View: 1110|Reply: 6
|
[Tempatan]
Apron Jalur Gemilang Tak Sesuai - PPIM
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa rakyat di negara ini supaya menghormati Jalur Gemilang dan tidak memakai bendera itu sewenang-wenangnya.
Mengenai tular isu pekerja restoran India Muslim memakai apron Jalur Gemilang, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka mungkin keliru antara patriotisme dan rasa hormat terhadap bendera itu.
"Sepatutnya ada batasan dalam penggunaannya, tetapi saya merasakan bahawa pekerja itu tiada niat jahat dalam pemakaian bendera itu." tambahnya.
Lokasi dan nama restoran itu bagaimanapun tidak dikenal pasti.
Menurut Nadzim, apron digunakan untuk menghalang kotoran maka penggunaan Jalur Gemilang untuk tujuan itu adalah tidak sesuai.
"Kalau Jalur Gemilang dibuat sebagai baju, kita masih boleh terima. Bagaimana pula kalau ia digunakan sebagai alas kaki atau seluar dalam? Ia tidak boleh digunakan sesuka hati sahaja," katanya.
Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mendidik masyarakat mengenai perkara ini.
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin), Datuk Jamarulkan Kadir turut bersetuju dengan kenyataan Nadzim berhubung isu penggunaan Jalur Gemilang sebagai apron.
"Jalur Gemilang adalah simbol bagi negara kita, jadi ia tidak boleh digunakan seperti itu," kata Jamarulkhan.
Beliau berkata, penggunaan Jalur Gemilang di topi adalah lebih baik kerana kita seolah-olah 'mengangkat bendera itu'.
Jamarulkhan yang juga bekas presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (Presma) berkata, restoran terbabit mungkin mahu mempromosikan Jalur Gemilang dan penggunaannya sebagai apron adalah tidak disengajakan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Negara lain?.....spender pun ada dibuat dari warna bendera...rilek jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Apron je pun...
Bkn buat toilet tissue |
|
|
|
|
|
|
|
bio lah indian muslim bangga mereka rakyat Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Yg comment sgt Tu Ada beli Bendera letak dekat kereta tak? Menyampah aih. Sikit sikit comment. Semua benda tak kena kat mata depa |
|
|
|
|
|
|
|
Lain kali tak payah buat pakaian corak jalor gemilang lah kalau asyik terhina |
|
|
|
|
|
|
| |
|