View: 1358|Reply: 2
|
Hina Agama, PAS Gesa Polis Ambil Tindakan Terhadap Siti Kassim dan David Orok
[Copy link]
|
|
sumber: Astro Awani
Tindakan Siti Zabedah Kassim dan David Orok menghina Islam melalui status Facebook mengenai ibadah korban mengundang kemarahan masyarakat muslim di negara kita.
Memetik laporan Astro Awani, kelmarin pemuda PAS Pahang menggesa pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang terbabit.
Ketua Pemuda Pas Pahang, Mohamad Hazmi Dibok berkata, status yang dimuatkan oleh Siti Zabedah pada 1 dan juga 10 September lalu yang menyimpang dan menyesatkan mengenai pengorbanan.
"Sebanyak tujuh laporan polis telah dibuat oleh pihak kami di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan terhadap status Facebook berkenaan."
Tambahnya lagi, status berkenaan adalah satu dakyah penyelewangan fakta dan cuba mewajarkan keterangan secara bohong dan palsu.
"Status berkenaan yang melampau dan boleh menyebabkan rasa tersinggung di kalangan umat Islam sehingga boleh membangkitkan kemarahan orang Islam."
Mohamad Hazmi meminta pihak polis membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab itu agar menjadi pengajaran buat semua.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Siti kassim mengaku islam supaya ada ruang tok dia kutok/condemn islam as a muslim. Abah dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam CI ni pun sorang dua kapir guna kaedah yang sama.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|