CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43075|Reply: 862

[Tempatan] Update [Kecuaian Atau Takdir??] ‘Mereka mati syahid’ – Pengetua tahfiz

  [Copy link]
Post time 14-9-2017 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kentel at 15-9-2017 09:48 AM

‘Mereka mati syahid’ – Pengetua tahfiz


Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod (dua kiri) mengatakan sesuatu kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (dua kanan) dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (kanan) berikutan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Datuk Keramat, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 SEPTEMBER 2017.

KUALA LUMPUR – “Insya-Allah, mereka mati syahid,” kata Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod dalam reaksinya berhubung kebakaran pusat pengajian agama itu yang mengorbankan 25 mangsa termasuk dua guru.

Katanya, mangsa yang terkorban dan cedera sanggup meninggalkan ibu bapa, adik beradik serta rakan sepermainan untuk berada di pusat tahfiz itu semata-mata hendak belajar agama.


“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.

“Mereka ini, insya-Allah mati syahid,” katanya ringkas kepada media yang ditemui ditempat kejadian di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi tadi, kebanyakan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun sedang tidur di tingkat atas bangunan pusat tahfiz berkenaan.


Seramai 24 daripada 25 mangsa termasuk 22 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu maut akibat kebakaran itu.

Semua mangsa ditemui rentung di tingkat atas pusat tahfiz berkenaan yang didiami 36 pelajar dan enam guru.

Seramai 14 pelajar dan empat guru lagi berjaya menyelamatkan diri, tetapi enam dilaporkan dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). – MalaysiaGazette



Takdir atau kecuaian manusia?
Oleh Dr Nik Rahim Nik Wajis





SEDIH dan tragis! Itulah ungkapan yang mampu diucapkan. Kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, awal pagi semalam, amat menusuk kalbu.
Lebih 20 jiwa suci terkorban. Secara zahirnya kita boleh mengatakan itu adalah qada dan qadar yang sudah termaktub sejak azali, kita sebagai orang beriman, harus akur tanpa soal dan menerimanya dengan reda akan ketentuan-Nya.
Namun, tidak salah meneliti sebab dan punca yang membawa kepada malapetaka ini. Artikel ini tidak bermaksud menuding jari atau mencari kesalahan mana-mana pihak kerana itu semua tidak akan menyelesaikan masalah dihadapi. Nyawa mereka yang terkorban juga mustahil dikembalikan.
Apa yang dikongsikan di sini adalah aspek kenapa peristiwa tragis ini berlaku dan bagaimana kaedah terbaik yang boleh dilakukan semua pihak sebagai langkah berjaga-jaga agar peristiwa hitam ini tidak berulang.
Berdasarkan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Soiman Jahid, pemeriksaan awal mendapati pusat tahfiz itu belum mendapat kelulusan pihak berkuasa. Ini bermaksud pusat tahfiz itu beroperasi secara 'haram'. Haram di sini bukan bermaksud haram daripada sudut hukum tetapi daripada sudut perundangan.

Undang pelbagai risiko

Mungkin ada yang mengatakan adalah tidak adil melabelkan pusat tahfiz seperti itu kerana di situlah tempatnya anak diajar mengaji, menghafaz dan memahami ayat Allah. Namun, kita harus sedar dengan menjalankan operasi pusat tahfiz secara 'haram' ia akan mengundang banyak risiko antaranya risiko kebakaran seperti yang berlaku.
Persoalannya, apakah al-Quran mengajar umat-Nya lalai dan cuai dalam menguruskan sesuatu? Jawapannya pasti tidak. Justeru, pihak yang mengendalikan mestilah mematuhi peraturan ditetapkan pihak berkuasa manakala pihak berwajib pula haruslah bertindak lebih tegas demi menyelamatkan nyawa anak yang tidak berdosa, kerana melindungi nyawa antara maqasid syariah yang penting dalam Islam.
Dalam kenyataan pihak bomba juga menyatakan bahawa kemungkinan punca kebakaran disebabkan litar pintas dan gegelung ubat nyamuk. Meskipun ini mungkin bukan punca sebenar yang membawa kepada tragedi ini, namun aspek ini wajib diberi perhatian. Kebakaran berpunca daripada gegelung ubat nyamuk bukan kali pertama berlaku. Namun ramai yang tidak memberi perhatian serius. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru tengadah.
Mungkin akibat kekurangan dana, maka banyak pusat tahfiz persendirian menggunakan khidmat pendawaian daripada golongan kurang profesional bagi menjimatkan kos. Akibatnya banyak kes kebakaran disebabkan oleh pendawaian yang tidak mematuhi piawaian ditetapkan dan a membawa bencana yang sepatutnya boleh dielakkan.

Tiada alat padam kebakaran

Menurut kenyataan pihak bomba, pusat tahfiz itu juga tiada peralatan memadam kebakaran. Ini juga boleh dianggap kecuaian yang sepatutnya boleh dielakkan.
Meskipun kita tidak menafikan keikhlasan pemilik pusat tahfiz memartabatkan al-Quran, namun sebagai pemilik yang diamanahkan oleh ibu bapa, perlulah lebih bertanggungjawab bukan hanya sekadar mendidik pelajar dengan ajaran al-Quran, tapi pada masa sama menjaga keselamatan dan kesejahteraan mereka.
Takziah kepada semua ibu bapa dan keluarga anak-anak yang terkorban, moga Allah meletakkan anak-anak itu di dalam syurga penuh kenikmatan. Amin.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah agak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Disbbkan syahid maka boleh la dia lepas tangan??
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:54 PM | Show all posts
tak tau nak kata apa dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya dia kata apa..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Parents tolong lah saman pengetua ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2017 02:57 PM | Show all posts
so citer tong gas depan pintu tu cane
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:57 PM | Show all posts
Dia sebut InsyaAllah
Dengan izin Allah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 02:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:58 PM | Show all posts
patutnya dia cakap saya minta maaf khilaf saya tak cek betul2 soal keselamatan sebelum saya memberi pakej syahid kepada anak2 ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:58 PM | Show all posts
syahid,qada dan qadar,penghuni syurga.tanggungjawab kpd yg diamanahkan lepas mcm tu je di dunia ni.kematian ank2 tahfiz walau dlm apa cara sekalipun mmg tak pernah terbela.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 02:59 PM | Show all posts
aku tengok muka shahrizat tu seolah2 hendak dilempangnya ustaz pengetua itu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:01 PM | Show all posts
“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.


sanggup tinggal ke atau kena paksa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanggup tinggalkan family?
Kalau warden i percaya la.
Kalau budak2 kecik tu..... rela paksa kebanyakannya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramainya yang sibuk menghina dan menghukum je dalam ni.
Me xnak komenla bab ustaz2 dorg..hingga dah tegadai nyawa sendiri juga pon me rasa dorg ni bukanlah manusia yang ambil mudah keselamatan anak2 murid dorg..dijaga bagaikan nyawa sendiri..terkorban sama2..itu urusan dia dgn Allah..

Tapi nak tanya korg yg cakap pandai ada ke pernah pegi mana2 pusat tahfiz jenguk dan hulurkan apa yg patut..
Ke bagi duit je ingt settle..

Share macam2la itu ini undang2 bagai.. tapi berapa ramai yg pernah gi bantu pusat tahfiz untuk pastikan pusat tu selamat..jangan cerita setakat pegi sembang n komplen je ini xselamat iti xselamat..ada bantu ke buat apa yg patut beklakn alat pemadam api ke..baginkelas percuma cara2 handle ..ada ajar ke dorg fire drill? Ada ke?

Tanya diri sendiri ok..
Sedap mmg sedap nak salahkan orang..
Cuba tanya diri kita apa sumbangan yg aku dah buat selaian melalak je komplen sana sini org ni tak betul org tu tak betul?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa punca kebakaran tu  ?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2017 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Heyy pak ustaz..tu nyawa anak2 org tu sedap aja ko cakap..peduli apa aku ko ustaz ke hapa ke..aku hrp hidup ko tak aman ye tido ko tak lena siang mlm dihantui mimpi ngeri..hrp famili mangsa jgn redha je ye..saman kaw2 pak ustaz ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:10 PM | Show all posts
kenapa aku tak terkejut bila dia ckp gini?




Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betulla pengetua yg ckp mcmni. Mmg haram jadah la ko tua kutok. Ko dah mkn duit yuran / bantuan bagai...pastu bila ada malapetaka, ko dgn selamba lepas tgn tanak bertanggungjawab akibat kecuaian ko dan staf ko menjakankan tugas dlm memastikan keselamatan anggota2 / pelajar dibawah kendalian pusat/akademi tahfis ko. pastu ko bg alasan "biarla mati terbakarpon anak korg, anak korg automatik jd anak syurga". Badigol punya jawapan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 03:13 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 14-9-2017 03:07 PM
Ramainya yang sibuk menghina dan menghukum je dalam ni.
Me xnak komenla bab ustaz2 dorg..hingga dah ...

ni apekeheyyyy suh dorang ajar fire drill bagai ni..tu kan tanggungjawab sekolah tahfiz utk pastikan keselamatan..nape nak blame public lak sbb x hulur bantuan?..What the..............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.363499 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list