Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
4852
View
309
Reply

[Tempatan] Malaysia Bantu Perkukuh Ekonomi AS - Najib

[Copy link]

Author: pendeta       Show all posts   Read mode

Author
Post time 13-9-2017 11:34 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 14-9-2017 10:10 PM

Malaysia bantu perkukuh ekonomi AS - Najib










Share








WASHINGTON DC: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Khazanah Nasional Bhd merancang meningkatkan pelaburan mereka di Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata selain itu, Malaysia juga menerusi Malaysia Airlines Bhd (MAB) akan membeli lebih banyak pesawat Boeing dari negara itu.

Beliau berkata, langkah itu adalah bagi membantu mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat.

Najib berkata, KWSP sahaja dijangka melabur antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion (AS$1 > RM4.19) di negara itu.

"Saya ingin katakan bahawa kami datang ke sini dengan membawa cadangan nilai yang kukuh untuk dikemukakan.

"Kami mahu membantu anda mengukuhkan ekonomi AS," katanya pada pertemuan delegasi Malaysia dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, di sini, hari ini.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, delegasi Malaysia mempunyai tiga cadangan khusus.

Pertama, katanya, Malaysia berhasrat menambah bilangan pesawat Boeing yang akan dibeli oleh MAB.

"Kami komited untuk membeli 25 pesawat 737-MAX 10, lapan 787 Dreamliners dan ada kebarangkalian besar, bukan kemungkinan, yang kami akan menambah 24 (atau) 25 lagi 737-MAX 10 dalam masa terdekat.

"Jadi, dalam masa lima tahun, dengan pembelian tambahan itu, janji niaga itu akan bernilai melebihi AS$10 bilion," katanya.

Pesawat 737 MAX 10 bakal menjadi pesawat satu lorong paling menguntungkan bagi syarikat penerbangan berkenaant, menawarkan kos tempat duduk paling rendah, manakala 787 Dreamliner adalah pesawat enjin berkembar dengan kerangka sederhana bagi perjalanan jarak jauh.

Perbincangan dengan Trump itu adalah kemuncak lawatan kerja Najib ke AS dari 11-13 September, atas jemputan daripada Presiden AS ke-45 itu.

Najib berkata, kerajaan juga akan cuba memujuk syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd untuk membeli enjin General Electric buatan AS.

"Keduanya, kami memiliki KWSP, dana pencen utama di Malaysia. Mereka memiliki modal yang besar untuk dieksport, mereka melabur hampir AS$7 bilion dari segi ekuiti di AS dan mereka berhasrat untuk melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, Khazanah Nasional, yang memiliki pejabat di Silicon Valley, California dan telah melabur kira-kira AS$400 juta dalam syarikat teknologi tinggi, juga berhasrat meningkatkan pelaburannya. - BERNAMA







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:56 AM | Show all posts
aphal nak kukuhkan ekonomi amerika pulak
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:59 AM | Show all posts
rakan baik best fren mmg gini laa..bantu membantu ekonomi sambil harap DOJ tak buru lagi



Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:05 PM | Show all posts
mcm dubur aje tajuk berita
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kombinasi kebaaboom depa dua ni. (Sila baca dengan nada sinis)
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kecimpret replied at 13-9-2017 11:59 AM
rakan baik best fren mmg gini laa..bantu membantu ekonomi sambil harap DOJ tak buru lagi



Jibby berjaya membawa konsep tagline ' You help me,  I help you' ke tahap international.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:36 PM | Show all posts
spiderman80 replied at 13-9-2017 12:14 PM
Jibby berjaya membawa konsep tagline ' You help me,  I help you' ke tahap international.

zaman Tun pandang ke timur...zaman jibby pandang ke amereka



Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:41 PM | Show all posts
kecimpret replied at 13-9-2017 12:36 PM
zaman Tun pandang ke timur...zaman jibby pandang ke amereka

semua pandang , amerika, china, arab ...demi kepentingan negara dan untuk kemakmuran rakyat jelata...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:43 PM | Show all posts
Wow..anak-anak dok lapaq kat rumah hang tak nampak, babun babun bontot merah dihutan jugak hang nak bagi makan...macam ni punya PM pun ada ka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:46 PM | Show all posts
Hebat Malaysia nie.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
palmolive replied at 13-9-2017 11:56 AM
aphal nak kukuhkan ekonomi amerika pulak

Hahaha...hebatnya khalifah dan imam besar suci perkasa najib al razaki di amerika syarikat ini.... X cukup menjilat sana sini..tetapi juga sekarang bersikap sebagai tauke saudagar kaya pula...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 12:47 PM | Show all posts
rashiman replied at 13-9-2017 12:41 PM
semua pandang , amerika, china, arab ...demi kepentingan negara dan untuk kemakmuran rakyat jelata ...

sape kata semua negara??


dah lupa ke bape byk negara yg tak suka Trump menang dulu smp nak putuskan hubungan diplomatik??

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi bukan main lagi baik dengan US.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:04 PM | Show all posts
pembisikmaut replied at 13-9-2017 12:47 PM
Hahaha...hebatnya khalifah dan imam besar suci perkasa najib al razaki di amerika syarikat ini.... ...

dia mmg kaya...arab derma 2.6b bagi balik kt arab
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:08 PM | Show all posts
kecimpret replied at 13-9-2017 11:59 AM
rakan baik best fren mmg gini laa..bantu membantu ekonomi sambil harap DOJ tak buru lagi

ko tak kagum ka ngan bijan.... kagum ok... kat trg mb gaduh... die berdehem je setel...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:09 PM | Show all posts
ok, masalah 1mdb settled, tiada penyelewengan, cuma mismanagement.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:09 PM | Show all posts
Edited by dcruins at 13-9-2017 01:12 PM

"Membangun prasarana"????....kiterrr nak invest projek infra apa kat Amerika ni???tak kan laaa negara sekaya Amerika pun nak harap FDI infrastruktur dari negara macam kiterrr ni....

----------------------

Quote,

"[size=47.022px]berhasrat untuk melabur tambahan AS$3 bilion hingga AS$4 bilion bagi menyokong pembangunan semula prasarana anda," katanya."
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:09 PM | Show all posts
ultra78 replied at 13-9-2017 01:03 PM
Amboi bukan main lagi baik dengan US.

china pun baik... ngan us pun baik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakatan mahadir dah menggelupo. Semua pemimpin duniawi baik dengan jibi. Mahadir nak merengek kat sapa lagi. Kat lobai pandap laaa, kelab sayang Che det. Dulu masa berkuasa sebok melayan tokey besar aje Kan.
@dodolgemok
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:46 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 13-9-2017 01:08 PM
ko tak kagum ka ngan bijan.... kagum ok... kat trg mb gaduh... die berdehem je setel...
WASHINGTON, DC: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak will push for United States' support to end violence against the Rohingya Muslims in Myanmar when he meets President Donald Trump on Tuesday (Sept 12).

Najib, who is due to fly into the capital city here tomorrow (Sept 11) will express the rising concerns over the protracted atrocities in Myanmar during his meeting with Trump at the White House.

"This will be among the regional and global issues to be raised by the Prime Minister with (President) Trump," said Malaysian Ambassador to the United States, Tan Sri Zulhasnan Rafique at a media briefing.

The Prime Minister is scheduled to be in Washington until Wednesday on the personal invitation of Trump, and will be seeking the US president's assistance in bringing about speedy resolutions to the Rohingya issue.

The meeting will be followed by an expanded delegation meeting with Cabinet members and senior advisors of the Trump administration.

Malaysia has consistently been at the forefront in demanding for the persecution of Rohingya Muslims in Myanmar to be curtailed.

In December 2017, Najib had categorically condemned the atrocities against the Rohingya, sending a clear and strong rebuke to the State Counsellor of Myanmar, Aung San Suu-Kyi, stating that "enough is enough".

More than 10,000 people had gathered on Dec 4 at the Solidarity Assembly for Rohingya at the Stadium Titiwangsa, including Pas president Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hundreds of thousands Rohingyas have fled to Bangladesh since August 25, bringing with them tales of mass killings and systematic burning of villages by Myanmar security forces.

This came after Rohingya insurgents carried out attacks against police posts, killing 12 officers.

Concerns have been raised over Myanmar's alleged crimes against humanity, with United Nations special advisor for the prevention of genocide, Adama Dieng, describing it as a potentially an act of ethnic cleansing.

"In fact, it can be the precursor to all the egregious crimes - and I mean genocide."

On Friday, Najib sent off a humanitarian mission to aid Rohingya refugees in Bangladesh.


tak mustahil masalah rohingya pun setel gak lps jumpa Trump ni


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 01:58 PM | Show all posts
Dear PM, cer explain dulu, duit bayar hutang Abu Dhabi fund yang kononnya dah langsai amik dari mana.... baru boleh sembang nak invest kat US
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:09 PM | Show all posts
Projek infra apa yg nak dibina semula oleh Amerika ni sampai kiterrr pun dapat green light nak masuk tender...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:24 PM | Show all posts
palmolive replied at 13-9-2017 01:04 PM
dia mmg kaya...arab derma 2.6b bagi balik kt arab

haha.. yg ni lawak. x giler ko 2.6b derma pun dia pulangkan balik. Mau kesipuan tok arab tu 12 bulan derma dia org bagi balik
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:40 PM | Show all posts
JoyahSepoting replied at 13-9-2017 02:24 PM
haha.. yg ni lawak. x giler ko 2.6b derma pun dia pulangkan balik. Mau kesipuan tok arab tu 12 bul ...

bangga weh, pm negara lain mana ada buat lagu nie
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:45 PM | Show all posts
pelicano replied at 13-9-2017 01:58 PM
Dear PM, cer explain dulu, duit bayar hutang Abu Dhabi fund yang kononnya dah langsai amik dari mana ...

jangan risau, gomen tak mintak duit rakyat nak langsaikan hutang 1mdb...
bukan mcm rafiji..minta duit sumbangan rakyat untuk langsai saman fitnahnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055970s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list