CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1149|Reply: 22

[Tempatan] Kenapa mendanai AS, tapi minta China labur dalam negara'

  [Copy link]
Post time 14-9-2017 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Ketua pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mempertikai sebab untuk Malaysia melabur dalam infrastruktur di Amerika Syarikat (AS) manakala meminta pelaburan dari China untuk pembangunan dalam negara.

Ia susulan pertemuan perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan presiden AS Donald Trump. Perdana menteri berkata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melabur kira-kira AS$3 bilion ke AS$4 bilion dalam projek-projek infrastruktur di AS.

"Mengapa Malaysia ingin memperkukuhkan Amerika? Apakah impak kita jika ada pun dalam perkara ini?

"Pada masa yang sama adalah aneh untuk kita melabur dalam infrastruktur Amerika tetapi meminta pelaburan untuk projek di negara kita sendiri daripada China," kata Nik Nazmi dalam suatu kenyataan hari ini.

Najib dalam pertemuan beliau bersama Trump berkata Malaysia mahu membantu 'memperkukuh ekonomi AS'.

Selain daripada pelaburan KWSP, Najib berkata Khazanah Nasional Berhad berhasrat meningkatkan pelaburan mereka dalam syarikat-syarikat berteknologi tinggi selain rancangan membeli di antara 33 ke 58 buah pesawat Boeing, urus niaga yang dijangka bernilai AS$10 bilion selama lima tahun.
Najib kemudiannya berkata beliau ada membangkitkan nasib masyarakat Rohingya dengan Trump tetapi Nik Nazmi membidas kenyataan tersebut.

"Berdasarkan catatan White House, isu Palestin dan Rohingya tidak disebut di dalam pertemuan tersebut," katanya.

Dalam kenyataan itu lagi, Nik Nazmi turut mempertikai penginapan Najib di Trump INternational Hotel di Washington DC, menyebutnya sebagai konflik kepentingan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2017 11:31 AM | Show all posts
PELABURAN TAK SALAH TETAPI KENAPA BABITKAN KWSP

Pengumuman perdana menteri di Amerika Syarikat (AS) untuk melaburkan berbilion dolar lagi dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara itu mengundang kesangsian dari dalam negeri.

Aktivis pendesak Melayu, Irwan Fahmi mempersoalkan kenapa wang pencen rakyat Malaysia harus digunakan untuk pelaburan besar itu.

“Saya tidak kata pelaburan yang dibuat adalah salah tetapi mengapa KWSP terlibat?

“Adakah pada ketika ini kita hanya bergantung kepada sumber kewangan KWSP untuk membuat pelaburan?” soal bekas ketua pemuda PERKASA itu.

Dalam pertemuan dengan Donald Trump di Rumah Putih, hari ini, Najib memberitahu presiden AS bahawa Malaysia berminat melabur tiga atau empat bilion dolar lagi untuk mendukung kemudahan pembangunan semula negara itu.

Katanya, Malaysia mempunyai modal besar melalui KWSP untuk dieksport dan telah pun melabur hampir AS$7 bilion dalam bentuk ekuiti.

Pelaburan KWSP itu antara tiga cadangan yang dikemukakan Najib kepada Trump selain pembelian puluhan pesawat AS dan pelaburan syarikat pelaburan negara Khazanah dalam bidang teknologi tinggi di Silicon Valley.

Dalam kenyataan hari ini, Irwan berkata KWSP tidak sepatutnya dilihat modal utama kerajaan untuk membuat pelaburan yang besar sebegitu.

Katanya, dana KWSP adalah simpanan rakyat Malaysia untuk hari tua dan tidak harus berdepan risiko.

“Adakah ada jaminan yang pasti pelaburan ini tidak gagal?

“Sekiranya terkandas di tengah jalan adakah pihak kerajaan dapat menjamin bahawa pelaburan wang tersebut dapat dikembalikan kepada pencarum?

“Ingatlah, setiap pelaburan pasti ada risiko. Cuma adakah kita dapat mengatasi risiko tersebut,” katanya.

Gadai negara?

Berkaitan pembelian pesawat Malaysia Airlines (MAS) pula, Irwan membangkitkan persoalan sama ada ia demi pengukuhan kewangan MAS sendiri.

“Sedangkan CEO Malaysia Airlines telah membuat penjadualan perjalanan penerbangan syarikat tersebut disebabkan ingin menjimatkan kos operasi syarikat,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Pelaburan untung atau menggadaikan negara?”

– M’kini
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:36 AM | Show all posts
Itu namanya pelaburan...ada bisnis disitu...dan Amrik udah bertekuk lotot sama Malaysia...lalu Indon gimana cuk??
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:44 AM | Show all posts
Kalau ko baca sejarah dulu2, ada jer cerita pasal Raja2 Melayu dok bayar 'bunga emas' kat Raja Siam sebagai tanda perlindungan dan 'persahabatan'..

In real life now, this is it...

Bezanya, jibby cover kononnya beli kapal terbang..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 12:49 AM | Show all posts
duit felda dah selesai kat fgv,
duit tabung haji hangus kat tanah trx,
skang turn duit kwsp

...lepas nih kompom duit zakat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 01:44 AM | Show all posts
Jap nak tanya lah ya ~ Parlimen malaysia dah tak wujud ke? Tak nampak persidangan yang membawa isu isu ini bagi dijawap oleh pihak kerajaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2017 02:01 AM | Show all posts
Pelaburannn tak salahhhh tapi cara tu biarrr bermaruahh walaupun kita negara kuasa kecillll. Ni dgn statementtt mcm terdesakkkkk sgttttt, dgn kedudukan kita sbg negara kecil buat statement bangsatttt ala2 sanggopp lakukan apa saja demi amerika jiwa raga kuserahkan, bulan bintang sembahhhh ratuuu sampaiiiii thp menjatuhkan imej negara di mata donia ye nmpk mcm takde maruahhhhh!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 02:04 AM | Show all posts
Nmpk benarrrr statement bodekkkk.....tak maluuuuu! Low classs sgttttt caranya takde intergrity. Bukan mcm tu caranya nak menjalinkan hubungan baik  dgn mana2 negara.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 03:09 AM | Show all posts
Laughing stock globally....my fellow frens non-malaysians duk tanya, "banyak sangat ke duit malaysia nak support amerika"?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 03:47 AM From the mobile phone | Show all posts
precious_chicas replied at 15-9-2017 03:09 AM
Laughing stock globally....my fellow frens non-malaysians duk tanya, "banyak sangat ke duit malaysia ...

Dun play2 dgn msia punya "kuasa" okehh? Sbb 1mdb saja 2,3 bank temasik sudah melungkup, sedang 1mdb masih terus berdiri.
Next stop: Amarekaaaaa
Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 05:06 AM | Show all posts





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow dana pencen digunakan untuk membangun negare superpower amerika without malaysia amerika is nothing
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:57 AM | Show all posts
Trumph senyum kambeng jer bila dengar najib cakap...

bagai mencurah garam ke laut jer lah kalau pump in duit nak support US infrastucture
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 07:37 AM | Show all posts
hzln replied at 15-9-2017 03:47 AM
Dun play2 dgn msia punya "kuasa" okehh? Sbb 1mdb saja 2,3 bank temasik sudah melungkup, sedang 1md ...

Haah betullah...kerana dia sorang, bukan malaysia je, malah boleh melingkup negara2 lain.
Hey...buatkan i teringat kat Mr. Bean. It's like mana2 je dia pergi or cuba buat, orang kat keliling tu jadi mcm disaster kan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 07:42 AM | Show all posts
selalunya ada delegasi bisnesman ikut. ada bilateral deal. ada mou...
ada gambar salam..
ada benefit on both side.

tapi kali ni takde bisnesman. takde bilateral deal. takde mou...
takde gambar salam.
benefit on US side.

deal apa kah ini?

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.... kaget ya ketika mendengar najib al razaki akan membantu AS .... apakh andaX sedar sama sekali bahwa dibawah leadership imam besar suci mulia perkasa malaysia telah sukses merubah dirinya dari kecik menjadi kuasa dunia baru yg sederajat dengan China, Russia dan AS....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 10:39 AM | Show all posts
Amerika & Eropah bukan lagi Santa Claus macam dulu2, krisis ekonomi 2008 merubah mentaliti mereka, mereka mula ikat perut aka. austerity, buat QE tahun 2013, banyak spending kena cut etc.....

Peranan Santa Claus diambil China & beberapa negara2 emerging market yg kebetulan currency dia lebih rendah aka. attractive berbanding mighty dollar, think tank Trump tau benda ni, tu sebab ada ura2 trump mungkin berminat nak ke arah policy Dollar lemah untuk kepentingan export mereka,cuma kesan dia terhadap negara2 yg bergantung pada USD(Australia,Singapura etc) mungkin boleh mengundang beberapa problem2 tertentu dimasa depan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 05:02 PM | Show all posts
OrenTheReturn replied at 15-9-2017 02:04 AM
Nmpk benarrrr statement bodekkkk.....tak maluuuuu! Low classs sgttttt caranya takde intergrity. Buka ...

Jangan salah faham Beb...dah biaso janji macang macang dengan peneroka Fail Sudah...jadi terbawak bawak lah kesano...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 11:46 AM | Show all posts
Al-Patih replied at 15-9-2017 05:02 PM
Jangan salah faham Beb...dah biaso janji macang macang dengan peneroka Fail Sudah...jadi terbawak  ...

Perangaiiii merasuahhh sampai ke US dibawaknya
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
OrenTheReturn replied at 16-9-2017 11:46 AM
Perangaiiii merasuahhh sampai ke US dibawaknya


Apa ke jadahmya uolsss kita dapat PM kepit ni!! Lebih baik dpt PM Luxembourg Gayah dengan first gentlemannya yg hensem... Dpt jibby buat malukan negara jahhhhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.431891 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list