CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2227|Reply: 38

[Tempatan] Warga emas kekal sihat, tak minum ais

  [Copy link]
Post time 16-9-2017 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Mengamalkan makan sayur terutama bayam sebagai makanan rutin setiap hari menjadi rahsia lelaki warga emas kekal sihat dan bertenaga walaupun berusia 100 tahun.

Kiew Woon Siew berkata, dia gemar makanan semulajadi seperti sayuran serta buah-buahan dan sebolehnya mengelak makanan yang mengandungi bahan perisa.

Katanya, dia juga mengamalkan bangun awal iaitu jam 4 pagi dan minum air masak serta langsung tidak minum ais sepanjang hayatnya.

“Saya minum air masak selepas bangun pagi sebelum mandi dan bersenam serta mencabut rumput di halaman rumah untuk mengeluarkan peluh,” katanya.

Woon Siew ditemui selepas menerima MyKad baru yang diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin sempena Program Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Walkabout di kediamannya di Kuala Kuang, di sini, semalam.

Dia yang kehilangan isteri 50 tahun lalu, gembira dan teruja menerima kad pengenalan baru tambahan pula tidak ramai yang mampu mencecah umur sepertinya.

Woon Siew yang pada usia muda bekerja sebagai penjual durian memiliki 13 anak berusia 60 hingga 78 tahun dan 40 cucu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak, Zulazlan Abu Hassan berkata, program itu bermula sejak 8 Ogos lalu dan JPN sentiasa mengadakan program bagi menyelesaikan masalah berkenaan sijil kelahiran dan MyKad.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 12:35 PM | Show all posts
x dpt x minum tambah ais

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Pic mane?
Nak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 01:39 PM | Show all posts
makan sayur, buahan & kehidupan yg aktif (ie. keluarkan peluh dgn berkebun, bersenam, berjalan, etc.) memang bagus untuk cardiovascular.... menyihatkan badan & boleh dipercayai satu faktor panjang umur.

Tapi sbb tak minum ais tu macam mengarut jer (walaupun banyak melayu percaya minum ais tak elok/tidak digalakan/dilarang ... kalau nak sihat, awet muda, panjang umur, suara sedap, etc.  Air yg selalu kita minum tu sebenarnya sama jer/air yg sama dari sumber yg sama takder beza kecuali satu tidak disejuk bekukan (air biasa)  & satu lagi disejuk bekukan (ais). Bila minum ais rasa sejuk/sedap/puas kat mulut/tekak & beberapa ketika kat dalam perut jer, lepas tu akan sama semula dgn suhu badan (proses semulajadi tubuh badan) sama seperti minum air biasa, tak akan mengubah keseluruhan suhu tubuh badan lebih rendah @ lebih tinggi. Kalau suhu badan seseorang tu lebih tinggi/rendah dari suhu badan yg normal tu maknanya memang orang tu tak sihat/sakit. Jadi kat mana logiknya yg kata ais sangat tak elok diminum tu?....
   

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ais melambatkan puncernaan jah kalau minum lepas mkn..kalau perut kosong ok jahh..heshe siaht sebab makan benda alami...umma2 pprt suchi terpuji pula lahir2 makbapak naik alza pakai tudong pareeeda gigeh sumbat sosej n frise dlm mulut anal katanya berkhasiat dan berprestij.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sementara ittew unmah2 lokalis keje gomen bg makan lokcing petang2..suami isap rokok muka berminyak..anak2 pula makan roti berperisa bagi2 sebab senang kntnya..dgn jus dlm kotak..katanya berprestij mcm orang putis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2017 01:49 PM | Show all posts
Edited by saladin780 at 16-9-2017 01:50 PM

petua jgn minum ice tu agak mengarut la..xde bukti saintifik pun..abis tu org  eskimo yg duk kutub tu camne plak hari2 minum air sejuk?

ramai je aku tgk pantang x nak minum ais la..jangan makan sambil minum la..tapi kepam gemuk gak..mana taknya  kena jalan/gerak sikit pun mengeluh..tp makan kemain lagi berlonggok penuh sepinggan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 16-9-2017 01:43 PM
Ais melambatkan puncernaan jah kalau minum lepas mkn..kalau perut kosong ok jahh..heshe siaht sebab  ...

Mkn sosej baru class.. kalo mkn sayur pucuk paku tuu mknan org asli.kek gua musang tuu nunnnn.. sesambil mkn buang sampah ikut tingkap kete cam famri 7 hak hak hak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 16-9-2017 02:05 PM
Mkn sosej baru class.. kalo mkn sayur pucuk paku tuu mknan org asli.kek gua musang tuu nunnnn.. se ...

@pyropura selalu pegi Gua musang cari rebung masak lemak  mkn di aidil fitri....

Gua musang penuh flora fauna
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 16-9-2017 02:28 PM
@pyropura selalu pegi Gua musang cari rebung masak lemak  mkn di aidil fitri....

Gua musang pen ...

Hak hak hak hak.. mkn robung dipagi raye jd lawak terunguuull
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 16-9-2017 01:48 PM
Sementara ittew unmah2 lokalis keje gomen bg makan lokcing petang2..suami isap rokok muka berminyak. ...

Family hang kata famri 7... kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 16-9-2017 02:28 PM
@pyropura selalu pegi Gua musang cari rebung masak lemak  mkn di aidil fitri....

Gua musang pen ...

Gua musang byk orang asli sis aka ates.. kira jumpa sedara mara laaa tuu sambil pakei baju mulayu poket blazer
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Air ais ni salah 1 nikmat hidup.
Ruginya hidup lama2 pon tak dapt nikmati.

Kih3..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:40 PM | Show all posts
ade  yg suggest Okinawa diet...i belum search lagi okinawa diet
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:41 PM | Show all posts
ramai org ckp dgn aku jgn minum ais demi kesihatan


tp Nabi sukakan air dingin


what kind of dingin , what the scale of dingin ,I dunno.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
saladin780 replied at 16-9-2017 01:49 PM
petua jgn minum ice tu agak mengarut la..xde bukti saintifik pun..abis tu org  eskimo yg duk kutub t ...


Tulah pasal din.
Me tak pernah lgi jumpa kajian saintifik keputusan seperti yg org kita duk cakap tu..

Padahal me  jumpa je artikel kata ibu nk bersalin diberi minum air sejuk untuk kurgkan sakit dan nervous bersalin ke macam mn ntah..
Ada yg me bc kt klu nk lemak cepat  bakar kena minum ais..
Tak jumpa mana2 kajian keputusan  yg seperti didakwa oleh budaya kita ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 16-9-2017 02:39 PM
Gua musang byk orang asli sis aka ates.. kira jumpa sedara mara laaa tuu sambil pakei baju mulayu  ...

Pakai baju melayu poket blazer blh selit petai org asli kat poket kann.....org tak nmpak
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 16-9-2017 02:44 PM
Pakai baju melayu poket blazer blh selit petai org asli kat poket kann.....org tak nmpak

Kalo nmpk potai malulaaa nmpk mcm ummmah pprt.. dah kulu kehilir upkan diri ummmah urban tup tup mkn potai
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 02:59 PM | Show all posts
ketika zaman dulu banyak pokok buah keliling rumah asal nak makan ringan2 petik duku nanas jambu rambutan air kelapa semua ada keliling rumah sampai x boleh telan dah cempedak  sbb hari2 makan cempedak nangka, zaman skrg jajan popcon epal aje buat stok
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 04:49 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 16-9-2017 02:42 PM
Tulah pasal din.
Me tak pernah lgi jumpa kajian saintifik keputusan seperti yg org kita duk cak ...

yg penting jaga makan je..banyakkan bergerak..insyalah sihat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.062916 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list