CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nasab2111

wali abang sulung

[Copy link]
 Author| Post time 14-9-2017 12:45 PM | Show all posts
lil_sparky replied at 14-9-2017 12:24 PM
Lil plak lebih pd terpikir..if adik bradik pmpn tt nk kawen lg..(ni kes bercerai n kawen semula la ...

itula. jd better kami explain ke x kt abg sulong tu ...
ak boleh fhm perasaan die bile dh tahu psal ni walaupun dia dh 50tahun ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nasab2111 replied at 14-9-2017 12:45 PM
itula. jd better kami explain ke x kt abg sulong tu ...
ak boleh fhm perasaan die bile dh tahu ps ...

Discuss la sesama adik beradik..bila nk habaq kt abg..sapa nk habaq kat abg.. N btau dgn cara berhemah..biar apa pn status abg..abg msh abg kami yg sama mcm dlu..xda berubah sikit perasaan syg korg kat dia wpon lps tau status dia
N sebaiknya btau lps hbs majlis..
If btl la status tu..xde ke makcik2 korg yg tau..biar makcik2 (adik bradik mak tt) btau kat abg tu

Argh..lil yg baca ni pn rasa rumit mslh tt..sbb membabitkan perasaan ank yg xbsalah..dpt tau plak dr org lain.hmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2017 12:50 PM | Show all posts
kikuri replied at 14-9-2017 12:30 PM
cuba tt tanya sedara mara terdekat. mungkin dorang boleh membantu

terfikir jgk nk tny saudara terdekat.
tapi takutla nnti jd mengungkit cerita lama.
mana yg orang dh lupa, jadi ingat semula.
rasa x best la kalau perkara tu memang sahih.
dlm sijil kahwen tu ada tarikh islam sekali. memang dah betul tarikh tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:00 PM | Show all posts
sis explain la the situation to abang sulong tu
buap apa nak sorok-sorok
dia pun dah tua..kena accept la itu takdir dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sarahmirza at 14-9-2017 10:41 PM

TT risau abang sulung kemurungan ke kalau tau kisah dia lahir kurang 6 bulan dr tarikh nikah parents?
Lebih baik dia tahu sekarang dari tahu kemudian.
Bukan anak remaja pun, dah tua dah nak dapat pangkat datuk pun..
Lagi senang dia tau, jadi bila majlis nikah adik TT nanti dia tak perlu la ada masa tu ... ada la alasan nak bg tau kat orang yg bertanya kenapa bukan abang long yang jadi wali... abg long ada kerja urgent dan cuma datang lepas majlis nikah tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 15-9-2017 12:50 AM
nasab2111 replied at 14-9-2017 12:45 PM
itula. jd better kami explain ke x kt abg sulong tu ...
ak boleh fhm perasaan die bile dh tahu ps ...


Tak payah lah nak di gali balik sejarah silam....nanti terbongkar ke sedara mara semua....

Bkn boleh perbaiki keadaan pun tapi mengeruhkn keadaan....tak pasal pasal effect arwah mak pak di alam sana sbb org dok bercerita aib dorang...

Lg satu tak perlu lah pikirkn klu adik beradik pompuan bercerai nanti mcmana nk kwin lg ....benda blm terjadi..doakn yg baik baik sudah...doakn rumahtangga dorang aman bahgia hingga je jannah...tak de cerai berai....

Kan senang....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2017 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
nasab2111 replied at 14-9-2017 12:45 PM
itula. jd better kami explain ke x kt abg sulong tu ...
ak boleh fhm perasaan die bile dh tahu ps ...

Tak payah lah nak di gali balik sejarah silam....nanti terbongkar ke sedara mara semua....

Bkn boleh perbaiki keadaan pun tapi mengeruhkn keadaan....tak pasal pasal effect arwah mak pak di alam sana sbb org dok bercerita ain dorang...

Lg satu tak perlu lah pikirkn klu adik beradik pompuan bercerai nanti mcmana nk kwin lg ....benda blm terjadi..doakn yg baik baik sudah...doakn rumahtangga dorang aman bahgia hingga je jannah...tak de cerai berai....

Kan senang....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 02:06 PM | Show all posts
tt tau ke abg lahir kurang 6 bln dr tarikh nikah parents?

jgn bw keluar pasal ni..abg tu ok lg bole move on tp yg sian parents tu nnt lg2 arwah bapak TT

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2017 02:29 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 15-9-2017 02:06 PM
tt tau ke abg lahir kurang 6 bln dr tarikh nikah parents?

jgn bw keluar pasal ni..abg tu ok lg bo ...

sbb mmg dh tgk salinan IC dia kurang 6bulan.
pejabat agama yg check dan bagitahu kena tukar wali. mak & ayah dh meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 02:32 PM | Show all posts
nasab2111 replied at 15-9-2017 02:29 PM
sbb mmg dh tgk salinan IC dia kurang 6bulan.
pejabat agama yg check dan bagitahu kena tukar wali. ...

maksudnye abg pn x tau la ye

kalau blm tau seelok jgn la ckp kt abg..sian dia..yg penting simpan rahsia family lg2 melibatkan mak ayah..dorang pn xde

mcmni la bila majlis nye tu?

cuba ckp elok nk guna nama abg no 2 sbb abg sulung duk jauh..ckp kt abg sulung senang kalau ada pape urusan nnt..pandai2 la ckp sbb urusan nikah byk prosuder nnt senang berurusan yg dekat..so abg sulung tak yah pening2

btw abg sulung dh kawen ke blm?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2017 03:17 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 15-9-2017 02:32 PM
maksudnye abg pn x tau la ye

kalau blm tau seelok jgn la ckp kt abg..sian dia..yg penting simpa ...

stakat yg kami tahu, abg sulung tu mmg tak tahu psal ni. majlis tu awal dec ni.
abg sulong dh kawen. anak 6org. umur 50tahun.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:19 PM | Show all posts
nasab2111 replied at 15-9-2017 03:17 PM
stakat yg kami tahu, abg sulung tu mmg tak tahu psal ni. majlis tu awal dec ni.
abg sulong dh kaw ...

dah 50 thn dah..hrp2 dia xtau la..kalau dia tau xleh nk byg emosi dia plak... nnt takut dia salahkan arwah parent uols plak

abg sulung duk mana? mmg jauh sgt ke dr korang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2017 04:02 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 15-9-2017 03:19 PM
dah 50 thn dah..hrp2 dia xtau la..kalau dia tau xleh nk byg emosi dia plak... nnt takut dia salahk ...

xjauh pn. abg kt KL. kami kt belah timur. hehehe.so, mungkin sebaiknya kami xyah terus terang la kt abg sulong tu kn?
just bgth terpaksa tukar abang lain tuk jd wali sbb dia jauh.
Ya ALLAH, harap la semua berjalan lancar.

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 04:03 PM | Show all posts
nasab2111 replied at 15-9-2017 04:02 PM
xjauh pn. abg kt KL. kami kt belah timur. hehehe.so, mungkin sebaiknya kami xyah terus ...

haah semolek mcmtu la

ckp je urusan byk nnt sian kt dia kene turun naik kt pntai timur bla bla

insyaAllah pasti dia paham

yg penting rahsia family jgn keluar smpai org lain tau


Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 01:44 AM | Show all posts
Edited by dauswq at 16-9-2017 01:46 AM
nasab2111 replied at 15-9-2017 02:29 PM
sbb mmg dh tgk salinan IC dia kurang 6bulan.
pejabat agama yg check dan bagitahu kena tukar wali. ...

nah TT, satu renungan kpd TT.. ade intipati psl menjaga keaiban lebih penting dr mendedahkannya...
jgn terburu2 buat keputusan

https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10155629106802990

iols hanya tepek point no. 9 - 14

MASALAH NASAB ANAK KURANG DARIPADA ENAM BULAN PERKAHWINAN

Soalan: Mengapakah Fatwa Perlis mengizinkan anak yang kurang enam bulan dari usia perkahwinan dinasabkan kepada bapanya? Tidakkah ini menyanggahi ijmak ulama? Tidakkah ini akan menggalakkan perzinaan?
Naser Desa
Selangor.

Jawapan Dr MAZA: Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Semoga Allah merahmati mereka yang terlebih dahulu memahami isu sebelum mengeluarkan pandangan hukum. Berikut adalah perkara-perkara yang wajar untuk difahami dalam isu ini;

...........................................................

9. Antara alasan pendapat kedua ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim tentang Juraij seorang ahli ibadah yang dituduh berzina dengan seorang wanita oleh orangramai. Padahal wanita itu telah berzina dengan orang lain. Juraij telah berwuduk, bersolat dan memohon kepada Allah. Allah telah menzahirkan karamah di tangan Juraij dalam peristiwa itu di mana dia datang kepada bayi tersebut yang masih kecil dan bertanya:
قالَ مَنْ أَبُوكَ يَا غُلَامُ! قَالَ: الرَّاعِي
(Wahai budak! Siapakah bapa kamu? Jawab bayi itu: Pengembala itu)
Jawapan bayi ini dijadikan hujah bahawa dalam karamah yang Allah zahirkan itu bayi itu apabila ditanya “siapa bapa kamu” dia menjawab pengembala itu. Ertinya, dinasabkan anak zina kepada bapanya. Tidak ditanya siapakah yang berzina dengan ibu kamu tetapi siapakah bapa kamu. Anak itu dinisbahkan kepada bapa zinanya.
Ini antara hujah yang digunakan dalam isu ini. Al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menafsirkan Surah al-Nisa ayat 23 membentang hujah pendapat ini yang beralasan dengan hadis Juraij tersebut. Antaranya al-Qurtubi menyebut:
فَكَانَتْ تِلْكَ النِّسْبَةُ صَحِيحَةٌ بِتَصْدِيقِ اللَّهِ تَعَالَى وَبِإِخْبَارِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ، فَثَبَتَتِ الْبُنُوَّةُ وَأَحْكَامُهَا
(Adalah nisbah tersebut sesuatu yang sahih dengan perakuan Allah ta’ala dan perkhabaran Nabi s.a.w s.a.w mengenai hal itu. Maka sabitlah kedudukannya sebagai anak dan hukum hakamnya) (sila lihat: Al-Qurtubi, Al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/115, Beirut: Dar al-Fikr).

10. Setelah meneliti penghujahan kedua pihak dan menyedari ini merupakan masalah khilaf dalam kalangan fuqaha, Fatwa Perlis juga meneliti fonomena yang berlaku dalam masyarakat hari ini. ‘Bin Abdullah’ yang diamalkan secara tidak langsung boleh menzalimi kehidupan anak yang tidak bersalah. Tidak memberikan peluang kepada seseorang yang bersalah menutup dosa yang telah dilakukan sekalipun dirinya telah bertaubat.

11. Apabila seseorang penzina berkahwin dan bertaubat, Allah itu maka menerima taubat. Atas sikap yang bertanggungjawab, dia membesarkan anak zina. Jika anak itu dibinkan dengan Abdullah, pasti si anak akan bertanya: “Mengapa saya bin ‘Abdullah?”. Apakah wajar untuk si bapa menjawab: “Saya dan ibu kamu dahulu berzina?”. Jika itulah jawapannya, bererti ibubapa berkenaan telah membuka keaiban diri mereka yang dilarang oleh nas-nas Islam untuk mereka membukanya. Bahkan jawapan itu akan menghilangkan rasa hormat si anak kepada ibu dan bapa zinanya yang cuba membesarkan dan mendidiknya menjadi insan yang baik.
Jika ada anak-anak lain daripada hubungan halal, mereka juga akan mengetahui aib ibubapa mereka dan tidak akan menghormati keduanya. Ini semua akan menjadikan proses pendidikan ke arah yang baik terganggu.  Mentaliti generasi pada zaman ini berbeza dengan zaman semasa kitab fekah dahulu ditulis. Pendedahan ini boleh membawa kepada penderhakaan ataupun kebencian kepada ibubapa dari anak-anak yang lain juga. Sekali lagi isi keluarga boleh berberantakan. Semangat mendidik anak-anak menjadi baik juga akan hilang. Ini boleh membawa keruntuhan instutusi keluarga yang banyaknya telah rapuh.
Pada zaman yang role model amat kurang bagi generasi anak-anak, ibubapa sepatutnya menjadi contoh baik kepada anak-anak sendiri. Jika dari awal, keaiban dan kemaksiatan ibubapa yang lepas didedahkan secara catatan ‘bin Abdullah’, apatahlagi yang tinggal bagi puluhan ribu, bahkan -dikatakan- ratusan ribu anak-anak ini? Apakah kita mahu melihat keruntuhan maksiat zina yang lepas membawa kepada keruntuhan demi keruntuhan yang lain?
Apabila anak tersebut ke sekolah, dia dipandang serong dan ibubapanya yang telah bertaubat itu dibuka lagi keaiban mereka. Demikian seterusnya perjalanan kehidupan anak tersebut. Ibubapanya dibuka keaiban, dirinya dipandang hina. Apakah kita mahu menghapuskan semangat dalam diri anak-anak ini?!
12. Hendaklah kita sedar bahawa pendaftaran dalam kad nama dan penggunaan seperti hari ini serta kesannya dalam institusi moden tidak sama seperti zaman silam ketika sebahagian fatwa dikeluarkan dahulu.
Jika jumlah yang berbin Abdullah ratusan ribu seperti yang dilaporkan, apakah kesan psikologi terhadap jumlah yang banyak ini. Tidakkah kita seakan-akan menghalang perkembangan positif anak-anak ini?! Tidakkah kita menjadikan mereka merasakan zina adalah darah daging mereka lalu mereka juga menuju ke arah itu disebabkan tekanan yang dihadapi?!
Tidakkah juga apabila terlalu ramai yang berbin Abdullah sebagai tanda zina berlaku, maka akhirnya masyarakat akan merasakan zina itu sesuatu yang biasa kerana di sekeliling mereka manusia yang mempunyai tanda zina pada nama mereka?
Siapakah yang menggalakkan zina jika hal ini berlaku?

13. Di zaman ini, lelaki yang sanggup bertanggung jawab atas dosa mereka kepada wanita yang disetubuhinya secara haram bukannya mudah. Ruang untuk melepaskan diri itu terbuka. Kesanggupan bertanggungjawab ke atas kesalahannya itu sebenarnya sesuatu yang ada nilainya. Namun, jika lelaki penzina tahu, sekiranya dia cuba bertanggungjawab dengan berkahwin maka dia menanggung malu sepanjang hayatnya. Pastinya ataupun kemungkinan besar, dia akan mengelakkan diri dari bertanggungjawab. Akhirnya, hanya pihak perempuan sahaja yang akan menanggung derita. Jika ini berterusan, maka fonomena seperti di Barat akan membuak di mana anak hanya ada ibu sahaja yang bertanggungjawab.

14.  Sedangkan dalam hadis yang sahih riwayat  al-Bukhari, Muslim dan selain mereka, Nabi s.a.w menyebut:
وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ القِيَامَةِ
(Sesiapa yang menutup seorang muslim, Allah tutup aibnya pada Hari Kiamat)
Menutup aib merupakan sesuatu yang penting dalam agama. Dukacita, ada pihak yang melihat ini sesuatu yang remeh.

Melihat kepada semangat dalam hadis tadi:  
الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ، وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ
“Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut) ”.
Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah s.a.w memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina jika dilihat pada zahir yang menyamai si penzina. Ini apatahlagi jika itu anak benihnya sendiri. Hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi s.a.w yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jikalaulah baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki, maka sudah pasti berbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga.

.........................................................



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 01:47 AM | Show all posts
jd iols sarankan klu uols rase bersalah simpan rahsia, just bgth abg sulung tanpa orang lain perlu tahu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2017 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 16-9-2017 01:44 AM
nah TT, satu renungan kpd TT.. ade intipati psl menjaga keaiban lebih penting dr mendedahkannya... ...

thanks utk perkongsian ni. semoga dgn kita melindungi aib orang lain, Allah juga akan jaga aib kita. cuma kadang2x rasa tak percaya dgn smua ni. ttpikir jgk, ade slh dokumen ke. btol ke tarikh lahir abang sulung tu. kalau la mak or ayah masih hidup, mgkn dorg bleh jelaskn atleast kat kami yg dh tahu ni. mst ada hikmah tibe2x hal ni timbul.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagitahu abg. Masalah faraid bahaya tu, plus kalau berkait tahap ank2 sedara cthnya anak2 lelaki dia x patut dpt faraid,  tp dapat. Camne ko nk tanggung?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Aib mmg kena tutup. Contoh aib tu, seorang gurl dah tidur dgn bf dia. Pastu diorang putus. Then girl tu nak kawin dgn laki lain. Better bertaubat, tutup lah aib tu x perlu lah bercerita tentang hal lepas.

Ok psl abg tt ni. I rasa mmg kena bgtau. Just jumpa abg, explain hal ni. Dah tt cakap benda ni nanti akan melibatkan faraid kan. Bila baca kes ni, nampak jadi rumit sbb tt kena simpan masalah ni padahal ia bukan lah masalah tt. Berterus terang saje dgn abg sulung dlm satu perbincangan penuh privacy. Kalo bagitau terang2 kat public mmg la jadi aib. Thing happen for a reason kan. Sijil kawin ur late parents dgn sijil lahir abg ada dgn u, itu bukti untuk u tunjuk dkt abg andaikata dia ragu2 dgn kenyataan tu. So i suggest u terus terang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 08:58 AM | Show all posts

TT, untuk jadi wali adik ni boleh lagi la TT nak berahsia dgn abang sulung.

tapi tidak dengan faraid. iols punya pendapat, elokla TT terus terang dengan abang disaksikan oleh wakil pejabat agama. boleh la pejabat agama bagi nasihat yang sepatutnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.216332 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list