Sejak kebelakangan ini, kita sering kali dipaparkan dengan kisah mengenai beberapa pelakon senior yang dilihat secara terbuka mengkritik pelakon baharu di laman sosial masing-masing.
Situasi itu tercetus gara-gara pelakon senior dikatakan 'bengang' dengan lambakan pelakon baharu yang boleh dikatakan 'kayu' dan tidak hidup lakonan yang dibawakan mereka.
Namun, lain halnya buat pelakon yang sudah 23 tahun berkecimpung dalam dunia seni lakonan, Shaheizy Sam yang berpendapat ia adalah tugas pengarah untuk mencorakkan lakonan seseorang pelakon sehingga lakonan mereka mencapai tahap ‘outstanding’.
Sam menjelaskan, jika seseorang pelakon itu merasakan dirinya kurang berpengalaman, seharusnya pelakon berkenaan perlu mengambil inisiatif dengan cuba memperbaiki mutu dan tahap lakonan agar mampu beraksi cemerlang sama ada di layar perak mahupun di kaca televisyen.
"Dalam Malaysia ni semua pelakon bagus, tetapi seorang pengarah itu yang membentuk seorang pelakon untuk menjadi pelakon yang outstanding. Kalau pelakon itu yang 'kayu', dia yang kena improvekan diri dia.
"Seorang pelakon harus ada basic (asas lakonan). Dengan adanya basic ini, ia yang tidak menjadikan seseorang pelakon itu 'kayu'. Bila asas ini dah kuat, pengarah yang akan mewarnakan seseorang pelakon itu atau memberikan arahan supaya lakonan itu menjadi outstanding. Itu pendapat Sam lah," katanya yang ditemui KopiPlanet pada majlis pelancaran soundtrack (OST) dan trailer rasmi filem Pinjamkan Hatiku di Red Box, The Gardens, semalam.
Pinjamkan Hatiku menggandingkan Sam dengan Ayda Jebat. Selain itu, filem arahan Osman Ali ini turut dibintangi Farid Kamil, Lia Natalia, Azizah Mahzan dan Normah Damanhuri.
Sementara itu, OST filem ini yang berjudul Pinjamkan Hatiku dinyanyikan Ayda yang berduet dengan vokalis 6ixth Sense, Adi Priyo.
Pinjamkan Hatiku yang diterbitkan Aurawhite Global Sdn. Bhd dan Nuansa Film Sdn. Bhd. akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 30 November ini. - KopiPlanet
Post time 13-9-2017 07:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Abihla ko sam. Buat statement gitew. Mmg xde la yg nak p tgk pilem ko
Hebat tara mana pun lakonan kalo xde org tgk x guna. Sape la pnerbit pelem ni btabahlah
Sila blajo dr plakon kayu cara nak jaga hati pemenattt
Post time 13-9-2017 07:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pelakon "kayu" kene berusaha..
Tapi syamsul yusof tak perlu berusaha pun, camtu je lakonan heolls, filem pun lakuuuu jaaaa....so ade di mana2 silap ke or rakyat meleis sendiri dah bosan dgn talented actor yg hanya berlakon dlm filem ala menonton national geographic...