CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11986|Reply: 47

“Kalau Kayap Pusing 1 Badan Pasti Mati” Ini Penjelasan Doktor Yang Buat Ramai Te

[Copy link]
Post time 15-9-2017 04:43 PM | Show all posts |Read mode


“Betul ke klu kena KAYAP & dia pusing satu ROUND badan anda & bila bertembung…..pasti anda akan MATI. Kalau dia pusing dua round…he! he! anda HIDUP kembali…he he he!”




Nak tau dak, suatu pagi di Klinik doc…seorang pemuda masuk bilik consultant doc dalam kesakitan & kena KAYAP gelembung2 menular di bahagian kanan badan serta memegang Surah Yasin. Doc tanya dia mengapa bawa Surah Yasin ni!!. Dia kata: “Doc; betul ke depa kata; saya akan mati bila kayap ni bertembung satu pusingan keliling badan saya nanti. Tolong doc saya muda lagi; belum kahwin lagi”. …Doc hihihi SENYUM KAMBING je dengar kesedihannya!!…kecian doc tengok air mukanya…sungguh DOWN perasaannya!!
Betul ke kata Pemuda tu?? Pernah dalam hidup anda pi ZIARAH JENAZAH mati kerana KAYAP??….TIADA nu…Maka itu MITOS je.

MITOS KAYAP:
Bila satu hujung kayap bertemu dengan satu hujung lagi….maka MATI le anda. Doc sampai lani tak pernah pi ziarah orang mati kerana kayap seumur hidup doc. Anda ada tak?
Jangan makan ubat…biar kayap tu keluar habis. Doc nak tanya anda; yang nak sakit tu orang yang kena kayap ke atau yang bagi nasihat kepada kita yang tak betul ni….Lagi kayap merebak…lagi le sakit.
Bila dah jadi parut dan parut tu sakit…dikata pula sebab kayap tu karam dalam badan & tak keluar habis. Sebenarnya yang sakit ialah saraf kita yang di serang kuman kayap tu sampai 2-3 bulan!
Jangan makan buah/sayuran menjalar/berjalur (eg: tembikai, timun, labu) hihihi nanti parut anda jalar2 macam harimau…hihihihi.
Tak boleh dengar org goreng lauk, atau mkn mknn goreng & gatal…nanti kayap anda lagi sakit & gatal teruk…..kesihan nu!!
ILMU doc nak bagi sikit hal KAYAP.
Doc panggil Kayap sebagai Herpes Zoster. Ianya terjadi bila KULIT & SARAF anda diserang Virus Varicella Zoster. Virus ni serang kulit DERMATOME & urat saraf KIRI ATAU KANAN je & menyebabkan keradangan saraf tersebut yang buat anda sakit teramat sangat. Kulit anda terjadi kebas & panas.
Lepas 3 -5 hari, terdapat tompok-tompok KEMERAHAN yang menyakitkan atas kulit anda. Lepas 1 – 2 hari, timbul GELOMBONG2 air yang kecil. Cecair tu leh jadi KUNING bila infeksi dengan kuman. Akhirnya gelembong2 tu jadi kering. Kulit kering melupas sendiri dalam 1 -2 minggu. Kemudian tinggal le PARUT di kulit.

**Doc nak bgi peringatan:
KAYAP HANYA JADI DI SEBELAH KIRI atau KANAN BADAN/ MUKA je. TAK AKAN BERTEMBUNG……..he he he… Tok nek kita suka melawak je, kata bila bertembung MATI le kita. Tau dak, kita nak mati anytime… bukan kerana kayap nu.
Jika kayap melibatkan muka, ia libat SEPARUH MUKA kanan atau kiri. Kalau kayap masuk MATA menjadi buta. Kalau kena otot & saraf muka kepala kita. Otot2 muka anda akan lumpuh (facial palsy).
Kayap boleh merebak ke organ dalaman kita seperti:
otak(meningoencephalitiscarditis), paru-paru (pneumomitis)
usus (enterocolitis).

Ni Komplikasi jika anda kena Kayap :
– Ada parut dikulit bekas kayap tu.
-Ada kesakitan pada bahagian urat saraf yang kena kuman kayap dalam jangka panjang.

Rawatan:
1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate atau calamine lotion untuk keringkan gelembong air kayap. Ada yang colek gelembung kayap bagi cepat kering.
2. Ubat penahan sakit ponstan/ diclofenac.
3. Ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
4. Ubat antiviral Acyclovir, valacyclovir & famciclovir.
Rawatan traditional boleh je guna. Tapi tiada Medikal Proof je. Kalau tak kesan….tanggung sendiri le/stop je. Ada yang Sapu kapur, pucuk delima; melur, mambu, ubi dan bedak. Guna le cara rawatan apa yang anda suka…OK je!!



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2017 04:45 PM | Show all posts
tak paham, apasal pelik je bahasa dia guna ni, translet from google ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
harrypoter replied at 15-9-2017 04:45 PM
tak paham, apasal pelik je bahasa dia guna ni, translet from google ke

dr ni mmg suka ckp mcm ni, lucu2 tau dr ni. .bagus iols suka byk pengetahuan dpt. .

hehehehe, like laa dia dekat fb tu. .
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah gak dengar orang cakap pasal bila kayap bertembung nanti pesakitnya mati. I rasa bodoh je sebab percaya nasa tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 05:16 PM | Show all posts
apa punca kayap ni?
maksudnya dari mana virus tu datang?
melalui sentuhan ke, air ke macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 06:09 PM | Show all posts
orang zaman dulu mmg takut kalau kena kayap ular.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2017 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Yee pnah dgr jugak..kalo bertembung dah tak lama la tu..mitos rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2017 10:41 PM | Show all posts
harrypoter replied at 15-9-2017 04:45 AM
tak paham, apasal pelik je bahasa dia guna ni, translet from google ke

ok jer bahasa penulisan dia...bab mna yg u x faham? Meh i tolong jelaskan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 06:27 PM | Show all posts
kayap ni ''chicken pox kali kedua''
sy lupa apa org panggil chicken pox di mesia
apa apa pun, virus Nye adalah VZV.

selepas kayap, VZV tadi boleh rosakkan nerve lalu meninggal kan kesan sakit yg lama
ini dipanggil psot-herpetic neuralgia ie PHN

PHN ni sgt teruk, boleh cause depression on the long run
kena makan certain painkillers utk halang simptoms nyer

nanti lah sy bukak thread pasal kayap ni..secara ringkas la
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 06:33 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-9-2017 05:16 PM
apa punca kayap ni?
maksudnya dari mana virus tu datang?
melalui sentuhan ke, air ke macam mana?

virus la PUB.
virus tu kita panggil VZV
dia masuk dalam paru paru lalu masuk dlm darah maka jadilah chickenpox..eh apa org panggil chicken pox di mesia? sy lupa

pastu VZV ni lepak dalam nerves, berpuluh tahun ie sepanjang hayat
bila immunity kita rendah, maka VZV ni pun kuar kot nerve tadi
jadilah dia kayap.
nerve yg diguna utk kuar ni boleh rosak, maka jadilah PHN (tgk jawapan sy kat atas)

jika immunity rendah sgt, maka kayap boleh kuar lebih dari satu nerve area kulit (dermatome), atau boleh kuar berulang kali
org tua immunity dia lemah, so kuar lah kayap
org kena aids atau cancer pun sama, so depa dapat kayap berulang kali, lebih dari satu dermatoem, dan mudah lak dapat PHN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2017 03:14 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 15-9-2017 05:16 PM
apa punca kayap ni?
maksudnya dari mana virus tu datang?
melalui sentuhan ke, air ke macam mana?



makanan kot tak pun jarang mandi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:11 PM | Show all posts
ipes2 replied at 16-9-2017 06:33 PM
virus la PUB.
virus tu kita panggil VZV
dia masuk dalam paru paru lalu masuk dlm darah maka jadi ...

Dr
akak salah sorg yg dpt penyakit kayap berulang
1st time kena ms akak belasan tahun
kali kedua kena ms akak dlm umur 23
then kena lg ms dlm pantang time tu umur akak dlm 25
pastu dlm bbrp tahun kena lg dan last was last year

jujur kata Dr akak terikut dan TERPERCAYA dgn mitos ttg "Kayap Ular"
Allah jer yg taw camner rs takut
2 kali akak kena kayap ular which x sempat pun bercantum
so akak pun x mati sbb dia x cantum
bila igt balik rs bodohnya akak ms tu
belajar tinggi2 smp over d river tp mitos camtu pun akak leh kalah dan percaya
begitu taksub dgn kata2 org tua
paling x leh blah bila ada yg kata nk hilangkan kayap ular
ubatnya adalah bujang  kawen dgn janda
nsb baik x pernah try
arwah suami mmg against sbb dia kata ngarut

ms kena bbrp tahun lps makcik akak kata nsb baik kena kayap bunga jer
akak pun jwb kayap ular pun dah kena
kayap gorilla jer belum

tp seriously kata mmg sakit ms kena kayap tu
sakit perit dan bisa
demam jugak

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mitos rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah dengar mitos pasal mati kalau kayap bertembung. Few yrs back ipar i kena kayap, mertua i suruh cari janda kawin lelaki bujang. Orang mcm ni boleh tawarkan sakit kayap. Amazingly it works!
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 03:51 PM | Show all posts
takayama replied at 19-9-2017 09:11 PM
Dr
akak salah sorg yg dpt penyakit kayap berulang
1st time kena ms akak belasan tahun

wah akak ni veteran kayap la ya(betulkah diagnosisnya kayap semua tu kak?)
(byk tau blistering rash yg penyakitnye berbeza..jika doc yg diagnose tu bukan dermatologist, Bullous Pemphigus pun dikatanya kayap)

apa apa pun, kita boleh kena chicken pox sekali je seumur hidup
(jika 'lebih dari sekali', maka doctor silap diagnose la tu
dari segi biology nye, VZV hanya boleh buat Chicken Pox sekali je

kali kedua dari VZV, maka jadilah kayap
jika org X ni yg tak penah kena chicken pox gi dok dekat dekat dgn org yg kena kayap, maka dia pun terjangkit VZV tadi jugak
namun, dlm badan si X, akan kuar chicken pox dulu.

kayap tu cara blisters nye tumbuh ikut dermatome tu, menyebabkan ia kuar dlm bentuk snake-like pattern
ini kita panggil serpentine

tapi sy tak faham apakah ianya dlm   melayu ie beza kayap bunga dan kayap ular dlm vernacular kita



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 03:52 PM | Show all posts
Amina_Mirza replied at 20-9-2017 03:30 AM
Pernah dengar mitos pasal mati kalau kayap bertembung. Few yrs back ipar i kena kayap, mertua i suru ...

ha ha untung divorcee tu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2017 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 21-9-2017 03:52 PM
ha ha untung divorcee tu!

Hehehe untunglah boleh buat part time tawarkan kayap
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:38 PM | Show all posts
Amina_Mirza replied at 21-9-2017 04:35 PM
Hehehe untunglah boleh buat part time tawarkan kayap

wah business-minded sungguh awak ni ye
caj rm500
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 21-9-2017 04:38 PM
wah business-minded sungguh awak ni ye
caj rm500

Huh rm500?? Maunya luruh kayap tu tak sempat nak ditawarkan dek janda kawin bujang tu doc! Haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2017 05:25 PM | Show all posts
meremang bulu roma tgk gmbau tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.124814 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list