View: 4276|Reply: 12
|
[Tempatan]
Restoran mamak dikritik pakai apron Jalur Gemilang
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa rakyat di negara ini supaya menghormati Jalur Gemilang dan tidak memakai bendera itu sewenang-wenangnya.
Mengenai tular isu pekerja restoran India Muslim memakai apron Jalur Gemilang, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka mungkin keliru antara patriotisme dan rasa hormat terhadap bendera itu.
"Sepatutnya ada batasan dalam penggunaannya, tetapi saya merasakan bahawa pekerja itu tiada niat jahat dalam pemakaian bendera itu." tambahnya.
Lokasi dan nama restoran itu bagaimanapun tidak dikenal pasti.
Menurut Nadzim, apron digunakan untuk menghalang kotoran maka penggunaan Jalur Gemilang untuk tujuan itu adalah tidak sesuai.
"Kalau Jalur Gemilang dibuat sebagai baju, kita masih boleh terima. Bagaimana pula kalau ia digunakan sebagai alas kaki atau seluar dalam? Ia tidak boleh digunakan sesuka hati sahaja," katanya.
Sehubungan itu katanya, kerajaan perlu mendidik masyarakat mengenai perkara ini.
Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Muslim Malaysia (Mimcoin), Datuk Jamarulkan Kadir turut bersetuju dengan kenyataan Nadzim berhubung isu penggunaan Jalur Gemilang sebagai apron.
"Jalur Gemilang adalah simbol bagi negara kita, jadi ia tidak boleh digunakan seperti itu," kata Jamarulkhan.
Beliau berkata, penggunaan Jalur Gemilang di topi adalah lebih baik kerana kita seolah-olah 'mengangkat bendera itu'.
Jamarulkhan yang juga bekas presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (Presma) berkata, restoran terbabit mungkin mahu mempromosikan Jalur Gemilang dan penggunaannya sebagai apron adalah tidak disengajakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
sikit2 tersentap
baik ppim pi sibuk hal lain honestly |
|
|
|
|
|
|
|
... bila menteri Umno letak bendera kat lutot napa ko tak bising wahai PPIM macai umngok??
https://assets.nst.com.my/images/articles/kei_1503905629.jpg
|
|
|
|
|
|
|
|
... bila menteri Umno letak bendera kat lutot napa ko tak bising wahai PPIM macai umngok??
https://assets.nst.com.my/images/articles/kei_1503905629.jpg
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan kat lutut, tapi tepi anu
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow byk betul thread ni. kembar dizzek ngn should ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
euwww last tu gmbr pengantin ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
dress / bju semua tu huduh!
|
|
|
|
|
|
|
|
a'ah pengantin 31hb lepas.. memula dulu buat baju sikit2 jer.. lepas 2-3 tahun makin menjadi2 pesen dari JG ni.. seolah2 JG dah xde martabat. diolah berbagai rupa.. so jgn heran la kalau JG nanti ada yg buat sebagai alas kaki,sbb kawalan x ketat sangat.
cer tgk kat BRunei,kes#1: warga asing buat lilit getah paip bocor walaupun bendera tu dah pudar warna, tindakan halau keluar terus buat warga asing tersebut.
CNN Indonesia -- Pemerintah Brunei Darussalam mendeportasi dua pekerja asing karena dinilai menghina bendera nasional yang merupakan simbol negara. Penghinaan itu diunggah di internet dan dianggap memicu keresahan masyarakat.
Departemen Dalam Negeri Brunei, Selasa (16/2), dalam pernyataannya mengatakan bahwa deportasi dilakukan menyusul penyelidikan pemerintah terhadap beberapa warga asing setelah gambar penghinaan itu menjadi viral.
Diberitakan Brunei Times, pemerintah tidak disebutkan dengan rinci penghinaan seperti apa yang dimaksud. Namun menurut Departemen Dalam Negeri Brunei, gambar itu telah memicu kemarahan publik.
Dua pekerja asing diketahui terlibat langsung dalam aksi itu. Tidak juga disebutkan kewarganegaraan kedua pekerja tersebut.
Menyusul kasus ini, izin tinggal kedua pekerja itu dicabut dan mereka dideportasi dari Brunei.
Pemerintah Brunei menegaskan bahwa warga lokal dan asing yang tinggal di negara itu harus menghormati dan menjaga bendera nasional. Setiap tindakan yang dianggap melecehkan bendera nasional, lanjut Brunei, tidak akan ditoleransi dan langsung ditindak aparat. (den)
kes #2: BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Mac – Seorang lelaki warga Bangladesh yang memakai bendera Negara Brunei Darussalam untuk menutup auratnya dijatuhi hukuman denda $200 oleh Mahkamah Majistret, hari ini. Mohammad Iman Ali, 22, mengaku bersalah kerana memakai bendera Brunei untuk menutup dirinya ketika hendak menukar pakaian pada 12 Mac 2017 di Pantai Tungku kira-kira jam 1:30 petang.Dia didakwa di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan Kecil, Penggal 30 yang memperuntukkan denda maksimum $500. Jika tertuduh gagal membayar denda dalam tempoh sehari, Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memerintahkannya untuk menjalani hukuman seminggu penjara. Timbalan Pendakwa Raya, Pengiran Hajah Nor’Azmeena binti Pengiran Haji Mohiddin memberitahu mahkamah bahawa tindakan tertuduh menggunakan bendera untuk menutup dirinya adalah satu penghinaan dan menyebabkan kemarahan orang ramai terhadap kekurangan rasa hormat pada bendera kebangsaan Brunei.
|
|
|
|
|
|
|
|
nk tgu ade kes teruk2 baru nk buat larangan penggunaan bendera Malaysia selain 'bendera' je x leh olah jd bentuk pakaian ke ape ke.. mesia kan, tgu ade kes baru nk kuatkuasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila ppim mengajak ummah Malaya menjadi sengal seperti mereka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seriously PPIM ? tak sedar ke bangsa sendiri buat benda sama je kot. Ke time komen bende tu, hanya apply kat bangsa lain?? makin giler glamer plak PPIM lately. |
|
|
|
|
|
|
| |
|