CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1857|Reply: 18

[Tempatan] Persembahan Dikir Barat Tertinggi Di Dunia, 30,000 Kaki Dari Aras Laut

[Copy link]
Post time 14-9-2017 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-LTS at 14-9-2017 11:03 AM



sumber : Harian Metro



Siapa sangka Dikir Barat yang merupakan satu warisan budaya yang berasal dari Kelantan mampu menarik minat rakyat China.


Memetik laporan Harian Metro, sambutan budaya seni nyanyian yang unik ini bukan sahaja terhad di Malaysia sahaja, malah ianya juga menarik minat rakyat China apabila pasukan dikir barat Arjunasukma berjaya memenangi Anugerah Prestasi Cemerlang pada Expo Industri Pelancongan Antarabangsa 2017 di Guangdong, China baru-baru ini.




sumber : Harian Metro



Lebih manis lagi, ketika dalam perjalanan pulang dari Guangzhou ke Pulau Langkawi, pasukan dikir barat tersebut sempat membuat persembahan dikir barat secara spontan selama tiga minit dalam pesawat dan disambut baik penumpang yang 90 peratus adalah warga China.


Difahamkan, video persembahan dalam pesawat AirAsia yang dirakam pada Isnin lalu itu menjadi tular di laman sosial selepas dianggap sebagai persembahan dikir barat tertinggi di dunia dengan 30,000 kaki dari aras laut.


Menurut pengarah Akademi Arjunasukma Mohd Sulhie Yusuf, dia bersama 14 pendikir yang lain bersyukur apabila impian mereka itu tercapai selepas AirAsia sebagai penaja penerbangan mereka ke Guangzhou membenarkan untuk membuat persembahan dikir barat dalam kapal terbang.


"Pada mulanya kami tidak yakin mereka memberi kebenaran. Tetapi apabila kami menyatakan niat kami kepada ketua pramugara, dia juga teruja untuk melihat persembahan kami."


"Selepas 40 minit, kami difahamkan cuaca dalam keadaan baik lalu ketua juruterbang membuat pengumuman bahawa kami akan membuat persembahan dikir barat dalam masa tiga minit."


"Apa yang menggembirakan apabila semua penumpang yang majoriti dari China menyertai kami dengan bertepuk tangan sehingga ada yang membuat permintaan supaya jangan berhenti."


Tambahnya lagi, dia menyifatkan peristiwa itu adalah kenangan paling manis buat Arjunasukma kerana menjadi pasukan dikir barat pertama yang membuat persembahan "tertinggi di dunia" selain kejayaan mereka diiktiraf di Guangzhou.- CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 10:53 AM | Show all posts
Indon patut tercabar ni..ayuh donk bikin persembahan reok ato kuda lumping di atas pesawat... lagi tinggi dari malon...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:00 AM | Show all posts
indon nak claim dikir barat pula
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:10 AM | Show all posts
msti meriah dlm flight ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:49 AM | Show all posts
bestnye berdikir atas kapal terbang sambil gelek gelek macam ni
[youtube]FLN40r_ym6c[/youtube]
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:53 AM | Show all posts
Untung ler dapat tengok show free
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2017 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Untung lar dapat masuk Malaysia book of record
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 12:07 PM | Show all posts
gede-bab replied at 14-9-2017 10:53 AM
Indon patut tercabar ni..ayuh donk bikin persembahan reok ato kuda lumping di atas pesawat... lagi t ...


jangan cabar.. nanti dorang berpoco2 di planet marikh baru ko tahu







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
lagunya demo lo ni tok supo mulo hehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 12:57 PM | Show all posts
nnti klaim dikir barat dari sematera barat plak ye
#doneclaim
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
indon nak claim dikir barat pula


kalau di indonesia tarian yg duduk beramai2 mcmni namanya tari saman [aceh] .. tapi tak sama la mcm dikir barat ..

@fox.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
nnti klaim dikir barat dari sematera barat plak ye
#doneclaim


yg sumatera barat itu tarian indang/dindin badindin bro .. tak sama .. bhs pun x sama

@-electrifying-
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 01:45 PM | Show all posts
should replied at 14-9-2017 11:49 AM
bestnye berdikir atas kapal terbang sambil gelek gelek macam ni

yg mcm ni la memburukkan imej dikir barat.

hehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:49 PM | Show all posts
jiwarasa replied at 14-9-2017 12:07 PM
jangan cabar.. nanti dorang berpoco2 di planet marikh baru ko tahu

alenggang pata-pata...anape goyang pica-pica...
mendunia gan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
should replied at 14-9-2017 11:49 AM
bestnye berdikir atas kapal terbang sambil gelek gelek macam ni

ini bukan dikir barat... hahah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 05:04 PM | Show all posts
Bila happy, pakat bergelek dikir barat dalam flight.
Bila ada case MH, baru sibuk nak buka surah alFatihah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cer wat kt bisness class.. Elak kena baling dgn botol arak jah.. {:nose
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
should replied at 14-9-2017 03:49 AM
bestnye berdikir atas kapal terbang sambil gelek gelek macam ni

Omg my fav
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dikir barat itu aslinya dari kabupaten blitar, jawa timur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.477072 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list