CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2942|Reply: 35

[Tempatan] Penduduk Padang Jawa Disaman Pemaju Kerana Tidak Berpindah

[Copy link]
Post time 16-9-2017 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 20-9-2017 10:26 PM

SHAH ALAM: Selepas gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk mengusir penduduk Padang Jawa di Klang, sebuah pemaju hartanah dan pengarahnya menyaman penduduk kerana menghuni tanah itu secara haram.
Ehsan Bina kalah dalam bida untuk mengusir penduduk selepas dinafikan kebenaran untuk merayu kes mereka kepada Mahkamah Persekutuan pada 7 Mac.

Dalam tuntutan mahkamah yang difailkan Mei tahun ini, Ehsan Bina Sdn Bhd dan pengarah Koi Choor Koon mendakwa mereka membeli tanah di mana kampung itu terletak pada 2012.
Syarikat itu menyenaraikan nama 20 penduduk dalam tuntutan mahkamah itu sebagai defendan, dan juga penduduk lain yang tidak dinamakan.

Bagaimanapun, 15 daripada penduduk yang dinamakan itu menegaskan tuntutan itu “tidak jelas” kerana Ehsan Bina tidak menyatakan jumlah penduduk yang tidak dinamakan secara spesifik.

Peguam yang mewakili 15 penduduk itu, Dinesh Muttal, berkata beliau memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Roslan Abu Bakar semasa perbicaraan sebutan hari ini yang beliau menolak kehakiman keizinan yang dianggap disetujui antara Ehsan Bina dan 5 penduduk yang dinamakan berserta penduduk lain yang tidak dinamakan dalam tuntutan itu.

“Mahkamah tidak patut memberikan keizinan jika tiada kejelasan pada nama dan keizinan itu juga dipertikai,” katanya.
Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Abu Bakar menetapkan satu tarikh pengurusan kes pada 9 Oktober, memberi laluan kepada penduduk dan pemaju menyelesaikan isu nama tidak dikenal pasti dan perincian kehakiman keizinan itu.
Awal hari ini, kira-kira 30 penduduk hadir ke mahkamah menunjukkan sokongan untuk kes mereka.

Penduduk yang diketuai wakil mereka Azman Mohd Taib, juga membawa sepanduk dengan mesej “kami mahu rumah ganti rumah” dan “hentikan pengusiran paksa”.
Selepas perbicaraan tamat, Azman dan penduduk lain berkumpul di luar bilik pembicaraan dan mengangkat sepanduk, menunjukkan ketidakpuasan hati dengan tindakan pemaju.

Azman memberitahu pemberita, penduduk sudah menghuni tanah itu lebih 40 tahun.
“Sebelum ini penduduk bukan rela hati menandatangan (persetujuan untuk berpindah) dan hanya peroleh RM7,000 sebagai pampasan,” dakwanya.
Azman juga mendakwa penduduk yang menandatangan persetujuan itu tidak menerima salinan persetujuan.
“Saya tidak menandatangan persetujuan kerana saya tidak takut dengan paksaan mereka,” tambahnya.

Sebelum ini, Azman dan penduduk lain membuat laporan polis terhadap pemaju yang didakwa mengganggu penduduk untuk berpindah dari situ.
Penduduk itu berkata mereka diugut dengan tindakan undang-undang jika enggan bersetuju dengan tawaran syarikat itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan Ken Rimba ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 10:34 AM | Show all posts
dah name pun padang jawe mestile yang membinanye orang jawe
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 11:10 AM | Show all posts
"enduduk itu berkata mereka diugut dengan tindakan undang-undang jika enggan bersetuju dengan tawaran syarikat itu."

bukan diugut, tapi diperingati. amboiii..... drama kau nak. dah memang negara kita ada undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Dna leluhur berIC merah jadi biru la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la, dh dpt rm7ribu nk umah pulak. Untung le, org lain kena ssh2 panjat bank ikat perut semata2 nk byr loan umah flat 3 bilik kecik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2017 12:14 PM | Show all posts
kesian pula kat sesetengah penduduk sbb org2 kat situ bukan jenis berduit sgt.. byk peniaga tepi2 jalan cari rezeki .. Tapi creepy pun ada. high criminal spot kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 01:41 PM | Show all posts
itu tanah depa ke? ke bina ala ala setinggan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu padang jawa ada kawasan penduduk india.. situ kawan aku sewa line clear katanya
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:04 PM | Show all posts
Indon2 jer bersepah situ

org tempatan amek kesempatan sewa kan kat indon

huntung atas hangin
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Hal setinggan ni jangan dengar cerita sebelah je..
Dorang bercerita mesti la ala2 ditindas, diugut, dihalau secara paksa bla... bla... bla...

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 10:37 PM | Show all posts
Banyak mangkuk2........entah dari mana........datang Lembah Klang cari kerja konon.  Dah dapat kerja/berniaga......pantang pandang tanah kosong, mulalah pacak kayu, kendian naik rumah. Duduk free bertahun-tahun sampai api air pun kadang2 curik jugak. Everything is FREE.

Bila empunya tanah nak develop tanah........ha mulalah meroyan, macam bapak dia punya tanah. Dah dapat RM7k........terasa tak cukop pulak.........nak rumah free satu. Banyak cantik. Takde siapapun yg bentang permaidani merah suruh ko buat "stink garden" kat situ. Dudok free bertahun-tahun dah kira bagus dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
PPRT nya kau dek duduk tanah secara haram
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 10:41 PM | Show all posts
nape plak org kampung nak terasa dihalau?
bukan ke china komunis pemilik tanah tu sekadar nak
bg pelaburan pada negara?

cc @rashiman @dcruins @Simunggu
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 11:51 PM | Show all posts
Kira baik laa pemaju tu ada tolak ansur.
Kalau tanah orang lain, memang dah lama kena parang kalau ko menumpang lama-lama.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 12:07 AM | Show all posts
kawasan padang jawa tu skrg dah pesat membangun ...
dulu kawasan tu ladang kelapa sawit....
skrg ... dah jadi kawasan yang modern sesangat ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2017 01:45 AM From the mobile phone | Show all posts
MissNigga replied at 17-9-2017 12:07 AM
kawasan padang jawa tu skrg dah pesat membangun ...
dulu kawasan tu ladang kelapa sawit....
skrg . ...

Dlam2 tu skang ramai warga asing je menghuni
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 10:11 AM | Show all posts
rayray28 replied at 17-9-2017 01:45 AM
Dlam2 tu skang ramai warga asing je menghuni

11 thn iols dok section 7 ... iols tak pernah menyeberangi jambatan yang merentasi laluan kamuter nak ke seberang ... hahaaaaaa
tak hingin pun ... sekadar hantar kawan pi stesen kamuter or menyinggah pasar malam tu jerr
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 09:39 AM | Show all posts
bangcak replied at 16-9-2017 10:41 PM
nape plak org kampung nak terasa dihalau?
bukan ke china komunis pemilik tanah tu sekadar nak
bg ...

nanti engkau pun merasa hasil kemajuan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 09:43 AM | Show all posts
ummah dari Tanah Jawa ke?

@kecimpret
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.092368 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list