CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1021|Reply: 4

[Dunia] [Adegan yg ingin kita lihat] Tersilap curi motosikal polis

[Copy link]
Post time 17-9-2017 12:10 AM | Show all posts |Read mode
JAWA TIMUR - Tindakan seorang lelaki mencuri sebuah motosikal membawa padah apabila dia tersalah mencuri kenderaan itu yang merupakan milik seorang pegawai polis di Desa Ngemplak, Boureno Bojonegoro di sini.

Suspek yang dikenali sebagai Eko, 28, merupakan seorang penduduk dari Mukim Sumberejo melakukan perbuatan itu setelah rumah anggota polis terbabit, Aipda Mat Sulis memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Sulis merupakan pegawai polis di Balai Polis Sat Lantas Bojonegoro bertindak pantas dengan menahan suspek berkenaan selepas melihatnya di CCTV.

“Motosikal itu saya curi dari rumah mangsa dan kemudian terus melarikan diri,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Polres Bojonegoro di sini baru-baru ini.

Suspek mengakui mencuri motosikal jenis Honda Vario S3000 kerana tidak dikunci.

Dia kemudian menolak motosikal tersebut keluar dari rumah mangsa dan kemudian mengubah kunci motosikal itu supaya tidak mudah dicuri oleh orang lain.

Suspek tidak mengetahui bahawa tindakannya telah dirakam CCTV yang dipasang oleh Sulis.

“Saya mencuri motosikal kerana terpaksa menggunakannya memandangkan kenderaan saya rosak dan inilah kali pertama saya mencuri. Saya tidak mengetahui bahawa motosikal itu milik seorang pegawai polis,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Bojonegoro, AKBP Wahyu S Bintoro merayu orang ramai supaya berwaspada dengan penjenayah walaupun berada di dalam rumah sahaja.

“Orang ramai harus tetap berhati-hati dalam persekitaran rumah mereka sendiri dan perlu mengunci motosikal walaupun berada dalam kediaman sendiri,” tegasnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2017 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
indon dan maling berpisah tiada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 12:29 AM | Show all posts
Malaysia pernah hilang enjin jet
level kerani yg kena
Indon patut belajar dari Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha amikkau motor polis!
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.054360 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list