CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] Bajet2018: Kenaikan gaji, bonus kakitangan kerajaan sudah pasti (sebelum PRU)

  [Copy link]
Post time 19-9-2017 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xy_daen at 19-9-2017 07:48 PM

Bunga2 kepada pemberian bonus atau kenaikan gaji kepada penjawat awam sempena PRU14 yang bakal menjelang. Political milleage...bodoh la kalau Najib x ambil kesempatan ini untuk mendapatkan sokongan daripada penjawat awam.

Kesannya? Baik dan buruk.

Baik sebab sekiranya bonus diberikan, sumbangan kepada ekonomi akan berlaku. Sekiranya kenaikan gaji diberikan, sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban kesan kenaikan harga barangan yang meningkatkan kos sara hidup rakyat (secara teori).

Kesan buruk. Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan terutamanya menerusi kenaikan gaji atau elaun. Dengan jumlah penjawat awam yang besar pembayaran berdasarkan kenaikan gaji atau elaun akan meningkatkan perbelanjaan Kerajaan berpuluh billion setahun. Lagi, kenaikan ini akan diiringi oleh kenaikan harga barangan oleh pengusaha yang akan mengambil kesempatan meningkatkan margin untung. Inflasi meningkat. Kakitangan swasta yang tidak terlibat dengan kenaikan gaji atau elaun penjawap awam akan lebih terkesan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup. Bagi penjawat awam pula, kenaikan gaji dan elaun yang diiringi dengan kenaikan harga barangan tidak menambah kepada kenaikan nilai pendapatan. Yang rugi adalah kerajaan kerana terpaksa menanggung peningkatan belanja pengurusan. Yang sengsara adalah kakitangan swasta akibat kenaikan kos hidup.Yang untung adalah pengusaha kerana berjaya meningkatkan margin untung.

Bagi menampung peningkatan perbelanjaan kerajaan, tidak mustahil kerajaan BN akan meningkatkan kadar GST.

Demi mempengaruhi undi sempena PRU14, diyakini Kerajaan BN akan menggunakan peluang terhidang sebaiknya kerana sekiranya kalah sekalipun, beban membayar gaji baru kepada penjawat awam adalah dipikul oleh kerajaan baru. Do or die. Dan kerajaan BN akan Do It!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 08:06 PM | Show all posts
harap dikurangkan lagi harga internet
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 08:11 PM | Show all posts
perbanyakkan lagi rumah transit
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 19-9-2017 06:26 PM
Jangan gigit tangan yang menolong, kata diorg..

Bukan saja gigit, bahkan putuskan tangan smpai mampos pon dodol nak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestla korang penjawat awam kalau dpt yg dimintak. Nak PRU ni try la mintak mcm2, untung2 dpt. Aku nak mintak pengecualian individu RM2k yg dah dimansuhkan utk 2016 diadakan balik. Tu je
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh dengar bila pru pun orang2 kampung sudah digula2kan.
Kemudian menyusahkan pihak lain pula.
Dia ingat duit kerajaan tu duit mak bapak dia kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2017 09:30 PM | Show all posts
Kenaikan 1 kenaikan tahunan

then bonus setgh bulan

konfem   
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungnya lahai org keje gomen ni, tetiap tahun gaji naik.. performance mcm tu jela...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2017 10:42 PM | Show all posts
cadangan mana yg terpilih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2017 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalunya bila pengumuman bajet ada bonus, kenaikan gaji
Keesokan hari sure brg naik
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols doakan xdpt naik gaji, xdpt bonus - soon to be ex acik gomen
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:41 PM | Show all posts
byk part dlm gomen tgh terima arahan jpa pasal perlaksanaan 'exit polisi'
sapa tak perfom, tendang tross. babai warga gomen
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
gomen tk de nak bagi pun. dibagi pun tak mempengaruhi undi. usah lah nak mimpi.habes tinggi dapat insentif 500 awal tahun nanti.

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi je kenaikan. But akak tetap nak undi pembangang walaupun idok la akak suka sangat dengan pembangang tempat akak ni.

Weol kat daerah akak katanya siap dipantau sapa tak daftar ngundi boleh disuruh buat surat tunjuk sebab. Poyo je. Ntah betul ke idok. But kalau betul akak tak heran. Kepala PPD tempat akak ex Ketua Wanita Umngok daerah akak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2017 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimpi la nk naik gaji...duit pon xde..nk korek mana lg le tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:29 AM | Show all posts
boleh mimpi je la..zaman skrg ni bercukur ada keje tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2017 08:37 AM | Show all posts
Atifan replied at 19-9-2017 11:57 PM
Mimpi la nk naik gaji...duit pon xde..nk korek mana lg le tu

setiap bulan ada gst dikutip, ada income tax dikutip, ada duit kwsp dicarum...
we use future money
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 08:57 AM | Show all posts
Atifan replied at 19-9-2017 11:57 PM
Mimpi la nk naik gaji...duit pon xde..nk korek mana lg le tu

kutipan GST harian kan...so mustahil takdak duit...tang tabur dedak ada ja duit...tang pembangunan infra tu yang duit lesap
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 09:16 AM | Show all posts
Boleh tak bagi cadangan ubah waktu kerja dari waktu anjal mula 7.30 ke pukul 8.30 pagi.  Macam tak releven langsung waktu tu. Sebab banyak staff lepas punch card keluar hantar anak sekolah la, pegi minum la, start kat meja pukul 9 jugak .  Sekarang ni ramai masuk kerja pukul 7.30 tapi dalam ofis lengang serupa orang masuk 8.30 juga.   So why not tukar je terus waktu masuk kerja tu pukul 9 balik pukul 5 or 5.30 (depends pada pilihan waktu) dah tak ada alasan lagi nak keluar balik.

Kenaikan gaji kakitangan kerajaan dah pasti akan melibatkan kenaikan harga barang. Kesian pada yang gaji kecil dan org kerja kampung. Kat kampung bahan mentah mahal dan tak ada pilihan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2017 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by xy_daen at 20-9-2017 09:52 AM
Ya82 replied at 20-9-2017 09:16 AM
Boleh tak bagi cadangan ubah waktu kerja dari waktu anjal mula 7.30 ke pukul 8.30 pagi.  Macam tak r ...


Sis...gomen dah lama amalkan waktu anjal dari 7.30, 8.00 dengan 8.30...

So terpulang la nak masuk jam berapa ikut keperluan masing2. Penetapan waktu fixed dah x relevan.

Baru keluar gua ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.103909 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list