View: 1828|Reply: 12
|
[Jenayah]
Ahli Perniagaan Parah Ditembak
[Copy link]
|
|
Edited by zara.melissa at 17-9-2017 04:23 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
PARAH DITEMBAK JARAK DEKAT
Seorang ahli perniagaan parah ditembak tujuh das, dipercayai dilepaskan lima suspek lelaki di Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan, Lipis, kira-kira jam 10 malam tadi.
Mangsa lelaki berusia 55 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub apabila diserang kumpulan lima lelaki, yang dipercayai melepaskan tembakan dari jarak dekat.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob, berkata, mangsa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux secara berseorangan dan diserang kumpulan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Wira.
"Motif kejadian masih lagi disiasat. Kami (polis) akan merakamkan keterangan mangsa sebaik saja keadaan mengizinkan.
"Kita turut meminta saksi kejadian tampil bagi membantu kami melengkapkan siasatan," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.
Beliau berkata, bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan, termasuk mendapatkan kesan cap jari pada kelongsong peluru yang ditemui di lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa dibawa ke Klinik Sungai Koyan oleh orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lipis bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Azry berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -
Sumber : BERITA HARIAN
============
17Sept2017/Pahang
Maklumat awal berlaku kes tembak pada awal pagi tadi. Seorang mangsa dilaporkan parah selepas ditembak beberapa das oleh suspek yg menaiki sebuah kereta dlm kejadian yg berlaku di Felda Sg.Koyan - Kuala Medang berhampiran simpang Selingsing Gold Mine. Maklumat lanjut akan dikemaskini kemudian. |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang umur dia. Motif dendam ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada mangsa. Mungkin lepas ni dia patut beli kereta kalis peluru. |
|
|
|
|
|
|
|
Berebut tanah lah ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa ?? Ali ?? Acong ?? Muthu ??..... |
|
|
|
|
|
|
|
Kt koyan pun main tembak2 dah |
|
|
|
|
|
|
|
kena 7 das tembakan...syukur laa masih selamat... |
|
|
|
|
|
|
| |
|