CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

[V3 All About AF Megastar] Tema Konsert 6: IKON (Medley)Malam Ini. Siapa Bakal M

   Close [Copy link]
Post time 18-9-2017 08:31 AM | Show all posts
iols pun jd nervous tgk adira perform...mcm kelam kabut, dgn nyanyi putus2...haishhh

marsha pulak seriously serammmm, haha...vocal mmg sedap la..bagusla approach ni sbb buat org ingat performance dia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 08:45 AM | Show all posts
Mujur tak tgk lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 08:51 AM | Show all posts
DTL vote marsha & shemale pastu heols ckp adired tersingkir sb masalah peribadi
adakah sb bw anak ke pentas tok red x nak jaga lantaran nyanyian hauk adired




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 08:53 AM | Show all posts
dah plk kata x penuh piawaian nape ritu amik deols
nape x amik amylea & mila awal2 lg mmg dh tau ke laut dua ekor ni

Adira, Azhar Tak Penuhi Piawaian - Syafinaz
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 18 September 2017 12:02 AM


Adira dan Azhar akur mereka tidak layak ke peringkat seterusnya. FOTO: Mohd Al-Qayum Azizi



SHAH ALAM: Dua penyanyi iaitu Azhar dan Adira bernasib tidak baik apabila kedua-dua mereka terkeluar  daripada program AF Megastar yang diadakan di Royal Theater di sini malam Ahad.
[size=0.98em]Penyingkiran berkenaan menjadikan mereka dua peserta pertama meninggalkan pertandingan itu yang baharu sahaja memasuki minggu pertama.
[size=0.98em]Adira yang menyanyikan lagu Ikut Rentakku mendapat 29.3 peratus markah manakala Azhar dengan Dalam Gerimis hanya meraih 17.1 peratus yang menyebabkan mereka berada di kedudukkan kedua rendah.
[size=0.98em]Persembahan mereka juga mendapat ulasan kurang memuaskan daripada barisan juri yang mewakili 60 peratus markah secara keseluruhan.



[size=0.98em]40 peratus markah lagi dilakukan secara undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) oleh penonton.
[size=0.98em]Tiga juri yang terlibat memberi komen ialah Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat dan Datuk Norman Abdul Halim.

[size=0.75em]Inilah 10 peserta yang akan mara ke peringkat seterusnya minggu hadapan.

Dalam pada itu, Syamel yang mendapat markah paling tinggi iaitu 58.6 peratus muncul sebagai juara mingguan.
[size=0.98em]Kesemua peserta menyanyikan lagu yang pernah dinyanyikan oleh bekas peserta Akademi Fantasia.

Sementara itu, Syafinaz ketika ditemui berkata, penilaian terendah itu  berdasarkan persembahan mereka yang nyata tidak mencapai piawaian AF Megastar.
"Mereka adalah penyanyi yang baik tetapi kegagalan memberikan persembahan yang baik menyebabkan Adira dan Azhar tersingkir," katanya.

10 peserta yang mara ke minggu seterusnya adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah Ruhaila, Ewal, Sufi Rashid, Syamel dan Amir.
[size=0.98em]AF Megastar disiarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... zCqb19t2xwW1ydlo.99

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 08:58 AM | Show all posts
Kelakar pulak tengok fans adira siap sedih ke nangis masa penyingkiran tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 09:18 AM | Show all posts
syadq replied at 18-9-2017 08:58 AM
Kelakar pulak tengok fans adira siap sedih ke nangis masa penyingkiran tuh.

sabahan yg sokong adira memng camtu

cam melampau dan ntah apa2 sikit

dulu time adira kahwin dgn dato red siap backup lg
katanya apa salahnya.bukan dosa pon
siap maki datin red lagi

tp kalau org lain jadi bini no 2 diorng kata tak boleh
tapi adira boleh

fans sabahan sokong adira memng pelik dan gila sket
aritu ramai2 marh kat ig si nonny kata nonny perampas
yg si adira tu

fans adira memng cam mental sikit dari dulu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2017 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
tapi nonny pun sabahan juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 10:21 AM | Show all posts
sah sah adira sepatutnya tak layak masuk top 12 pun k based on performance hauk heshe last week. selayaknyalah out first
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
baguslah tu out c adira, jaga ja laa dato red tu ngn anak ngko
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2017 10:40 AM | Show all posts
Total markah semalam yach!

Konsert pertama AF Megastar telah berlangsung dengan meriah di Royal Theater Shah Alam, malam tadi.

Bertemakan 'Throwback Akademi Fantasia' , 12 bintang AF Megastar telah menyanyikan sebuah lagu yang pernah dibawakan oleh pelajar Akademi Fantasia dari musim pertama hingga terkini.

Adira dan Azhar mendapat markah di kedudukkan terendah menyebabkan mereka tersingkir pada malam itu.

Sementara Syamel telah menerima anugerah persembahan terbaik, Star Of The Week hasil undian peminat sepenuhnya.

Syamel memenangi eGiftCard daripada GoShop bernilai RM2, 000 serta sebuah trofi.

Sebanyak 60 peratus markah telah diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta Datuk Norman Abdul Halim selaku juri jemputan.

Selebihnya, 40 peratus adalah hasil undian iaitu AFUNDI menerusi laman web www.afmegastar.com.my serta dari khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.

Di bawah merupakan kedudukan bintang daripada markah keseluruhan dan komen-komen juri yang telah diberikan:

1. Syamel, 58.6% - Ku Tak Akan Bersuara
"Wow! Persembahan yang sangat luar biasa. Tapi saya tak berapa layan lagu ni, mungkin jiwa saya lebih ke arah hip hop. Bagaimanapun saya dapat rasa awak ni bintang yang memang dilahirkan di atas pentas kerana persembahan kamu sangat natural dan enjoy," - Datuk Norman Abdul Halim

2. Marsha, 57.4% - Asmara
"Pada mulanya saya tertanya kenapa Marsha hendak nyanyikan lagu mudah ini. Tapi setelah melihat persembahan awak dengan penuh karakter saya boleh kata ia persembahan yang hebat. Dulu saya ada kata mahu awak bulatkan lagi suara untuk lebih kemas tapi kali ini saya tak kisah kerana awak menyanyi bertujuan menurut karakter," - Syafinaz Selamat

3. Bob, 56.6% - Awan Yang Terpilu
"Bob awak memang bagus, persembahan awak memang terbaik. Saya ingat lagi, awak satu-satunya penyanyi yang telah diberi penghormatan oleh kumpulan orkestra, memang hebat," - Datuk Ramli MS

4. Idayu, 56.4% - Ya Maulai
"Sebutan kamu tu cantik dan jelas walaupun menyanyikan lagu asli, ia persembahan yang hebat. Saya hairan kenapa mereka (peminat) tendang awak awal-awal dulu," - Datuk Ramli MS

5. Shahir, 44.2% - Seroja
"Telinga saya terganggu dengan pitch awak, suara awak ditenggelami muzik. Lagu tak ada masalah cuma jika mahu buat susunan muzik kena betul. Jika mahu buat kalainan awak perlu dengar dan fahamkannya dahulu, jadi perlu berhati-hati," - Datuk Ramli MS

6. Ewal, 41.3% - Bunga Pujaan
"Susah nak cari apa point nak kritik, pada mulanya saya cuba cari salah tapi semua ok. Cuma ada terkucil sedikit di awalnya tapi saya percaya awak boleh lakukannya," - Datuk Norman Abdul Halim

7. Sufi, 40.9% - You Give Love A Bad Name
"Ini lagu rock tapi awak menyanyi dengan genre pop. Saya rasa awak kurang memahami lagu rock itu. Rock dan pop harus berbeza. Awak boleh menyanyi cuma kena faham apa yang nak disampaikan," - Datuk Ramli MS

8. Indah, 39% - Tiada Lagi Tangisan
"Saya rasa awak cuba nak berikan persembahan yang dinamik dan ada warna tapi awak perlu titik beratkan beberapa perkara praktikal. Tadi persembahan awak banyak kecundangnya tapi saya tak kata ia tak bagus cuma ada kekurangan," - Syafinaz Selamat

9. Amir, 37.7% - Hanya Tak Mampu
"Saya nampak awak macam takut-takut, orang tak perlu tahu awak sedang gementar sebab suara awak bagus," - Syafinaz Selamat

10. Amir Jahari, 35.7% - Laskar Pelangi
"Persembahan awak ni idea awak kah? Kerana ia sungguh sempurna dengan video latar, muzik tambahan dan nyanyian awak bagus sekali," - Datuk Norman Abdul Halim

11. Adira, 29.3%  - Ikut Rentakku
"Siapa tak boleh menafikan awak boleh menyanyi, tapi tadi awak nyanyi putus-putus. Cuba lebih commited dalam persembahan sebab saya rasa tadi awak tak commited," - Syafinaz Selamat

12. Azhar, 17.1% - Dalam Gerimis
"Saya rasa awak kekok bila menyanyikan lagu ini kerana saya rasa ia bukan jiwa awak tapi secara keseluruhan ia masih suatu persembahan yang baik," - Datuk Norman Abdul Halim

AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari  www.watchod.com
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 10:50 AM | Show all posts
cuma tengok si adira nyanyi je semalam.. tak fokus pun, tp telinga tu boleh tangkap dia nyanyi macam main2 tak bersungguh.. banyak mcm diam n skip lirik.. cuma ooo.. ooo je. tu pun tak power. pfffttt
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 10:54 AM | Show all posts
akuMNdia replied at 18-9-2017 07:34 AM
mohon shahir tersingkir minggu depan..

sama la dgn wish iols
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 10:56 AM | Show all posts
enchikfitz replied at 18-9-2017 10:40 AM
Total markah semalam yach!

Konsert pertama AF Megastar telah berlangsung dengan meriah di Royal T ...

jauh giller TOP5 daripada yg lain2

keputusan yang tepat 60% juri, 40% sms

kalau tak keputusan sebaliknya yang akan berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:12 AM | Show all posts
indah tu pun patut out..teruk gila nyanyian dia semalam
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
enchikfitz replied at 18-9-2017 10:40 AM
Total markah semalam yach!

Konsert pertama AF Megastar telah berlangsung dengan meriah di Royal T ...

Shahir biasa biasa pun dapat nombor 5. Kalau dia push sikit boleh ni cantas semua. Rasanya markah undian shahir tinggi ni. Tapi lepas tengok dua minggu tarik tak sampai sampai rasanya memang dia ni dah lemau lah sebab lama tak nyanyi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2017 11:21 AM | Show all posts
Indah ni bila menyanyi mmg shaky. Dia pnya suara mmg best tapi selalu rasa tak puas sbb bila high and longer note, dia tak dapat nak hold note tu betul2. Geram jugak la kat situ kalau tak dah sedap dah.

Tone dan kualiti suara Indah ni best sebenarnya. Tak caya try dgr lagu Percayalah. Dah macam established diva. Meremang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih nya markah azhar 17 jah. Entah2 markah juri 15%, undian 2% jah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:48 AM | Show all posts
kodoksilver replied at 18-9-2017 08:02 AM
iolsss #teamsyamel.
tapi kenapa mlm td tak best? penat iolsss tggu sekaliiiiiiiii so so jah

Iols pun team syamel. Last week meletop. This week mmg so so jah. I don like lagu balada ku takkan bersuara tu ditukar arrangement dia 360 dah jd playboy lak si syamel nyanyi lagu tu. dah kenapa. Tau la dia nak buat kelainan pun. Tp mcm kurang sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Jauh beza markah top 4 dengan yg ke 5 dan ke bwh. Mmg nmpk no 5 kebwh tu xblh tandingi the top 4 dari segi vokal. Tapi Marsha pun kena hati2 sbb sheolls xleh bawa sebarang lagu mcm lagu melayu asli i dont think marsha blh carry mcmana idayu buat. Syamel dan bob mmg pernah nyanyi lagu asli and they delivered well.
Pendek kata kena berhati2 memilih lagu tapi tiap mggu ada tema so nasiblah kalo dpt tema lagu asli nnti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 12:08 PM | Show all posts
budak2 megastar ni mmg xreti nk jwb soalan spontan kan.. bila syafinaz tnya adira dia bole ckp saje nyanyi cmtu.. kang dah kena x komited. jwb tu biar la cerdik skit..
sama gak cm aril hrtu...dia siap ckp dia xperasan ada a bit shaky ke apa yg syafinaz tegur hrtu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.136708 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list