CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4483|Reply: 38

Ibrah dari Tahfiz

  [Copy link]
Post time 16-9-2017 08:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 16-9-2017 08:49 PM

Kebakaran tahfiz sah perbuatan khianat, enam positif dadah:
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh hari ini mengesahkan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin merupakan perbuatan khianat.

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, Amar Singh berkata, tujuh remaja  berusia antara 11 hingga 19 tahun ditahan polis pada 6 petang 15 September sehingga pukul 2.30 pagi pada 16 september.

Kesemua mereka merupakan penduduk yang tinggal disekitar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Amar Singh berkata, enam daripada suspek positif dadah. Kesemua suspek telah dibawa ke mahkamah hari ini dan akan direman sehingga 22 September ini.


Siasatan dibuat di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 435 Khianat Dengan Api kerana siasatan awal mendapati terdapat unsur tersebut.

"Dengan tangkapan tersebut polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat.
"Punca perbuatan khianat ini adalah disebabkan perbuatan ejek mengejek antara suspek dan pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat," kata Amar Singh.

Menurut beliau dua dari suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu merusuh dan mencuri kenderaan.

Amar Singh turut memberi amaran kepada orang awam agar tidak menunarkan mesej yang tidak benar kerana boleh memberi kesan siasatan dan proses mahkamah. Tindakan boleh diambil dibawah Seksyen 203 Kanun Kesiksaan.-UTUSAN ONLINE





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/terkini/kebakaran-tahfiz-sah-perbuatan-khianat-enam-positif-dadah-1.527291#ixzz4sqTwgts2
© Utusan Melayu (M) Bhd




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2017 08:55 PM | Show all posts
Assalamualaikum,

Kalau di London dulu ada berita satu blok flat terbakar , kita pun tersentak dan tergumam juga  , apatah lagi berita seperti ini.

25 nyawa  yg 21nya telah berada di barzah dan selebihnya menerima rawatan , diketahui akhirnya menjadi mangsa perbuatan sekumpulan hasil tangan  manusia yg lain. Yg reratanya masih muda.


something is definitely wrong somewhere.

yg nyata ialah dalam radio ikim 6 pm tadi disebut tentang satu perkataan yakni

'ADAB' .

rasanya sudah tiba masanya konsep, dan nilai seangkatan denghannya dibicarakan semula , dibedah untuk mendapatkan intipati sebenear  apa itu ADAB.

kalau tiada ADAB maka 25 nyawa pun akan dilihat as  tidak ada apa apa  or ' nobody business'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2017 08:58 PM | Show all posts
of course selain itu Ibrah yg lain ialah dari aspek keselamatan dan tata reka bangunan.
ini memangnya perlu dipatuhi - untuk keselamatan nyawa, keturuna dan harta benda pihak yg menerima amanah menjaga nyawa nyawa ini.

Yg positifnya , ada banyak pun saudara kita yg sedia membantu memberikan perkhidmatan rundingan keselamatan, wiring dan etc. so , ada kesan positif, maksudnya ramai pihak yg sanggup tampil membantu , segagahnya kena berinisiatif menacri sehabis baik pihak pihak ini atas dasar tanggungjawab untuk menjaga keselamatan.


bercakap memang senang tapi  semuanya bermula dari ADAB.

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2017 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak muda kita skrg mmg kurang adab...kwna igt pendidikan tu bermula drp mana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2017 09:10 PM | Show all posts
cahaya_almas replied at 16-9-2017 09:05 PM
Anak muda kita skrg mmg kurang adab...kwna igt pendidikan tu bermula drp mana...

tulah,  kalau kita lihat Quran pun , ada ibrah kisah Prophet Yusuf AS yg masa kecil tu dibuli dan dibuat macam macam , so banyak kisah ADAB dengan ALLAH dalam Al Quran , dan bagaiman org at his lowest point of his life masih boleh ber ADAB pun dengan ALLAH , bila ada ADAB dengan ALLAH maka dia akan sayang semua makhluk dan tak suka pun buat macam ni. Prophet Muhammad SAW pun dihina apatah lagi dihina dicerca sampai ke forum ni lagi tapi tengoklah baginda : akhlak dan ADAB...

sebab tu ADAB ni ditekankan juga oleh Prof Naquib Al Attas.

i tak tahu sangat pasal konsep dan keseluruhan makna ADAB ni tapi  i think konsep ni mempunyai mendan makna yg luas dan nilai yg tinggi.

i tak tahulah tapi jadi macam ya allah...something is definitely wrong somewhere di mana ADAB ini tak ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2017 09:13 PM | Show all posts
what is ADAB actually?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2017 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul sngt...

Adab
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2017 09:43 PM | Show all posts
adab vs akhlak apa beza?

dan kalau dilihat dari sirah - Khalifah Uthman Affan memaafkan pembunuhnya - ketika beliau ditikam dan alangkah bertuah si pembunuh itu sebab tangan yg berbuat FASAD itu dimaafi oleh si mangsa.
ini akhlak at the highest level kalau kita lihat dan banding dalam konteks sekarang, bila terjadi hal ini nak rasa maaf pun well...

tapi saya harap mereka  yg kena tuduh ni insaf dan rayulah kemaafan dari family , dan jadilah manuia yg lebih baik dalam tempoh masa hidup di dunia.

belajarlah ADAB. bermula  ADAB dengan ALLAH...beradab dengan ilmu dari sirah para rasul yg mana kisah mereka dihina sepanjang panjang dakwah ...dibuli , dijatuhkan maruah  dengan balingan najis m cercaan tapi ...apa depa buat

ada semua tu dalam Quran...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2017 11:50 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-9-2017 11:52 PM

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh hari ini mengesahkan kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin merupakan perbuatan khianat.

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, Amar Singh berkata, tujuh remaja  berusia antara 11 tahun hingga 18 tahun ditahan polis pada pukul enam petang semalam sehingga pukul 2.30 pagi tadi.

Kesemua mereka merupakan penduduk yang tinggal di sekitar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.










Amar Singh berkata, enam daripada suspek positif dadah. Kesemua suspek telah dibawa ke mahkamah hari ini dan akan direman sehingga 22 September ini.


Siasatan dibuat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 sebab khianat menggunakan api.

"Motif mereka adalah untuk membakar, sebab usia mereka dan kematangan mereka tidak tahu daripada perbuatan mereka akan berlakunya kematian.

“Suspek dipercayai mengangkat dua tong gas dari tingkat bawah ke tingkat tiga bangunan tahfiz tersebut sebelum memulakan kebakaran menggunakan sejenis bahan pembakar,” katanya

Jelas Amar Singh, punca remaja terbabit melakukan perbuatan khianat itu adalah disebabkan perbuatan ejek mengejek antara suspek-suspek dan pelajar pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Amar Singh berkata, dengan tangkapan tersebut polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Menurut beliau dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu merusuh dan mencuri kenderaan.

Amar Singh turut memberi amaran kepada orang awam agar tidak menularkan mesej yang tidak benar kerana boleh memberi kesan siasatan dan proses mahkamah. Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 203 Kanun Kesiksaan

Dalam tragedi awal Khamis lalu 21 pelajar serta dua guru pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban apabila terperangkap dalam kebakaran. Kesemua mereka  selamat disemadikan semalam.


Insiden yang mengemparkan seluruh negara itu ditangisi oleh semua lapisan masyarakat.-UTUSAN ONLINE





Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 27291#ixzz4srDgxQzx
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2017 11:51 PM | Show all posts
video

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 12:52 AM | Show all posts
Suspek Beli Minyak Petrol Sebelum Ke Pusat Tahfiz

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Dua daripada tujuh suspek yang menyebabkan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dipercayai telah membeli minyak petrol di sebuah stesen minyak berdekatan Jalan Datuk Keramat awal pagi kelmarin.



Seorang Jurujual stesen minyak berkenaan, John Mazuar, 21, berkata, kedua-dua remaja lelaki tersebut tiba di stesen minyak itu pukul 2.20 pagi dengan membonceng sebuah motosikal.
"Saya lihat mereka menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dan mengisi minyak di dalam tangki motosikal mereka.

"Ketika itu saya seorang diri di kaunter pembayaran kerana seorang lagi rakan setugas telah pulang ke rumah pada pukul 1 pagi," katanya di sini hari ini.

Menurut John, kedua-dua remaja tersebut tidak menggunakan botol kosong bagi mengisi minyak sebaliknya mengisi di dalam tangki motosikal sahaja. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 27399#ixzz4srTM7Bqo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 09:59 AM | Show all posts
Bersama kita tularkan pesanan khidmat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 09:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 12:43 PM | Show all posts
tu la yang belajar tahfiz pon belum tentu beradab..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 02:42 AM | Show all posts
Salam TT





Salam takziah juga kpd seluruh warga Keramat, KL & UK
- Tragedi...

P/s: Yg pasti ejek-mengejek bukannya adab, tapi biadab

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 10:49 AM | Show all posts
Saya nampak, ni sebagai tanda2 kiamat yg somehow tahap "amat hampir sangat dah".

Sebelum ni dengar antara penjahat, then antara orang dewasa yg jahat vs baik. Lepas tu antara dewasa yg ok. Yg ni pulak antara budak2 yg beradab vs tak beradab. Tak lama lagi mungkin antara yg belum mumayyiz pulak.

Sebab ada 2 kisah hadis yg terbayang2 kat kepala saya ni. Satu, manusia peperangan/pembunuhan makin menjadi-jadi. Kedua, berbunuhan menjadi normal. Silap sikit tembak. Contoh, tercium bumper kereta kat depan, terus tembak.

Yg budak2 ni pulak, katanya sebab ejek/tegur, the, bakor..... macam tak de hal...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 01:27 PM | Show all posts
napa kegagalan pihak pengurusan menyediakan laluan emergency
tidak dibangkitkan
dan napa pusat tahfiz itu dibuka di kawasan berpendudukan padat

sekadar pertanyaan saja?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 10:27 AM | Show all posts
Safety awareness dikalangan rakyat Malaysia masih banyak perlu digandakan.  Walupun bangunan itu bertujuan sementara, yang sementara pun sepatutnya tak di kurangkan ciri keselamatan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 12:26 PM | Show all posts
Edited by mnm77 at 20-9-2017 12:28 PM
orangbesi replied at 18-9-2017 01:27 PM
napa kegagalan pihak pengurusan menyediakan laluan emergency
tidak dibangkitkan
dan napa pusat tahfiz itu dibuka di kawasan berpendudukan padat

sekadar pertanyaan saja?

Saya pun nak tahu juga... kenapa ya?

Cuma saya rasa mungkin:
1. Bangunan itu sementara, mungkin difikirkan tidak akan terjadi apa-apa kerana kos yang tinggi dalam aspek keselamatan lebih disalurkan kepada bangunan yang bakal diduduki kelak. Kekangan kalau pelajar diberi cuti, maka hafazan akan tercicir. Isu keciciran hafazan ni orang tak berapa faham. Memanglah kalau berdebat isu keselamatan, apa pun alasan keciciran yang diberi tak akan diterima....
2. Sebab tempat dan bangunan di waqaf-kan di situ.

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 09:33 PM | Show all posts
mnm77 replied at 20-9-2017 12:26 PM
Saya pun nak tahu juga... kenapa ya?

Cuma saya rasa mungkin:

tq sudi jawab
maaf saya tak berani nak lebih2 pasal tak tahu/kenal yg disitu

hanya dr pendengaran saja.......
bangunan di renovasi tanpa dapat kelulusan bomba
dan saya tak tahu ttg prosedur kelulusan majlis perbandaran setempat

ttg cuti dan masalah hafazan ni
ni pasal dok hafal je tanpa memahami perkataan/ayat tu - susah juga kan
kenapa tak di ajar terlebih dahulu bahasa arab (jangka masa setahun pun dah memadai)
maka lagi senang hafazannya kan dan ada masa cuti juga

dan kedudukan tahfiz jauhlah sikit dr penduduk/aktiviti
untuk sementara - bila dah teguh iman/hati tu - silakanlah dimana sekalipun

sekadar sembang2

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.108192 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list