CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3085|Reply: 7

7 Ciptaan Yang Terlalu Pelik Yang Akan Buat Anda Geleng Kepala. No 2 Tu Paling P

[Copy link]
Post time 19-9-2017 10:33 AM | Show all posts |Read mode

Berbagai-bagai ciptaan sejak dari zaman batu sehingga kini, semuanya adalah untuk memudahkan dan menyenangkan hidup manusia. Jika pada zaman batu dahulu manusia menghasilkan tombak dengan mengasah dahan pokok menjadi tajam untuk memburu binatang, kini kita mempunyai teknologi sangat canggih, dengan ciptaan telefon pintar yang mana anda sedang gunakan sekarang untuk membaca artikel ini.
Baju dalam pencari jodoh
Namun, teknologi semakin canggih tidak semestinya menjadikan rekaan produk akan sentiasa berguna. Kadang-kadang invoasi yang dilakukan manusia agak pelik dan tak masuk akal.
iluminasi.com ingin berkongsi 7 ciptaan pelik dan gila yang wujud di dunia ini yang membuatkan anda geleng kepala dan menepuk dahi sendiri.

7. Basikal jogging

Penulis tertanya-tanya apa yang difikirkan oleh orang yang mereka cipta produk ini, sehinggakan ada pelabur yang ingin melabur dalam produk ini. Setahu penulis, basikal dicipta untuk memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa, tapi ni dah macam menyusahkan hidup. Sama seperti basikal biasa, cuma tak ada seat dan paddle.
Tengok pun dah nampak tak selesa, apatah lagi kalau naik basikal ini. Lepas tu ia agak menyeksakan bagi lelaki kerana perlu dililit di bahagian “tersebut”. Senak dibuatnya kalau naik lama-lama. Tetapi bagi mereka yang cuba untuk kuruskan badan, mungkin boleh cuba cari basikal ini. Sambil naik basikal, sambil berlari. Semoga cepat kurus ye.

6. Stoking bulu kaki

Jika anda rasa anda seorang wanita yang cantik dan sering menarik perhatian lelaki, serta suka memakai skirt, produk ini amat sesuai untuk anda bagi mengelakkan lelaki gatal daripada mengganggu anda. Dengan memakai stokin ini, ia membuatkan semua lelaki menjadi geli melihat anda walau secantik mana rupa paras anda, apatah lagi untuk mengorat.

Namun, tujuan anda memakai skirt adalah untuk kelihatan seksi dan cantik, kalau pakai stoking ini, anda jadi hodoh, baik tak payah pakai skirt. Pakai seluar panjang je senang. Abang-abang sotong yang suka pakai seluar pendek pun boleh cuba ye. Dan kalau makcik-makcik anda tanya kenapa tak kahwin-kahwin lagi, salahkan stoking ni sebab semua laki lari.

5. Span mandi bermikrofon
Bagi kaki karaoke, jika sebelum ini anda hanya menyanyi dalam tandas dengan menggunakan mikrofon angin, ataupun berus gigi, kini anda dah boleh upgrade. Dengan menggunakan span mandi yang berbentuk mikrofon ini dapat membuatkan anda berasa lebih feel untuk tarik lagu Datuk Vida yang terbaru, “I Inspire..You Desire…I am a Diva!”. Tak kelakar kan rekaan ini, ia memang benar-benar wujud dan dijual di Amazon.com dan mendapat rating yang agak baik. Sesuai untuk latihan nyayian tandas anda sebelum ujibakat The Voice. Okay lepas baca artikel ni boleh terus order ye.


4. Bekas simpan pisang
Macam biasa, Jepun dan rekaan pelik mereka. Ini adalah bekas untuk menyimpan dan melindungi pisang daripada kekotoran. Yang peliknya, bagaimana nak isikan pisang kalau saiz dan bentuknya tak sama. Kalau pisang tu dipaksa masuk juga dan patah, kan dah tak sedap, penulis tak suka. Lagipun, kan dah ada kulit pisang untuk melindungi pisang daripada kotor. Takkan orang Jepun makan sekali dengan kulit pisang? Hairan.
Penulis rasa produk ini mungkin untuk melindungi pisang daripada terpenyek jika terduduk atasnya, tapi, macam penulis cakap tadi, saiz tak sama terus dah tak boleh pakai. Sudah tu, boleh isi sebiji je. Jepun oh Jepun.

3. Tali leher bekas air
Ini mungkin sesuai bagi budak ofis yang kerja banyak menggunakan tangan seperti menaip, dan malas nak guna cawan untuk minum air. Sebelum datang kerja, bancuh air atau isikan air kegemaran anda dan masukkan ke dalam tali leher anda. Sedut sahaja di mana-mana, tengah memandu, dalam bas atau LRT, memang sangat mudah.
Tapi penulis tak yakin sebab kalau la anda isi air oren, lepastu tali leher anda bocor, memang satu hal la nak kena patah balik rumah tukar baju. Kalau isi air teh panas pula, tak pasal-pasal meletup. Daripada nak senang sikit je, terus susah banyak. Siapa la punya kerja bijak sangat ni.

2. Alat bantu kencing berdiri wanita
Wahai kaum hawa, anda perlu berterima kasih kepada nenek anda yang bernama Edyth Lacy, yang telah mencipta satu produk yang membolehkan wanita membuang air kecil berdiri, sama seperti lelaki. Mungkin nenek Edyth Lacy mahukan hak wanita sama dengan hak lelaki agaknya ketika mencipta produk ini.
Jadi, kalau anda nak rasa bagaimana lelaki buang air kecil berdiri, dan mungkin nak jimat masa, boleh la cuba produk ini. Tapi jaga-jaga sebab kalau guna pertama kali mungkin akan meleleh.


1. Topi gelung tisu serbaguna



Selsema sekarang dah tak jadi masalah. Kalau anda mengalami selsema atau hidung berair dan satu sapu tangan tak mencukupi untuk menampung hingus anda, produk ini ada untuk bantu anda. Hanya perlu pakai di atas kepala macam topi, dan tarik saja tisu. Tak perlu lagi bawa sapu tangan. Dan juga bagi mereka yang baru putus cinta, pastikan anda juga ada produk atas kepala, bila-bila rasa sedih je, boleh guna. Tak perlukan bahu kawan-kawan lagi untuk menangis ye. Selamat mencuba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 11:20 AM | Show all posts
geli plak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:43 AM | Show all posts
Macam ulang tayang je
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli plak sstgh brg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:54 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 01:18 PM | Show all posts
mcm bangang hahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2017 04:24 PM | Show all posts
macam2 lah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 04:38 PM | Show all posts
alat bantu kencing wanita. Lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.072296 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list