CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 4

[Tempatan] Taib Mahmud: Pembentukan Malaysia bawa faedah ekonomi kepada Sarawak

[Copy link]
Post time 18-9-2017 10:54 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penubuhan Malaysia 54 tahun dahulu telah membawa banyak peluang ekonomi dan pekerjaan baharu kepada rakyat Sarawak yang tidak pernah dinikmati mereka sebelum ini, kata Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud.
Katanya melalui Malaysia, Sarawak sebagai sebuah negeri yang mempunyai begitu banyak suku kaum, juga telah melalui suatu pengalaman untuk menyesuaikan diri sebagai rakyat Malaysia.

“Ini bukan 1 perkara yang mudah dicapai tetapi dalam masa 50 tahun kita telah pun dapat memberi 1 keyakinan kuat bahawa penyatuan semua kaun etnik di Sarawak ini telah pun lengkap, dan mereka telah menganggap diri mereka sebagai kaum bumiputera yang sama taraf dengan orang Melayu di Semenanjung,” katanya dalam temu bual khas bersama Prof. Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, baru-baru ini.
Taib berkata bagi penduduk pelbagai suku kaum Sarawak, segala hak istimewa bumiputera telah diterima dengan cukup baik dan ini telah memberi banyak faedah khususnya bagi mereka yang berasal dari bandar.
Taib yang merupakan ketua menteri selama 33 tahun sebelum dilantik ke jawatan sekarang lebih 3 tahun lepas itu, berkata rakyat suku kaum Sarawak yang tinggal di hulu-hulu sungai telah dapat menukar bentuk kehidupan mereka kepada cara moden.

“Mereka menganggap diri sebagai warganegara Malaysia yang mempunyai cukup akses kepada peluang-peluang pekerjaan dan pendidikan di samping dapat merantau ke tempat-tempat luar dari Sarawak seperti ke Semenanjung dan Sabah sebagai rakyat biasa.

“Ini menunjukkan kebijaksanaan Allahyarham Tunku Abdul Rahman menyatupadukan kami dalam sebuah negara yang baharu yang telah menguntungkan semua pihak sama ada rakyat di Sarawak, Sabah dan Semenanjung.

“Sekarang ini kita melihat orang-orang yang dahulu tinggal di rumah panjang sudah bekerja di Johor, Kuala Lumpur dan Semenanjung malah di mana sahaja yang ada peluang pekerjaan dengan menggunakan kepandaian mereka,” tambahnya.
Beliau menyifatkan perkara itu 1 pencapaian integrasi nasional yang paling penting yang berasaskan peluang ekonomi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ak rasa.org srwk yg paling btuah bab ekonomi ni dia ler..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:15 AM | Show all posts
Pembentukan Malaysia bawa faedah ekonomi kepada Taib Mahmud
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu pagan jah yg tetap mundur.. kitak marah sik kamek
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:43 AM | Show all posts
writer lupa tambah 'terutamanya kepada Taib Mahmud'.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.372062 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list