CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4648|Reply: 92

[Tempatan] PPR: Harga seunit RM130K, dijual RM35K

[Copy link]
Post time 19-9-2017 10:27 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Perdana menteri hari ini mendedahkan kerajaan memberikan subsidi terbesar kepada Program Perumahan Rakyat (PPR), agar rakyat yang lebih memerlukan mampu memiliki kediaman dan aset pada harga yang berpatutan.

“Harga sebenar sehingga RM150,000. Bagi projek PPR Sri Aman, kos setiap unit ialah RM135,556, tapi kita jual RM35,000,” kata.

“Aset ini nilainya akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang dan akan menjadi harta pusaka keluarga kita,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis penyerahan kunci PPKR Sri Aman di Jinjang, Kepong hari ini. PPR ini menyediakan 1,600 unit rumah.

Di samping mensubsidikan perumahan rakyat, kerajaan juga memperuntukkan RM6 bilion untuk pelaksanaan projek PPR.

“Setakat ini 83,759 unit PPR telahpun disiapkan. Kita ada 25,000 (unit) lagi dalam peringkat pelaksanaan dan, insyaallah, akan siap dalam masa beberapa tahun lagi,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesejahtaraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata PPR Sri Aman merupakan PPR pertama yang menyediakan tempatan pengurusan jenazah orang bukan Islam.

“Di sini penghuni Islam dan bukan Islam sama ramai. Di samping surau dan tempat pengurusan jenazah Islam, kita juga sediakan pengurusan jenazah bukan Islam.

“Program kita akan melibatkan rakyat bukan Islam. Kita tidak pernah abaikan mereka yang bukan Islam,” katanya pada sidang media.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 11:22 AM | Show all posts
bercukurlahhhhhh rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:23 AM | Show all posts
dijual rm10k pun masih ada yg komplen harga tinggi x mampu beli, lpas tu sambung hirup sirap bandung dan merokok di warung pada waktu siang dan malam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
RM35k memang rendah.. kalo komplen mahal, memang kena hempuk jer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:27 AM | Show all posts
kadang susah jugak nak dapat rumah ppr ni.. yang apply ramai.. pastu kadang yang ada rumah pun dapat.. hmmm pilihan macam mana x tau...

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:29 AM | Show all posts
semoga rakyat2 yg mmg belum mempunyai rumah dapat membeli rumah PPR tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2017 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang kaya jangan sibuk merebut unit PPRT. Mereka ni lah yang membuatkan ramai tidak mampu memiliki hartanah sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sis_yus replied at 19-9-2017 11:27 AM
kadang susah jugak nak dapat rumah ppr ni.. yang apply ramai.. pastu kadang yang ada rumah pun dapat ...

Uols duduk negeri mana?? Xroger SUK negeri bahagian perumahan.. biasanya diorang handle rumah kos rendah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 11:37 AM | Show all posts
wana89 replied at 19-9-2017 11:33 AM
Uols duduk negeri mana?? Xroger SUK negeri bahagian perumahan.. biasanya diorang handle rumah kos  ...

luar bandar di kawasan pahang... nak apply tuk kuarga kakak.... call suk dorang suruh online je dalam eperumahan tu...

tapi tulah... ada rezeki adalah.. sebab ramai yang pohon.

sekarang suruh anak kakak tu apply rumah prima tapi harga mahallah sikit... lepastu kat kawasan sini naik rumah semidee je 150k
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:41 AM | Show all posts
Apsal lar nak subsidi besar2 sangat. Last2 diorg bagi jugak PATI yg duduk situ. Then cari lagi tempat lain utk setinggan supaya dpt pampasan baru bagai. Cycle nya continue sampai bila2.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
sis_yus replied at 19-9-2017 11:37 AM
luar bandar di kawasan pahang... nak apply tuk kuarga kakak.... call suk dorang suruh online je da ...

Ada tanah kosong tak akak uols?? boleh mintak buat rumah prima
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
sis_yus replied at 19-9-2017 11:37 AM
luar bandar di kawasan pahang... nak apply tuk kuarga kakak.... call suk dorang suruh online je da ...

Pahang daerah mana.. raub? Kuala lipis, jerantut..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:44 AM | Show all posts
wana89 replied at 19-9-2017 11:42 AM
Ada tanah kosong tak akak uols??  boleh mintak buat rumah prima

pemaju ke ni? hahahaha

tanah kosong x pasti... tapi kawasan ni akan naik 4 kawasan tuk rumah pr1ma ... tapi semuanya semidee
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:46 AM | Show all posts
wana89 replied at 19-9-2017 11:43 AM
Pahang daerah mana.. raub? Kuala lipis, jerantut..

bukan beloh nun.. ni kat cherating dan sungai baging... daerah kuantan
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
sis_yus replied at 19-9-2017 11:44 AM
pemaju ke ni? hahahaha

tanah kosong x pasti... tapi kawasan ni akan naik 4 kawasan tuk rumah pr ...

Nope la.. bukan pemaju. Wana xkaya uols, kayap ada la.. hehehe..
Maksud wana, kalo ada tanah kosong.. boleh apply buat rumah. Jap, wana try google dulu program apa tu boleh dari tak ada kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:49 AM | Show all posts
wana89 replied at 19-9-2017 11:47 AM
Nope la.. bukan pemaju. Wana xkaya uols, kayap ada la.. hehehe..
Maksud wana, kalo ada tanah koso ...

online dalam website eperumahan.pahang.gov.my under suk lah tu. mcm rumah ppr pun online dlam tu jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
sis_yus replied at 19-9-2017 11:46 AM
bukan beloh nun.. ni kat cherating dan sungai baging... daerah kuantan

Dah uols kata tempat jin bertendang.. wana agak la daerah tu  
Ohh.. cherating..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:52 AM | Show all posts
wana89 replied at 19-9-2017 11:50 AM
Dah uols kata tempat jin bertendang.. wana agak la daerah tu  
Ohh.. cherating..

hahahaha... kira luar bandar jugaklah tu.. jin jin semer dah lari doh kes banyak perumahan naik...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
sis_yus replied at 19-9-2017 11:49 AM
online dalam website eperumahan.pahang.gov.my under suk lah tu. mcm rumah ppr pun online dlam tu j ...

Bawah spnb kot.. rumah mesra rakyat 1 malaysia. Ni bagi yang ada tanah kosonh tapi xada modal buat tanah. Boleh apply program ni.. jiran wana ada apply, cantik juga rumahnya.. total harga dengan rumah  dengan tanah sheol keluarkan dalam 110k jer :
Sheol beli tanah lot sebelah rumah wana
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Murah gila... Tp takut berjiran dgn ummah pengotor tak semengah pulak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.202570 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list