Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
12Next
Return to list New
1121
View
34
Reply

Sejarah Kerajaan Melayu Kedah Tua

[Copy link]

Author: MissNigga       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-9-2017 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Masa zaman Sultan Muhammad Jiwa II

Kredit gmbr: Kitab Sejarah Malaya



Phuket = Jong salang
Satun = Setul
Songkhla = Singgora

Koh Lipe = Pulau Leper
Koh Lidi = Pulau Lidi
Trang = Terang
Krabi = Ghraibi
Patthalung = Bendalung
Narathiwat = Menara
Yala = Jala
Ranong = Rundung


Atas sekali Tanah Sari/Tennaserim/Tanao Si terletak di selatan Myanmar...

Masih ada bangsa melayu di Myanmar... depa cakap dlm loghat kedah lagi.Nama kg pun masih dlm bhs melayu. Melayu Myanmar skrg byk pindah ke Langkawi. Bukit malut tu tempat depa...



Ibnu Hasyim CATATAN PERJALANAN

BARU-BARU ini keluar berita mengenai ramai pendatang-pendatang Myanmar tanpa izin mati di dalam kontena telah dijumpai oleh pihak berkuasa Thailand, di kawasan Ranong dalam negara Thai. Ranong adalah sebuah bandar pelabuhan bersempadan dengan Thai-Selatan Myanmar

Hal ini mengingatkan saya kepada pengalaman melintasi sempadan melalui laut dari Ranong ke Victoria Island sebuah pulau, di hujung bawah selatan dalam negeri Myanmar. Saya juga pergi-balik ke situ Thai-Myanmar dengan tanpa izin, iaitu tidak menggunakan pasport atau istilahnya secara haram. Tongkang kecil yang saya tumpangi sarat muatan kira-kira 30 penumpang melayari laut biru yang tenang masa itu.

Sahabat saya orang tempatan menasihatkan supaya membuka cermin mata yang saya pakai, biar nampak macam orang tempatan yang biasanya nelayan-nelayan tidak pakai cermin mata, bila melalui pusat kawalan sempadan di pertengahan jalan. Hal ini dilakukan supaya saya tidak ditahan imigresen kerana tidak tunjukkan pasport, menunjukkan betapa mudahnya menyeberang sempadan laut dari Myanmar.

Tongkang kami terus membelah lautan kecil itu hingga ke distinasinya. Dari jauh nampak kesibukan penghuni-penghuni pulau kecil itu. Ramai orang Islam di situ. Menarik, bila sampai, saya lihat pekerja-pekerja kontek yang lelakinya mengangkat batu-bata cuma pakai kain pelikat, disenteng ke paras lutut sahaja.



Mereka lihat saya sebagai orang luar beragama Islam dengan begitu mesra. As-salamu alaikum? Sapa saya.

Waalaikumus salam warahmatullah! Jawab salah seorang dari mereka.

Saya pergi solat sunat ke sebuah masjid di situ. Keluar dari masjid, tiba-tiba seseorang memberi salam dan bertanya saya dari mana

Dari selatan Thai. Jawab saya.

Heiyy.. Hang habak betui-betui, Aku tengok cara hang pun aku tau.. hang dari Malaysia. Jawabnya dalam bahasa loghat utara. Kami bersalaman. Jangan takut.. Di sini aman. Tak dak kacau-kacau. Jom kita jalan sama-sama.

Begitulah, sesudah kami berjalan-jalan sekitar pekan itu, dia perkenalkan ramai kawan-kawannya, yang semuanya berbahasa Melayu loghat Kedah. Saya seolah-olah berada di negara sendiri, bukan di Myanmar lagi. Saya melawat beberapa kedai yang berderetan. Ada sebuah kedai berisi biji gajus, juga disebut janggus, yang penuh di dalamnya. Mungkin dari situlah dieksport ke Thailand. Banyak juga kedai yang menjual batu-batu permata dari Myanmar.

Begitu juga gelas-gelas dan barangan kaca mungkin buatan China. Ada peti besi bertulis Made in Malaysia macam yang pernah digunakan oleh nenek saya di kampung Pulau Pinang dulu. Sakarang dah tak ada lagi. Ada minyak atar atau minyak wangi cap ular, juga sekarang sudah tak nampak lagi digunakan di Malaysia, kerana dulunya memang termasyhor. Ada minyak panas berjenama terkenal di Malaysia dulunya, iaitu Tiger Balm.

Di situ sempat pula seorang wanita muda jelita bertudung kepala, mungkin anak taukeh kedai itu bertanya saya, Encik dari Malaysia? Boleh tolong dapatkan maklumat bagaimana saya nak masuk ke Unversiti Islam Antarabangsa (UIA) di negara encik? Begitu, anggapan dan harapan mereka terhadap perkembangan Islam di negara kita. Lepas itu dalam perjalanan pulang, saya singgah di sebuah pulau bernama Pinggai, erti bahasa Melayunya Tempayan Pecah. Pulau tersebut walaupun bersempadan dengan Myanmar tetapi masih dalam negara Thai.



As-salamu alaikum? Selamat datang ke Pulau Ping Gai! Kata pengulu pulau itu, semasa saya sampai di jeti pelabuhan dan berkenalan dengannya.

Ahli keluarganya yang bernama Tok Adam mula-mula meneroka pulau itu kira-kira ratusan tahun lalu. Adam berasal dari negeri Kedah, Semenanjung Tanah Melayu. Tu pasai kami di sini semua cakap bahasa Kedah. Semua penduduk di sini beragama Islam. Takdak sekoq pun kapiaq Siam dok di sini. Macam tu jugak di Pulau Tongtong di sempadan balik sana.. di Myanmar. Semuanya Islam, cakap Kedah belaka. Depa pun kawan-kawan kita jugak. Katanya lagi.

Al-hamdulillah!

Jom ke rumah saya. Kita makan-makan. Lepas tu, kalau nak jalan-jalan melawat pulau ni boleh la. Hujung sana ada sebuah masjid, sekolah taman bimbingan Islam, cikgunya mai dari Pattani dan ada juga sebuah pusat kesihatan kecik kerajaan

Dari jeti saya diiring ke rumahnya. Di perjalanan anak mereka sedang mandi-manda di air laut yang sedang pasang. Berbogel.. dan terjun, menyelam, berkejar-kejaran. Ikan-ikan kecil berlarian di air yang bagaikan cermin jernihnya. Se sampai di rumahnya, isterinya terus masak nasi tengahari dengan ikan besar yang baru di tangkap dari laut sebagai lauk. Bila dimakan jelas terasa lemak manis dan sedapnya. Al-hamdulillah! Allah pertemukan saya dengan mereka yang se agama di sini, tidak disangka-sangka! Kotak fikir bergolak.

Kalau nak jalan-jalan di pulau ni, silakan! Nak tidur dan bermalam di sini pun takpa, rumah saya sentiasa terbukak!! Katanya ikhlas mempelawa saya. Saya sempat melawat sekitar pulau itu dan akhir singgah solat di masjid.

Maaf. Saya memang suka tidur di sini, tetapi saya sudah berjanji dengan seseorang untuk tidur di rumahnya di bandar Ranong malam ini. Saya jelaskan.

Oh, kalau lagu tu takpa. Takpa nu. Kalau ada umuq lain kali kita jumpak lagi, insya Allah!!

Masih terngiang-nyiang di telinga saya, pesanan akhir darinya sewaktu menghantar saya di pelabuhan. Katanya, Bila hang sampai di Malaysia jumpak orang Kedah, kalau ada kesempatan kirim salam kat depa nu, kata kat dia Nun jauh hampiaq ribu-ribu batu dari negeri hampa di ujung selatan Burma sana, ada sekumpulan manusia yang sama keturunan dengan hampa sama-sama Kedah, sama-sama cakap Kedah sedang teringat dan rindu kat hampa. Mai la ziarah kami, bila-bila masa saja, kami sentiasa tunggu dengan gembira! Mai la!!

Hal ini berlaku kira-kira 10 tahun yang lalu. Bersambung.. Insya Allah.




Rumah orang Islam di Pulau Tuntung berhampiran Pulau Pinggai

Catatan Perjalanan  ibnuhasyim.
e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
15-04-08KL.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 10:27 PM | Show all posts
ade rekod melayu kuno tak kat sane untukmembuktikan kesahihan nye ???
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 10:45 PM | Show all posts
Negara Sri Dharmaraja tu sekarang bergelar Nakhorn Sri Thammarat

ditengah2 ibu kota wilayah tu ada masjid macam masjid india. Ada juga satu ancient temple gedabak punya besar.

kawan muslim aku orang situ muka mamak

Surin Pitsuwan is one famous native from that area

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 04:32 AM From the mobile phone | Show all posts
perkongsian yg menarik missnigga
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 05:02 AM | Show all posts

Kalau Kedah Tua masih wujud ... maka nya Phuket, Krabi, Koh Lipe menjadi sebahagian drpd Kedah dan Malaysia .. termasuk juga Penang   ... interesting ..

Namun apakan daya yang tinggal kini hanya Langkawi dan juga tanah rata dan bendang saja untuk Kedah ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by trakea at 19-9-2017 10:51 AM

Cerita lapok tahun 2008 dulu. Seperkara lagi, kedah kuno hanya merangkumi wilayah dari satun di thailand hingga ke seberang perai & pulau pinang saja.
Penghijrahan orang kedah ke kepulauan Mergui hanya berlaku ketika perang musuh bisik dulu. Majoriti penduduk langkawi termasuk Datuk Pekema Jaya dan isterinya Wan Mahura melarikan diri ke Kerian, Perak. Bakinya menuju ke Timian, Sumatera dan kepualauan Mergui. Dokumen pihak syarikat Hindia Timur Inggeris melabelkan kegiatan Datuk perkema Jaya menyerang kepentingan siam dari markasnya di Kerian sebagai "melanun"
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
SiBOntot replied at 13-9-2017 05:02 AM
Kalau Kedah Tua masih wujud ... maka nya Phuket, Krabi, Koh Lipe menjadi sebahagian drpd Kedah dan ...

Kulim High Tech Park adalah satu satunya tempat di ranatau ini yang menempatkan loji fabrikasi power semiconductor serta satu satunya di malaysia yang ada loji fabrikasi LED. Mahal mahal plak tuh.Osram punya 1billion euro. Infineon punya lebih satu billion euro. Ada pulak pengumuman oleh Sime Darby mereka akan bina kilang enjin untuk kereta BMW di sana
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 06:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Wilayah teras kedah tak pernah besar mana. Tapi empayar Zabag mereka ....fuhhh...sikit punya luas. Dari timur afrika hingga australia . Selatan india, timur india, sebahagian besar pakistan, tenggara iran,ceylon, selatan vietnam, seluruh filipina..... Di asia barat mereka menggunakan identiti lain iaitu Waqwaq bila berperang dengan orang sana. Sebsb takut barang dari zabag yang dieksport ke sana tak laku diboikot.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 07:21 AM | Show all posts
mcm tanah merah..dah jadi milik cina...skg singapork...

mcm tanah sabah...dah jadi malaysia...dulu dulu kesultanan melayu berunai....

ini semua kerja org putih...perosak tamadun melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 08:21 AM | Show all posts
Simunggu replied at 13-9-2017 07:21 AM
mcm tanah merah..dah jadi milik cina...skg singapork...

mcm tanah sabah...dah jadi malaysia...dul ...

pulau temasek jd singapor pulau batu putih jd milik singapor
kem melayu majidi jd milik singapor
rizab melayu forestcity jd milik china komunis
proton jd milik china komunis
selepas nih mungkin felda/petronas jugak.

ini semua kerja org putih...perosak tamadun melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 08:54 AM | Show all posts
bangcak replied at 13-9-2017 08:21 AM
pulau temasek jd singapor pulau batu putih jd milik singapor
kem melayu majidi jd milik singapor ...


Battersea London jd milik Malaysia

ini semua kerja org melayu...tergadai tanah kota London
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 09:59 AM | Show all posts
wah.................
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 10:10 AM | Show all posts
Satu artikel aku pernah baca menyatakan malaysia cuma mewarisi sebahagian Tanah melayu..sebab Tanah melayu yang sebenar sempadannya sehingga Myanmar...
Selepas perang dunia kedua ada usaha dari keturunan sultan2 melayu dan putera raja melayu yang berjuang dalam Force 136 di Patani, Jala, Menara dll yang berusaha melobi inggeris untuk mengambil wilayah2 ini dari Siam tapi terbantut kerana siam mengadu kepada Amerika..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 10:12 AM | Show all posts
bangcak replied at 13-9-2017 08:21 AM
pulau temasek jd singapor pulau batu putih jd milik singapor
kem melayu majidi jd milik singapor ...

yg aku cerita benda sejarah tu...yg kau melalut kepada proton, etc tu apa hal....itu benda lain pasal ekonomi lah bodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 10:28 AM | Show all posts
rashiman replied at 13-9-2017 08:54 AM
Battersea London jd milik Malaysia

ini semua kerja org melayu...tergadai tanah kota London

Dalam kes batu puteh, malaysia hilang kedaulatan ke atas pulau tersebut. Begitu juga Malaysia turut hilang kedaulatan ke atas Singapura semasa pemerintahan umno.

Di london pengambilalihan hanya dibuat secara komersil. Tidak melibatkan UK kehilangan kedaulatan ke atas wilayahnya.   

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:18 AM | Show all posts
Edited by rashiman at 13-9-2017 11:23 AM
Defcon2 replied at 13-9-2017 10:28 AM
Dalam kes batu puteh, malaysia hilang kedaulatan ke atas pulau tersebut. Begitu juga Malaysia turu ...

Itu masalah zaman penjajahan, penindihan tuntutan, kita jugak ada memenangi kedaulatan kepulauan yg dituntut sama oleh Indonesia.

Mengenai Forest City, Proton dll..itu lebih kpd komesial.....sepertimana jugak Volvo yg diambilalih oleh syarikat China.
Land Rover,Jaguar diambilalih oleh syarikat India.


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:27 AM | Show all posts
gede-bab replied at 13-9-2017 10:10 AM
Satu artikel aku pernah baca menyatakan malaysia cuma mewarisi sebahagian Tanah melayu..sebab Tanah  ...

Jangan lupa kita ahrus merebut kembali Sumatra, Natuna dan Anambas yang dicurik Indon secara licik dan culas ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:29 AM | Show all posts
pembisikmaut replied at 13-9-2017 11:27 AM
Jangan lupa kita ahrus merebut kembali Sumatra, Natuna dan Anambas yang dicurik Indon secara licik ...

gak perlu rampas...natuna, sumatera, riau bakalan masuk Malaysia sukarela...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:31 AM | Show all posts
klu pi krabi tu dah mcm kt malaysia dah. byk melayu situ.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
pembisikmaut replied at 13-9-2017 11:27 AM
Jangan lupa kita ahrus merebut kembali Sumatra, Natuna dan Anambas yang dicurik Indon secara licik ...

Indon harus merebut kembali semenanjung, sabah, sarawak yang dulu kepunyaan majapahit.. tapi kenapa indon belum menyerang
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah baca raja2 ayuthaya tu berugama islam sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:00 PM | Show all posts
rashiman replied at 13-9-2017 11:18 AM
Itu masalah zaman penjajahan, penindihan tuntutan, kita jugak ada memenangi kedaulatan kepulauan y ...

Yang kita tuntut semua hak kita. Bukan kita menuntut hak orang lain.

Kemenangan dengan indonesia tiada isu sebab itu memang hak kita.

Tapi kes pulau batu puteh kita kehilangan hak dan kedaulatan ke atas kawasan tersebut kesan dari kegagalan pasukan yang diwujudkan oleh kerajaan umno/bn.

macam aku kata, pengambilalihan komersil tidak melibatkan kedaulatan wilayah. Tiada isu di situ.   



Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 04:20 PM | Show all posts
trakea replied at 13-9-2017 06:34 AM
Kulim High Tech Park adalah satu satunya tempat di ranatau ini yang menempatkan loji fabrikasi pow ...


Imagine kalau Kulim International Airport betul2 jadi .. bakalan jadi hub untuk northern region, catering south of Kedah and Penang dengan train connection dri airport ke Penang Sentral and SP sentral.
Plus .. tamadun sungai batu dibangunkan dengan skala besar utk produk pelancongan baru negara ..
I smell potential ..  

But then ... lambat lagi kot or mungkin angan2 saja ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 04:52 PM | Show all posts
sebab kisahnya bila yg memimpin tu bodoh mmg tergadailah tanah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.052585s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list