View: 26219|Reply: 122
|
[Tempatan]
Gaji Doktor Pakar Hospital Swasta RM150K Punca Ramai Doktor Pakar Kerajaan Letak
[Copy link]
|
|
Edited by spiderman80 at 19-9-2017 08:59 PM
PULAU PINANG – Tawaran gaji sehingga mencecah RM150,000 sebulan oleh hospital swasta serta hospital luar negara menjadi punca utama ramai doktor pakar kerajaan letak jawatan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, tawaran gaji itu jauh lebih menarik berbanding RM15,000 yang dibayar kerajaan kepada golongan berkenaan ketika ini.
Menurut beliau, selain doktor pakar, kerajaan juga berdepan cabaran mengekalkan perkhidmatan jururawat di hospital kerajaan selepas kumpulan itu turut ditawar gaji lumayan sehingga RM10,000 sebulan oleh pihak luar.
Sehubungan itu, Hilmi berkata, kerajaan ketika ini memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi memastikan doktor pakar kekal berkhidmat dalam sektor kerajaan.
“Antaranya kita memperkenalkan program bayaran penuh oleh pesakit yang boleh memilih doktor pakar untuk merawat mereka di hospital kerajaan.
“Bayaran ini akan diserahkan kepada doktor pakar berkenaan serta kakitangan yang membantu sekali gus dapat menambah pendapatan mereka,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shatiff melawat Hospital Kepala Batas, di sini hari ini.
Hilmi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau mengulas cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya Jabatan Perkhidmatan Awam mengkaji semula skim gaji doktor pakar dan petugas dalam sektor kesihatan.
Menurut Ahmad Zahid, cadangan itu bagi mengelakkan golongan profesional berkenaan berhijrah ke negara lain kerana tawaran gaji yang lumayan sehingga negara kekurangan doktor pakar.
Mengulas lanjut, Hilmi berkata, kerajaan ketika ini juga mewujudkan skim khas bagi membolehkan para doktor menyambung pengajian dalam bidang sarjana di universiti-universiti tempatan.
Setakat ini, kata beliau, seramai 500 doktor telah berjaya lulus pengajian masing-masing namun terdapat segelintir daripada mereka kemudiannya memilih berhenti kerja. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
xpenting sgt
yg penting doktor pun kena ariff bab medication ni
kadang2 diagnos penyakit xbetul,,,beri ubat dan rawatan jaid xbetul... |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi yang tak best nye Dr private hosp suka push2 untuk buat operation. |
|
|
|
|
|
|
|
rm150,000 sebulan? ni mesti pakar jantung. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ai... Byknya gaji diorang |
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 19-9-2017 06:43 PM
Tapi yang tak best nye Dr private hosp suka push2 untuk buat operation.
Eee teruknya... tu semua nak cover gaji doktor lah tu Ye tak |
|
|
|
|
|
|
|
sepadan laa dgn usaha mereka belajar bsungguh2..
sudah ada kepakaran n diperlukan, xkan nak tolak pulak..
|
|
|
|
|
|
|
|
slavehunter replied at 19-9-2017 06:43 PM
Tapi yang tak best nye Dr private hosp suka push2 untuk buat operation.
Cari yang tak suka push. |
|
|
|
|
|
|
|
wanitajelita replied at 19-9-2017 06:57 PM
Mak ai... Byknya gaji diorang
Ko dh dpt keje wj? Ritu kata bsnes down kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tp xramai plak cikgu gov lari ke skolah private ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
JerukBuaya replied at 19-9-2017 06:27 PM
xpenting sgt
tu dr. biasa tu...dr. pakar x mcm tu la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakar bedah swasta ada gaji ? |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah jumpa doktor pakar yg haraammmmmmmmmmmm xcerdik .
jgnlah butakan mata sgt
doktor2 xbijak ramai saja di Malaysia ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 19-9-2017 07:26 PM
Tp xramai plak cikgu gov lari ke skolah private ek..
Cikgu gomen gaji pun cukup makan terjamin lagi buat apa nak ke private hahaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakar bedah paling top boleh la dapat 150k. Kalo biasa punya...jangan harap la. Bengap tul timbalan menteri kesihatan tuh. Doktor swasta mana ada gaji. Pendapatan bergantung kepada bayaran pesakit saja |
|
|
|
|
|
|
|
Satu bulan beli satu unik apartment.
Hebat |
|
|
|
|
|
|
|
trakea replied at 19-9-2017 07:50 PM
Pakar bedah paling top boleh la dapat 150k. Kalo biasa punya...jangan harap la. Bengap tul timbalan ...
Bengap apa kau sembang acah2 tau. Doktor swasta ada la gaji basic, so even takde pt pon mmg akan dibayar. Dr pakar biasa pon boleh cecah 50k gaji, dr biasa pon boleh dpt 10k. Still lgi banyak drpd keje gomen sbb tu ramai lari. |
|
|
|
|
|
|
|
dodolgemok replied at 19-9-2017 08:22 PM
Bengap apa kau sembang acah2 tau. Doktor swasta ada la gaji basic, so even takde pt pon mmg akan d ...
dodol x buat locum ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan semua doctor dpt 150k. Tgk specialty la juga. Tp yg pasti gaji doc swasta mmg lebih dr gov. |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 19-9-2017 08:52 PM
dodol x buat locum ke?
Dodol x kejar duit, so xbuat. Kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|