CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2597|Reply: 25

[Tempatan] Trend pelajar study di restoran makanan segera dan kafe

[Copy link]
Post time 18-9-2017 11:05 AM | Show all posts |Read mode

‘Seperti cendawan tumbuh selepas hujan’. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan pertambahan bilangan restoran makanan segera dan kafe di negara ini.

Restoran dan kafe seperti McDonald’s, Starbucks, Coffee Bean serta Gloria Jean’s boleh didapati di mana-mana sahaja dalam negara ini.

Suatu ketika dahulu, restoran dan kafe seumpama itu cukup asing dalam kalangan masyarakat. Jika ada pun hanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Biasanya, restoran makanan segera dan kafe menjadi tumpuan masyarakat menikmati makanan Barat atau kopi bersama keluarga serta rakan-rakan.

Begitupun, terdapat segelintir remaja yang menjadikan restoran makanan segera dan kafe sebagai lokasi untuk mengulang kaji pelajaran.

Fenomena tersebut boleh dilihat di restoran makan segera atau kafe yang terletak berhampiran institusi pengajian tinggi (IPT) atau sekolah.

Pengetua Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Nahrizul Adib Kadri berkata, kemudahan wi-fi merupakan faktor utama pelajar memilih restoran makanan segera dan kafe sebagai tempat mengulang kaji pelajaran.

Jelasnya, pelajar pada hari ini amat memerlukan kemudahan wi-fi dalam pembelajaran sama ada mencari dan menghantar maklumat mahupun menyiapkan tugasan.

“Pelajar dahulu mengulang kaji pelajaran di perpustakaan atau bilik belajar yang telah disediakan oleh pihak IPT atau sekolah.

Internet percuma

“Namun kini, restoran makanan segera dan kafe menjadi pilihan. Ini kerana tempat-tempat ini menyediakan kemudahan internet secara percuma,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Menurut Nahrizul Adib, suasana sekitar yang selesa juga merupakan salah satu faktor pelajar IPT memilih restoran makanan segera dan kafe tempat mengulang kaji pelajaran.

Jelasnya, tempat-tempat tersebut biasanya dilengkapi dengan pendingin hawa, meja dan sofa yang empuk, sekali gus memberi keselesaan kepada pelajar.

“Pelajar hari ini lebih mencari keselesaan untuk mengulang kaji pelajaran selain boleh menikmati makanan atau menghirup secawan kopi panas.

“Saya bukan hendak cakap mengulang kaji dalam IPT tidak selesa, namun ia agak sesak, terutamanya ketika musim peperiksaan,” jelasnya yang juga pensyarah di Fakulti Kejuruteraan, UM.

Baru-baru ini, seorang pelajar di Singapura berkongsi ketidakpuasan hati apabila dia diminta mengemas dan memberi tempat duduk kepada pelanggan lain ketika belajar di sebuah kafe Starbucks.

Pelajar itu telah memuat naik pendapat ke laman Facebook rasmi Starbucks Singapura supaya pelajar sepertinya tidak lagi dihalau untuk memberi tempat kepada pelanggan lain.

Malangnya, pelajar itu telah diserang oleh netizen kerana bagi mereka kafe adalah tempat menikmati makanan serta minuman dan bukannya untuk belajar.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Strategi Digital Starbucks Malaysia dan Brunei, Salleharon Ahmad berkata, pihaknya tidak mengalami sebarang masalah sekiranya pelajar ingin mengulang kaji di kafe Starbucks.

Jelasnya, pihaknya menganggap bahawa pelajar tersebut merupakan sebahagian daripada pelanggan yang berhak menggunakan kemudahan yang disediakan di sesebuah kafe.

“Terdapat lebih 240 kafe Starbucks di seluruh negara. Jumlah outlet yang banyak ini membolehkan para pelanggan menikmati minuman dan sajian dengan selesa.

“Jika sesebuah outlet penuh, pelanggan boleh berkunjung ke outlet lain yang berhampiran.

“Tidak seperti di Singapura, jumlah outlet di sana agak terhad berbanding jumlah permintaan. Itu yang menyebabkan ruang tempat duduknya sentiasa penuh,” katanya.

Salleharon turut memuji sikap pelajar IPT di negara ini kerana mempunyai kesedaran sivik yang tinggi apabila berada di dalam kafe.

Katanya, kesedaran ini penting bagi memastikan pelanggan lain tidak terkesan dengan kewujudan mereka.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 11:17 AM | Show all posts
Salleharon turut memuji sikap pelajar IPT di negara ini kerana mempunyai kesedaran sivik yang tinggi apabila berada di dalam kafe.

Katanya, kesedaran ini penting bagi memastikan pelanggan lain tidak terkesan dengan kewujudan mereka.
????? u sure?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:40 AM | Show all posts
Jelasnya, pelajar pada hari ini amat memerlukan kemudahan wi-fi dalam pembelajaran sama ada mencari dan menghantar maklumat mahupun menyiapkan tugasan.


Tapi kebanyakannya bukannya mencari, menghantar atau menyiapkan tugasan. Tapi dok online Facebook and etc. Kalau yang study betul-betul pun berapa kerat je pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 11:54 AM | Show all posts
tegarnya dorang study dlam keadaan org lalu lalang,keluar masuk, bunyi org bising smbang2 gelak ketawa. cmne nk fokus?

study tu boleh, tapi consider jgak org lain yg dtg untuk enjoy food kat situ. priority diberikan kpada customer yg nk mkn mnum. ni tak,  smpai berejam dok kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Membongak je study kt coffee cafe ni. Student stok2 gini la parent bagi 500 sebulan pon tak cukup
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Xdanya study..layan fb ig blog tu.. bolehker study org lalu lalang bising.. membongak je.. sebenar nak econ, relax, wifi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2017 12:30 PM | Show all posts
banyak lagi tempat yg sesuai utk study..
library berapa banyak bersepah kat Malaysia nih..
apa jadah study dalam restoran makanan segera??
semata2 wifi??
orang lain yg nak datang makan pula yg terpaksa menjadi mangsa sebab tempat duduk dah kena conquer dgn 'student' nih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabtu lps mkn kat mcd..meja sblh student (bnyk bukunya shud be budak U la).

Anak2 kita pulak cakap2 (sbb tgh decide nk mkn pe), sekali budak sbelah ni muka adeh tak blh blah...(cuma dia xle sound anak2 kita ni apesal cakap kuat2)...bukan sekali buat muka..banyak kali

Nasib last2 dia sendiri pindah meja lain. Nak je cakap..."dik kalau nak aman study pi library...belajo kat mcd bising"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 12:39 PM | Show all posts
amboi kemain kate student negara ni ade kesedaran sivik ygtinggi?? ye ye je kan? ke takut student boikot??
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 12:54 PM | Show all posts
tudungpurple replied at 18-9-2017 12:37 PM
Sabtu lps mkn kat mcd..meja sblh student (bnyk bukunya shud be budak U la).

Anak2 kita pulak cak ...

cam sial perangai
aritu kat mcd kemain lagi bebudak celaka nih..pas study alahai bersepahnya meja ngan tulang2 ayam sos segala bersepah2..babi pun lagi sopan makan daripada ko dek..dah la abis geng2 study grup ni konker segala meja..nak carik tempat duduk pun susah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 01:20 PM | Show all posts
study pale la
padahal memekak je bergosip
study konon
nk study g duk dlm bilik sendiri la
sakai
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 01:21 PM | Show all posts
i nampak cainis je yg berpura2 studi di mekdi/setarbuak
melei haram langsung x pernah nmpk pegang buku walaupun setakat berpura2
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 01:36 PM | Show all posts
poyooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 01:45 PM | Show all posts
Library skg xleh minum/makan light snack lg ke?
Maybe leh buat cmtu kot, bg org yg dtg tu leh study smbl minum kopi makan biskut cmtu, nk study lama2 ngantuk gk woi kalo dok tenung buku je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 01:45 PM | Show all posts
koser i study kat cafe... baik i duduk kat rumah dalam bilik atau tengah malam
bila i duduk kat cafe, mata melilau tengok orang lalu lalang n jiwa kepochi i meronta
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 01:51 PM | Show all posts
pernah gak htr anak dara studi kat mekdi tp time xde org iaitu hr kijer dan pg
then pernah sekali diaorg gie wat group diskasen kat subway, agak tenang sbb x ramai org dlm tu
biasa yg nampak kat starbuk, kopi bean atau gloria ni org yg dah kijer
atau yg tgh nk jual insuran
oh yea ada sekali ternampk bdk F5 ada tuition kat gloria bangi gateway
situ mmg senyap sunyi x mcm mekdi atau starbuk tu yg bising
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2017 02:15 PM | Show all posts
dekk, cuba pegi mcd seksyen 3 shah alam tu....si jatey dgn tino ghairah duduk melekat2...sampai management mcd kena tutup 2nd floor sbb risau bermukah agaknya iya adik2 UiTM tu....

cc @harkktuih
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 02:18 PM | Show all posts
ala sama jugak abang2 dompok jual MLM kat mekdi tu sampai berejam tak abis2 jual air liur? lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 02:21 PM | Show all posts
trend ke? sblum2 nie pun mmg dah buat kan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2017 02:24 PM | Show all posts
Star_el replied at 18-9-2017 02:45 PM
Library skg xleh minum/makan light snack lg ke?
Maybe leh buat cmtu kot, bg org yg dtg tu leh study ...

sapa nak tolong ngemas plak klu depa wat sepah sisa makanan sana sini?
huhuhuhuh

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.072571 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list