Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Kolumnis
Search
10019
View
123
Reply

Bekas suami Marissa Yasmin berputih mata

[Copy link]

Author: moksha       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-9-2017 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by moksha at 14-9-2017 09:39 AM

HAH ALAM - Gara-gara gagal membuktikan dengan jelas pemilikan dan keberadaan, ahli perniagaan terpaksa berputih mata apabila Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menolak tuntutannya terhadap bekas isteri yang juga pelakon, Marissa Yasmin agar memulangkan empat jam tangan mewah bernilai lebih RM45,000 serta beberapa dokumen.

Hakim Syarie, Firdawaty Mohammad membuat keputusan itu terhadap plaintif, Muhzir Mohd Zainuddin.

Dalam keputusannya, beliau berkata, mahkamah mendapati plaintif tidak membuktikan kewujudan dan tempat simpanan empat jam berjenama IWC Ingenieur, Zenith Open Heart, Taq Hever dan Tissot T Touch di dalam rumah tersebut.

Plaintif tidak menghadirkan saksi untuk untuk mengesahkan kesemua barang- barang tersebut berada di dalam milikan plaintif dan disimpan di tempat itu serta dakwaan ia diambil defendan, katanya.

Menurutnya, mahkamah juga mendapati terma pecah masuk yang digunakan Muhzir didalam tuntutannya mengelirukan.

Mahkamah mengulas bahawa memecah masuk tidak dijelaskan kerana plaintif dalam keterangan semula mengakui tidak menghalang defendan kerana masih dalam proses penceraian.


Taq Hever tu apa? TAG HEUER kah?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 09:39 AM | Show all posts
tak faham
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-9-2017 09:40 AM | Show all posts


-bekas suami-
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 09:44 AM | Show all posts

elok bekas suami dia. Ada iras redza minhat sikit
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 09:44 AM | Show all posts
oh marisa ni dah kahwin...

rasanya baca kat majalah apa ntah dia single...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 09:50 AM | Show all posts

dappp ex husb beliau ni nokk
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 09:52 AM | Show all posts
aku muskil sikit la...

org2 byk duit ni.. tk kira sama ada biznes man ka.. politician ka... selalu dpt artis penyanyi..pelakon..

muskilnya..mcmana diorng blh kenal artis2 ni semua..? sempat ke dlm kesibukan cari duit..berkempen politik.. blh pulak tgk drama..konsert..

aku kerja biasa2 ni pun tk sempat nak ngadap TV bagai tu..

klu dah berkenan terus g chop ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 09:54 AM | Show all posts
Bekas suaminya kiri or Kanan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:08 AM | Show all posts
Aah... yg mana satu??

Tua @ muda
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:15 AM | Show all posts

means suami dia claim harta sepencarian on the watches, kalau ada bukti dia sumbangkan apa2 terhadap pembelian atau time beli tu dlm time kahwin, dia akan dapat portion of the harga waches tu, tapi sbb failed to provide proof kena reject, selalu org buat kat rumah, so uolls, kalau beli rumah nama spouse tp u contribute bayar pape, simpan resit la ye haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:18 AM | Show all posts
despicablyanon replied at 14-9-2017 10:15 AM
means suami dia claim harta sepencarian on the watches, kalau ada bukti dia sumbangkan apa2 terhad ...

oo mcmtu ye, emm menakutkan..
btw tq for that explanation
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
budaktua replied at 14-9-2017 09:52 AM
aku muskil sikit la...

org2 byk duit ni.. tk kira sama ada biznes man ka.. politician ka... selal ...

Jadi public figure, media expose.. muka buruk pun dpt tangkap orka.. org marhaen muka cun melecun tapi dok dpr camner orka nak kenal.. kenalah masuk entertaiment buss baru vip leh kenen2.. utg kahwin..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:24 AM | Show all posts
budaktua replied at 14-9-2017 09:52 AM
aku muskil sikit la...

org2 byk duit ni.. tk kira sama ada biznes man ka.. politician ka... selal ...

Biasanya ada org tgh yg berkepentingan yg introduce. Business, politic, duit, perempuan....depend pd individu bertahan atau tidak.


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by raradhia at 14-9-2017 10:30 AM
budaktua replied at 14-9-2017 09:52 AM
aku muskil sikit la...

org2 byk duit ni.. tk kira sama ada biznes man ka.. politician ka... selal ...


kwn iols noks jmp dato sabahan dekat stesen minyak time isi minyak, u ghaserrrr? dato tu bg business kad lg uols, tp dia nak kwn iols tu jd skandal dia saja. .skrg dah berskandal dah pun, ka-ching ka-ching duit masuk dlm akaun bank. .

so, retisssss kot mmg konpem byk link dgn dato. .sdgkan marhaen mcm kwn iols pun muka kmpg tp free hair dpt dato. .haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
moksha replied at 14-9-2017 09:40 AM
-bekas suami-

Kiri ke kanan ex shuben dia?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by JeepersCreepers at 14-9-2017 10:35 AM
budaktua replied at 14-9-2017 09:52 AM
aku muskil sikit la...

org2 byk duit ni.. tk kira sama ada biznes man ka.. politician ka... selal ...


Sll nya vvip or koporat ni sponsor event yg libatkan retis2. Atau dorg buat annual dinner ke majlis amal ke, jemput retis jd emcee atau performer. Sambil2 tu bole la ngorat mana2 yg berkenan ada jugak kes retis sangkut dgn vvip yg jadi tetamu kehormat atau perasmi event.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
harrypoter replied at 14-9-2017 10:18 AM
oo mcmtu ye, emm menakutkan..
btw tq for that explanation

Lagipun ms dorg blm rasmi bercerai tu, heols dah mengaku marisa msh boleh kluar masuk rumah dgn bebas. Jadi heols tak boleh tuduh marisa ni pecah masuk atau mencuri sbb xde bukti jd klu rs nak bercerai tu, sorok la mana yg patut hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:39 AM | Show all posts
Orang lain cerai rebutkan anak.. Korang rebutkan jam pun jadik le
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:43 AM | Show all posts
kata kaya, apa la sgt 46K tu bagi je la kat marisa, ko dah dapatpun apa ko nak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:47 AM | Show all posts
first time highlight cerai then tuntut jam..jadi miskin sangat ke kalau let go jam tu
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 14-9-2017 10:47 AM | Show all posts
Sabtu 16 Januari 2016

Marissa Yasmin tidak kesal ditakdirkan bercerai

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
rajamawar@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Dramatis, Marissa Yasmin, 38, tidak kesal terpaksa melalui sekali lagi perpisahan dalam perkahwinannya selepas melakukan pelbagai usaha untuk menyelamatkannya.

Bagi pelakon Memori Cinta Suraya itu, perpisahan adalah jalan terbaik meskipun ia bukan sesuatu yang diingininya. Marissa akur jodohnya dengan Pengurus Jualan Teknologi Maklumat di sebuah syarikat swasta, Muhammad Muhzir Mohd Zainuddin, 48, terlerai pada 14 Januari lalu.

Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 itu bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada jam 10.40 pagi. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

"Segala-galanya sudah selesai dan saya mahu menutup buku lama. Mungkin ini takdir yang tertulis untuk kami berdua. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Saya tidak sesekali menyesal ditakdirkan bercerai.

"Jika sudah tidak lagi serasi, mengapa harus memburukkan antara satu sama lain? Jalan terbaik adalah berpisah. Saya dan peguam sedia maklum bekas suami ada membuat kenyataan sebelum ini, tetapi saya pilih untuk berdiam diri dan tidak membalas kenyataannya.

"Cukup lima tahun, banyak pahit dan manis yang saya telan sepanjang perkahwinan ini," katanya ketika dihubungi BH Online.

Muhzir pada Disember lalu memberikan kenyataan kepada pemberita mendakwa, Marissa menghilangkan diri dari rumah mereka di Subang Jaya, Selangor sejak 12 Jun lalu kerana orang ketiga.

Beliau turut mendakwa, Marissa hanya pulang ke rumah untuk mengambil barangan peribadi semasa ketiadaannya selain talian telefonnya disekat.

"Tiada guna saya mengaibkan sesiapa dengan mendedahkan apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. Jika diperhalusi, bekas suami mendakwa saya keluar rumah sejak Jun lalu. Dia juga memaklumkan saya pernah balik ke rumah tetapi kami tidak bertembung. Mana satu yang betul?

"Saya tahu rumah tangga kami tidak mampu diselamatkan lagi. Untuk apa teruskan jika ia hanya membuat saya terseksa dan bekas suami merana. Setiap manusia berhak untuk hidup bahagia, begitu juga kami," katanya.

Marissa berkata, ketika ini, dia hanya memohon diberikan Allah SWT kekuatan supaya dapat meneruskan hidup seperti insan lain.

"Saya tahu segelintir pihak mempercayai dakwaannya. Terserah jika mahu percaya atau sebaliknya kerana hanya saya dan bekas suami yang tahu kebenarannya.

"Hidup berumahtangga ada pasang dan surut, tetapi biarlah saya simpan apa yang berlaku. Ketika manis, semuanya indah pada pandangan mata tetapi apabila berpisah, ia jadi buruk. Terserah jika bekas suami mahu bercakap apa saja. Saya hanya inginkan kebebasan untuk teruskan hidup," katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:48 AM | Show all posts
budaktua replied at 14-9-2017 09:52 AM
aku muskil sikit la...

org2 byk duit ni.. tk kira sama ada biznes man ka.. politician ka... selal ...

mereka y dichop retis sbnrnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:08 AM | Show all posts
diorg ada anak ke tak ek....?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
shailyvelera replied at 14-9-2017 11:08 AM
diorg ada anak ke tak ek....?

Dlm artikel tulis takde
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
shailyvelera replied at 14-9-2017 11:08 AM
diorg ada anak ke tak ek....?

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Apple App Store
Get it FREE Google play
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2017 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
0.055293s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list