CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2153|Reply: 29

Kami yakin dapat rampas Kedah - PAS

  [Copy link]
Post time 11-9-2017 03:34 PM | Show all posts |Read mode
Pemuda PAS yakin Kedah dapat ditawan 10 Sep 2017, 11:17 tengahari      10 Sep 2017, 11:20 tengahari





Pemuda PAS yakin parti itu dapat menawan Kedah pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 seperti dilakukan mereka pada 2008 lalu.
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata keyakinan itu dibuat berdasarkan kepada "semangat dan roh" anggota parti itu yang membara di Kedah.
Katanya, PAS sudah bertapak kukuh di negeri itu dan teruji dengan pelbagai sejarah serta pengalaman.
"Peristiwa Memali, Lubuk Merbau dan rampasan tanah Muassasah Darul Ulum serta tokoh-tokoh pernah dilahirkannya, mengenalkan semangat dan roh (PAS) yang membara di negeri ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.
Kata anak Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu Pemuda PAS Kedah sedang cukup bersedia menempuh cabaran PRU ke-14 di semua 36 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dan 15 parlimen seluruh negeri ini dengan jentera yang cukup baik.
"Malah, mereka bersedia untuk menurunkan BN yang sarat dengan bebanan dan masalah untuk tidak terus diteraju kuasa.
"Bahkan, kemampuan Pemuda PAS Kedah tentunya mengatasi Pakatan Harapan yang masih tidak sepakat dan celaru, serta rela ditentu nasib oleh DAP," katanya.
Tiga insiden penting
Untuk rekod insiden Memali berlaku pada 1985 membabitkan pertempuran antara penduduk kampung dengan pasukan keselamatan negara dan berakhir dengan kematian 18 orang, termasuk empat anggota polis.
Penduduk kampung yang terbunuh itu adalah penyokong PAS. PAS menuntut Tun Dr Mahathir - yang menjadi perdana menteri ketika itu - meminta maaf kepada waris mangsa dan menggesa kerajaan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenainya.
Peristiwa Lubuk Merbau pula berlaku menjelang pilihan raya kecil Padang Terang - juga pada 1985.
Beberapa anggota PAS cedera dipukul semasa memasang poster dan bendera parti dan seorang daripadanya meninggal dunia.
Datuk Seri Najib Razak ialah ketua pemuda Umno ketika itu.



Muassasah Darul Ulum pula ialah sekolah agama yang diasaskan Allahyarham Datuk Fadzil Noor di Pokok Sena, Kedah.
Tanah untuk pembangunan pusat pendidikan itu dirampas kerajaan Kedah secara rasmi pada Julai 1987 walaupun ditentang dan dikritik hebat sebahagian daripada penduduk negeri itu.
Bagaimanapun selepas pelbagai rundingan diadakan tanah yang dirampas itu akhirnya dikembalikan kira-kira dua tahun kemudian.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2017 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
takziah org kedah utk berita hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahhahhaha...rasain la rakyat jelata kedah...elok elok ja masa anak daddy pegang MB...aman aman dpt mcm mcm..tetiba ko kick dia....
Dpt lak MB nyanyok kaki tido.....

Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 03:51 PM | Show all posts
org kedah dah bg peluang kat PAS tp PAS blew it...tetiba kata yakin org Kedah nak PAS balik sbb kes Memali?..anak dgn bapak sama2 syok sendiri


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 03:58 PM | Show all posts
tgh tunggu pasal sultan kedah ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 03:59 PM | Show all posts
keyakinan itu dibuat berdasarkan kepada "semangat dan roh" anggota parti itu yang membara di Kedah.


"semangat dan roh" tu menatang hape?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2017 04:02 PM | Show all posts
hawaq replied at 11-9-2017 03:58 PM
tgh tunggu pasal sultan kedah ni

menurut mmber aku, pukui 5 ptg stgi bashah buat sidang media berkaitan .
so news akan kuar lps kui 5 stgi la kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:03 PM | Show all posts
kalo perang Iraq ada comical ali, PRU 14 kita ada hadi & sons





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2017 04:03 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 11-9-2017 04:02 PM
menurut mmber aku, pukui 5 ptg stgi bashah buat sidang media berkaitan .
so news akan kuar lps ku ...

yup confirm meninggal kat istana anak bukit
al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:04 PM | Show all posts
Betul ke Sultan Kedah meninggal dunia........????
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 11-9-2017 03:59 PM
"semangat dan roh" tu menatang hape?

Ishh jgn la gitu ... itu je la modal lobai, nak cakap pasal sumbangan ekonomi x boleh, nak bising di parlimen pun segan. Tinggal roh dan semangat je la
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam berita tv tak dak pun...tp kt wassap dh bertebaranttg sultan kedah ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:06 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 11-9-2017 04:04 PM
Betul ke Sultan Kedah meninggal dunia........????

katanya betoi...tgu black and white
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:06 PM | Show all posts
eh jap off topic jap...betulke mantan Agung ( sultan Kedah) mangkat kul 2++ tadi
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa takde news lagi pasal kemangkatan sultan kedah? betul tak betul ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:10 PM | Show all posts
berdebar tunggu berita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2017 04:35 PM | Show all posts
confirm kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:39 PM | Show all posts
aku harap kedah dapat kat PH pru ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 04:45 PM | Show all posts
confirm PAS rampas Kedah?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Piiiiigidah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.092127 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list