CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 70084|Reply: 159

Masih Ingat Permaisuri Aishah? Lihat Penampilan Terkini Tuanku Setelah Beberapa

  [Copy link]
Post time 11-9-2017 12:59 PM | Show all posts |Read mode





Masih ingatkan dengan Permaisuri Agong ke-11 Malaysia ini? Permaisuri Datuk Amar Hajah Siti Aishah Binti Datuk Seri Abdul Rahman adalah satu nama yang tidak asing lagi di era pemerintahan Yang Dipertuan Agong ke-11.
Permaisuri Siti Aishah ialah wanita termuda pernah diangkat sebagai Permaisuri Agong iaitu pada usia 28 tahun pada 26 April 1999.

Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 2001 itu turut memecah tradisi sebagai Permaisuri Agong pertama membawa imej bertudung.

Sebelum ini baginda menjadi penghias muka depan bagi majalah Wanita Edisi Julai 2013 dan Majalah Nona Edisi  Khas Aidilfitri Ogos 2013.


Di bawah ini adalah beberapa keping gambar penampilan dan kemunculan terbaru Mantan Raja Permaisuri Agong, Yang Amat Mulia Permaisuri Datuk Amar Hajah Siti Aishah Binti Abdul Rahman pada 26 Mei 2016.

Baginda yang berangkat untuk merasmikan Projek Telekung Siti Aishah yang baginda bertindak sebagai penaung. Permaisuri Siti Aishah yang kini berusia 45 tahun kelihatan ceria dan bersemangat dalam menjalankan aktiviti kebajikan.



Selepas 15 tahun, Permaisuri Aishah Jadi Pemandu?
KUALA LUMPUR: Setelah 15 tahun berlalu, kini Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman selesa ‘menyamar’ di kalangan rakyat jelata. Walaupun pernah bergelar Raja Permaisuri Siti Aishah Abdul Rahman suatu ketika dulu, kini beliau selesa dengan kehidupan sekarang.

Lapor Bernama, wanita itu kini betah menjalani kehidupan sebagai seorang wanita ‘single’ yang berdikari, jauh daripada teduhan payung kuning dan kawalan pagar istana.



Permaisuri Siti Aishah, 45 tidak segan memberitahu wartawan beliau memandu kereta sendiri ke majlis perasmian Projek Wakaf Telekung Siti Aishah di sebuah hotel di sini pada 26 Mei yang lalu.

“Hari ini saya datang sini saya ‘drive’ sendiri. Saya jadi ‘driver’ pula kepada ibu saya,” katanya.

Terdahulu, Permaisuri Siti Aishah ialah wanita termuda pernah diangkat sebagai Permaisuri Agong iaitu pada usia 28 tahun pada 26 April 1999.

Permaisuri kepada Almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mangkat pada 2001 itu juga memecah tradisi sebagai Permaisuri Agong pertama yang membawa imej bertudung .


Mengimbas kembali kenangan bersama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, khusunya pada bulan puasa, Permaisuri Siti Aishah menceritkan biasanya beliau dan almarhum akan berada di istana di Morib.

Pasangan diraja itu mengimarahkan Ramadhan dengan solat terawih di masjid berlainan di sekitar Morib pada setiap malam, sebagai satu cara untuk berjumpa dan bermesra dengan rakyat.

“Dan Almarhum juga akan buat rumah terbuka di Morib semasa hari raya. Baginda suka di situ kerana ada zoo mini.
“Kami selalu pergi melihat haiwan yang almarhum pelihara seperti rusa, kura-kura, burung Flamingo, kangaroo, kambing dan banyak lagi,” katanya.
“Yang paling saya rindu adalah sikap baginda yang suka menyakat orang,” tambahnya lagi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2017 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih cantik
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
iols ingt lg masa agong meninggal tengok kat tv, sedih iols masa tu pdhal msh kecik lg. .haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih simpan lagi majalah Nona,
Kluaran wajah sampul  bekas Permaisuri Siti Aishah nie...
Masih cantik
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia memang sangat cantik....

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 01:52 PM | Show all posts
kalau dia kurus sikit, lagi lawa.

apepun muke dia mmg manis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2017 01:58 PM | Show all posts
cantik pulak skrg ni...masa zaman uncle seekers tu nmpk kepam dan x terurus
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 02:06 PM | Show all posts
nampak lebih elok lak dari dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2017 02:12 PM | Show all posts
cantiknya dia. tp mesti sunyi kan walaupon duit byk
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 03:15 PM | Show all posts
still sweet macam dulu.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin cantik
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 03:18 PM | Show all posts
pernah salam masa dia masih Permaisuri Agong...tangan dia lembut sangat....wangiii aje....sangat peramah dan suka senyum...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 03:47 PM | Show all posts
mmg cantik dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 03:51 PM | Show all posts
sweet and nampak baik dia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 03:51 PM | Show all posts
manis je dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:03 PM | Show all posts
hubungan dia dgn uncle seeker tu mcm mane skrg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2017 04:13 PM | Show all posts
kalau bapak dia dh tak ada mesti dia dh kawin lagi tp sebabkan bapak dia tak mahu hilang elaun bulanan terpaksalah dia membirah.. kesian.. kaya tp sunyi
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:19 PM | Show all posts
dia tadek anak ek?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:24 PM | Show all posts
makin cantik dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:31 PM | Show all posts
sebab dia la permaisuri first yg pakai tudung, buat ai rasa ok je time kawen pakai tudung...masa tu dak2 laki x caye ai ckp kalau kawen nak pakai tudung...hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.066400 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list