CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1484|Reply: 14

[Tempatan] Elak hijrah oversea, gaji doktor pakar akan dikaji

[Copy link]
Post time 16-9-2017 04:07 PM | Show all posts |Read mode


Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta mengkaji semula tangga gaji tenaga pakar dalam sektor kesihatan bagi mengelakkan kehilangan khidmat golongan profesional ini berhijrah ke negara lain.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu perlu bagi mengelakkan kekurangan tenaga mahir dalam negara kerana pendapatan lumayan diberikan oleh luar negara berbanding di negara ini.

Jelas beliau, kerajaan telah membelanjakan begitu banyak wang untuk perbelanjaan latihan dan pendidikan lanjutan mereka sedangkan negara berkenaan tidak pun melabur untuk latihan kepakaran lanjutan bidang tertentu untuk rakyat mereka.

"Saya lihat sudah tiba masanya pihak JPA melihat skim dan struktur gaji profesional bidang berketrampilan utuk mengelakkan berlakunya masalah kehilangan tenaga kita ke luar Malaysia.

"Walaupun kita tahu ia melibatkan pelbagai sektor lain perkhidmatan awam, tetapi untuk bidang perubatan kita tak mahu kehilangan ke luar negara," katanya pada sidang media selepas pelancaran Program Kesihatan Pergigian Warga Kolej Komuniti "Transformation With 1Smile Together' (TW1ST) Peringkat Kebangsaan 2017 di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk di Bagan Datuk hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Program TW1ST bertujuan meningkatkan pengetahuan warga kolej komuniti tentang kepentingan amalan penjagaan kesihatan pergigian dan seterusnya menjadi ejen perubahan serta suri teladan kepada golongan belia lain.

Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berpendapat Malaysia berpotensi besar dalam pelancongan kesihatan yang digalakkan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kerana kemudahan dan kos perkhidmatan yang dikenakan jauh lebih rendah berbanding negara lain dalam rantau Asia.

"Kemudahan hospital pakar (dalam negara) adalah sama piawaian dengan negara lain. Saya fikir Malaysia punyai potensi cukup tinggi dalam pelancongan kesihatan dan kekalkan tenaga pakar kita supaya boleh berikan pulangan," katanya.

Justeru itu, beliau meminta dan menyerahkan kepada kebijaksanaan ketua pengarah JPA untuk mengatasi masalah penghijrahan tenaga profesional bekerja di luar negara.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2017 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Doctors je ke?nurses yang berlambak berhenti sbb offer kat luar negara lagi lumayan mcm mn plk?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 06:40 PM | Show all posts
apakata amik bangla rohingya... gaji murah ada kelayakan universiti of dhaka
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Politik dlm kementerian pun kena dikurangkan. Pakar lari bukan sebab gaji saja, tapi sebab politik dalaman jugak. Banyak pakar tak kisah pasal gaji, sbb gaji pakar mmg teramatlah tinggi. Orang lagi tak tahan dgn politik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 12:45 PM | Show all posts
Knowlee replied at 16-9-2017 10:28 PM
Politik dlm kementerian pun kena dikurangkan. Pakar lari bukan sebab gaji saja, tapi sebab politik d ...

yang utama macai2 penjilat bijan tu patut dikurangkan...spesis2 yang jadi pegawai khas bijan tu...penyangak songlap duit tadak fungsi pun
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
kentel replied at 17-9-2017 12:45 PM
yang utama macai2 penjilat bijan tu patut dikurangkan...spesis2 yang jadi pegawai khas bijan tu... ...


Politik ni tak semestinya pasal dia saja. Kena tgk pada konteks yg lebih luas. Even dlm jabatan yg kecil pun ada byk politik. Org pangkat2 tinggi gila kuasa nak pegang jawatan pengarah, ketua bahagian, ketua seksyen. PM tu tak kenal pun org2 bawah yg lain. Tak perlu kenal dgn PM pun, ramai je yg songlap duit. Baik yg berpangkat tinggi, hingga serendah-rendah gred jawatan. Kita suka tgk yg jauh, tapi yg depan mata pun byk berlaku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2017 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 16-9-2017 06:40 PM
apakata amik bangla rohingya... gaji murah ada kelayakan universiti of dhaka

Dahsyatnya ko punya sindiran ya bang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 07:50 AM | Show all posts
Knowlee replied at 17-9-2017 02:56 PM
Politik ni tak semestinya pasal dia saja. Kena tgk pada konteks yg lebih luas. Even dlm jabatan  ...

what i'm focusing is, optimizing taxpayers money, msian financial...bila menteri lantik pegawai2 khas tu, depa takdak function actually, instead habiskan bajet kewangan negara...bygkan mcm si khalid tu...pencen jadi IGP, sehari pencen terus najib lantik dia jadi duta khas najib..bygkan tu takde dlm last budget, tiba2 buat mcm tu, tak ke lari budget allocation...sbb tu tiap2 tahun budget yang allocate tu burst, sbb mcm ni lah..lepas tu mula tarik budget defence, edu, healthcare
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 08:07 AM | Show all posts
buang masa layan org mcm ini...kalau nak kerja oberse pg shj lah...menyemak shj nak dipujuk...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 08:22 AM | Show all posts
Simunggu replied at 18-9-2017 08:07 AM
buang masa layan org mcm ini...kalau nak kerja oberse pg shj lah...menyemak shj nak dipujuk...

mcm nak setuju dgn ko..kalau pakar2 ni nak pegi obersea..pegi lah..kembalikan kerakyatan malaysia..aku rasa tak ramai pun mcm tu...ada je pakar yg masih loyal...pernah jumpa sorang...komen dia senang je..dlm hidup ni, bukan semua org kejar duit ringgit je, ada yg betul2 passion dlm kerjaya dia..and buat masa ni, kerjaya as medical officer di malaysia ni adalah antara yg skim yg terbaik kalau nak compare dgn skim lain..

rasanya byk je graduan medical yg tak dpt keje lagi..kalau perlu pakar..kat uni-uni yg ada medical school pun byk kan..

sometimes it is about loyalty to the country..

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 09:28 AM | Show all posts
Simunggu replied at 18-9-2017 08:07 AM
buang masa layan org mcm ini...kalau nak kerja oberse pg shj lah...menyemak shj nak dipujuk...

betul tu.
pujuk china komunis masuk lagi bagus kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 09:34 AM | Show all posts
wirazam replied at 18-9-2017 08:22 AM
mcm nak setuju dgn ko..kalau pakar2 ni nak pegi obersea..pegi lah..kembalikan kerakyatan malaysia. ...

ya...kena loyal dgn negara & berkhidmat utk rakyat....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 09:36 AM | Show all posts
bangcak replied at 18-9-2017 09:28 AM
betul tu.
pujuk china komunis masuk lagi bagus kan?

pujuk org yg boleh bawa keuntungan pada negara...apa salahnya...engkau juga turut merasa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 09:39 AM | Show all posts
Simunggu replied at 18-9-2017 09:36 AM
pujuk org yg boleh bawa keuntungan pada negara...apa salahnya...engkau juga turut merasa..

sbb tu kita kene pujuk anwar jd pm.
itu je 1 cara yg bawa untung negara.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 07:24 AM | Show all posts
bangcak replied at 18-9-2017 09:39 AM
sbb tu kita kene pujuk anwar jd pm.
itu je 1 cara yg bawa untung negara.

hahahaha...semua org senior yg belajar dgn dia di ITM dulu...tahu dia punya perangai buruk...tak caya engkau buat homework lah sikit...

pemimpin mcm tu bukan pemimpin aku...sorry lah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.066264 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list