CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pendeta

[Tempatan] Malaysia Bantu Perkukuh Ekonomi AS - Najib

  [Copy link]
Post time 13-9-2017 07:35 PM | Show all posts
rashiman replied at 13-9-2017 02:45 PM
jangan risau, gomen tak mintak duit rakyat nak langsaikan hutang 1mdb...
bukan mcm rafiji..minta  ...

Kalau tak guna duit rakyat kenapa masih belum terangkan macamana hutang tu dibayar? Bukankah rakyat Malaysia ada hak untuk tahu macamana hutang negara sebanyak itu diselesaikan. Jumlahnya terlalu besar, boleh kasi cadangan mana Najib nak cekau duit utk bayar?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2017 07:49 PM | Show all posts
Edited by aaz at 13-9-2017 07:50 PM

pening Tony Fernandez nanti nak kena pujuk untuk  beli enjin pesawat sebagaimana yang Dato nak..
Baca berita yang ni buat aku terasa hebatnya Malaysia, lebih hebat dari  US the sole superpower on earth. Tiba2 kurasa rambut bertukar blonde mata bertukar biru.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Azmin Ali gi sweden dpt tarik ikea labur billion2

Bijan gi amereka dpt kasi amereka billion2

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bak kata pepatah kera di hutan di susukan

Anak di rumah mati kelaparan tak gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kwsp + mh mmg lubuk duit depa
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Waaaaaaatttttttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2017 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dcruins replied at 13-9-2017 01:09 PM
"Membangun prasarana"????....kiterrr nak invest projek infra apa kat Amerika ni???tak kan laaa negar ...

Nak tlg turap jln2 kt us yg berlubang sana sini leteww:p
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 13-9-2017 02:45 PM
jangan risau, gomen tak mintak duit rakyat nak langsaikan hutang 1mdb...
bukan mcm rafiji..minta  ...

Waklu.....caj gst tu us tlg byr ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2017 10:46 PM | Show all posts
Firenzza replied at 13-9-2017 10:37 PM
Nak tlg turap jln2 kt us yg berlubang sana sini leteww:p

Entah2 projek ala2 Battersea,London kot tapi versi kat America pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 10:50 PM | Show all posts
Kenapa statement najib sbb seorg perdana menteri sebuah negara kuasa kecil berbandinggg dgn US beryyy d disgrace, pprt n low classs sgtttt? Nmpk sgttt desperado kakiiii bodekkkk hadappp sgttt nak bercomolotttt sampaiiii nmpkkk bodohhh! Bangsatttt betulll najib ni!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 10:52 PM | Show all posts
Akhbar berpengaruh Amerika Syarikat, The Washington Post, berkata tindakan Datuk Seri Najib Razak dan rombongannya untuk menginap di sebuah hotel milik Presiden Donald Trump di ibu negara itu menimbulkan tanda tanya mengenai konflik kepentingan di White House.

“Pada Isnin waktu makan tengah hari, beberapa anggota rombongan Najib kelihatan di ruang istirehat untuk tetamu hotel,” menurut laporan itu merujuk Trump International Hotel, beberapa jam selepas Najib mengadakan pertemuan dengan Trump.

“Petang itu, mereka keluar masuk hotel itu, kadang kala dengan beg beli-belah,” lapor akhbar itu.

Ia di sebalik spekulasi penginapan Najib bukan dibayar oleh kerajaan AS seperti mana yang dilakukan untuk rombongan ketua kerajaan dari luar negara yang datang bertemu presiden.

Semalam, Najib mengadakan pertemuan dengan Trump, yang antara lain menyaksikan Malaysia bersetuju membeli puluhan pesawat Boeing pada harga lebih AS$10 bilion.

Najib ditemani Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Duta Besar Malaysia Tan Sri Zulhasnan Rafique, Ketua Setiausaha Tan Sri Ali Hamsa dan ketua pengarah Majlis Keselamatan Negara Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

The Washington Post berkata ia hampir pasti dapat mengesahkan Najib menginap di hotel dengan 263 bilik itu, iaitu antara yang termahal di Washington.

Tinjauan akhbar itu mendapati pelbagai aktiviti melibatkan rombongan Najib di beberapa ruang mesyuarat di hotel tersebut termasuk untuk sarapan pagi di bilik mesyuarat Lincoln Library.

“Majlis sebegini mendatangkan pendapatan beratus ribu dolar kepada Trump Organization, berdasarkan jumlah perbelanjaan dibuat oleh rombongan lain yang pernah menginap di sini,” kata akhbar itu.

Laporan itu di sebalik kritikan terhadap Trump yang enggan mendedahkan kepentingannya dalam hotel berkenaan, yang kini diuruskan anak lelaki beliau.

Pengkritik berkata ia membuka ruang kepada wakil kerajaan luar dan pihak berkepentingan untuk menyumbang kepada presiden, yang boleh mempengaruhi dasar Trump mengenai sesebuah negara.

Semalam, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli turut mengatakan Najib menginap di sebuah hotel milik Trump, sementara segala kos rombongan tidak ditanggung pentadbiran AS.

“Ini mengesahkan bahawa lawatan beliau bukanlah satu lawatan rasmi Ketua Kerajaan dan saya merasakan segala perbelanjaan sebenarnya ditanggung oleh rakyat Malaysia,” kata Rafizi.

Sumber :Free Malaysia Today

“Pastinya, kami tidak menempah penginapan hotel mereka.

“Saya tidak boleh bercakap mengenai keputusan peribadi mereka (Najib) di mana mereka menginap di sini (Washington) DC,” kata Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders – Malaysiakini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 10:55 PM | Show all posts
Perlukahhh  merendahkannn negara sampaiii mcm tu sekaliii dgn bagi statement desperado thp tertinggiiii berbauur motifff tertentuuu? Nampak low classs najib oiiii! Boleh jahh jalinkan hubungan diplomasi dagangan bagaiiii tanpa perluuu nmpk bodohh n low classs!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 10:58 PM | Show all posts
Di samping beberapa kejanggalan lain dalam lawatan Najib Razak ke Amerika Syarikat kali ini, yang paling ketara tentunya ialah ketidaksediaan atau lebih tepat, ketakutan beliau mengadakan sidang media selepas pertemuannya dengan Donald Trump.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyatakan rasa hairannya tentang beberapa perkara mengenai lawatan Najib, antaranya:-

- tiada sambutan rasmi diberikan, baik ketika pesawat yang membawa Najib mendarat mahu pun ketika beliau tiba di White House.

- tidak menginap di Blair House, rumah penginapan untuk tetamu negara, sebaliknya menyewa bilik di sebuah hotel kepunyaan Trump di Washington sedangkan kedatangan Najib diberitakan adalah atas jemputan Presiden Amerika itu.

Sehubungan itu, Rafizi menyimpulkan lawatan Najib tidak lebih sebagai kunjungan peribadi yang mungkin diatur oleh golongan pelobi berbayar semata-mata untuk melonjakkan kembali namanya yang terperosok dengan teruk berikutan saman sivil dan siasatan jenayah oleh DOJ berkaitan dana 1MDB yang diselewengkan.

Tetapi, kejanggalan paling nyata ialah pastinya kerana tiada sidang media selepas pertemuan Najib dengan Trump.

Jika Najib merasakan kunjungannya bertemu Trump yang antara tujuan utamanya ialah untuk menutup mulut-mulut pengkritik berkaitan 1MDB atau yang mengaitkan dirinya dengan syarikat pelaburan itu,  mengadakan sidang akhbar dan bertemu dengan media-media Amerika seharusnya menjadi peluang keemasan yang tidak patut dilepaskan.

Kecualilah jika Najib memang ada rasa bersalah dalam dirinya, peluang berdepan, memberi penjelasan dan bersoal-jawab dengan media-media Amerika seperti WSJ, Washington Post, New York Times, Bloomberg dan sebagainya berhubung apa juga persoalan tentang 1MDB, adalah lonjakan yang sebenar dapat memutihkan kembali hitam kelabu namanya selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:00 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 13-9-2017 10:52 PM
Akhbar berpengaruh Amerika Syarikat, The Washington Post, berkata tindakan Datuk Seri Najib Razak da ...

Aku baca gak psl ni.....mestii ramaiii gilerrr delegasiiii yg dia bawakk, tak terkejuttt klu hampirrrr or cecahhh seratusss org. Bayangkannn betapa pembazirannya org2 yg tak perlu pun diangkotttt, kira ni lahhh peluangg dorg makan anginn buta! Suka2 jah belanja duit negara!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:02 PM | Show all posts
Pic kak mah dgn akak Mel pun takde, agaknya akak melania pun tak sudi lol
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:04 PM | Show all posts
Akak Mel pun malas nak layannn agaknya klu bukan urusannn resmiii....tp resmiiii ke tuuu semacammm jahh kena check in hotelll sendiriii kohkohhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2017 11:06 PM | Show all posts
OrenTheReturn replied at 13-9-2017 11:00 PM
Aku baca gak psl ni.....mestii ramaiii gilerrr delegasiiii yg dia bawakk, tak terkejuttt klu hampi ...

Lawatan Najib berjumpa Trump jadi kebanggaan geng umno.
Konon dijemput but funny, di jemput tapi tak duduk di Blair House,
rumah penginapan tetamu negara US. Instead duduk di Hotel Trump,
hotel termahal di US. Habislah duit rakyat Malaysia dibelanjakan
untuk berhibur-hibur. Belum masuk entah berapa juta USD dilabor
untuk melobi supaya dapat jumpa Trump SEPULUH MINIT!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:13 PM | Show all posts


The white supremacy. Kesian bijan   


Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:17 PM | Show all posts
NAT_11 replied at 13-9-2017 11:06 PM
Lawatan Najib berjumpa Trump jadi kebanggaan geng umno.
Konon dijemput but funny, di jemput tapi  ...

Nmpk desperate sgttt dia ni nak bercomolottt dgn trump, apa motifff bangsattttt ni pilihhh hotelll si trump utk rombongan che kiah yg dia bwk dr msia kat sana? Nmpk tak elokk sgttt cara najib ni utk imej negara kita, betulll2 memalukann lah bangsattt tu! Wonder berapa ramaiii dia angkottt kaliii ni, dia pnh dtg scandinavia sempena climate change conference ke apa nama ntah, ramaiii lah pemimpinnn2 donia dtg, yg najib ni angkottt sampaiii 60 org...punyalqhhh membazirrr cara dorg berbelanja duit negara.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 11:18 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 13-9-2017 11:13 PM
The white supremacy. Kesian bijan

Dia mendpttt takk shake hand si trump yg goncanggg2 tgn tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.115547 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list