CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1417|Reply: 17

[Dunia] Marah dikejutkan dari tidur, isteri, anak dipukul dengan tukul besi

  [Copy link]
Post time 19-9-2017 04:54 PM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Gara-gara marah kerana dikejutkan dari tidur, seorang lelaki memukul kepala dua anak dan isterinya menggunakan palu atau tukul besi sebelum mengamuk sehingga merosakkan harta benda jirannya.

Menurut laporan media dalam talian hari ini, kejadian itu berlaku pada 4 petang semalam di sebuah kawasan perumahan awam di Kampung Kalodran, daerah Walantaka di Kota Serang, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Stanley yang berang dengan anaknya yang mengejutkan beliau, terus mencapai palu dan memukul kepala dua anaknya iaitu Marcel, 8, dan April, 5, sebelum memukul kepala isterinya Diah, yang berusia 35 tahun.
Ketua Rukun Tetangga kawasan perumahan awam itu, Harahap dipetik sebagai berkata, kejadian itu disedari oleh jiran-jirannya apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri lelaki terbabit.

Katanya, setelah beberapa jiran datang ke rumah mangsa, lelaki terbabit kemudiannya keluar rumah dan mengamuk serta memecahkan beberapa kenderaan dan cermin tingkap beberapa rumah dengan menggunakan palu itu.

"Penduduk kampung kemudiannya keluar beramai-ramai dan berjaya menangkap lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada pihak polis," katanya.

Lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini ditahan di balai polis Kota Serang manakala anak isterinya dimasukan ke hospital berdekatan kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 05:25 PM | Show all posts

Berang Dikejutkan Dari Tidur, Lelaki Pukul Kepala Anak, Isteri Dengan Tukul Besi



sumber : internet




Berang kerana dikejutkan dari tidur, seorang lelaki bernama Stanley bertindak ganas memukul kepala kedua anak dan isterinya dengan menggunakan tukul besi sebelum mengamuk sehingga merosakkan harta benda jirannya.


Menurut laporan Jakarta Post, kejadian tersebut berlaku pada jam 4 petang semalam di sebuah kawasan perumahan awam di Kampung Kalodran, daerah Walantaka di Kota Serang, kira-kira 100 kilometer dari Jakarta.


Menurut Ketua Rukun Tetangga kawasan perumahan awam itu, Harahap, kejadian itu disedari oleh jiran-jirannya apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri suspek  terbabit.


Katanya, setelah beberapa jiran datang ke rumah mangsa, suspek dikatakan keluar dari rumah dan mengamuk sambil memecahkan beberapa kenderaan dan cermin tingkap beberapa rumah dengan menggunakan tukul besi itu.


"enduduk kampung kemudian keluar beramai-ramai dan menangkap lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis," katanya.


Suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini ditahan di balai polis Kota Serang manakala anak dan isterinya dimasukkan ke hospital kerana cedera parah di bahagian kepala.- CARI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2017 05:42 PM | Show all posts
@adm7
@spiderman80

thread dah ada
DELETE thread ni sekali dgn ID wartawan CARI-LTS
CI tak perlukan wartawan
lembab
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
kejut cara mcmana tu sampai.mengamuk
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 06:28 PM | Show all posts

LTS tu cacat otak..

sian dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 06:34 PM | Show all posts
laki mental kut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2017 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgh mimpi ape bamm??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
jiran depan rumah i dua minggu lepas mengamuk dgn wife and anak. sebab kacau dia tidor.
dia kerja uber siang malam sebab company dah tutup tak ada kerja.
anak memekak, wife membebel kata tak pernah tolong jaga anak. tau tidor saja.
tau2 beliau bangun mengamuk baling barang keluar rumah.
kesian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 10:42 PM | Show all posts
joy_ah replied at 19-9-2017 08:47 PM
jiran depan rumah i dua minggu lepas mengamuk dgn wife and anak. sebab kacau dia tidor.
dia kerja  ...

anak heshe ada berapa ekor semuanya?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 10:45 PM | Show all posts
alahai....panas baran sungguh,kesian kat anak bini...errmmm
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 replied at 19-9-2017 10:42 PM
anak heshe ada berapa ekor semuanya?

satu. lelaki. wife dia tak kerja kot. ada je selalu nampak dirumah hatta weekday working hours pun.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 12:59 AM | Show all posts
joy_ah replied at 20-9-2017 12:24 AM
satu. lelaki. wife dia tak kerja kot. ada je selalu nampak dirumah hatta weekday working hours pun ...

Huii, bini kuat membebel pon payah juge. laki dah sehabis baik pi kerja uber, bini kaki bebel kaki online payah la jugak. dah housewife, tolong je la laki sementara laki dapat kerja balik
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
joy_ah replied at 20-9-2017 12:24 AM
satu. lelaki. wife dia tak kerja kot. ada je selalu nampak dirumah hatta weekday working hours pun ...

Wife tu kena campak tak?

Elok di campak sekali wife tu kuar rumah...dah tak kerja membebel pulak laki nak tido
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
joy_ah replied at 20-9-2017 12:24 AM
satu. lelaki. wife dia tak kerja kot. ada je selalu nampak dirumah hatta weekday working hours pun ...

Bini dia tk kerja, ptut biarlah somi nya tido sakan sbb penat carik duit.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 01:25 PM | Show all posts
only in indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 03:02 PM | Show all posts
keji sgt jantan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 03:08 PM | Show all posts
mungkin anak kejutkan sambil menarik testis apaknya yindon ni sama tahap dgn malaysia dh.. jenayah kemain nk kejam2 aja
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 10:16 PM | Show all posts
joy_ah replied at 20-9-2017 12:24 AM
satu. lelaki. wife dia tak kerja kot. ada je selalu nampak dirumah hatta weekday working hours pun ...

loh anak sorang pun mengeluh macam dunia nak kiamat bininya pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.087336 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list