CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2050|Reply: 2

Video OST Pinjamkan Hatiku nyanyian Ayda Jebat & Adi Priyo cecah lebih 40 ri

  [Copy link]
Post time 13-9-2017 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Baru Sehari Ditayangkan, OST Pinjamkan Hatiku Cecah Lebih 40,000 Tontonan

SATU pencapaian yang membanggakan apabila muzik video terbaharu nyanyian Ayda Jebat dan Adi Priyo berjudul Pinjamkan Hatiku telah berjaya mencapai lebih 40,000 tontonan dalam masa sehari sejak ia dimuat naik ke laman perkongsian video YouTube semalam.

Setakat artikel ini ditulis, muzik video ini telah menerima 41,641 tontonan daripada netizen.

Pinjamkan Hatiku merupakan soundtrack untuk filem dengan judul sama yang juga merupakan lakonan Ayda bersama Shaheizy Sam dan ia merupakan lagu duet Ayda bersama vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo.

Yang menariknya, Ayda sendiri telah bertindak selaku pengarah bagi muzik video Pinjamkan Hatiku dengan kerjasama produksi The Malaya TV.  

Ketika ditanya mengapa Adi dipilih menjadi rakan gandingannya, Ayda memberitahu dia menginginkan seorang penyanyi lelaki yang terkenal dengan imej lagu-lagu patah hati agar naskhah terbaharu itu mampu mencipta fenomena tersendiri.

"Saya nak feel Indonesia itu, susah nak dapat feel tersebut dan sebab itu saya nak Adi jadi rakan duet.  InsyaAllah, saya harap lagu ini menjadi fenomena dan hits, sama seperti lagu Ombak Rindu," katanya ketika ditemui KopiPlanet pada majlis pelancaran OST dan trailer Pinjamkan Hatiku.

Filem Pinjamkan Hatiku yang bakal ditayangkan pada 30 November ini dibintangi Ayda, Shaheizy Sam, Farid Kamil, Azizah Mahzan dan Normah Damanhuri.

Pinjamkan Hatiku merupakan filem arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Aurawhite Global Sdn. Bhd dan Nuansa Film Sdn. Bhd. Turut tampil dalam filem ini adalah Farid Kamil, Lia Natalia, Normah Damanhuri dan ramai lagi.

www.kopiplanet.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2017 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
40 je pon..haha..xleh lwn view budak2 bbnu..
Lagu MATA  dia tu flop ke uol? X sdp lgsung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2017 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sehari dah lebih 40 ribu uolssssss... tp iolssss dgr not bad gak... uolssss tgk ler sendiri...

https://m.youtube.com/watch?v=glW7NN-QM1M
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.075449 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list