Baru-baru ini Shuib Sepahtu telah mengadakan sebuah majlis bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang ke 33 tahun.
Namun dia mengakui langsung tidak menyediakan sebarang hadiah untuk isterinya pada tahun ini.
Foto: IG Siti Sarah
"Sejujurnya, saya tidak menyediakan apa-apa hadiah istimewa bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Sarah pada tahun ini. Saya merupakan individu yang tidak menunggu sambutan hari istimewa untuk memberi hadiah.
"Jika hati saya terdetik untuk memberi hadiah, saya akan terus merancang perkara itu dan memberikannya kepada Sarah sebagai kejutan. Untuk tahun ini, cukuplah saya hadiahkan kepadanya kasih sayang yang tidak berbelah bahagi," jelasnya kepada Astro Gempak.
Foto: IG Siti Sarah
Sebelum ini Shuib pernah dijadikan idola dan suami contoh kerana menghadiahkan sebuah kondominium mewah kepada Sarah pada tahun 2015.
Dia juga menghadiahkan cincin berlian sempena sambutan ulang tahun perkahwinan yang keenam.
Sementara itu, Sarah berkata yang dia bersyukur dan terharu dengan majlis kejutan yang diadakan oleh suami dan kelab peminatnya, Hearty Sarah.
Foto: IG Siti Sarah
"Alhamdulillah, saya rasa sangat terharu dengan sambutan ini. Saya bersyukur kerana mempunyai peminat yang tidak jemu menyokong kerjaya seni saya sepanjang penglibatan dalam dunia nyanyian.
"Secara jujur, saya sendiri rasakan umur saya tidak berganjak semenjak berusia 26 tahun."
Tak kisahlah ada hadiah atau tidak, yang penting bahagia. Tak begitu? -CARI
xpe laa sarah.asal laki sayang sudah.
ada je laki yg time besday x bg hadiah.tp dia belikan barang2 (perfume,beg,brg kemas) x kira masa.tau2 je dia belikan.eh hadiah jugak laa kan.