View: 20399|Reply: 118
|
“Perangai Tak Berubah, Fathia Digugurkan” - Produser
[Copy link]
|
|
Edited by kinetic at 17-9-2017 02:23 AM
“Perangai Tak Berubah, Fathia Digugurkan” - Produser
Diterbitkan: Sabtu, 16 September 2017 3:07 PM
Fathia Latiff digugurkan membintangi drama Laluna yang sudah menjalani penggambaran hampir dua minggu.
PENERBIT syarikat produksi TenView Sdn Bhd, Norazah Sahud kecewa dengan sikap pelakon Fathia Latiff yang tidak berdisiplin sehingga memaksanya menggugurkan pelakon tersebut daripada membintangi drama Laluna (RTM).
Norazah, 45, berkata keputusan yang dibuat produksi atas perbincangan bersama pengarah selepas Fathia hadir ke lokasi dalam keadaan tidak terurus semasa penggambaran drama tersebut di Johor Bahru.
"Pada 14 September dia sudah mula buat hal dengan datang lambat ke set penggambaran, lebih dahsyat pada 15 September dia datang dalam keadaan tidak terurus.
"Saya tahu dia memang ada masalah disiplin, saya beri peluang kerana dia pernah berjanji untuk buat yang terbaik namun perangainya masih tak berubah.
"Kami terpaksa membuat keputusan ini kerana tidak mahu menanggung akibat kerana baki penggambaran masih panjang lagi" katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.
Barisan pelakon dan kru penggambaran drama Laluna.
Norazah turut menafikan laporan sebuah blog hiburan yang mendakwa pengarah drama itu Liza Ismail telah menghalau Fathia di set penggambaran.
Jelasnya, Fathia tidak dihalau sebaliknya dia sendiri yang melarikan diri bersama seorang teman menaiki kenderaan.
"Selepas ditegur kerana tidak memberi komitmen, Fathia melarikan diri menaiki kenderaan bersama seorang teman iaitu pelakon baharu.
"Saya sudah berada dalam industri ini hampir 22 tahun dan telah menerbitkan banyak drama, ini kali pertama saya melayan ragam seorang artis yang paling bermasalah," katanya.
Dalam pada itu, produksi sudah mempunyai beberapa calon pelakon yang akan menggantikan watak Luna yang sebelum ini disandang oleh Fathia.
Walau bagaimanapun, Norazah masih belum mahu mengumumkan pengganti untuk watak utama tersebut.
"Insya-Allah, penggambaran akan bermula Selasa depan dan beberapa babak yang dilakonkan oleh Fathia sebelum ini perlu dirakamkan semula oleh pelakon pengganti.
"Sebelum kami perlu tanggung kerugian yang lebih besar, lebih baik kami ganti orang lain secepat mungkin," katanya.
Terdahulu, sebuah rakaman video pelakon Natasha Elyzza dan seorang wanita persis Fathia sedang menari dengan berpakaian seksi tersebar di laman sosial.
Hari ini video kedua wanita yang dikatakan mirip Fathia tersebar hanya memakai tuala putih menjadi bualan hangat netizen.
Bagaimanapun, usaha mStar Online untuk mendapatkan penjelasan Fathia tidak berhasil apabila dia mengambil langkah berdiam diri dan tidak menjawab mesej dihantar.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... sBHg6hpMehlxeK26.99
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasa dah ada yg tepek artikel ni kat benang Patiyah
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa pun yg penting dia kata family dia kenal dia..
Ceewah..statement artis |
|
|
|
|
|
|
|
Syg... muka cantik tp buat perangai ( klu betul la) |
|
|
|
|
|
|
|
Muka cntik blakon best tp ada msalah disiplin lak. Itula nobody perfect
Apapun suke sgt arianna rose. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah kenape, Konah rasa Fatiya ni tengah in the rebellious phase. Maybe sheols not fully ready to commit to berhijab & to the fact yg sheols needs to behave (maybela). So sheols rebel. But kesianla pulak Konah tengok keadaan Fatiya ni, umpama menutup periuk nasi sendiri je perangai rebellious yg sheols buat ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Typical statement bila nak cover diri
Tuhan, family, kwn2 yg kenal lebih tahu siapa sy yg sebenar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bukan baru buat hal. Lama dah. Tapi kali ni mmg mendapatla. Boleh geng dgn alif aziz
Dulu pun penah ade gosip kan pasal dia ni lalok. So betulla dia smbik benda terlarang tu
Alahai. Syg muka cantik tapi problem. Laki mana la yg nak buat bini kalo cenggini |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Yongpallie at 17-9-2017 10:25 AM
Sheols ni pakej. Kaki minum, clubbing, drug, masalah disiplin melampau, panas baran (kes Flight Attendant), 'melucah' publicly but at the same time bawak imej bertudung (read = fake).
Yang minum dgn clubbing tu lantak dia lah, tp bila dah amik barang & masalah disiplin teruk, sheols dah menyusahkan orang. Bye bye tiya, u yg hancurkan career u sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Adehhh... Amek meols jah berlakon laahh |
|
|
|
|
|
|
|
Puja lagi tekya ni puja.... |
|
|
|
|
|
|
|
dah berlakon tak kayu banyak masalah pulak. duh. dari dulu masalah disiplin tak habis2. |
|
|
|
|
|
|
|
dlu pun berkerak jgak, tp dah grooming npk laa cntknya. .ada duit semua jd, kesian pemuja retis ni. . |
|
|
|
|
|
|
|
Sy rs she is a nice person cuma x de self control. Perhaps,mgkn x pandai pilih kwn2 juga. A bit ego. I hope dia akn dpt seorang lelaki yg betul2 pegang dia n dpt bawa ke arah yg lbh baik. Hanya lelaki yg firm je yg sesuai dgn dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Sgt xsangka mcm ni dia punya perangai. |
|
|
|
|
|
|
|
Banggang sgt yg komen slh pilih kwn. Dah tua bangka, belajo tinggi even x abis, x bodoh x nilai org mcm mana yg perlu di ikut. Retis plg untung kak ya ni, dh kantoi gilerrrrrr pn still fan positive.org lain jugak yg slh, kak ya suci murni.jgn kak ya pergi sbb overdose sudahlh. |
|
|
|
|
|
|
|
Banggang sgt yg komen slh pilih kwn. Dah tua bangka, belajo tinggi even x abis, x bodoh x nilai org mcm mana yg perlu di ikut. Retis plg untung kak ya ni, dh kantoi gilerrrrrr pn still fan positive.org lain jugak yg slh, kak ya suci murni.jgn kak ya pergi sbb overdose sudahlh. |
|
|
|
|
|
|
|
Xpa tiya.. ko kan cantik.. x lama lagi org msia maafkan.. cer yg wat hal muka pecah umah.. 7 keturunan kena sumpah seranah.. |
|
|
|
|
|
|
|
video pakai towel putih tu mana
nak tgk sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
|