CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1973|Reply: 17

iPhone X Kini Dilancarkan Secara Rasmi, Lebih Unik & Canggih

[Copy link]
Post time 13-9-2017 11:41 AM | Show all posts |Read mode



Apple Inc. telah mengadakan majlis pelancaran produk terbarunya pada pukul satu pagi tadi waktu Malaysia.


Antara produk terbaru keluarannya adalah Apple Watch, Apple TV, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan termasuk satu-satu model iPhone yang dinanti-nantikan iaitu premium iPhone X atau dibaca sebagai iPhone 10 bersempena sambutan ulangtahun ke-10 syarikat tersebut.





Menurut Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook, kesemua produk itu disifatkan sebagai model tercanggih syarikat tersebut sejak keluaran pertamanya, 10 tahun lalu.


Keluaran Iphone X model terbaharu ini hadir dengan rekaan skrin dari sisi ke sisi dan menggunakan pengecaman wajah untuk membuka peranti berkenaan tanpa butang 'home'.





Selain itu, paparan "super retina" juga ditambah baik dengan grafik dan resolusi yang lebih hebat.


iPhone X turut hadir dengan sokongan tahan air dan debu, serta menawarkan tiga pilihan warna berbeza, iaitu silver, space gray dan juga emas.





iPhone X juga dilengkapkan dengan cip pemprosesan Apple A11 Bionic yang menawarkan prestasi lebih 25% tinggi berbanding A10 sebelum ini, serta lebih 70% efisyen.


Apple turut menggunakan cip GPU dan ISP yang direkabentuk sendiri pada telefon pintar ini untuk menawarkan pemprosesan yang lebih berkuasa melaluinya.


Naib Presiden Kanan Apple, Phil Schiller berkata, badan kaca model iPhone X turut dihasilkan dengan paparan grafik lebih baik berbanding model-model terdahulu dengan mempunyai puluhan emoji yang menukar wajah anda kepada imej lebih kreatif.






Skrinnya pula penuh di depan seakan tanpa sempadan pada saiz 5.8 inci.


Kamera depan beresolusi 7 megapiksel manakala kamera utama 12 megapiksel.


Lengkap fungsi pengecasan tanpa wayar, iPhone X mempunyai ciri Portrait Photo Lighting pada kamera depan untuk swafoto.


Dwi kamera dengan lensa f2.4 serta f/1.8 menjadikan imej lebih cantik.


Pada majlis tersebut, Apple turut memperkenalkan jam pintar terbaharu yang dikenali sebagai Apple Watch dan penambahbaikan sistem tontonan video untuk televisyen berdefinisi tinggi 4K iaitu Apple TV.





Majlis pelancaran itu diadakan sebuah teater kampus yang dinamakan sempena nama bekas pengasas bersama Apple, Steve Jobs.


Bagaimana pula harganya? Sebelum ini terdapat khabar angin yang tersebar mengatakan iPhone X akan dijual pada harga USD1000 atau kira-kira RM4207, namun harga muktamad yang diumumkan oleh Apple adalah lebih murah sedikit iaitu USD999 atau kira-kira RM4203.  


Biarpun perbezaannya tidak ketara, tetapi dianggap lebih murah daripada khabar angin yang mengatakan ianya akan mencecah sehingga RM5,000.


iPhone X mempunyai dua jenis kapasiti minimum iaitu 64GB dan 256GB, dilaporkan tempahan bermula pada 27 Oktober ini manakala  penjualannya bermula pada 3 November ini .- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2017 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alang alang nak beli Iphone X la terus. Iphone 8 tak bnyk beza dgn Iphone7. Not worth changing.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 02:29 PM | Show all posts
harga yang tak leh tahan tu..terlampau mahal...tak make any sense
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceh mcm samsung S8
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 05:13 AM | Show all posts
iphone x ni kopipes jah dengan samsung baru tu. cumanya tambah emoji bodoh2 tu dorang letak lah harga 1k harga iphone 7 pun dah drop rasa macam ade sesape nak belikan untuk titew tak, sila pm
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 12:06 PM | Show all posts
wowwwwwwww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2017 12:15 PM | Show all posts
wow,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 12:19 PM | Show all posts
Dh masuk dlm wishlist
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 12:42 PM | Show all posts
I Phone X ? Wishlist, tp tak tahu bila nk beli moga ada rezeki nnti
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 12:46 PM | Show all posts
tggu harga jatuh skit bru trade ipong 7 ni... amek terus X...
Nmpk menarik plak, tp xberpa berkenan bntuk camera blkg.lol
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:22 AM | Show all posts
tu harga macam mana afford
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:36 AM | Show all posts
Kalau trade in iP7 sekarang dapat berapa je?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:43 AM | Show all posts
pergi company dinner tahun ni

berdoa dpt menang cabutan bertuah iphone X

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:48 AM | Show all posts
dah berapa dah model ipong nih?? apsal trus ipongX?? xder ipong9/ipongIX dulu ker??
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:53 AM | Show all posts
Dah dapat....nindiaaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:41 PM | Show all posts
Menarik ni. Boleh dipertimbangkan untuk dibeli.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 03:47 PM | Show all posts
Bodo pulak aku tgk design iPhone X kau kan.
Boleh plak screen kat belah atas xfull.
Cacat betul.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:51 PM | Show all posts
Zasss777 replied at 13-9-2017 12:26 PM
Alang alang nak beli Iphone X la terus. Iphone 8 tak bnyk beza dgn Iphone7. Not worth changing.

alang2 sblm beli ipong8 baik tunggu 2-3 bulan berikutnya utk ipong9.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:59 PM GMT+8 , Processed in 0.260123 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list