulan lepas ke nepal, tergerak hati utk bel ...

Macam mana boleh tergerak hati nak beli? Sebab nepal negara berisiko ke?

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
easicircle replied at 11-9-2017 02:22 PM
Macam mana boleh tergerak hati nak beli? Sebab nepal negara berisiko ke?

1. Mase pegi bln ogos aritu, nepal tgh hujan lebat dan banjir. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Salah satu nyer tanah runtuh n flight delay.

2. Naik bas dari kathmandu ke pokhara. Jalan sangat menakutkan. Jalan tepi lereng bukit dan ade sungai besar.

3. Takut terjadi lagi gempa bumi.

4. Mase bulan ogos, malindo byk cancel flight sbb masalah teknikal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2017 09:42 AM | Show all posts
drivethru replied at 11-9-2017 04:31 PM
1. Mase pegi bln ogos aritu, nepal tgh hujan lebat dan banjir. Banyak kemungkinan boleh berlaku. S ...

Thanks for the sharing.

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:07 PM | Show all posts
Setiap kali nak melancong, saya akan pastikan ada travel insurans. Biasanya, saya beli online. Kalau nak harap personal insurans, hanya cover medical expenses sahaja itupun, reimbursement. Kena ada pulak kat overseas within 90 days.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-9-2017 02:16 PM | Show all posts
mbk replied at 13-9-2017 12:07 PM
Setiap kali nak melancong, saya akan pastikan ada travel insurans. Biasanya, saya beli online. Kalau ...

Betul dan setuju. Tapi yang menjadi masalah apabila kesedaran tiada agak sukar untuk meyakinkan individu pentingnya perlindungan insurans.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.061448 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list